Thursday, December 30, 2010

TEMUDUGA PELIK..

Arini aku nak cerita kat para pembaca tentang temuduga pelik yang aku lalui minggu sudah di Jabatan Agama Islam N.S. Pelik?? Yap,pelik sebab itulah kali pertama selama hidup aku terpaksa jawab soalan temuduga yang langsung tak ada kaitan dengan kerja yang dipohon.

Alkisahnya begini. Seminggu sebelum temuduga tu, aku pulun abis2 ulangkaji soalan2 yang bakal ditanya. Aku tau soalan pun sebab aku tanya pada kawan2 yang dah lepas temuduga yang sama. Malam sebelum temuduga tu aku berjaga sampai pukul 4 pagi, kononnya nak study. Bagi aku temuduga ni sangat penting. Sampaikan dengar bunyi kipas pun, aku tak boleh fokus. Nak temuduga punya pasal.

Maka sampailah hari yang ditunggu. Aku dapat giliran yang ke4 akhir sebab lambat sampai kat sana. Bila nama kena panggil, aku pun masuk dalam bilik tu. Penemuduga tu nampak serius semacam. Dia mintak resume aku. Aku pun bagi. Lepas dia baca, dia tanya samaada aku boleh cakap arab atau tak. Kawan aku dah pesan, kalau kita pandai cakap arab pun, buat2 macam tak tau sebab takut dia tanya yang tinggi2 nanti. Tapi aku macam serba salah.Takkan nak kata tak tahu langsung. Tipu sangat la pulak sedangkan dalam resume tuh aku da tulis yg aku mengaji dalam bidang Usuluddin. Dengan lambat dan perlahan aku jawab ‘bolehlah sikit2’. Lepastu terus ustaz yang temuduga aku tuh suruh aku kenalkan diri dalam bahasa arab. Aku kenalkan seadanya jela.

Nak dijadikan cerita, lepas aku kenalkan diri tu, terus dia tnya tentang kos yang aku ambik masa di university. Soalan 1st dia tnya ‘syariah dengan usuluddin, mana lagi susah?’Aku pun jawab ikut pengetahuan aku. Lepastu bermulalah soalan bertubi2 tentang usuluddin.Dia tanya, apa dia yang dikatakan 'awalluddin makrifatullah?’ Kemudian dia tanya tentang konsep rukun iman, Al Quran, sifat Al Quran, adakah Al quran tu makhluk.Lepastu menyusul pulak soalan tasawwuf. Apa dia tasawwuf,ulama2 yg mempelopori tasawwuf, tariqat dan ulama’ tariqat, hukum ikut tariqat, Lepastu dia soal pulak tentang wahabi, bida’ah, siapa ulama’ yg telah membahagikan bidaah. Yang paling tak tahan tu dia boleh cakap ‘ni ustazah pakai baju kurung ni, pakai tudung bunga2 ni, bidaah ni, berdosa. Takde zaman nabi'. Aku pun jawab ‘kalau saya berdosa pakai macam ni, ustaz pun berdosa jugaklah sebab zaman nabi dulu mana ada pakai tie, pakai kot macam yg ust pakai sekarang ni’., jawab aku bersahaja. Ustaz tu gelak sambil geleng kepala.

Lepastu aku sambung lagi ‘Nabi cakap kamu lebih mengetahui tentang urusan hidup kamu. Jadi segala urusan hidup kita yang tidak bersalahan dengan syariat menjadi satu keharusan. Selagi tak bertentang dengan syariat, pakailah apapun nak pakai’. Kemudian dia tanya pulak tentang firqah2 islami, tawassul, kasyaf, karamah dan macam2 lagi. Dah lebih setengah jam duduk dalam tuh, aku pun mula ‘berangin’. Apakan tak. Duk tanya soalan tinggi2 macam tu kat aku buat ape. Macamlah aku mohon jawatan mufti. Tak berpadan langsung. Orang lain masuk temuduga 10 minit aje. Aku ni sampai setengah jam pun tak habis di interview lagi. Tu yang aku kata temuduga pelik tu. Sebab soalan pasal Usuluddin tu langsung takde kena mengena dengan jawatan yang aku mohon tu.

