Monday, May 16, 2011

CATATAN PENGEMBARAAN KE TANAH SUCI..

Alhamdulillah, seperti yg aku janjikan, arini aku akan cerita tentang perjalanan mengerjakan umrah baru2 ni.


22hb mac 2011- bermulalah perjalanan aku ke tanah suci. Ayah pulak akan berangkat pada keesokannya, 23hb. Jumlah keseluruhan jemaah sebanyak 116 orang. Jam 3.50 pm, lepas bersalaman dengan ayah n adik beradik lain, aku dan adik masuk ke departure hall. Sempat ayah cakap ‘elok2 kakcik, dikcom. Jumpo malam esok kek brunei’. Flight aku berlepas pada jam 5.50 pm. Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di brunei. Sampai disana, kami terpaksa menunggu selama setengah jam sebelum driver bas yang ditugaskan untuk bawak kami ke hotel grand city datang. Sampai di hotel, kami buat beberapa urusan, serahkan voucher & rooming list sebelum dapat kunci. Dah dapat kunci, aku uruskan jemaah sampai masuk ke bilik masing2. Agak penat jugak. Almaklum, yang pergi ni kebanyakannya orang2 tua. Ada yang tak larat bawak beg sendiri so aku lah yang angkat naik beg2 diaorang. Aku dengan adik orang yang terakhir sekali masuk ke bilik. Da selesai bersihkan diri & solat, kami pun bubum. Hehehe.


23hb –Masa ni aku kenal ayie, budak brunei yang keje kat hotel tu. Umur dia baru 20 tahun. Aku suruh dia panggil aku kakak tapi dia nak panggil aku siti. Aku pun iyakanlah. Pas bas sampai, kitaorang pun gi melawat brunei. Apa yg bez kat brunei ni, negara dia takde motor. Yang ada cuma kete je. Kalau kita nak lintas jalan, diaorang akan bagi laluan kat kita. Yang lagi bez, majoriti orang brunei bertudung. Sesuatu yang patut dibanggakan sebab Malaysia tak macam tu. Kami berhenti untuk solat jama’ qasar di masjid sultan hasanal bolkiah. Selesai melawat brunei, kami balik semula ke hotel, ambik beg & terus ke airpot brunei. Penerbangan kami ke Jeddah dijangka berlepas pada jam 10.25 malam menaiki pesawat royal brunei. Sekitar jam 9 malam, aku jumpa ayah di departure hall brunei. Dan tepat jam 10.25 malam, kami sama2 berangkat ke Jeddah.


24hb- lepas 8 jam perjalanan, kami sampai di airport Jeddah. Sampai di airport Jeddah, kami terus solat subuh dan menaiki bas selama 6 jam lagi untuk ke madinah. Smpai di madinah,macam biasa, serah voucher & dapatkan kunci tapi urusan kali ni agak rumit sikit.Almaklum, hotel yang kami nak duduk ni pemiliknya orang iran. Jadi macam berlaku diskriminasi sikit pada bangsa selain iran. Kami tunggu sampai 3 jam lebih , baru dapat kunci. Dalam tempoh menunggu kunci tu, ada juga antara jemaah yang hampir hilang sabar, maklumlah, kami melalui perjalanan yang sangat jauh dan memenatkan. Dan macam biasa, aku jadi orang yang paling sibuk sekali bila dah dapat kunci. Sana orang panggil, sini orang panggil. Tak cukup dengan tu ada pulak jemaah yang jatuh sakit tiba2. Nak taknak sekali lagi aku kena uruskan. Aku suruh mutawif yang sambut kami kat hotel tu kol pihak hospital dan petugas hospital datang. Masa dalam lif, kebetulan ada sorang ust tu dengar aku bercakap dengan petugas tu. Kelua lif, dia pun tanya samada aku orang Malaysia n ust tu perkenalkan diri. Dia cakap dia mutawif jugak kat sana tapi untuk travel lain. Kalau perlu apa2 pertolongan, bagitau je dia. Aku cuma mengiyakan. Sampai kat bilik mkcik tu, aku ingat tugas aku da selesai so aku nak balik bilik tapi petugas hospital tu panggil aku sebab ada masalah komunikasi. Dia cakap nak bawak makcik tu gi hospital. Dia suruh aku ikut sekali, jadi penterjemah. Masa dlm lift sempat lagi petugas 4 orang tu tanya beberapa soalan kat aku. Pastu diorang gelak2. Diaorang cakap aku nampak cantik cakap arab. Adoi la arb. Memang tak pernah berubah. Dah sampai kat ambulan yang tunggu kat luar hotel tu, petugas tu suruh naik ambulan tapi aku cakap tunggu kejap. 5minit pastu petugas hospital tu masuk balik kat lobi hotel carik aku tapi aku bagitau yang aku tak ikut dan tempat aku akan diganti oleh mutawif. Petugas tu senyum kelat n cakap yang dia kecewa sebab aku tak ikut sama. Aku senyum je. Dalam hati aku cakap ‘aku tak bodoh’. Hahaha..


