Monday, November 14, 2011

~MATANG~

Semalam aku gi melawat pakcik aku di Hospital Kajang. Excident. Sorang kawan dia meninggal sebab badan kawan dia2 masuk tengah2 pengapit divider. Disebabkan sampai 2 jam awal,aku kena ikut peraturan hospital yg cuma membenarkan pelawat msuk pada waktu melawat.

Sementara tunggu waktu melawat,pakcik2 aku yang lain ajak pergi minum kat kantin hospital.Sampai kantin, aku nampak sepupu aku (anak pakcik aku yang excident tu) tengah ambik makanan. Dah bertahun kitaorang tak jumpa. Bujang dah dia. Masuk 19 tahun umur dia tahun ni.

Dah ambik makanan,kitaorang sume duduk semeja. Sepupu aku ni duduk depan aku.Sambil tu kami berbual. Banyak perkara yg disentuh sepanjang perbualan tu. MATANG. Cuma itu 1-1nya perkataan yg dapat aku simpulkan tentang dia. Pergolakan keluarga yg berlaku masa dia dalam peringkat tumbesaran betul2 jadikan dia berubah 90 darjah.Dia belajar untuk lebih memahami dan memaafkan. Konflik bermula bila pakcik aku memilih untuk kahwin lagi.Sejak tu, bermacam2 tekanan dihadapi oleh sepupu aku.Hari2 dia terpaksa menghadap perkara yang sama, cuma mampu melihat pergolakan yg berlaku dalam rumahtangga mak ayah dia. Kemuncak pergolakan ni adalah selepas makcik aku dimasukkan kehospital. Keadaan makcik mula kritikal sampai masuk wad icu. Dan pakcik menjadi saksi pemergian seorang insan yang sangat disayangi dalam keluarga besar kami.

Sejak tu, mak mertua pakcik tak habis2 menyalahkan pakcik.Dia kata pakcik penyebab anak dia meninggal. Sepupu aku mula trauma. Dia hilang mak sekelip mata, tempat dia berpaut segala kasih sayang. Dalam keadaan macam tu, dia terpaksa pulak terima kehadiran mak baru,org yang pernah menyakiti mak dia masa mak dia masih hidup. Nenek dia pulak berkeras untuk tuntut semua cucu2 dia yang ade dengan pakcik tapi pakcik tak bagi. Tekanan sepupu aku bertambah kuat. Dan atas kerelaan hati, sepupu aku mintak izin pakcik untuk duduk dengan nenek dia. Ingatkan duduk dengan nenek masalah dah selesai tapi lagi bertambah.Hari2 nenek dia marah2,cakap macam2 pasal pakcik.Nak taknak, sepupu aku telan aje. Sepupu aku cakap SEMUA YANG BERLAKU NI ADA HIKMAHNYA.

Dia melihat kebesaran HIKMAH dari segala perkara yang Allah takdirkan terjadi dalam hidup dia.Bila mak dia meninggal, dia berhenti merokok, lupa soal couple sebab tanggungjawab pada ayah, adik2&nenek dia. Dia lupakan hasrat untuk bekerja sebab nak jaga nenek yang dah mula uzur. Berak,kencing,mandi, makan pakai nenek dia semua dia yang uruskan. Dia kata lagi, dia tak pernah dendam dengan mak tiri dia walaupun mak tiri dia punca pergolakan rumahtangga mak ayah dia. Secara rasional dia mengajak aku berfikir, kalaulah ayah dia kawin dengan orang lain dulu,mungkin adik2 dia takkan membesar dengan sihat macam arini. Sepanjang ayah dia kawin dengan mak tiri dia ,belum pernah dia tengok ade kesan2 lebam dekat badan adik2 dia.Dari umur adik bongsu dia 3minggu sampai dah umur 6 tahun sekarang,adik2 dia terjaga elok.Makan minum,pakaian,langsung takde beza dengan anak2 mak tiri dia. Semua dilayan sama rata.

Dengan nenek dia pulak, dia cakap ‘Nek, sejak mak meninggal sampai hari ni,nenek tak habis2 salahkan ayah. Kalau nenek marah ayah sampai akhir hayat pun,bukannya mak boleh bangun dari kubur. Cuba nenek fikir, kalau ayah dapat perempuan yang jahat dulu, macamna dengan adik2 zi? Kalau nak ikutkan,zi yang patut marah tpi sebab makcik ni dah tunaikan amanah tuk jaga adik zi elok2, jadi dah takde sebab nak marah dengan dia. Sepatutnya kita berterima ksih sebab dia sanggup jaga anak2 tiri dia macam anak sendiri. Apa yg boleh kita buat sekarang, JAGA HUBUNGAN selagi hidup.Perbaiki mana yang kurang. Kita tak boleh hidup dengan menyalahkan orang lain sebab itu salah’.

Aku tabik spring dengan sepupu aku ni sebab boleh berfikir sampai tahap tu.Orang selalu kata,umur matang lelaki lepas 40tahun tapi dia dah buktikan bahawa anggapan orang salah. Kematangan seseorang sebenarnya bergantung pada cara dia berfikir dan mengaplikasikan apa yang ada dalam fikiran dia. Moga Allah beri aku kekuatan, melebihi kekuatan& ketabahan yang ada dalam diri sepupu aku kerana aku belum cukup baik untuk menerima suratan takdir dengan penuh keihlasan. Apapun jua, aku masih dan masih berdoa untuk miliki kekuatan seperti dia. Alfatihah untuk Allahyarhamah makcik Monaliza..

Tuesday, October 25, 2011

SELAMAT JALAN MUAMMAR GADDAFI..

Era pemerintahan Muammar Gaddafi telah berakhir buat selama-lamanya. Sepanjang pemerintahan beliau, Libya telah membangun dengan jayanya. Banyak kejayaan yg diraih Libya dibawah pimpinan Gaddafi sehingga Libya tersenarai antara negara pengeluar minyak ke9 terbesar didunia & antara negara yang bebas hutang. Namun kekayaan dan kemewahan yang dimiliki serta tekanan dari pihak barat telah merubah segala2nya. Beliau yg dulunya disifatkan sangat prihatin terhadap rakyat bertukar menjadi musuh utama yang amat didendami. Gaddafi menjadi sasaran kemarahan rakyat atas kezalimannya membunuh beratus2 nyawa yg tidak berdosa. Sesiapa saja yg didapati menentang beliau, akan dibunuh tanpa belas kasihan.

Aku teringat video yang aku tonton,detik2 akhir sebelum kematian gaddafi. Beliau merayu dengan penuh harapan agar tidak dibunuh. Beliau diseret ditengah khalayak bagai binatang. Dalam kondisi parah, darah membasahi tubuh, beliau masih cuba meraih simpati rakyat namun tidak diendahkan. Beliau telah ditembak tanpa rasa kasihan oleh rakyatnya sendiri. Kemarahan rakyat tidak hanya berakhir pada sebutir peluru yang telah menumbangkan gaddafi tapi turut dibawa selepas kematiannya. Mayat gaddafi diletakkan ditengah pasar untuk tontonan rakyat Libya.Begitu hinanya gaddafi sehingga diperlakukan sebegitu rupa walaupun sudah tidak bernyawa. Bagi rakyat, tiada lagi maaf untuk Gaddafi. Mereka mahu gaddafi membalas nyawa yg telah dikorbankan sepanjang pemerintahannya. Mereka mahu gaddafi merasakan penderitaan rakyat yg pernah dizalimi, yang mohon dikasihani dan dibebaskan tetapi rayuan mereka dijawab dengan tembakan.Kini,dendam mereka terbalas!Hati rakyat Libya puas dengan kematian pemimpin yg disifatkan diktator itu.

