Friday, March 23, 2012

SABAR-KESEMBUHAN YANG TERINDAH

Dah sebulan berlalu, kaki masih belum elok. Jalan pun dah macam OKU. Ujian yang sangat menguji kesabaran. Mood mula temui titik perbezaan.

Susah nak digambarkan perasaan aku bila saban hari bersihkan diri guna alat bantuan dan bergerak 24 jam guna tongkat yang memang tak pernah digunakan sepanjang 24 tahun hayat ni. Apa yang lebih mencabar bila kaki aku dijadikan bahan gurauan guru2. Siap snap pict kaki aku yg bersarung plastik kedai. Tak ape. Sabarlah. Ujian ni tak lama. Langit tak selamanya diselaputi mendung.

Aku tak mintak kesembuhan dari Allah. Yang aku mintak cuma kesabaran. Kesabaran yang sentiasa membuatkan hati rasa merdeka dari sebarang ‘kecacatan’. Kerana hakikatnya aku sedang cuba memaut erat sabar agar tak terlepas dari genggaman. Aku sedang membina dinding redha konkrit agar tidak bisa ditembusi suatu apapun. Harapan teragung, moga sabar bisa menyembuhkan.

Sekarang aku faham kenapa ramai orang bunuh diri bila terlibat dalam kecacatan yang tak disangka2. Ada yang hilang tangan, hilang kaki, hilang jari dan seumpamanya. Kata orang, mereka bunuh diri kerana kecewa. Insiden ni benar2 menginsafkan. Yang menginsafkan bukanlah kecacatan sedikit dan sementara ini tapi yang menginsafkan adalah kisah mereka yang bunuh diri kerana kecewa dengan fizikal yang telah diambil semula oleh TUAN yang empunya.

Kenapa mesti insaf dengan kisah mereka? Kerana menurut aku, mereka yang membunuh diri itu bukanlah membunuh diri kerana kecacatan fizikal yang dialami sebaliknya mereka itu membunuh diri kerana kecacatan hati yang tak pernah belajar untuk mensyukuri!

Pesan kasih sayang-jangan kesalkan kecacatan fizikal kerana kecacatan fizikal tidak mampu membunuh anda. Tapi kesalkan kecacatan hati kerana kecacatan hati adalah maut yang anda jemput sendiri! Salam kesabaran dan keredhaan..

Sunday, March 4, 2012

HADIAH DARI ALLAH.. (^_^)

Alhamdulillah, selamat bertemu kembali. Setelah kian lama menyepi..akhirnya arini 4hb 3, aku kembali lagi kesini. Seiring dengan pertambahan usia,aku menyemat azam untuk menjadi insan yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Biiznillah. Insyaallah..

4hb 3 2012 Selamat datang kedunia untuk kali yang ke 24 zulaikha! Bezday kali ni adalah bezday yg paling istimewa & bermakna buat aku.kenapa? 1) Sebab dah takde lagi deringan fon jam 12 tengah malam macam tahun2 sebelum ni. 2) Dah takde lagi ucapan selamat hari lahir dari teman2 rapat kecuali mary anne (insan yg aku syg sangat2-dulu,kini& selamanya) 3) Bezday kali ni aku lalui dengan kaki bersimen! hehehe.

Entah kenapa aku rasa hepi sangat arini. Walaupun doktor sahkan tulang kaki aku retak dan terpaksa disimen, Allah masih bagi aku kesempatan untuk menghela nafas sampai saat aku tulis entri ni. Terima kasih Allah! (^_^)

“Salam yang. Sanah helwah ya jamilah. Sanah helwah ya jamilah. Sanah helwah ya jamilah. Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan semoga sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah. Amin. Yang, maaf awal wish. Aku maw tdo suda yang. Esok aku ada kuliah. Miss n love u so much yang. Doakan persahabatan kita diberkati Allah yang. Sekali lagi, sanah helwah yang.. “

Terima kasih pada sayangku Mary anne. InsyaAllah, kasih dan sayang kita ini untuk selamanya. Berkasih hingga ke syurga. Amin, amin, amin ya Rabbal Alamin..

Tidak lupa ucapan terima kasih buat insan2 yang mengirim ucapan selamat hari lahir pada aku. Syukran kasir. Juga pada 'dia', insan yang banyak mendukung kehidupan aku dari dulu hingga sekarang. ‘Saya sayang kalian!’

Kat bawah ni aku selitkan sekeping dua gambar hadiah dari Allah sempena sambutan hari jadi aku tahun ni. Bangga sangat! Orang lain tak dapat hadiah camni dari Allah tapi aku dapat. Jangan jelez! Hehehe. Jom layan..! (^_^)





(Syukran pada kakngah yang snap gambar ni.. =)