Tapi yang paling bez sekali bila tiba soalan phsyco last yang dia tnya kat aku ‘ustazah tengok muka saya ni kan, ustazah agak2, saya boleh jadi wali tak?’ Serta merta aku jawab ‘boleh ustaz. Wali nikah!’ Hahaha. Ambik! Berbaloi akhirnya penantian setengah jam aku dalam bilik temuduga yang pelik tu. Baru aku puas hati. Dan soalan tu terus jadi penutup temuduga petang tu. Senyum lebar aku. Hahahaha =D

~CANTIK~

Lama dah tak update blog. Banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir2 ni. Ada yg baik, tak kurang juga yang tak baik. Apapun jugak,life must go on.

Entri kali ni aku nak cite tentang kisah yang berlaku masa aku hantar mak gi pasar Bahau, beli barang2 dapur. Kebetulan masa tu ayah dengan adik aku gi China. Jadi, aku pergilah pasar dengan mak. Dah ambik barang2 tu, kitaorang pun pergi kat kaunter, nak bayar. Sampai je aku kat amoi yang kira duit tu, dia pandang aku sambil senyum. Aku pun senyumlah. Almaklum,senyum kan sedekah. Sampai masa dia pulangkan duit baki kat aku, dia senyum lagi, pastu dia cakap ‘orang cantik, gigi pun cantik’. Mak pandang aku, terus mak senyum sambil tepuk bahu aku. Perlahan mak cakap ‘haiyo, cino pun boleh cakap org melayu cantik’.

CANTIK - tu subjek yang aku nak tulis arini. Aku tak cantik pun macam yang amoi tu cakap tapi yang aku nampak dekat sini, telah berlaku proses imbal balik. Bila aku balas senyum dia, dia tak ada point nak cakap. Cuma tu yang terlintas waktu tu, jadi itu jugaklah yang keluar. Tak kisah lah tu tapi yang nak difokuskan sekarang adalah soal cantik. Dalam agama pun dah digariskan tentang ciri2 perempuan yang harus dipilih sebagai isteri.Dan antara semua ciri2 tu, cantik adalah aspek yang pertama sekali. Ayah pernah cakap, cantik ni bukan mesti kulit putih, licin, kurus, tinggi, macam model. Tapi cantik ni dimata kita. Kalau kita tengok cantik dan sejuk hati, cantiklah tu biarpun orang lain kata tak cantik sebab cantik ni subjektif. Lain padang,lain belalang, lain orang, lain pandang. Teringat pulak kata2 kawan aku kat Sudan masa aku tanya kenapa dia tak kawin lagi walaupun umur dah lanjut. Dia cakap, belum ada rezeki. Aku kata memilih sangat kot. Dia jawab ‘memang ana memilih. Kalau tak pilih, macammna nak dapat yang baik’. Senyum sendiri aku.


Masa balik dari masjid, aku ambik peluang untuk berbual dengan ayah. Ayah cakap ‘kakcik, kalau kkcik pilih kecantikan orang, hidup kkcik akan merano. Bayangkan, mano yo kakcik poie, sumo orang memerhati suami kakcik. Kakcik nak buek apo pun tak tonang. Nanti kakcik pun syakwasangko dengan dio. Kito ni biar pilih yang sederhano, janji dio boleh jago kito, soal dunio dan akhirat. Boleh pimpin kito sampai kito samo2 melangkah masuk syurgo esok dengan dio. Suami kito kek dunio ni, bolum tontu suami kito kek akhirat’. Ayah betul. Kata2 ayah jadi pegangan aku sampai harini. Dan Alhamdulillah, kata2 ayah buat aku sedar bahawa bukanlah kecantikan yang aku cari atas muka bumi ni tapi ketulusan dan keluhuran sekeping hati yang mencintai aku dan Rabbi. Ibarat kata Kamil, ‘habis cantik, habis…’