Begitupun jua,secara jujur aku tidak menyetujui tindakan pemberontak Libya yang menembak mati gaddafi.Menurut aku, bukan begitu caranya untuk membalas kezaliman. Aku tau hati rakyat sakit, jiwa rakyat menderita tapi kalau dengan cara memperlakukan seorang manusia seperti binatang, maka tidak ada beza diantara rakyat dengan gaddafi. Dunia punya undang2. Heret saja beliau kemuka pengadilan dunia seperti saddam. Sejahat apapun gaddafi, tak kan tak ada langsung sumbangan beliau kepada rakyat sepanjang tempoh pemerintahannya? Bukan bermaksud menyokong tapi pandangan aku jelas. Tidak kira siapa pun yang memimpin, hakikatnya kita tidak akan pernah mampu memuaskan hati semua orang.

Satu perkara yg harus difahami oleh seluruh umat Islam didunia, jika dengan menyeksa seorang pemimpin sehina itu dan menyebabkan kematiannya, telah melangsaikan semua penderitaan yang ditanggung rakyat,anda silap! Kerana siapa juga yang jadi pemimpin selepas itu, TIDAK MUSTAHIL menjadi gaddafi di pertengahan jalannya.Siapa tau?!Sejarah mungkin berulang. Selamat jalan Gaddafi..

Friday, October 21, 2011

PERKONGSIAN BARU..

Salam buat semua. Lama betul aku tak update blog. Bukan taknak update tapi setiap kali nak menulis, ada je keje lain memanggil. Tapi Alhamdulillah, disubuh jumaat yg dingin dan tenang ni, aku dapat raikan kembali kerinduan aku pada penulisan. Alhamdulillah..syukur pada Allah yg masih sudi memberi ruang dan kesempatan pada aku..

Sekian lama menyepi, banyak perkara yg nak dikongsikan tapi masa aku terbatas. Jadi, aku cuma akan menulis mengikut peruntukan waktu yang ada. In’Allah, perkongsian yang bermanfaat aku kira untuk semua.

Baru2 ni aku dapat SMS dari kawan sekolah menengah aku dulu.Dia tanya 3 soalan pada aku dan mohon aku jawab dengan jawapan yang ringkas, padat dan boleh memberi kefahaman yg kompleks. Disini aku catatkan butir soalan yang dihantar pada aku.

1) Bagaimana pandangan aku pada orang yg solat tapi tak bertudung?

2) Bagaimana pandangan aku pada orang yang mengatakan tak semua perempuan bertudung itu baik?

3) Apa pandangan aku pada drama bermesej baik yang menampilkan pelakon2 islam yang berpegangan tangan dan berpelukan diantara bukan muhrim? Adakah berdosa kita tengok drama2 macam tu?

Inilah soalan2 yang ditanya pada aku. Aku ada 2 fokus sebelum menjawab soalan2 ni. Pertama, kawan aku ni perlukan jawapan yang ringkas, padat&kompleks. Kedua, dia bertanyakan pandangan aku, bukan pandangan para ulama’ mahupun fuqaha’. Jadi jawapan yang aku berikan cuma mengikut pandangan aku semata2. Harap tidak disalahtafsir oleh mana2 pembaca. Jika sekiranya jawapan aku ini tidak menepati kehendak soalan, pesalahnya adalah aku seorang.

1) Berkenaan org yang solat tapi tak bertudung-itu yang dinamakan minyak babi cap unta.

2) Berkenaan pandangan tak semua orang bertudung itu baik - Setuju 100% tapi orang yang tak bertudung, tak menutup aurat dah CONFIRM2 tak baik.

3) Tentang berdosa @tidak menonton drama yang menyampaikan mesej baik tapi pelakon2 yang semuanya beragama islam bebas berpegangan tangan &berpelukan antara 1 sama lain dalam drama tu-Yang halal tu JELAS, yg haram pun JELAS. Antara keduanya ada perkara2 yang meragukan. Mafhum sebuah hadith, Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Kita yang menonton tidak berdosa tapi mereka yang berlakon, secara JELASNYA BERDOSA.

Alhamdulillah, ternyata kawan aku berpuas hati dgn jawapan2 yang aku berikan. Sengaja aku tak huraikan panjang lebar kerana aku sekadar memenuhi permintaan kawan aku yang cuma mahukan jawapan yang ringkas, padat& kompleks! (^_^)

Monday, July 4, 2011

USTAZAH PILIHAN-ASTRO OASIS

Salam buat semua. Lama aku tak update blog. Dah sebulan sejak kenduri walimatulurus kat rumah. Aku agak sibuk sebenarnya. Banyak benda nak cerita tapi masa sangat terbatas. Apapun, aku akan pastikan blog ni sentiasa diupdate walaupun cuma satu artikel sebulan.

Arini aku nak cerita tentang program terbaru Astro Oasis ‘ Ustazah Pilihan’ yang menggantikan program Imam Muda yang baru tamat 2 hari lepas. Kalau tak silap aku, program tu akan memulakan siaran lepas raya. Dan ujibakat akan diadakan pada bulan ni ditempat2 yang dinyatakan dalam TV. Hmm..aku nak cakap banyak pasal program ni pun tak boleh sebab aku tak tau secara detail perisian program ni. Macam mangga, kita tak boleh tentukan mangga tu masam @ manis melainkan lepas kita rasa.

Semua ahli keluarga suruh aku gi ujibakat program tu kecuali ayah. Aku tanya pandangan kawan2 pun, smua sokong. Along aku kata, peluang datang sekali seumur hidup. Kalau peluang tu dah terlepas, maka takkan datang lagi. Kata Along, ayah dah aturkan hidup aku separuh jalan, sampai aku masuk universiti. Sekarang masanya untuk aku tentukan perjalanan hidup aku yang seterusnya. Bukan ikut ayah lagi. So, Along kata kalau masih ragu jugak, buat istikharah. Dah jumpa jawapan, kalau istikharah menunjukkan iya, bincang dengan ayah elok2 supaya izinkan pergi ujibakat tu.

Ayah pulak tak bagi pergi. Kenapa? Sekarang aku nyatakan sebab kenapa ayah tak bagi aku pergi ujibakat tu. 1st, sebab aku perempuan dan bahana fitnah perempuan ni lagi dahsyat dari panahan petir. Petir boleh bunuh seseorang pada satu2 tempat tapi perempuan boleh bunuh banyak orang dalam berpuluh2 tempat. 2nd, ayah kata, apa ada dari glamor. Apa yg aku cari dari glamor? Kalau kita memang orang baik, bagus, tak perlu tonjolkan diri sebab perlakuan kita akan menonjol dengan sendiri untuk diikuti oleh orang lain. 3rd Ayah tnya antara yang penting dan yang terlebih penting, mana patut didahulukan? Ayah kata anak perempuanlah penentu kerendahan atau ketinggian martabat ibubapa.