Pastu aku pun naik bilik, solat & turun semula untuk ziarah ke makam Rasulullah dan perkuburan baqi’. Tang bab ziarah ni pun, masalah jugak sebab ada jemaah yang tak turun walaupun dah diberitahu awal. Maka terpaksalah aku naik kat bilik diorang suruh turun. Asyik turun naik lif je keje aku sampai boleh kata, pantang terbukak pintu lif, mesti muka aku. Masa ni lah baru aku kenal secara rasmi mutawif aku kat sana. Sorang nama Ust Bakri, sorang lagi nama Ust Jamaluddin. 1st impression aku ingat Ust Bakri ni bujang tapi rupa2nya anak sulung dia je dah sebaya aku. Yang Ust Jamaluddin tak sempat taaruf sebab dia ni nampak pendiam. Orangnya kecik aje, comel. Sama tinggi dengan aku. 2 orang ust ni lah yang jadi mutawif kami sepanjang di Madinah.


25hb- Lepas sarapan, seramai 116 jemaah berkumpul kat lobi untuk program ziarah. Sejuk angin di kota madinah menusuk sampai ke tulang. Ramai yang berpeluk tubuh. Mujur jugak aku pakai stoking tebal masa tu. Ziarah yang awal adalah di masjid. Kami solat di semua masjid yang kami singgah iaitu masjid quba’, masjid qiblatain, masjid tujuh, jabal uhud dan terus ke pasar kurma. Pengalaman kat pasar kurma ni agak melucukan. Aku ambik coklat. Masa nak bayar, cashier arab tu nampak aku. Sambil dia kira jumlah kurma sorang makcik tu, sambil dia pandang aku. Sudahnya dia salah kira. Marahlah makcik tu. Makcik tu org meniaga, tu yang dia tau arab tu salah kira. Aku terus gelak. Pastu, arab tu pandang aku & cakap ‘ya jamilah, taal’. Asalnya aku taknak gi sebab ada 2 orang lagi makcik yang beratur depan aku tapi sebab arab tu taknak kira makcik tu punya, terpaksa aku gi depan. ‘ya jamilah, barapa?’ tanya cashier arab tu dalam pelat melayu ‘wahid wa nisf ’ ‘Masyaallah. Malizi au indonesi? Ma’lum arabi?’ Aku jawab ‘malizi. Mafi ma’lum’. Terus arab tu ketawa sebab dia tau aku kenakan dia. Pas bayar duit coklat tu, terus aku beredar sambil senyum lebar. Nak tau nape aku senyum? Sebab harga coklat tu dia da potong 5 riyal. Rezeki. Hehehe.


