Monday, March 14, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA..

Malam tadi aku berpeluang menonton sebuah cerita sejarah ‘Hikayat Merong Mahawangsa’. Cerita yang mula ditayangkan pada 10 Mac kelmarin. Kalau ada 5 bintang, 4bintang aku bagi pada filem ni.Kenapa? Anda akan tau sebabnya selepas ini.

Ada yang mengatakan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa cuma suatu mitos. Ada juga yang menyangkal dakwaan tersebut berdasarkan bukti2 sejarah yang ditemui. Samaada hikayat ini mitos@ suatu kebenaran, bukanlah persoalan yang ingin aku tekankan didalam entri ini. Tapi aku ingin membawa pembaca untuk memahami unsur pengajaran dan nilai2 murni yang diselitkan dalam filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta ini.

Aku seorang yang suka mencari nilai dari sebuah filem mahupun drama yang telah ditonton.Bagi aku, kalau filem mahupun drama punya nilai, itu baru hebat dan layak diangkat. Tapi kalau filem mahupun drama cuma dihiasi lawak2 yang menjelikkan tanpa ada mesej yang hendak disampaikan kepada penonton, ianya tak lebih dari sekadar sampah yang menyakitkan mata yang memandang.

Kenapa filem Merong Mahawangsa ini layak diberikan pujian? Kerana ia bukan sebuah filem yang mengangkat cinta sebagai tema utama. Tetapi lebih menjurus pada perpaduan, sikap kerjasama dan kasih sayang diantara sesama insan tanpa mengira bangsa, negara, darjat mahupun warna kulit. Filem ini menerapkan dan membakar semangat patriotisme didalam jiwa setiap kita yang menekuni filem ini sedari awal tayangan bermula.

Filem ini juga mempunyai tagline iaitu pantun. Pantun 4 rangkap yang menjadi adat dan budaya masyarakat Malaysia. Inilah keunikan yang dimiliki oleh bangsa melayu yang tidak ada pada bangsa lain. Walaupun Malaysia belum wujud sewaktu hikayat ini tercipta, tetapi ini menggambarkan budaya masyarakat Melayu pada waktu itu.

Sewaktu pantun ini didendangkan oleh bonda Merong Mahawangsa (Umie Aida), persepsi awal aku ialah cinta kerana Merong sedari awal tidak mempercayai cinta dan membenci perempuan. 2 rangkap terakhir ‘bila 2 jasad bersatu, hidup mati jadi bersama’ asyik diulang sehingga akhir filem. Dan diakhir filem ini baru aku tau bahawa kata2 yang diungkap oleh almarhumah bonda Merong Mahawangsa itu sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang hanya dapat difahami diakhir cerita. Ianya bukan gurindam cinta tapi amanah pengorbanan bagi seorang manusia yang bergelar raja. Ini juga suatu pengajaran bagi kita. Kenapa? Kadang2 kata2 yang diulang ucap berkali2 boleh disalah tafsir akan maksudnya. Bila sudah disalah tafsir, akan menimbulkan pelbagai persepsi, negatif mahupun positif. Bila terbit persepsi, maka akan tercipta reaksi. Reaksi ini yang akan menentukan perpaduan mahupun perpecahan. Dari satu sudut lain, sesuatu perkara itu hanya akan difahami setelah tiba waktunya. Jadi, hindari dari membuat sebarang tanggapan negatif terhadap sesuatu perkara kerana boleh jadi tanggapan itu menyalahi hakikat sebenar.