Bila tanya dengan pensyarah aku, dia kata ‘kita takkan dapat mengubah apa yang ada disekeliling melainkan kita ada kuasa’.

Ini antara pandangan2 berbeza yang aku dapat. Rumit kan? Aku takkan tulis jawaban hati aku secara jujur disini. Tapi apa yang boleh aku katakan, aku hormat akan semua pandangan. Biar takdir dan masa menentukan segalanya. Samaada pergi atau tidak, itu bukan persoalan. Apa yang penting kat sini aku tahu bahawa apa juga keputusan yang aku ambil, ahli keluarga dan kawan2 sentiasa ada untuk menyokong aku. Syukran kasir..

Wednesday, June 1, 2011

TAHNIAH TUK SEMUA..

Lama da tak update blog nih. Betul2 sibuk. Bnyak benda nak kongsi tpi masa terbatas. So aku masukkan apa yg termampu jelah tuk kali ni k.

Aku nak ambik kesempatan ni tuk ucap tahniah pada 2 abang & 1-1nya adik lelaki aku yg dah pun selamat bergelar suami. Doa dari aku & keluarga, semoga ke3-3nya dapat jadi nakhoda terbaik sepanjang pelayaran supaya selamat sampai bersama pasangan masing2 ke destinasi cinta yg hakiki.

Agak sibuk sikit sekarang ni sebab kenduri sambut 3 menantu dirumah aku akan berlangsung sabtu minggu depan. Banyak benda kena settlekan. InsyaAllah, da selesai sume nanti, aku janji akan post artikel lain yg bermanfaat tuk perkongsian bersama. InsyaAllah. Pada sume ahli keluarga aku yg dah selamat menikah tu, sekali lagi 'MABRUK ALAIKUM'..




Monday, May 16, 2011

CATATAN PENGEMBARAAN KE TANAH SUCI..

Alhamdulillah, seperti yg aku janjikan, arini aku akan cerita tentang perjalanan mengerjakan umrah baru2 ni.


22hb mac 2011- bermulalah perjalanan aku ke tanah suci. Ayah pulak akan berangkat pada keesokannya, 23hb. Jumlah keseluruhan jemaah sebanyak 116 orang. Jam 3.50 pm, lepas bersalaman dengan ayah n adik beradik lain, aku dan adik masuk ke departure hall. Sempat ayah cakap ‘elok2 kakcik, dikcom. Jumpo malam esok kek brunei’. Flight aku berlepas pada jam 5.50 pm. Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di brunei. Sampai disana, kami terpaksa menunggu selama setengah jam sebelum driver bas yang ditugaskan untuk bawak kami ke hotel grand city datang. Sampai di hotel, kami buat beberapa urusan, serahkan voucher & rooming list sebelum dapat kunci. Dah dapat kunci, aku uruskan jemaah sampai masuk ke bilik masing2. Agak penat jugak. Almaklum, yang pergi ni kebanyakannya orang2 tua. Ada yang tak larat bawak beg sendiri so aku lah yang angkat naik beg2 diaorang. Aku dengan adik orang yang terakhir sekali masuk ke bilik. Da selesai bersihkan diri & solat, kami pun bubum. Hehehe.


23hb –Masa ni aku kenal ayie, budak brunei yang keje kat hotel tu. Umur dia baru 20 tahun. Aku suruh dia panggil aku kakak tapi dia nak panggil aku siti. Aku pun iyakanlah. Pas bas sampai, kitaorang pun gi melawat brunei. Apa yg bez kat brunei ni, negara dia takde motor. Yang ada cuma kete je. Kalau kita nak lintas jalan, diaorang akan bagi laluan kat kita. Yang lagi bez, majoriti orang brunei bertudung. Sesuatu yang patut dibanggakan sebab Malaysia tak macam tu. Kami berhenti untuk solat jama’ qasar di masjid sultan hasanal bolkiah. Selesai melawat brunei, kami balik semula ke hotel, ambik beg & terus ke airpot brunei. Penerbangan kami ke Jeddah dijangka berlepas pada jam 10.25 malam menaiki pesawat royal brunei. Sekitar jam 9 malam, aku jumpa ayah di departure hall brunei. Dan tepat jam 10.25 malam, kami sama2 berangkat ke Jeddah.


24hb- lepas 8 jam perjalanan, kami sampai di airport Jeddah. Sampai di airport Jeddah, kami terus solat subuh dan menaiki bas selama 6 jam lagi untuk ke madinah. Smpai di madinah,macam biasa, serah voucher & dapatkan kunci tapi urusan kali ni agak rumit sikit.Almaklum, hotel yang kami nak duduk ni pemiliknya orang iran. Jadi macam berlaku diskriminasi sikit pada bangsa selain iran. Kami tunggu sampai 3 jam lebih , baru dapat kunci. Dalam tempoh menunggu kunci tu, ada juga antara jemaah yang hampir hilang sabar, maklumlah, kami melalui perjalanan yang sangat jauh dan memenatkan. Dan macam biasa, aku jadi orang yang paling sibuk sekali bila dah dapat kunci. Sana orang panggil, sini orang panggil. Tak cukup dengan tu ada pulak jemaah yang jatuh sakit tiba2. Nak taknak sekali lagi aku kena uruskan. Aku suruh mutawif yang sambut kami kat hotel tu kol pihak hospital dan petugas hospital datang. Masa dalam lif, kebetulan ada sorang ust tu dengar aku bercakap dengan petugas tu. Kelua lif, dia pun tanya samada aku orang Malaysia n ust tu perkenalkan diri. Dia cakap dia mutawif jugak kat sana tapi untuk travel lain. Kalau perlu apa2 pertolongan, bagitau je dia. Aku cuma mengiyakan. Sampai kat bilik mkcik tu, aku ingat tugas aku da selesai so aku nak balik bilik tapi petugas hospital tu panggil aku sebab ada masalah komunikasi. Dia cakap nak bawak makcik tu gi hospital. Dia suruh aku ikut sekali, jadi penterjemah. Masa dlm lift sempat lagi petugas 4 orang tu tanya beberapa soalan kat aku. Pastu diorang gelak2. Diaorang cakap aku nampak cantik cakap arab. Adoi la arb. Memang tak pernah berubah. Dah sampai kat ambulan yang tunggu kat luar hotel tu, petugas tu suruh naik ambulan tapi aku cakap tunggu kejap. 5minit pastu petugas hospital tu masuk balik kat lobi hotel carik aku tapi aku bagitau yang aku tak ikut dan tempat aku akan diganti oleh mutawif. Petugas tu senyum kelat n cakap yang dia kecewa sebab aku tak ikut sama. Aku senyum je. Dalam hati aku cakap ‘aku tak bodoh’. Hahaha..