10.30 pagi - Balik dari melawat, aku mintak tolong Ust Jamaluddin untuk cari air contact lens sebab da abis pastu aku mintak dia tolong hantar aku kat hotel jawharat fayroz sebab aku nak jumpa kawan aku dari Yaman, Sadiq. Aku ajak sorang kakak tu ngan anak dia untuk teman aku sekali. First kami cari air contact lens dulu di sidliah (farmasi), pastu baru ke hotel jawharat fayroz untuk jumpa sadiq. Tapi hampa sebab kawan dia kata sadiq da balik yaman. Tapi dia ada bagitau kawan dia yang aku akan datang sana dan dia titipkan salam. Sepanjang perjalanan balik ke hotel, aku berbual dengan Ust Jamaluddin. Bermula dengan pertanyaan samaada aku masih belajar sehingga masuk ke bab2 yang yang lebih tinggi, hampir semua cabang ilmu dibahaskan. Masa ni baru aku tau betapa hebatnya ilmu ustaz tu. Subhanallah.Kami jugak sempat singgah ke sebuah kedai buku. Lepastu baru balik ke hotel. Sampai hotel,aku naik ke bilik bersihkan diri n terus ke masjid nabawi untuk solat zohor. Walaupun matahari dah mencarak atas kepala, tapi bahang sejuknya bumi Madinah, masyaAllah, semacam menggigit2 tubuh. Lepas balik dari solat zohor, kami dapat berita bahawa sorang daripada jemaah kami hilang. Tak balik hotel lepas solat subuh. Punyalah puas kitaorang cari tapi still tak jumpa. Tak dinafikan yang hotel kitaorang ni memang jauh dari masjid. Tak mustahil sape2 pun boleh sesat. Masuk waktu asar, kitaorang berhenti cari & solat kat masjid. Pas solat, sambung cari jemaah hilang tu tapi adik da tak larat, aku hantar dia balik hotel dulu. Sampai kat hotel, makcik2 ni pulak mintak aku tolong hantar diaorang gi masjid, nak solat maghrib kat sana. Sampai kat masjid, aku mintak diri sebab nak balik hotel untuk bersihkan diri. Start dari masjid nabawi tu aku berlari sampai hotel. Berteriak2 orang arab sepanjang deretan kedai tu bila tengok aku berlari. Tercungap2 aku sampai hotel. Yang sebetulnya aku takut. 1st sebab aku sorang2 n aku pompuan. 2nd sebab da banyak kali aku ulang alik laluan sama, jadi tak mustahil ada mata2 yang memerhati. Walaupun madinah bumi suci tapi bukan semua hati orang2 yang datang kesitu suci. 3rd sebab ari dah senja, aku nak kejar untuk solat maghrib. Macamtu lah sibuknya aku uruskan orang sepanjang kat sana. Malam tu aku solat kat bilik je sebab terlampau penat. Masa turun untuk makan malam, Ust Jamaluddin tegur aku, sempat berbual sekejap dengan dia.


26hb 3 – tiba masa berangkat ke Mekah. Pagi tu aku gi solat subuh yang terakhir ngan adik kat msjid nabawi. Sekali lagi cuaca sejuk wada’ bumi madinah menyapa kami. Subuh tu aku solat kat luar masjid Sayu aje rasa hati aku masa tu,hampir menitis airmata. Balik hotel, kami kemas barang2. Dah yakin tkde apa yang tinggal, aku bawak barang2 turun kat lobi. Pastu aku ngan adik terus masjid nabawi tuk ziarah wada’ dan alhamdulillah, masa ni jemaah yang hilang tu jumpa balik. Balik ke hotel, aku uruskan urusan check out. Ini memang masa yang amat meletihkan sekali. Bukan mudah nak uruskan jemaah yang jumlahnya mencecah ratusan nih. Aku tolong jemaah angkat beg untuk cepatkan keje. Beg diorang pulak ya rabbi! Macam bawak 2 bongkah batu besar! Pastu aku mintak senarai nama orang yang belum serahkan kunci. Sekali lagi aku kena turun naik lif. Dah serah sume kunci, aku ucap terima kasih. Pekerja tu senyum dengan aku, dia cakap harap dapat jumpa aku lagi. Macam biasa, aku orang paling akhir naik bas. Sebelum naik bas, ust yang aku terjumpa dalam lif masa uruskan jemaah yang sakit tu panggil aku. Dia tanya nama aku & mintak no fon. Sebab nak cepat masa tu, aku pun terus bagi no fon walaupun baru 2 kali kami jumpa. Setelah tu bermulalah perjalanan aku selama 6 jam ke tanah haram, makkah. Masa dalam bas, sempat aku tertido, mungkin terlalu penat. Aku terjaga sebelum sampai ke bir ali & kami miqat disana.


