Thursday, June 28, 2012

KEHIDUPAN vs KEMATIAN..


Entah kenapa hati dihambat sayu lagi.Banyak perkara yg terlintas dibenak fikir.Tentang hidup dan kematian..

Fitrah manusia cintakan duniawi walhal ukhrawi sepatutnya diutamakan.Manusia sentiasa mengejar kesempurnaan sedangkan kesempurnaan hidup tak pernah menjanjikan syurga sebagai ganjaran.

Siang tadi lepas subuh, aku tak baca mathurat sebaliknya aku ganti mathurat dengan Surah Al Hadid.Sampai pada ayat ke20, kelopak mata mula rasa panas. ‘Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu’..

Sungguh palsu kehidupan.Busuk lagi membusukkan.Dunia penuh dengan dosa dan noda.Kadang2 jadi terfikir,untuk apa aku dilahirkan kalau akhirnya aku bakal ke neraka?Adalah sangat biadap seorang manusia hina mengutarakan soalan sejijik ini.

Hakikatnya aku takut.Takut dengan kematian.Sejak akhir2 ni, cerita kematian selalu singgah dipendengaran.Aku takut mengenang dahsyatnya neraka. Aku jadi teringat tentang cerita yang diceritakan Cik Ros petang semalam.Kata Cik Ros, dia punya pengalaman mengadap orang yang sakarat.Dia tengok betapa sakitnya jiran dia sebelum menghembuskan nafas terakhir.Menguis2 tilam sampai terkoyak.Sedang nabi yang maksum juga merasa azab yang amat saat diangkat roh keluar dari badan,apalagi kita manusia biasa ini.

Soal kematian kembali mengimbau peristiwa malam kelmarin bilamana penyakit aku menyerang kembali. Rasa perjalanan darah semacam terhenti.Terjerit2 panggil mak. Susah untuk aku gambarkan benak perasaan tiap kali penyakit ni datang. Dah 4 tahun penyakit ni duduk dibadan aku.Dulu masa di Universiti, kawan2 selalu sangka kalau aku main2. Tapi bila dah 2,3 kali tengok kejadian sama, baru meraka percaya kalau penyakit yang tidak bernama ini sememangnya wujud ditubuh aku.

Walaupun apapun,aku yakin tentang hikmah dibalik tiap ujian.Mungkin saja ini kifarah atas semua dosa yang pernah aku lakukan.Setiap sakit yg datang mengajak aku berfikir tentang singkatnya kehidupan dan harus senantiasa bersiap sedia menghadapi kematian.

Semoga Allah membari aku dan kalian kekuatan dalam menghadapi hari2 mendatang dan dalam menghadap Allah kelak.Moga saja kita ditakdirkan mati keadaan kita beriman kepada Allah, agamaNya, RasulNya, kitabNya, akhiratNya serta untung baik dan untung jahat yg telah Dia  takdirkan.Amin, amin,amin ya Rabbal alamin..


Sunday, June 17, 2012

NIKMAT YANG HILANG..


Aku tak berapa sihat.Batuk dan selsema. Tak pasti sama ada selsema ni jangkitan  dari bumi Mekah atau memang dah musim selsema sekarang.

Sejak akhir2 ni selalu rasa penat & sakit kepala.Tak pasti apa puncanya.Adik aku pun alami symptom yang sama.Dah berapa hari dia mintak aku belikan cool fever.Petang tadi hantar dia pegi klinik swasta.Doktor kata adik aku kurang darah.Kena pegi hospital, suruh doktor masukkan darah yang orang derma tu.Kalau dah namanya sakit keturunan, mengelak macammana pun, tetap kena jugak.Aku pun ada masalah sama.Low blood pressure.Kalau sekali kena, sampai terfikir mungkin tu lah penghujung hayat.

Jari kaki pun tak elok lagi.Aku dah decide.kali ni taknak bertangguh.Aku kena pegi jugak KPJ.Kalau tak pun, aku akan pegi salam atau columbia dalam masa terdekat.Sakit kaki aku ni tak tertanggung dah.Berjalan boleh tapi sakitnya menahan jalan tu,cuma Allah yang tau.Jari aku tergantung aje macam orang cacat.Dah nak masuk 4 bulan, keadaan kaki aku masih macam ni.Dan untuk 4 bulan ni, belum pernah ada hari yang aku solat berdiri.Allah dah tarik nikmat solat berdiri tu.Kena redha solat duduk sepanjang 4 bulan ni.Dan sepanjang 4 bulan ni jugak,aku terpaksa tahan malu berselipar kehulu kehilir sebab kaki aku dah bengkak dan tak boleh terima kasut.Macam ni lah rasanya bila nikmat yang Allah tarik hilang..

