Monday, November 14, 2011

~MATANG~

Semalam aku gi melawat pakcik aku di Hospital Kajang. Excident. Sorang kawan dia meninggal sebab badan kawan dia2 masuk tengah2 pengapit divider. Disebabkan sampai 2 jam awal,aku kena ikut peraturan hospital yg cuma membenarkan pelawat msuk pada waktu melawat.

Sementara tunggu waktu melawat,pakcik2 aku yang lain ajak pergi minum kat kantin hospital.Sampai kantin, aku nampak sepupu aku (anak pakcik aku yang excident tu) tengah ambik makanan. Dah bertahun kitaorang tak jumpa. Bujang dah dia. Masuk 19 tahun umur dia tahun ni.

Dah ambik makanan,kitaorang sume duduk semeja. Sepupu aku ni duduk depan aku.Sambil tu kami berbual. Banyak perkara yg disentuh sepanjang perbualan tu. MATANG. Cuma itu 1-1nya perkataan yg dapat aku simpulkan tentang dia. Pergolakan keluarga yg berlaku masa dia dalam peringkat tumbesaran betul2 jadikan dia berubah 90 darjah.Dia belajar untuk lebih memahami dan memaafkan. Konflik bermula bila pakcik aku memilih untuk kahwin lagi.Sejak tu, bermacam2 tekanan dihadapi oleh sepupu aku.Hari2 dia terpaksa menghadap perkara yang sama, cuma mampu melihat pergolakan yg berlaku dalam rumahtangga mak ayah dia. Kemuncak pergolakan ni adalah selepas makcik aku dimasukkan kehospital. Keadaan makcik mula kritikal sampai masuk wad icu. Dan pakcik menjadi saksi pemergian seorang insan yang sangat disayangi dalam keluarga besar kami.

Sejak tu, mak mertua pakcik tak habis2 menyalahkan pakcik.Dia kata pakcik penyebab anak dia meninggal. Sepupu aku mula trauma. Dia hilang mak sekelip mata, tempat dia berpaut segala kasih sayang. Dalam keadaan macam tu, dia terpaksa pulak terima kehadiran mak baru,org yang pernah menyakiti mak dia masa mak dia masih hidup. Nenek dia pulak berkeras untuk tuntut semua cucu2 dia yang ade dengan pakcik tapi pakcik tak bagi. Tekanan sepupu aku bertambah kuat. Dan atas kerelaan hati, sepupu aku mintak izin pakcik untuk duduk dengan nenek dia. Ingatkan duduk dengan nenek masalah dah selesai tapi lagi bertambah.Hari2 nenek dia marah2,cakap macam2 pasal pakcik.Nak taknak, sepupu aku telan aje. Sepupu aku cakap SEMUA YANG BERLAKU NI ADA HIKMAHNYA.

Dia melihat kebesaran HIKMAH dari segala perkara yang Allah takdirkan terjadi dalam hidup dia.Bila mak dia meninggal, dia berhenti merokok, lupa soal couple sebab tanggungjawab pada ayah, adik2&nenek dia. Dia lupakan hasrat untuk bekerja sebab nak jaga nenek yang dah mula uzur. Berak,kencing,mandi, makan pakai nenek dia semua dia yang uruskan. Dia kata lagi, dia tak pernah dendam dengan mak tiri dia walaupun mak tiri dia punca pergolakan rumahtangga mak ayah dia. Secara rasional dia mengajak aku berfikir, kalaulah ayah dia kawin dengan orang lain dulu,mungkin adik2 dia takkan membesar dengan sihat macam arini. Sepanjang ayah dia kawin dengan mak tiri dia ,belum pernah dia tengok ade kesan2 lebam dekat badan adik2 dia.Dari umur adik bongsu dia 3minggu sampai dah umur 6 tahun sekarang,adik2 dia terjaga elok.Makan minum,pakaian,langsung takde beza dengan anak2 mak tiri dia. Semua dilayan sama rata.

Dengan nenek dia pulak, dia cakap ‘Nek, sejak mak meninggal sampai hari ni,nenek tak habis2 salahkan ayah. Kalau nenek marah ayah sampai akhir hayat pun,bukannya mak boleh bangun dari kubur. Cuba nenek fikir, kalau ayah dapat perempuan yang jahat dulu, macamna dengan adik2 zi? Kalau nak ikutkan,zi yang patut marah tpi sebab makcik ni dah tunaikan amanah tuk jaga adik zi elok2, jadi dah takde sebab nak marah dengan dia. Sepatutnya kita berterima ksih sebab dia sanggup jaga anak2 tiri dia macam anak sendiri. Apa yg boleh kita buat sekarang, JAGA HUBUNGAN selagi hidup.Perbaiki mana yang kurang. Kita tak boleh hidup dengan menyalahkan orang lain sebab itu salah’.

Aku tabik spring dengan sepupu aku ni sebab boleh berfikir sampai tahap tu.Orang selalu kata,umur matang lelaki lepas 40tahun tapi dia dah buktikan bahawa anggapan orang salah. Kematangan seseorang sebenarnya bergantung pada cara dia berfikir dan mengaplikasikan apa yang ada dalam fikiran dia. Moga Allah beri aku kekuatan, melebihi kekuatan& ketabahan yang ada dalam diri sepupu aku kerana aku belum cukup baik untuk menerima suratan takdir dengan penuh keihlasan. Apapun jua, aku masih dan masih berdoa untuk miliki kekuatan seperti dia. Alfatihah untuk Allahyarhamah makcik Monaliza..