Tidak dapat dinafikan, majoriti dari filem yang diterbitkan di Malaysia ini tak terlepas dari adegan2 lucah. Begitu juga filem Hikayat Merong Mahawangsa. Aku katakan lucah disini bukan kerana adegannya tapi kerana pelakonnya adalah orang islam yang tak segan silu melakonkan babak2 lucah tersebut. Walaupun begitu, aku puji ketelitian pengarah dan penulis skrip ini yang menggunakan bahasa yang lebih beralas sebagai menghormati adab, adat dan tatasusila masyarakat melayu. Mungkin juga penulis dan pengarah tidak mahu kalau2 ada babak2 yang dipotong oleh LPFM. Kalau ada babak yang dipotong dalam filem ini, maka sedikit sebanyak akan mencacatkan keseluruhan filem tersebut. Sebagai contoh, aku petik kata2 Khir Rahman semasa hendak melepaskan serakahnya ‘menghisap madu’ puteri dinasti China ‘kalau empangan sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya’. Ini kata2 yang aku kira beralas, hanya difahami oleh remaja yang berumur 18 tahun dan keatas. Filem ini juga telah menjadikan bahasa persuratan lama melayu sebagai bahasa perantaraan utama sekalipun ada 5 bahasa lain yang dipertuturkan didalam filem ini iaitu bahasa India, Rom, Inggeris, Cina dan Melayu. Jadi..tahniah disini.

Sekarang fahamlah kalian kenapa dalam 5bintang tersebut, 4bintang yang aku berikan untuk filem ini. Apapun tahniah buat semua krew dari KRU, penulis skrip, pengarah serta pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem ini. Tak sia2 masa 2tahun yang diperuntukkan untuk membaiki serta menambah baik filem ini menjadi satu filem fiksyen sejarah yang berkualiti. Kesan khas komputer yang digunakan juga sememangnya yang terbaik, standing dengan kesan khas grafik filem2 perang dari luar negara. Sekalung tahniah juga buat Kementerian Pembangunan Sains Dan Inovasi yang terlibat secara langsung dalam menjayakan filem ini. Moga dengan adanya cerita seperti ini, dapat membuka mata para penggiat filem tanah air untuk menghasilkan filem yang punya nilai dan kualiti. Tahniah untuk kesekian kali!

SANAH HELWAH YA ZULAIKHA... (^_^)

4hb 3 2011- Genap usia aku 13 tahun. Eh..silap! 23tahun. Hehe. Beerti kurang setahun lagi hayat aku kat dunia ni. Makin singkat rupanya hidup aku ni. Malam ulangtahun kelahiran aku, aku terima banyak ucapan selamat ulangtahun dari adik beradik dan teman2. Ada juga sms yang aku baca dalam keadaan mamai. Almklum, jam pun dah melebihi angka 12 malam.

Ucapan selamat ulangtahun yang paling awal aku terima pada hari Rabu 2hb 3 2011, betul-betul 5 minit sebelum pukul 12 malam. Ucapan tu dihantar oleh seorang teman yang aku kenali 5 tahun dulu. Masa ucapan selamat ulangtahun tu dihantar pada aku, aku membalas dengan kata ‘Terima kasih. Ulangtahun kelahiran saya bukan esok, tapi lusa. Ulangtahun kelahiran saya bukan hari khamis tapi hari jumaat’. Dan ini responnya ‘yang penting awak, bukan birthday awak..’ Kata2 dia menyedarkan aku tentang tanggapan terhadap sebuah persahabatan. Aku dapat mengesan sesuatu dari sms tu. Rupanya bukanlah ucapan ulangtahun yang jadi fokus utama dia malam tu tapi sebenarnya dia cuba bagitau aku yang dia sentiasa ingat pada aku walaupun kami dah tak berhubung sejak 4 bulan lalu atas sebab2 yang tak boleh aku nyatakan disini.

Dalam banyak2 sms yang aku terima, ada satu sms yang aku rasa sangat unik. Tau kenapa? Cuba baca ni ‘saya tak tau berapa banyak sms ucapan ulangtahun yang masuk dalam inbox awak malam ni tapi saya harap, sms saya lah yang paling awak tunggu’. Senyum lebar aku baca mesej tuh. Hehehe. Dan yang lebih unik lagi, malam ulangtahun aku tu, aku cuma terima satu aje panggilan telefon, dari kawan yang aku kenal, juga 5 tahun dulu. Dan perkara yang paling menarik aku rasa dihari ulangtahun kelahiran aku 4hb 3 tu bila ada yang menelefon dan tanya samaada aku dapat atau tak mesej yang dia bagi malam tu. Aku cakap dapat dan aku dah baca. Yang jadi menarik sebab dia boleh suruh aku ulang balik mesej yang dia bagi. Macamana aku nak ulang sebab aku tak ingat. Banyak sangat mesej yang masuk malam tu. Aku terus gelak. Hahahaha..