Nak tulis ni pun dah macam tak semangat.Rasa penat sangat.Dah berapa kali aku menguap walhal baru pukul 9 malam.Insyaallah,nanti kalau dh ok sikit, aku tulis perkara yang berfaedah untuk dijadikan panduan dan pengajaran. Kepala berat sangat + batuk + selsema.Tido dulu semua.Selamat malam.Sampai ketemu lagi.Salam muhasabah dan kasih sayang..

Monday, June 11, 2012

BATAS SABAR..


Malam ni aku rasa down sangat.Macam2 cerita aku dengar pasal aku yang diceritakan oleh seseorang.Dia adalah manusia yang tak pernah berhenti memburukkan aku dari dulu sampai sekarang..

Aku telan semua pahit hasil dari tindakan dia yang suka menjaja keburukan aku.Belum pernah sekalipun aku menyerang secara berdepan sebab masih menjaga titah agama. Dah 9 tahun aku sabar, dari sekolah menengah tapi umpat keji dia pada aku tak pernah surut.

Dia pernah label aku playgirl, pernah label aku jahat. Sekarang? Lebih hina dari semua tu. Tolong jangan lupa kalau aku juga manusia yg punya batas sabar.Cukuplah dengan ujian2 sudah. Jangan sakitkan lagi aku yang dah sedia sakit.

Aku tak tau apa yang dia tak puas hati dengan aku sampai sanggup melempar tuduhan yang tak berasas. Kantoi rokok, judi, hampir kena buang dari melanjutkan pengajian, cerita lucah2-itu semua buruk dia yang tak pernah aku jaja pada orang.Tapi dia?! Semua orang tak betul. Yang berpurdah lagikan dihina. Yang baiknya..dia. Bila berlaku perselisihan faham antara mak dia dengan adik aku dimekah baru2 ni, baru aku tau kenapa dia sehina dan sesenteng tu.Like mother like son!

Aku dah puas tanggung sakit derita sebab orang.Ini mungkin bukan ujian tapi kifarah atas semua dosa yg pernah aku lakukan.Apapun alasannya, dia tetap tak berhak untuk jaja bukan2 tentang aku kalau sehelai rambut aku pun tak pernah terlihat dek mata dia! Sepanjang hidup, aku tak akan pernah redha atas segala umpat kejinya sebab bagi aku, cuma ada seorang saja manusia atas muka bumi ni yang berhak untuk menyalahkan aku dan yang pasti, manusia tu bukanlah dia!

Kalau orang kata aku emosi hari ni, ya!Memang aku emosi sebab maruah aku dipijak orang. Cuma perempuan yang tak bermaruah boleh terima bila maruahnya dicampak golekkan. Memang aku pernah buat salah dalam hidup kerana salah itu proses pembelajaran tapi dia yang tak pernah faham erti salah akan terus menyalahkan orang.

Kalau aku sejahat dia,dah lama aku sebarkan luaskan gambar dan nama dia dalam internet. Biar seluruh dunia tau sekeji apa dia yang berselindung di balik ketahfizannya.Tapi aku bukan serendah tu dan aku tak akan sesekali merendahkan martabat aku untuk lelaki murah macam dia.

Aku memang tak boleh jumpa semua orang untuk jelaskan kesemuanya sebab aku tak punya kemampuan untuk berbuat demikian.Tapi aku tak pernah lupa janji Allah.Mungkin dia yang terlupa bahawa kita masih punya mahkamah akhirat.Tunggu saja bila Allah tontonkan semula segala perbuatan kita didunia.Masa tu nanti..semua orang akan tau siapa sebenarnya aku dan boleh menilai apa benar aku ini perempuan hina seperti yang dia gambarkan pada semua orang.

Aku pihak yang teraniaya. Aku takkan pernah henti berdoa moga satu saat nanti bila dia sedar, dia akan bersihkan semula nama aku atau dia terpaksa melutut mohon kemaafan bagi melepaskan diri dari tambatan neraka. Pilih antara dua. Pesan  ringkas untuk dia..tunggu aku.Kita jumpa diakhirat!!

Monday, June 4, 2012

MIMPI..


Malam tadi aku mimpikan seseorang. Mimpi yang melakarkan mendung dihati aku hari ni. Menanti saat hujan membasahi hati.

Lama sudah rasanya perpisahan ini. Tapi aku masih mengenang dan terkenang.Kata sahabat aku, kalau kita mimpi atau teringatkan seseorang, tandanya tautan hati kami kuat kerana terdapat 2 kemungkinan. Pertama, dia yang sentiasa ingat dan mendoakan aku atau yang kedua, aku yang sentiasa ingat dan mendoakan dia.