Pastu aku pun naik bilik, solat & turun semula untuk ziarah ke makam Rasulullah dan perkuburan baqi’. Tang bab ziarah ni pun, masalah jugak sebab ada jemaah yang tak turun walaupun dah diberitahu awal. Maka terpaksalah aku naik kat bilik diorang suruh turun. Asyik turun naik lif je keje aku sampai boleh kata, pantang terbukak pintu lif, mesti muka aku. Masa ni lah baru aku kenal secara rasmi mutawif aku kat sana. Sorang nama Ust Bakri, sorang lagi nama Ust Jamaluddin. 1st impression aku ingat Ust Bakri ni bujang tapi rupa2nya anak sulung dia je dah sebaya aku. Yang Ust Jamaluddin tak sempat taaruf sebab dia ni nampak pendiam. Orangnya kecik aje, comel. Sama tinggi dengan aku. 2 orang ust ni lah yang jadi mutawif kami sepanjang di Madinah.


25hb- Lepas sarapan, seramai 116 jemaah berkumpul kat lobi untuk program ziarah. Sejuk angin di kota madinah menusuk sampai ke tulang. Ramai yang berpeluk tubuh. Mujur jugak aku pakai stoking tebal masa tu. Ziarah yang awal adalah di masjid. Kami solat di semua masjid yang kami singgah iaitu masjid quba’, masjid qiblatain, masjid tujuh, jabal uhud dan terus ke pasar kurma. Pengalaman kat pasar kurma ni agak melucukan. Aku ambik coklat. Masa nak bayar, cashier arab tu nampak aku. Sambil dia kira jumlah kurma sorang makcik tu, sambil dia pandang aku. Sudahnya dia salah kira. Marahlah makcik tu. Makcik tu org meniaga, tu yang dia tau arab tu salah kira. Aku terus gelak. Pastu, arab tu pandang aku & cakap ‘ya jamilah, taal’. Asalnya aku taknak gi sebab ada 2 orang lagi makcik yang beratur depan aku tapi sebab arab tu taknak kira makcik tu punya, terpaksa aku gi depan. ‘ya jamilah, barapa?’ tanya cashier arab tu dalam pelat melayu ‘wahid wa nisf ’ ‘Masyaallah. Malizi au indonesi? Ma’lum arabi?’ Aku jawab ‘malizi. Mafi ma’lum’. Terus arab tu ketawa sebab dia tau aku kenakan dia. Pas bayar duit coklat tu, terus aku beredar sambil senyum lebar. Nak tau nape aku senyum? Sebab harga coklat tu dia da potong 5 riyal. Rezeki. Hehehe.


10.30 pagi - Balik dari melawat, aku mintak tolong Ust Jamaluddin untuk cari air contact lens sebab da abis pastu aku mintak dia tolong hantar aku kat hotel jawharat fayroz sebab aku nak jumpa kawan aku dari Yaman, Sadiq. Aku ajak sorang kakak tu ngan anak dia untuk teman aku sekali. First kami cari air contact lens dulu di sidliah (farmasi), pastu baru ke hotel jawharat fayroz untuk jumpa sadiq. Tapi hampa sebab kawan dia kata sadiq da balik yaman. Tapi dia ada bagitau kawan dia yang aku akan datang sana dan dia titipkan salam. Sepanjang perjalanan balik ke hotel, aku berbual dengan Ust Jamaluddin. Bermula dengan pertanyaan samaada aku masih belajar sehingga masuk ke bab2 yang yang lebih tinggi, hampir semua cabang ilmu dibahaskan. Masa ni baru aku tau betapa hebatnya ilmu ustaz tu. Subhanallah.Kami jugak sempat singgah ke sebuah kedai buku. Lepastu baru balik ke hotel. Sampai hotel,aku naik ke bilik bersihkan diri n terus ke masjid nabawi untuk solat zohor. Walaupun matahari dah mencarak atas kepala, tapi bahang sejuknya bumi Madinah, masyaAllah, semacam menggigit2 tubuh. Lepas balik dari solat zohor, kami dapat berita bahawa sorang daripada jemaah kami hilang. Tak balik hotel lepas solat subuh. Punyalah puas kitaorang cari tapi still tak jumpa. Tak dinafikan yang hotel kitaorang ni memang jauh dari masjid. Tak mustahil sape2 pun boleh sesat. Masuk waktu asar, kitaorang berhenti cari & solat kat masjid. Pas solat, sambung cari jemaah hilang tu tapi adik da tak larat, aku hantar dia balik hotel dulu. Sampai kat hotel, makcik2 ni pulak mintak aku tolong hantar diaorang gi masjid, nak solat maghrib kat sana. Sampai kat masjid, aku mintak diri sebab nak balik hotel untuk bersihkan diri. Start dari masjid nabawi tu aku berlari sampai hotel. Berteriak2 orang arab sepanjang deretan kedai tu bila tengok aku berlari. Tercungap2 aku sampai hotel. Yang sebetulnya aku takut. 1st sebab aku sorang2 n aku pompuan. 2nd sebab da banyak kali aku ulang alik laluan sama, jadi tak mustahil ada mata2 yang memerhati. Walaupun madinah bumi suci tapi bukan semua hati orang2 yang datang kesitu suci. 3rd sebab ari dah senja, aku nak kejar untuk solat maghrib. Macamtu lah sibuknya aku uruskan orang sepanjang kat sana. Malam tu aku solat kat bilik je sebab terlampau penat. Masa turun untuk makan malam, Ust Jamaluddin tegur aku, sempat berbual sekejap dengan dia.


26hb 3 – tiba masa berangkat ke Mekah. Pagi tu aku gi solat subuh yang terakhir ngan adik kat msjid nabawi. Sekali lagi cuaca sejuk wada’ bumi madinah menyapa kami. Subuh tu aku solat kat luar masjid Sayu aje rasa hati aku masa tu,hampir menitis airmata. Balik hotel, kami kemas barang2. Dah yakin tkde apa yang tinggal, aku bawak barang2 turun kat lobi. Pastu aku ngan adik terus masjid nabawi tuk ziarah wada’ dan alhamdulillah, masa ni jemaah yang hilang tu jumpa balik. Balik ke hotel, aku uruskan urusan check out. Ini memang masa yang amat meletihkan sekali. Bukan mudah nak uruskan jemaah yang jumlahnya mencecah ratusan nih. Aku tolong jemaah angkat beg untuk cepatkan keje. Beg diorang pulak ya rabbi! Macam bawak 2 bongkah batu besar! Pastu aku mintak senarai nama orang yang belum serahkan kunci. Sekali lagi aku kena turun naik lif. Dah serah sume kunci, aku ucap terima kasih. Pekerja tu senyum dengan aku, dia cakap harap dapat jumpa aku lagi. Macam biasa, aku orang paling akhir naik bas. Sebelum naik bas, ust yang aku terjumpa dalam lif masa uruskan jemaah yang sakit tu panggil aku. Dia tanya nama aku & mintak no fon. Sebab nak cepat masa tu, aku pun terus bagi no fon walaupun baru 2 kali kami jumpa. Setelah tu bermulalah perjalanan aku selama 6 jam ke tanah haram, makkah. Masa dalam bas, sempat aku tertido, mungkin terlalu penat. Aku terjaga sebelum sampai ke bir ali & kami miqat disana.