Macam2 fi’il manusia ni. Apapun, aku nak ucap terima ksih sangat2 kat sume yang bagi mesej ucapan selamat mahupun yang kol masa ulangtahun kelahiran aku. Takde ucapan paling bernilai dapat aku ucapkan pada kalian selain ucapan terima kasih yang tak terhingga. Perlakuan kalian menunjukkan betapa kalian menyayangi aku. Semoga Allah memberkati perhubungan yang terjalin antara kita untuk selamanya. Sanah helwah buat diri aku. Semoga dengan berkurangnya umur ni, dapat meningkatkan tahap kesedaran aku untuk menambahkan amal kerana boleh jadi, detik kematian datang pada saat ini!

KENANGAN MASA KECIK2.. (^_^)

Aku baru sudah selak album lama. Teringat kenangan masa kecik2 dulu. Kenangan yang tak mungkin dapat dikembalikan. Kenangan bersama arwah datuk dan nenek, kenangan bersama abang2 dan adik2 yang aku sayangi, kenangan yang takkan pernah luput ditelan zaman.

CERITA TENTANG KAMPUNG - Aku ingat lagi, dulu nenek banyak tanam pokok nona dan koko kat belakang rumah. Setiap kali aku adik beradik balik kampung masa hari raya, kami mesti gait (jolok) buah nona tu guna galah. Kadang2 kalau tak jatuh, kami akan sesah (pukul) banyak kali sampai buah tu lebam dan jatuh ketanah. Lepastu nenek akan marah.Bertempiaran kitaorang lari. Hahaha..Pernah sebulan aku duduk rumah nenek, jaga atuk yang tengah sakit. Hari2 aku mandi kat perigi sebab rumah nenek tak ada kolah mandi masa tu. Nak pergi keperigi punyalah jauh sampai naik pacat kat kaki aku. Menjerit2 aku masa tu. Ayahlah yang buang pacat tu. Kadang2 aku gi mandi sungai dengan ayah dan sepupu2 kat seberang jalan, betul2 depan rumah nenek. Kat situ pun nenek ada tanam pokok koko dan durian. Dah abis mandi, kitaorang pun ape lagi,petik buah koko tu. Kadang2 yang hijau pun kitaorang petik. Tu yang nenek marah sebab buah koko tu nenek jual. Kitaorang pulak sedap2 gi petik yang tak masak, pastu buang kat tanah. Hahaha..

Pastu aku selalu ikut ayah ngan nenek masuk hutan. Cari pucuk paku. Sampai melecet2 tangan aku nak patahkan batang pucuk paku tuh. Banyak aku dapat. Aku bagi kat nenek tapi nenek buang sume hasil pucuk paku yang aku petik. Nenek kata ‘ni bukan pucuk paku ni. Ni pucuk ghosam. Mano boleh makan’.Hahaha..

Tapi arini, sume tuh dah jadi kenangan. Nenek dan atuk dah lama pergi meninggalkan kami. Seingat aku, kali terakhir kami sekeluarga menjengah ke rumah nenek 5 tahun lepas. Perigi tempat aku mandi dulu dah tak rupa perigi. Dah semak ditutup lalang. Sungai yang ade depan rumah nenek pun dah takde lagi, ditambak dengan tanah. Koko dan buah nona macam tu jugak. Rumah nenek pun dah banyak lompong dimakan anai2. Apa yang tinggal sekarang cuma kenangan yang tak mungkin terpadam dalam jiwa aku untuk selama2nya.