Mengenang masalah yang sering singgah di kanvas hati, menjadikan aku insan yang sangat lemah. Kelemahan hati yang tak mampu disamari oleh kekuatan fizikal. Aku memendam hiba yang teramat dalam.Gambaran fizikal menuntut tafsiran bahawa aku ini sakit.Itu duga teman2.Aku tidak mengiya mahupun menidakkan.Setiap orang bebas berpandangan.

 Mimpi yang dialami tambah memburukkan emosi. Mengganggu siang aku hari ni.Satu persatu gamitan memori bertandang.Aku rindukan semuanya. Rindukan zaman kanak2 yang sungguh riang, rindukan zaman persekolahan yang sarat dengan pengalaman, rindukan zaman kuliah yang penuh dengan pengajaran, rindukan zaman bersama teman2..

MIMPI-ku harap kau tak akan menjelma lagi.Lenalah di alammu. Jangan datang lagi mewarnai malam suramku.Cukuplah episod2 sudah yang pernah dijalani. Jangan pernah hadir lagi. Kerana aku tidak mampu melawan suratan bahawa kita kini sudah jauh terpisah, dan akan terus terpisah untuk selamanya..

Saturday, June 2, 2012

BERINGAT DAN BERWASPADA..


Malam tadi berlaku satu peristiwa yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup. Kamar mandi aku diceroboh oleh camera enset manusia bertopengkan syaitan!

Peristiwa berlaku sekitar jam 7.40 malam tadi waktu aku tengah bersihkan diri sebelum solat maghrib. Yang aku jadi perasan kehadiran camera nset tu sebab aku terbau rokok yang sangat kuat.Secara automatik aku terpandang lubang kecil yang ada pada tirai tingkap dan ternampak camera dan mata manusia syaitan tu.Aku terus menjerit sambil berlari keluar dari bilik air,menggagahkan jari patah yang sangat sakit.Hampir nak terjatuh waktu tu sebab dah mula pitam.

Tanpa berlengah,aku kol polis.Tapi yang jadi masalah sebab polis tu tak tau kat mana rumah aku.Puas dia mencari.Lepastu dia kol, tanya KLU tentang rumah. Sampai2 aje kat rumah,polis tu terus cakap ‘kenapa tak cakap rumah Ustaz Bakhtiar? Puas sy pusing2 dok mencari rumah 210’. Lepastu polis terus pergi kat tempat kejadian.Polis tanya samaada aku ada syak sesiapa.Aku kata takde sebab aku tak bercampur dengan orang2 kat tempat aku ni.Jadi aku tak tau.Dia kata lagi, yang dia pelik macammana orang tu boleh tau masa2 aku bersihkan diri? Lepastu dia tanya spesifik tentang masa. Mak bagitau mmg rutin harian aku bersihkan diri malam hari.Polis tu mengangguk.

Sebelum beredar,polis tu pesan suruh aku datang buat report rasmi dekat balai polis arini.Polistu jugak suruh aku paku papan pada tingkap yang ternganga tu.Dia akan suruh MPV buat rondaan.Tak lama lepas polis tu balik..aku terima mesej ‘Zu, kuatkan semangat tu.baru ada keyakinan.Lain kali pastikan semua lubang yang ada ditutup untuk keselamatan. Pada pengamatan saya, orang tu mengintai sebab perwatakan zu. Zu cantik dan tutup aurat. Mungkin sebab tu orang tu nak tengok sangat. Apapun,jaga diri. Beringat untuk masa akan datang. Suruh ustaz pakukan lubang tu dengan kayu’. Aku jawab ringkas ‘Baik tuan.Terima kasih’.

Pengalaman ni tak mungkin aku lupakan sampai akhir hayat. Besar betul hikmah ADAB dalam islam. Sebab tu islam suruh tutup aurat sepanjang masa walaupun waktu kita mandi.Hikmahnya bagi mengelakkan berlaku perkara2 macam ni.

Adalah berdosa bagi aku mendoakan keburukan bagi orang lain tapi jauh disudut hati,aku lebih berharap Allah menghancurkan tangan si pelaku tu daripada beri hidayah pada dia,sebagai pengajaran pada manusia durjana lain amnya. Hati aku sakit kerana 2 perkara .Pertama maruah.kedua melibatkan jari yang patah (bukan setakat sakit,bahkan bertambah2 sakit).

Apapun,semoga Allah melindungi kami sekeluarga dari kejahatan manusia dan makhluk lainnya. Pada semua sahabat2 muslimah khususnya..pesan saya sila jaga aurat anda walau dimana saja anda berada kerana musuh tak pernah mengenal masa, tempat dan mangsa.Amalkan cara hidup islam yang sempurna.Cukuplah saya seorang melalui detik2 mencemaskan dan mencemarkan ini. Jangan pula ianya terjadi pada kalian dikemudian hari.Sentiasa beringat dan berwaspada. Semoga kalian semua terus berada didalam lindungan dan dakapan Allah.