27hb 3-Pukul 12.10 pagi, kami pun sampai di mekah. Kali ni menginap di hotel al kareem. Memang dekat sangat dengan masjidil haram. Lebih kurang 5 minit berjalan. Kat sini baru bermula ujian2 yang lebih hebat. Bukan setakat masalah menunggu untuk masuk ke bilik tapi jugak terpaksa berpuas hati dengan keadaan hotel yang sempit n bilik yang kurang selesa. Tapi bak kata ayah, kita datang sini nak buat ibadah, bukan nak tido. Kalau nak tido, baik duduk kat rumah. Dah urus sume jemaah, macam biasa, aku n adik yang last masuk bilik. Masuk bilik, kitaorang cuma sempat ambik wudhu’ je.Pastu turun balik tuk buat umrah.


27hb 3- Arini jadual sendiri tapi ayah ajak kitaorang gi buat umrah. Ujian Allah datang bila aku mula sakit, tekanan darah rendah menyerang lagi. Sakitnya sampai dunia aku rasa berpusing. Masa ni badan aku dah mula panas dan suara aku dah mula nak hilang. Dunia rasa berputar kuat. Nak pengsan pun ada. Tapi aku gagahkan jugak diri buat umrah. Sebab ayah paut tangan aku, aku cuba bertahan. Dari tawaf, saie, sampai tahallul ayah pegang aku walaupun waktu tu ayah tengah pimpin jemaah. Sampai kat hotel, sakit kepala aku makin menjadi. Masa baring pun kepala rasa pusing. Aku makan ubat tapi still rasa tinggi rendah. Aku tak gi masjid, solat kat bilik je sebab tak larat. Aku pukul2 kepala sebab terlampau sakit.


28hb 3- Kepala still pusing. Aku tak tau macammana nak gambarkan rasa sakit tu. Ayah kata nak buat umrah lagi. Aku masih nak ikut walaupun keadaan kesihatan aku waktu tu tak mengizinkan. Bukan setakat demam & sakit kepala tapi suara aku pun dah 70% hilang. Selesai miqat di tanaim, kami pun gi tawaf. Masa tawaf, aku berpaut kat ayah tapi masa saie, aku terpaksa buat sendiri sebab kepala dah terlampau sakit. Aku pintas ayah dalam setiap laluan dari safa ke marwah. Sampai pusingan ke6, aku rasa nak rebah kat situ sebab dunia aku dah tak seimbang. Aku cakap, ya allah ya tuhanku, tolonglah aku ya Allah. Aku dah tak tertahan sakit ni. Kuatkan aku untuk sudahkan pusingan saie ni. Aku terus berjalan sambil istighfar . Kejap ke kiri, kejap ke kanan sambil pegang kepala. Masa ni gambaran emak datang. Sempat terlintas yang aku akan mati kat situ sebelum dapat jumpa mak untuk mintak maaf atas segala dosa2 yang aku dah lakukan sejak aku lahir sampai saat ni. Mujur ada sorang pompuan arab yang baik hati pegang aku dan iring aku sampai habis saie. Balik hotel, aku kol mak. Aku bagitau yang aku sakit, terus aku menangis. Aku cakap kat mak, doakan aku sihat sebab aku taknak mati kat situ. Aku dengar mak menangis sama.


29hb 3- Kepala masih sakit tapi aku gagahkan diri gi solat subuh di masjidil haram.Pas sarapan, program kami ziarah kota Makkah dan buat umrah. Masing2 dah siap berpakaian ihram dan tunggu kat luar pintu hotel. Kebetulan aku dan adik paling last keluar. Lebih kebetulan lagi cuma kitaorang berdua je yang pakai baju kurung. Telekung letak dalam beg sandang. Apa yang tak boleh aku lupa pada situasi ni bila sume mata jemaah termasuk 4 orang mutawif tertumpu kat kitaorang. Pastu perlahan aku dengar mutawif cakap ‘subhanallah’. Aku tak pasti kenapa tapi masa kitaorang jalan nak pergi kat bas, Ust Jamaluddin tegur aku dan cakap ‘masyaallah, berbeza sekali ustazah hari ni’. ‘Beza? Apa yang beza?’ aku memberi respon ringkas. ‘Saya seolah2 melihat 2 puteri kembar yang turun ditengah2 ratusan orang yang memakai pakaian putih, seperti 2 bulan purnama yang muncul ditengah2 kepekatan malam’. Aku cuma diam, tak balas lagi sebab aku lebih tertumpu pada sakit aku. Selesai ziarah, kami ke ja’aranah untuk miqat tapi ujian datang lagi bila Allah tidak mengizinkan aku untuk mengerjakan umrah sesampainya disana. Sedih tapi aku akur. Mungkin ada khilaf yang aku lakukan sehingga tertahan untuk buat umrah. Waktu makan tengahari, aku jumpa lagi dengan ust jamaluddin di mat’am. ‘warna yang ustazah pakai hari ni sungguh menenangkan dan kelihatan ayu sekali. Ini lebih sesuai untuk ustazah. Terasa sejuk’. Aku cuma diam. Aku tau bahawa aku dah terkhilaf dan kata2 itu tak lebih dari sekadar teguran atau lebih tepat mafhum mukhallafah, supaya aku lebih berhati2 dimasa akan datang. Syukran ust.


30hb 3 - Waktu ni jadual sendiri. Sakit kepala aku sedikit berkurang walaupun still rasa tinggi rendah. Mungkin berkat doa emak dari Malaysia. Adik ajak aku gi merayau. Walaupun tak berapa sihat, tapi aku tak betah biar adik jalan sendiri walaupun kitaorang dah tau selok belok jalan kat sini. Ada jugak jemaah yang taknak kelua,cuma kirim kat kitaorang. Masa duduk kat hotel al kareem ni, memang ramai kawan. Boleh kata semua pekerja hotel tu baik ngan kitaorang sampaikan kalau supervisor hotel tu beli makanan, mesti dia suruh pekerja dia hantar kat bilik kitaorang. Jemaah pun macam tu. Sepanjang duduk kat sini, ada je yang belanja kitaorang makan. Aiskrim lah, ayam golek lah, ayam bakar, air, roti, hamburger,kentang goreng. Ada jugak jemaah yang bagi duit kat aku n adik. Kira rezki kami berdualah tu.


31hb 3 – Arini pun jadual sendiri. Tapi adik gi buat umrah dengan ayah dan beberapa orang jemaah lain. Selesai buat umrah, adik rehat kat bilik sebab dia nak buat umrah sekali lagi sebelah petang. Petangnya adik aku ajak makcik2 yang masih larat untuk buat umrah lagi. Tak silap aku, ada dalam 7 orang yang ikut sama masa tu. Diorang miqat kat tanaim. Kalaulah bukan sebab terhalang, mesti aku dah ikut sama. Tak lama pastu, aku terima mesej dari badri ‘salam alaik ya habibati, saya nak mintak tolong tulis departure card n tulis nama dekat sticker air zamzam. Jumpa kat mat’am pukul 5 petang ye’. Aku jawab ringkas ‘ok’. Badri ni antara salah sorang yang uruskan travel de mawardah kat makkah ni. Aku kenal dia 4 tahun lepas. Waktu yang dijanjikan, aku turun ke mat’am. Kami sama2 tulis departure card n nama2 jemaah di sticker air zamzam. Malamnya aku ikut ayah gi hotel Malaysia, fal as saha. Ayah nak jumpa ust fauzan untuk urusan sijil badal umrah. Masuk je hotel tu,aku nampak fahrin ahmad tengah duduk kat sofa ngan beberapa orang krew. Mata kami sempat bertembung. Tapi aku buat dek jer sebab menyampah tengok mimik muka fahrin masa tu. Tapi yang buat sejuk sikit bila krew tu senyum ngan aku. Hehehe.