27hb 3-Pukul 12.10 pagi, kami pun sampai di mekah. Kali ni menginap di hotel al kareem. Memang dekat sangat dengan masjidil haram. Lebih kurang 5 minit berjalan. Kat sini baru bermula ujian2 yang lebih hebat. Bukan setakat masalah menunggu untuk masuk ke bilik tapi jugak terpaksa berpuas hati dengan keadaan hotel yang sempit n bilik yang kurang selesa. Tapi bak kata ayah, kita datang sini nak buat ibadah, bukan nak tido. Kalau nak tido, baik duduk kat rumah. Dah urus sume jemaah, macam biasa, aku n adik yang last masuk bilik. Masuk bilik, kitaorang cuma sempat ambik wudhu’ je.Pastu turun balik tuk buat umrah.


27hb 3- Arini jadual sendiri tapi ayah ajak kitaorang gi buat umrah. Ujian Allah datang bila aku mula sakit, tekanan darah rendah menyerang lagi. Sakitnya sampai dunia aku rasa berpusing. Masa ni badan aku dah mula panas dan suara aku dah mula nak hilang. Dunia rasa berputar kuat. Nak pengsan pun ada. Tapi aku gagahkan jugak diri buat umrah. Sebab ayah paut tangan aku, aku cuba bertahan. Dari tawaf, saie, sampai tahallul ayah pegang aku walaupun waktu tu ayah tengah pimpin jemaah. Sampai kat hotel, sakit kepala aku makin menjadi. Masa baring pun kepala rasa pusing. Aku makan ubat tapi still rasa tinggi rendah. Aku tak gi masjid, solat kat bilik je sebab tak larat. Aku pukul2 kepala sebab terlampau sakit.


28hb 3- Kepala still pusing. Aku tak tau macammana nak gambarkan rasa sakit tu. Ayah kata nak buat umrah lagi. Aku masih nak ikut walaupun keadaan kesihatan aku waktu tu tak mengizinkan. Bukan setakat demam & sakit kepala tapi suara aku pun dah 70% hilang. Selesai miqat di tanaim, kami pun gi tawaf. Masa tawaf, aku berpaut kat ayah tapi masa saie, aku terpaksa buat sendiri sebab kepala dah terlampau sakit. Aku pintas ayah dalam setiap laluan dari safa ke marwah. Sampai pusingan ke6, aku rasa nak rebah kat situ sebab dunia aku dah tak seimbang. Aku cakap, ya allah ya tuhanku, tolonglah aku ya Allah. Aku dah tak tertahan sakit ni. Kuatkan aku untuk sudahkan pusingan saie ni. Aku terus berjalan sambil istighfar . Kejap ke kiri, kejap ke kanan sambil pegang kepala. Masa ni gambaran emak datang. Sempat terlintas yang aku akan mati kat situ sebelum dapat jumpa mak untuk mintak maaf atas segala dosa2 yang aku dah lakukan sejak aku lahir sampai saat ni. Mujur ada sorang pompuan arab yang baik hati pegang aku dan iring aku sampai habis saie. Balik hotel, aku kol mak. Aku bagitau yang aku sakit, terus aku menangis. Aku cakap kat mak, doakan aku sihat sebab aku taknak mati kat situ. Aku dengar mak menangis sama.