~Kenangan bersama Allahyarham/mah datuk dan nenek tahun 1994~

Jujurnya aku sangat rindu pada kenangan masa kecik2 dulu tapi sejujurnya juga aku ‘tak’ pernah berharap untuk kembali ke masa lalu kerana aku tidak betah membiarkan diri berlama2 diawangan. Kehidupan aku adalah hari ini sedangkan semalam sudah pun berlalu menjadi sejarah dan esok, belum pasti sempat ketemu. Jadi, apapun alasannya, aku harus berpijak di bumi yang nyata.

-Penulis bersama keluarga. Gambar ni diambil pada 18hb 9 1994 -

Buat Allahyarham/mah datuk dan nenek yang telah ‘mendahului’ aku dan yang lain, doaku moga kalian ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan mudah2an kita akan dipertemukan semula disyurga Allah yang kekal abadi suatu masa nanti. Amin ya Rabb..



BLOG DI UPDATE..

Lama aku tak update blog. Dah banyak artikel yang ditulis tapi tak punya kesempatan untuk post di blog kesayangan ni. Ade juga permintaan kawan2 yang belum ditunaikan..yang meminta supaya aku menulis tentang tarikat serta mazhab syiah imamiyah. Pada kawan2 yang telah menyuakan permintaan, aku sisipkan ucapan maaf disini kerana isu tarikat juga mazhab itu masih dalam rujukan dan penelitian. Aku juga masih berkira2 samaada mahu menyiarkan entri tersebut di blog ini selepas selesai ditulis nanti atau tidak berikutan nasihat yang telah diberikan oleh ayahanda tercinta tentang pro dan kontra isu ini. Tambahan pula, aku bukanlah ‘ahlinya’. Apapun jua, harap bersabar. Insyaallah, penulis akan cuba memberikan yang terbaik untuk perkongsian ilmu kita bersama. Insyaallah..

PRK tenang, Polemik Mesir, Ust amirul, Aduhai iman, Semanis Kurma, Siapa Dalang- ini antara tajuk2 artikel yang telah aku siapkan tetapi setelah diteliti, aku rasa biarlah artikel2 ini menjadi simpanan peribadi kerana mengelak musibah itu sebenarnya lebih baik dari mencari masalah.

Sememangnya aku agak sibuk kebelakangan ini, almaklum banyak perkara yang perlu dilakukan setelah masuk ke alam pekerjaan. Tambahan pula, keluarga aku bakal menyambut 3 menantu baru pada pertengahan bulan 6 nanti. Dan insyaAllah pada hari sabtu ni (12hb 3 2011) aku sekeluarga akan ke Selangor bagi menghantar rombongan merisik dan bertunang adik lelaki aku. Selepas itu aku akan menunaikan umrah sekali lagi bersama keluarga pada 22hb 3 2011 dan akan pulang ke tanah air pada 6 hb 4 2011. Dan selepas pulang dari mengerjakan umrah, aku dan keluarga sekali lagi akan menghantar rombongan merisik sekaligus bertunang di Melaka bagi pihak seorang lagi abang aku. Pada 14 dan 15hb 5 kami akan ke Selangor sekali lagi untuk urusan perkahwinan adik lelaki aku. Minggu depannya pula 20 dan 21hb kami akan ke Perak untuk urusan perkahwinan abang aku yang ketiga. Dan minggu depan satu lagi, kami akan ke Melaka pula, juga atas urusan perkahwinan abangku yang seorang lagi. Dan minggu depan yang terakhirnya, kenduri menyambut menantu dirumah aku. Kiranya sebulan berturut2 majlis perkahwinan adik beradik lelakiku. Memang kami kesuntukan masa. Apapun jua, harapan aku agar semuanya akan berjalan lancar.

Mohon doa dari teman2 agar perjalanan kami sekeluarga samaada untuk menghantar rombongan merisik, bertunang mahupun perjalanan menuju kerumah Allah mendapat perlindungan dan keberkatan dari Allah S.W.T. Semoga segala niat dan pekerjaan yang baik akan mendapat balasan yang baik juga. Amin Ya Rabb..