1hb 4- jadual arini adalah lawatan ke hudaibiah. Mula2 kitaorang gi ladang unta. Masa ni angin padang pasir bertiup kuat. Aku dah turun tapi berhenti sekerat jalan n terpaksa tutup mata sebelum adik tarik aku masuk semula dalam bas. Aku patah balik sebab aku pakai contact lens. Bimbang masuk pasir dalam mata. Macam biasa, ayah beli susu unta n kitaorang minum sampai abis. Pastu gi melawat muzium pulak. Masa nak masuk muzium ni, orang arab yang jaga kat pintu tu senyum n bagi salam kat aku. Dia tanya aku orang Malaysia @ Indonesia. Yang melucukan bila dia asyik ikut aku sepanjang dalam muzium tu dan tanya macam2 soalan kat aku. Sampai ada sorang makcik tu cakap ‘abislah kakcik. Pak arab tu dah berkenan pulak’. Hampir nak terburai ketawa masa tu tapi aku tahan. Yang lagi bez, bila orang arab tu offer diri untuk tolong ambik gambar aku. Masa nak balik tu,dia iring aku sampai kat bas n lambai aku. Hehehe. Malamnya aku gi shopping ngan adik. Aku beli jubah 4 helai.


2hb 4 –arini jadual sendiri. Alhamdulillah, aku dah lepas dari halangan. Aku ajak ayah gi buat umrah. Lebih kurang 20 orang ikut masa tu. Macam biasa, kami miqat kat tanaim. Selesai miqat, sume jemaah naik bas. Nak dijadikan cite, aku tak perasan ada sorang jemaah lelaki tertinggal. Bila aku bagitau sume jemaah dah cukup, bas pun jalan. Masa dalam bas, mak dia perasan yang abang tu tak naik lagi. Tapi ayah cakap tak payah risau sebab sume kenderaan yang ada kat situ menghala ke masjid haram. Sampai kat sana, kami pun tawaf. Abis pusingan ketujuh, masa nak istilam yang akhir kat hajarul aswad, aku terkejut tengok abang tu berdiri betul2 sebelah aku. Dia pandang aku n cakap ‘mu tinggal aku deh’. Punyalah aku geli hati. Yang lagi tak tahan, ayah boleh gelak sama kat situ. Hahaha. Pas balik dari buat umrah, aku n adik shopping untuk kali terakhir. Masa ni baru aku beli kurma n barang2 lain. Saja nak abiskan duit. Lagipun esok dah nak gerak balik Malaysia.


3hb 4 – Arini ari last kitaorang kat sini. Subuh2 lagi nset aku da bunyi. Rupa2nya reminder birthday kaklong aku. Masa aku nak taip mesej, nak ucap selamat ulangtahun, makcik aku panggil, suruh tolong dia ikat beg. Pastu terus aku lupa nak wish. Selesai sarapan,kitaorang angkut beg turun kat lobi. Pastu sama2 gi tawaf wada’. Takdir Allah, masa aku nak kelua je dari masjid haram, aku nampak ramai orang pakai serban merah berkumpul kat sebelah kanan laluan tu. Aku pergi dekat untuk tengok apa yang diorang kerumunkan.Dan untuk pertama kali dalam sejarah hidup aku sepanjang mengerjakan umrah, aku tengok 5 mayat diletakkan atas lantai masjidil haram. Kemudian aku nampak 3 mayat lagi diusung masuk betul2 depan mata aku.Tak semena2 meremang bulu roma aku. Aku istighfar dan ucapkan kalimah ‘innalillahhi wa inna ilaihi rajiun’. Pastu terus aku keluar. Keluar aje masjid, aku ibarat melawan arus sebab kebetulan masa tu orang tengah berpusu2 menuju ke masjid untuk solat asar. ‘ya zulaikha’. tiba2 aku dengar semacam suara lelaki menyapa aku. Aku cari arah suara tu. Rupa2nya ust yang tanya nama n ambik no fon aku masa kat Madinah tu yang panggil aku. Dia tanya samaada aku dah nak berangkat pulang. Dia cakap nanti jangan lupa contact dia bila dah sampai Malaysia. Spontan aku jawab ‘saya tak ada no fon ust’ (jangankan no fon, nama dia pun aku tak tau). Tapi dia cakap tak ape, nnti dia yang akan contact aku. Aku mengiyakan. Pastu aku mintak diri. Sampai hotel, sementara tunggu bas, aku duduk kat tangga n berzikir. Masa ni hati aku tiba2 dipaut sedih yang amat. Aku rasa umrah aku kali ni tak sempurna. Masa aku lebih banyak dengan manusia dari Allah. Yang lebih aku sebak, hasrat aku untuk tidur di masjid haram n buat solat istikharah sepanjang kat sana pun tak terlaksana. Kalau tahun2 sebelum ni aku dapat masuk solat kat hijr ismail tapi tahun ni aku cuma mampu solat dan berdoa dari jauh. Masa ni tak semena2 airmata aku gugur membasahi pipi.


6 PETANG – bas sampai dan beransur2 kami meninggalkan tanah suci ni. Dalam hati aku tak putus berdoa agar umur aku masih panjang n diberikan kesihatan yang baik untuk kembali lagi kebumi yang penuh barakah ni. Sampai di airport, aku dapat panggilan dari Ust Jamaluddin. Dia mohon maaf sebab tak dapat iring sampai ke airport (dia ditugaskan untuk bawak jemaah lain di madinah). Dia titipkan pesan supaya tak berasa hazan dan tak putus berdoa agar terus diberikan kesempatan untuk kembali lagi sebagai tetamuNYA. Dia suruh jaga diri baik2 dan makan ubat supaya cepat sembuh. Kami terpaksa menunggu di airport selama 6 jam (sampai pukul 5 pagi) sebelum dibenarkan masuk ke departure hall. Masa check passport di imigresen, orang yang check passport tu tanya aku ‘siti?’ ‘aiwah. Siti zulaikha’. Pastu dia tanya umur aku. Aku pun bagitau. Entah macamna kawan dia yang sebelah tu (tengah check passport jemaah yang lain) menyampuk. Dia kata ‘huwa arba’un’. ‘Arba’un?Wallah?’ aku memberi respon balas. Dia senyum n menafikan. Pastu dia bagi passport kat aku n ucap maas salamah..
4hb 4- Kitaorang sampai kat brunei. Tidur semalam lagi kat hotel grand city. Malam yang kitaorang sampai tu, ayie belanja adik n aku makan nasi katok.