29hb 3- Kepala masih sakit tapi aku gagahkan diri gi solat subuh di masjidil haram.Pas sarapan, program kami ziarah kota Makkah dan buat umrah. Masing2 dah siap berpakaian ihram dan tunggu kat luar pintu hotel. Kebetulan aku dan adik paling last keluar. Lebih kebetulan lagi cuma kitaorang berdua je yang pakai baju kurung. Telekung letak dalam beg sandang. Apa yang tak boleh aku lupa pada situasi ni bila sume mata jemaah termasuk 4 orang mutawif tertumpu kat kitaorang. Pastu perlahan aku dengar mutawif cakap ‘subhanallah’. Aku tak pasti kenapa tapi masa kitaorang jalan nak pergi kat bas, Ust Jamaluddin tegur aku dan cakap ‘masyaallah, berbeza sekali ustazah hari ni’. ‘Beza? Apa yang beza?’ aku memberi respon ringkas. ‘Saya seolah2 melihat 2 puteri kembar yang turun ditengah2 ratusan orang yang memakai pakaian putih, seperti 2 bulan purnama yang muncul ditengah2 kepekatan malam’. Aku cuma diam, tak balas lagi sebab aku lebih tertumpu pada sakit aku. Selesai ziarah, kami ke ja’aranah untuk miqat tapi ujian datang lagi bila Allah tidak mengizinkan aku untuk mengerjakan umrah sesampainya disana. Sedih tapi aku akur. Mungkin ada khilaf yang aku lakukan sehingga tertahan untuk buat umrah. Waktu makan tengahari, aku jumpa lagi dengan ust jamaluddin di mat’am. ‘warna yang ustazah pakai hari ni sungguh menenangkan dan kelihatan ayu sekali. Ini lebih sesuai untuk ustazah. Terasa sejuk’. Aku cuma diam. Aku tau bahawa aku dah terkhilaf dan kata2 itu tak lebih dari sekadar teguran atau lebih tepat mafhum mukhallafah, supaya aku lebih berhati2 dimasa akan datang. Syukran ust.


30hb 3 - Waktu ni jadual sendiri. Sakit kepala aku sedikit berkurang walaupun still rasa tinggi rendah. Mungkin berkat doa emak dari Malaysia. Adik ajak aku gi merayau. Walaupun tak berapa sihat, tapi aku tak betah biar adik jalan sendiri walaupun kitaorang dah tau selok belok jalan kat sini. Ada jugak jemaah yang taknak kelua,cuma kirim kat kitaorang. Masa duduk kat hotel al kareem ni, memang ramai kawan. Boleh kata semua pekerja hotel tu baik ngan kitaorang sampaikan kalau supervisor hotel tu beli makanan, mesti dia suruh pekerja dia hantar kat bilik kitaorang. Jemaah pun macam tu. Sepanjang duduk kat sini, ada je yang belanja kitaorang makan. Aiskrim lah, ayam golek lah, ayam bakar, air, roti, hamburger,kentang goreng. Ada jugak jemaah yang bagi duit kat aku n adik. Kira rezki kami berdualah tu.


31hb 3 – Arini pun jadual sendiri. Tapi adik gi buat umrah dengan ayah dan beberapa orang jemaah lain. Selesai buat umrah, adik rehat kat bilik sebab dia nak buat umrah sekali lagi sebelah petang. Petangnya adik aku ajak makcik2 yang masih larat untuk buat umrah lagi. Tak silap aku, ada dalam 7 orang yang ikut sama masa tu. Diorang miqat kat tanaim. Kalaulah bukan sebab terhalang, mesti aku dah ikut sama. Tak lama pastu, aku terima mesej dari badri ‘salam alaik ya habibati, saya nak mintak tolong tulis departure card n tulis nama dekat sticker air zamzam. Jumpa kat mat’am pukul 5 petang ye’. Aku jawab ringkas ‘ok’. Badri ni antara salah sorang yang uruskan travel de mawardah kat makkah ni. Aku kenal dia 4 tahun lepas. Waktu yang dijanjikan, aku turun ke mat’am. Kami sama2 tulis departure card n nama2 jemaah di sticker air zamzam. Malamnya aku ikut ayah gi hotel Malaysia, fal as saha. Ayah nak jumpa ust fauzan untuk urusan sijil badal umrah. Masuk je hotel tu,aku nampak fahrin ahmad tengah duduk kat sofa ngan beberapa orang krew. Mata kami sempat bertembung. Tapi aku buat dek jer sebab menyampah tengok mimik muka fahrin masa tu. Tapi yang buat sejuk sikit bila krew tu senyum ngan aku. Hehehe.


1hb 4- jadual arini adalah lawatan ke hudaibiah. Mula2 kitaorang gi ladang unta. Masa ni angin padang pasir bertiup kuat. Aku dah turun tapi berhenti sekerat jalan n terpaksa tutup mata sebelum adik tarik aku masuk semula dalam bas. Aku patah balik sebab aku pakai contact lens. Bimbang masuk pasir dalam mata. Macam biasa, ayah beli susu unta n kitaorang minum sampai abis. Pastu gi melawat muzium pulak. Masa nak masuk muzium ni, orang arab yang jaga kat pintu tu senyum n bagi salam kat aku. Dia tanya aku orang Malaysia @ Indonesia. Yang melucukan bila dia asyik ikut aku sepanjang dalam muzium tu dan tanya macam2 soalan kat aku. Sampai ada sorang makcik tu cakap ‘abislah kakcik. Pak arab tu dah berkenan pulak’. Hampir nak terburai ketawa masa tu tapi aku tahan. Yang lagi bez, bila orang arab tu offer diri untuk tolong ambik gambar aku. Masa nak balik tu,dia iring aku sampai kat bas n lambai aku. Hehehe. Malamnya aku gi shopping ngan adik. Aku beli jubah 4 helai.


2hb 4 –arini jadual sendiri. Alhamdulillah, aku dah lepas dari halangan. Aku ajak ayah gi buat umrah. Lebih kurang 20 orang ikut masa tu. Macam biasa, kami miqat kat tanaim. Selesai miqat, sume jemaah naik bas. Nak dijadikan cite, aku tak perasan ada sorang jemaah lelaki tertinggal. Bila aku bagitau sume jemaah dah cukup, bas pun jalan. Masa dalam bas, mak dia perasan yang abang tu tak naik lagi. Tapi ayah cakap tak payah risau sebab sume kenderaan yang ada kat situ menghala ke masjid haram. Sampai kat sana, kami pun tawaf. Abis pusingan ketujuh, masa nak istilam yang akhir kat hajarul aswad, aku terkejut tengok abang tu berdiri betul2 sebelah aku. Dia pandang aku n cakap ‘mu tinggal aku deh’. Punyalah aku geli hati. Yang lagi tak tahan, ayah boleh gelak sama kat situ. Hahaha. Pas balik dari buat umrah, aku n adik shopping untuk kali terakhir. Masa ni baru aku beli kurma n barang2 lain. Saja nak abiskan duit. Lagipun esok dah nak gerak balik Malaysia.


3hb 4 – Arini ari last kitaorang kat sini. Subuh2 lagi nset aku da bunyi. Rupa2nya reminder birthday kaklong aku. Masa aku nak taip mesej, nak ucap selamat ulangtahun, makcik aku panggil, suruh tolong dia ikat beg. Pastu terus aku lupa nak wish. Selesai sarapan,kitaorang angkut beg turun kat lobi. Pastu sama2 gi tawaf wada’. Takdir Allah, masa aku nak kelua je dari masjid haram, aku nampak ramai orang pakai serban merah berkumpul kat sebelah kanan laluan tu. Aku pergi dekat untuk tengok apa yang diorang kerumunkan.Dan untuk pertama kali dalam sejarah hidup aku sepanjang mengerjakan umrah, aku tengok 5 mayat diletakkan atas lantai masjidil haram. Kemudian aku nampak 3 mayat lagi diusung masuk betul2 depan mata aku.Tak semena2 meremang bulu roma aku. Aku istighfar dan ucapkan kalimah ‘innalillahhi wa inna ilaihi rajiun’. Pastu terus aku keluar. Keluar aje masjid, aku ibarat melawan arus sebab kebetulan masa tu orang tengah berpusu2 menuju ke masjid untuk solat asar. ‘ya zulaikha’. tiba2 aku dengar semacam suara lelaki menyapa aku. Aku cari arah suara tu. Rupa2nya ust yang tanya nama n ambik no fon aku masa kat Madinah tu yang panggil aku. Dia tanya samaada aku dah nak berangkat pulang. Dia cakap nanti jangan lupa contact dia bila dah sampai Malaysia. Spontan aku jawab ‘saya tak ada no fon ust’ (jangankan no fon, nama dia pun aku tak tau). Tapi dia cakap tak ape, nnti dia yang akan contact aku. Aku mengiyakan. Pastu aku mintak diri. Sampai hotel, sementara tunggu bas, aku duduk kat tangga n berzikir. Masa ni hati aku tiba2 dipaut sedih yang amat. Aku rasa umrah aku kali ni tak sempurna. Masa aku lebih banyak dengan manusia dari Allah. Yang lebih aku sebak, hasrat aku untuk tidur di masjid haram n buat solat istikharah sepanjang kat sana pun tak terlaksana. Kalau tahun2 sebelum ni aku dapat masuk solat kat hijr ismail tapi tahun ni aku cuma mampu solat dan berdoa dari jauh. Masa ni tak semena2 airmata aku gugur membasahi pipi.