5hb 5- Sebelum bertolak balik, Ayie bawak adik, aku n sorang lagi pakcik gi merayau naik kete pastu baru gi airport. Sebelum berangkat masuk ke departure hall, masa aku tengah tarik beg roda, tiba2 Ayie panggil. ‘Siti!’ aku pun toleh kebelakang. Kebetulan kat departure hall brunei waktu tu dipasang alunan instrumental winter sonata. Lepastu Ayie tunjuk isyarat tangan n aku nampak airmata dia bertakung. Rasa syahdu sangat masa tu macam dalam drama. Aku senyum, mengangguk dan terus jalan masuk. Sengaja aku tak tengok dia lama2 sebab aku ni jiwa melankolik sikit. Takut jatuh lak airmata aku. Lepas 2 jam perjalanan, akhirnya aku sampai ke Malaysia. Masa ni tak dapat nak digambarkan perasaan syukur sebab aku dapat balik lagi kat sini dan orang pertama yang terlintas dalam kepala aku masa ni mak. Tak sabar rasanya nak peluk n cium mak yang aku tinggalkan dengan airmata 2 minggu sudah. Akhirnya aku kembali lagi. Terima kasih Ya Allah atas segalanya..



**Inilah serba sedikit catatan sepanjang pengembaraan aku ke tanah suci. Walaupun agak hazan dan sedikit terkilan dengan perjalanan umrah kali ini tapi aku redha. Ini bahagian yang telah ditetapkan untuk aku. Aku percaya terdapat seribu satu hikmah yang terkandung didalamnya. Apa yang penting sekarang, aku harus selalu muhasabah diri dan berusaha mengubah diri kearah yang lebih baik. Aku mungkin tidak mampu untuk menjadi yang terbaik tapi aku aku akan melakukan yang terbaik semampuku. Moga Allah mengampunkan dosa2ku dan masih sedia menerima taubat dari insan hina seperti aku. AMIN.

Sunday, April 17, 2011

SEMOGA BERBAHAGIA..

Alhamdulillah, dapat update lagi blog arini tapi bukan cerita tentang umrah tu. Tang umrah tu postpone dulu sebab banyak keje nak buat. Tak sempat nak tulis lagi.

Update ni pun coz nak ucap tahniah kat abang aku yang da selamat bertunang semalam. Doa aku mudah2an diorang kekal ke anak cucu. Apa yang paling bez sebab sume adik beradik aku ada semalam. Cuma sayangnya kakak2 ipar aku sume tak dapat join. Kakngah kursus, Kaktih pulak keje. Apa yang penting Adawiyah yang tombam dan berlipat2 tu ada. Terus ceria suasana. Hehehe.

Dan yang buat aku sedikit teruja sebab kawan aku sejak baby (jiran sebelah umah) join sekali majlis ni. Aku tua 4 hari je dari dia. Aku lahir 4hb 3, dia pulak 8hb 3. Nama dia iza. Masa kecik2 dulu kitaorang selalu main masak2, pondok2 sama2. Setelah 8 tahun, untuk pertama kali kitaorang dapat bergambar balik sama2.Hehehe.

Apapun tahniah kat abang aku tu n tak lupa adik lelaki aku, bancik yang juga dah selamat melangsungkan pertunangan seminggu sebelum kitaorang gi umrah. Mabruk alaikum. Oklah. Jom layan gamba2 yang sempat kitaorang capture semalam. Hehehe.


P/S : Maaf sangat2. Laptop aku problem. Takleh bukak langsung. So aku masukkan mana yg ade je dulu dalam pendrive nih. Yang ni ambik pakai camera laen. Harap sabar eh. Nanti aku upload yang laen..

Tuesday, April 12, 2011

AKU SUDAH PULANG..

Assalammualaikum w.b.t. Alhamdulillah, aku dah selamat pulang ke tanah air. Da lama aku tak update blog ni, hampir 3 minggu. Banyak pengalaman yang nak diceritakan sepanjang mengerjakan umrah tempohari tapi masa aku terbatas. Balik je dari umrah, aku da start keje. Balik keje, terus siapkan barang2 hantaran untuk abang2 n adik lelaki aku, nak siapkan bilik pengantin lagi. Al maklum, dalam family aku cuma ada 2 orang je adik beradik pompuan, kira aku ni anak pompuan sulung dalam family. So nak taknak, memang kena settle sume.

Aku memang nak post artikel tentang umrah baru ni tapi masa terbatas. Nak tulis pun tak sempat. Apapun, bagi aku, umrah kali ni tinggalkan seribu kenangan yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hayat. Bnyak dugaan yang aku hadapi kat sana sampaikan aku rasa aku takkan dapat balik lagi kat bumi Malaysia ni walaupun kepulangan aku cuma dengan sekujur jasad kaku.

Ini kali keempat aku diberi peluang oleh Allah untuk ke sana. Tapi untuk kali ni, aku rasa dugaan dariNYA cukup hebat sampai aku menangis sebab rasa tak mampu tanggung ujian tu. Aku kol mak, dalam linangan airmata aku cakap ‘mak, kakcik sakit ni. Doakan kakcik copek sihat, kakcik taknak mati kek sini, kakcik nak balik Malaysia dulu jumpo omak’. Sampai macamtu sekali rintihan aku masa tu. Aku dengar mak menangis sama. Mak cakap ‘omak sentiaso doakan kakcik kek sano. Itulah anak. Walau sejauh mano pun dio porgi, bilo dio sakit, orang pertamo dio akan ingat, omak’. Nak tau ape kesudahan ujian aku ni? Tunggu entri seterusnya nanti, aku akan cite detail start dari perjalanan pergi, sampai aku selamat balik Malaysia.

Aku tak banyak masa ni. I’ve to go now. InsyaAllah, panjang umur, sihat tubuh badan, aku akan send artikel perjalanan umrah aku tu. Salam islah, salam muhasabah, salam dari hati ke hati..

Monday, March 14, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA..

Malam tadi aku berpeluang menonton sebuah cerita sejarah ‘Hikayat Merong Mahawangsa’. Cerita yang mula ditayangkan pada 10 Mac kelmarin. Kalau ada 5 bintang, 4bintang aku bagi pada filem ni.Kenapa? Anda akan tau sebabnya selepas ini.

Ada yang mengatakan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa cuma suatu mitos. Ada juga yang menyangkal dakwaan tersebut berdasarkan bukti2 sejarah yang ditemui. Samaada hikayat ini mitos@ suatu kebenaran, bukanlah persoalan yang ingin aku tekankan didalam entri ini. Tapi aku ingin membawa pembaca untuk memahami unsur pengajaran dan nilai2 murni yang diselitkan dalam filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta ini.

Aku seorang yang suka mencari nilai dari sebuah filem mahupun drama yang telah ditonton.Bagi aku, kalau filem mahupun drama punya nilai, itu baru hebat dan layak diangkat. Tapi kalau filem mahupun drama cuma dihiasi lawak2 yang menjelikkan tanpa ada mesej yang hendak disampaikan kepada penonton, ianya tak lebih dari sekadar sampah yang menyakitkan mata yang memandang.

Kenapa filem Merong Mahawangsa ini layak diberikan pujian? Kerana ia bukan sebuah filem yang mengangkat cinta sebagai tema utama. Tetapi lebih menjurus pada perpaduan, sikap kerjasama dan kasih sayang diantara sesama insan tanpa mengira bangsa, negara, darjat mahupun warna kulit. Filem ini menerapkan dan membakar semangat patriotisme didalam jiwa setiap kita yang menekuni filem ini sedari awal tayangan bermula.

Filem ini juga mempunyai tagline iaitu pantun. Pantun 4 rangkap yang menjadi adat dan budaya masyarakat Malaysia. Inilah keunikan yang dimiliki oleh bangsa melayu yang tidak ada pada bangsa lain. Walaupun Malaysia belum wujud sewaktu hikayat ini tercipta, tetapi ini menggambarkan budaya masyarakat Melayu pada waktu itu.

Sewaktu pantun ini didendangkan oleh bonda Merong Mahawangsa (Umie Aida), persepsi awal aku ialah cinta kerana Merong sedari awal tidak mempercayai cinta dan membenci perempuan. 2 rangkap terakhir ‘bila 2 jasad bersatu, hidup mati jadi bersama’ asyik diulang sehingga akhir filem. Dan diakhir filem ini baru aku tau bahawa kata2 yang diungkap oleh almarhumah bonda Merong Mahawangsa itu sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang hanya dapat difahami diakhir cerita. Ianya bukan gurindam cinta tapi amanah pengorbanan bagi seorang manusia yang bergelar raja. Ini juga suatu pengajaran bagi kita. Kenapa? Kadang2 kata2 yang diulang ucap berkali2 boleh disalah tafsir akan maksudnya. Bila sudah disalah tafsir, akan menimbulkan pelbagai persepsi, negatif mahupun positif. Bila terbit persepsi, maka akan tercipta reaksi. Reaksi ini yang akan menentukan perpaduan mahupun perpecahan. Dari satu sudut lain, sesuatu perkara itu hanya akan difahami setelah tiba waktunya. Jadi, hindari dari membuat sebarang tanggapan negatif terhadap sesuatu perkara kerana boleh jadi tanggapan itu menyalahi hakikat sebenar.

Tidak dapat dinafikan, majoriti dari filem yang diterbitkan di Malaysia ini tak terlepas dari adegan2 lucah. Begitu juga filem Hikayat Merong Mahawangsa. Aku katakan lucah disini bukan kerana adegannya tapi kerana pelakonnya adalah orang islam yang tak segan silu melakonkan babak2 lucah tersebut. Walaupun begitu, aku puji ketelitian pengarah dan penulis skrip ini yang menggunakan bahasa yang lebih beralas sebagai menghormati adab, adat dan tatasusila masyarakat melayu. Mungkin juga penulis dan pengarah tidak mahu kalau2 ada babak2 yang dipotong oleh LPFM. Kalau ada babak yang dipotong dalam filem ini, maka sedikit sebanyak akan mencacatkan keseluruhan filem tersebut. Sebagai contoh, aku petik kata2 Khir Rahman semasa hendak melepaskan serakahnya ‘menghisap madu’ puteri dinasti China ‘kalau empangan sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya’. Ini kata2 yang aku kira beralas, hanya difahami oleh remaja yang berumur 18 tahun dan keatas. Filem ini juga telah menjadikan bahasa persuratan lama melayu sebagai bahasa perantaraan utama sekalipun ada 5 bahasa lain yang dipertuturkan didalam filem ini iaitu bahasa India, Rom, Inggeris, Cina dan Melayu. Jadi..tahniah disini.

Sekarang fahamlah kalian kenapa dalam 5bintang tersebut, 4bintang yang aku berikan untuk filem ini. Apapun tahniah buat semua krew dari KRU, penulis skrip, pengarah serta pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem ini. Tak sia2 masa 2tahun yang diperuntukkan untuk membaiki serta menambah baik filem ini menjadi satu filem fiksyen sejarah yang berkualiti. Kesan khas komputer yang digunakan juga sememangnya yang terbaik, standing dengan kesan khas grafik filem2 perang dari luar negara. Sekalung tahniah juga buat Kementerian Pembangunan Sains Dan Inovasi yang terlibat secara langsung dalam menjayakan filem ini. Moga dengan adanya cerita seperti ini, dapat membuka mata para penggiat filem tanah air untuk menghasilkan filem yang punya nilai dan kualiti. Tahniah untuk kesekian kali!

SANAH HELWAH YA ZULAIKHA... (^_^)

4hb 3 2011- Genap usia aku 13 tahun. Eh..silap! 23tahun. Hehe. Beerti kurang setahun lagi hayat aku kat dunia ni. Makin singkat rupanya hidup aku ni. Malam ulangtahun kelahiran aku, aku terima banyak ucapan selamat ulangtahun dari adik beradik dan teman2. Ada juga sms yang aku baca dalam keadaan mamai. Almklum, jam pun dah melebihi angka 12 malam.

Ucapan selamat ulangtahun yang paling awal aku terima pada hari Rabu 2hb 3 2011, betul-betul 5 minit sebelum pukul 12 malam. Ucapan tu dihantar oleh seorang teman yang aku kenali 5 tahun dulu. Masa ucapan selamat ulangtahun tu dihantar pada aku, aku membalas dengan kata ‘Terima kasih. Ulangtahun kelahiran saya bukan esok, tapi lusa. Ulangtahun kelahiran saya bukan hari khamis tapi hari jumaat’. Dan ini responnya ‘yang penting awak, bukan birthday awak..’ Kata2 dia menyedarkan aku tentang tanggapan terhadap sebuah persahabatan. Aku dapat mengesan sesuatu dari sms tu. Rupanya bukanlah ucapan ulangtahun yang jadi fokus utama dia malam tu tapi sebenarnya dia cuba bagitau aku yang dia sentiasa ingat pada aku walaupun kami dah tak berhubung sejak 4 bulan lalu atas sebab2 yang tak boleh aku nyatakan disini.

Dalam banyak2 sms yang aku terima, ada satu sms yang aku rasa sangat unik. Tau kenapa? Cuba baca ni ‘saya tak tau berapa banyak sms ucapan ulangtahun yang masuk dalam inbox awak malam ni tapi saya harap, sms saya lah yang paling awak tunggu’. Senyum lebar aku baca mesej tuh. Hehehe. Dan yang lebih unik lagi, malam ulangtahun aku tu, aku cuma terima satu aje panggilan telefon, dari kawan yang aku kenal, juga 5 tahun dulu. Dan perkara yang paling menarik aku rasa dihari ulangtahun kelahiran aku 4hb 3 tu bila ada yang menelefon dan tanya samaada aku dapat atau tak mesej yang dia bagi malam tu. Aku cakap dapat dan aku dah baca. Yang jadi menarik sebab dia boleh suruh aku ulang balik mesej yang dia bagi. Macamana aku nak ulang sebab aku tak ingat. Banyak sangat mesej yang masuk malam tu. Aku terus gelak. Hahahaha..

Macam2 fi’il manusia ni. Apapun, aku nak ucap terima ksih sangat2 kat sume yang bagi mesej ucapan selamat mahupun yang kol masa ulangtahun kelahiran aku. Takde ucapan paling bernilai dapat aku ucapkan pada kalian selain ucapan terima kasih yang tak terhingga. Perlakuan kalian menunjukkan betapa kalian menyayangi aku. Semoga Allah memberkati perhubungan yang terjalin antara kita untuk selamanya. Sanah helwah buat diri aku. Semoga dengan berkurangnya umur ni, dapat meningkatkan tahap kesedaran aku untuk menambahkan amal kerana boleh jadi, detik kematian datang pada saat ini!