6 PETANG – bas sampai dan beransur2 kami meninggalkan tanah suci ni. Dalam hati aku tak putus berdoa agar umur aku masih panjang n diberikan kesihatan yang baik untuk kembali lagi kebumi yang penuh barakah ni. Sampai di airport, aku dapat panggilan dari Ust Jamaluddin. Dia mohon maaf sebab tak dapat iring sampai ke airport (dia ditugaskan untuk bawak jemaah lain di madinah). Dia titipkan pesan supaya tak berasa hazan dan tak putus berdoa agar terus diberikan kesempatan untuk kembali lagi sebagai tetamuNYA. Dia suruh jaga diri baik2 dan makan ubat supaya cepat sembuh. Kami terpaksa menunggu di airport selama 6 jam (sampai pukul 5 pagi) sebelum dibenarkan masuk ke departure hall. Masa check passport di imigresen, orang yang check passport tu tanya aku ‘siti?’ ‘aiwah. Siti zulaikha’. Pastu dia tanya umur aku. Aku pun bagitau. Entah macamna kawan dia yang sebelah tu (tengah check passport jemaah yang lain) menyampuk. Dia kata ‘huwa arba’un’. ‘Arba’un?Wallah?’ aku memberi respon balas. Dia senyum n menafikan. Pastu dia bagi passport kat aku n ucap maas salamah..
4hb 4- Kitaorang sampai kat brunei. Tidur semalam lagi kat hotel grand city. Malam yang kitaorang sampai tu, ayie belanja adik n aku makan nasi katok.


5hb 5- Sebelum bertolak balik, Ayie bawak adik, aku n sorang lagi pakcik gi merayau naik kete pastu baru gi airport. Sebelum berangkat masuk ke departure hall, masa aku tengah tarik beg roda, tiba2 Ayie panggil. ‘Siti!’ aku pun toleh kebelakang. Kebetulan kat departure hall brunei waktu tu dipasang alunan instrumental winter sonata. Lepastu Ayie tunjuk isyarat tangan n aku nampak airmata dia bertakung. Rasa syahdu sangat masa tu macam dalam drama. Aku senyum, mengangguk dan terus jalan masuk. Sengaja aku tak tengok dia lama2 sebab aku ni jiwa melankolik sikit. Takut jatuh lak airmata aku. Lepas 2 jam perjalanan, akhirnya aku sampai ke Malaysia. Masa ni tak dapat nak digambarkan perasaan syukur sebab aku dapat balik lagi kat sini dan orang pertama yang terlintas dalam kepala aku masa ni mak. Tak sabar rasanya nak peluk n cium mak yang aku tinggalkan dengan airmata 2 minggu sudah. Akhirnya aku kembali lagi. Terima kasih Ya Allah atas segalanya..



**Inilah serba sedikit catatan sepanjang pengembaraan aku ke tanah suci. Walaupun agak hazan dan sedikit terkilan dengan perjalanan umrah kali ini tapi aku redha. Ini bahagian yang telah ditetapkan untuk aku. Aku percaya terdapat seribu satu hikmah yang terkandung didalamnya. Apa yang penting sekarang, aku harus selalu muhasabah diri dan berusaha mengubah diri kearah yang lebih baik. Aku mungkin tidak mampu untuk menjadi yang terbaik tapi aku aku akan melakukan yang terbaik semampuku. Moga Allah mengampunkan dosa2ku dan masih sedia menerima taubat dari insan hina seperti aku. AMIN.