Tuesday, July 24, 2012

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN..

Salam ramadhan buat semua.Moga kekal dalam iman dan ihsan.Dah 3 malam aku tak buat solat tarawih.Sayu jugak hati tapi belum rezeki.Insyaallah,selesai halangan, aku akan laksanakan apa yg sepatutnya aku perbuat..

Sejak masuk ramadhan, tak putus2 aku mimpi sampai terlajak tido jam 7 pagi. Ya Allah, aku harap aku tak terus dan terus mimpi lagi.Kalau ada doa yg aku mahu Allah angkat kelangit ramadhan ini , doa tu hanya 3. Pertama, ya Allah, KAU kurniakanlah setiap apa yg terbaik dari segala yang terbaik buat mak dan ayah dunia akhirat. Kedua, Ya Allah, hilangkanlah bayangan yang pernah hadir dalam hidup aku 3 tahun dulu untuk selama2nya sepertimana KAU hilangkan yang sebelumnya kerana aku tidak pernah berharap untuk melihatnya lagi walaupun walaupun hanya sekadar sebujur jasad kaku. Ketiga, Ya Allah, jika KAU matikan aku, matikanlah aku dalam sebaik2 pengakhiran. Jika satu pun dari doaku tidak diterima untuk Ramadhan kali ini kerana ketidakredhaan aku diatas aturanMu..aku bertaubat ya Allah.Ampuni aku wahai Sang Pencipta kasih sayang.Campakkanlah ketenangan dalam segenap ruang agar aku menjadi manusia yang mengerti tentang kasih sayang dan kerdhaan diatas tiap2 kejadianMu.

Ramadhan dulu sebuah ramadhan yg penuh dengan kisah.Begitu juga ramadhan kali ini.Punya kisah tersendiri.Hati sayu teringat pada Almarhumah teman, Nazariah Zakaria yang mungkin saat ini sedang bergembira bersama Sang Penciptanya. Sudah 2 tahun Nazariah pergi bersama kenangan dan sudah 2 tahun juga Nazariah tidak dapat bertemu ramadhan.Sedang kita?Hayat kita belum tentu ada di permulaan syawal.Siapa tau kalau kita adalah calon yang terpilih untuk menyusulinya ramadhan ini.Wallahhua’lam.

Aku insan yang selalu berbuat dosa.Mungkin aku perlu pada penghijrahan rohani dan fizikal.Moga saja ramadhan kali ini menjadi pemula pada sebuah penghijrahan.Doakan aku.Siapa tau kalau suatu hari nanti aku bisa menjadi muslimah sejati, isteri yang solehah, juga ibu yang mithali.menunjuk ajar pada zuriatku tentang islam, iman dan ihsan supaya mereka tidak terjatuh dalam jurang hina.

Ahlan wa sahlan ya ramadhan.Moga ini bukan pengakhiran bahkan permulaan menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelumnya.Y a Allah, janganlah KAU matikan diri ini sehingga aku mencapai tahap taubat yg sempurna untuk bertemuMu.Amin ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim.Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin..

1974311188

Tuesday, July 17, 2012

TABAHLAH WAHAI HATI..

Hampir seminggu blog tak berjenguk.Dan selama seminggu ni jugaklah aku tak nampak wajah ayah. Aku tahu ayah ‘sibuk’. Jujurnya aku teramat rindukan ayah. Rindukan saat2 indah yang pernah menghiasi hidup kami adik beradik.

Kadang-kadang ada perkara yang sukar diungkap dengan perkataan kerana perkataan tak mampu menterjemahkan sebenar2 emosi. Apa yg perlu kita lakukan, pasrah dan redha dengan setiap ketentuan. Mengungkap redha itu mudah tapi untuk melaksanakannya amat payah. Apapun ini takdir yang telah ditetapkan buat aku dan keluarga. Ikhlas menerima beerti iman kita separa sempurna.Ya Allah, berikan aku keikhalasan kerana Engkau Maha Mengetahui sebesar apa ikhlasku dalam menerima ujianMu ini..

Tiap orang berbeza ujian. Aku, kamu dan kita. Allah Maha tahu sejauh mana kekuatan kita dalam menghadapi tiap kekalutan.Kalau perasan, kebanyakan entry yang dipublishkan disini lebih terarah pada sorot duka. Kalau diimbau semula tujuan asal aku mewujudkan blog ini, seolah2 maksud asalnya SEDIKIT terkehel. Laman untuk perkongsian ilmu & pandangan ini telah menjadi satu laman peribadi untuk meluahkan tiap2 bait perasaan. Apapun perlu diingat, tidak selamanya manusia berada dalam keadaan seimbang kerana hidup penuh ujian. Kalau tak berat, mungkin kurang..

Mungkin bagi sesetengah orang, kisah peribadi cuma untuk simpanan bukan tatapan tapi bagi aku, sesuatu 'makanan' yang disimpan terlalu lama tanpa 'dihidangkan', akan mengundang 'kebasian'.Bukan itu saja bahkan orang tidak dapat merasai dan menikmatinya bersama2 kita. Ini bukan soal peribadi @ simpanan tetapi soal sejauh mana kita mengaplikasi bahasa agar sesuatu keadaan itu dapat disamarkan dan tidak nampak terlalu ‘memenatkan’.

Aku dengan ujian perasaan.Kalian? Tiap ujian ada jalan penyudah. Jambatannya ialah sabar. Seperti anak sungai yang punya awalan dan pengakhiran. Moga Allah campakkan kekuatan dan kesabaran –satu2nya doa yang tak pernah terhenti dari dulu hingga sekarang kerana Allah Maha tahu bahawa aku tidak cukup kuat dan tidak cukup sabar hingga bisa ‘menghentikan pendarahan’. Ibarat kata kawan aku ‘ika penyabar tapi pendendam’. Moga saja kata2nya itu tidak menjadi doa yang makbul buat aku kerana aku tak perlukan doa2 semacam itu..

Mohon doa dari kalian agar dipermudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga. Dihidupkan dan dimatikan kami dalam iman.Tabahlah hati.Sesungguhnya jalan masih terbuka..

Tuesday, July 10, 2012

~MEKAP~


Tadi lepas solat maghrib, aku mengadap laptop.Tengok gambar2 pelajar tarian yang telah aku solekkan.Tengah syok2 tengok, tiba2 mak suruh aku mekapkan dia jadi macam budak2  tarian tu.Terfikir untuk mantapkan skill,maka aku pun memenuhi permintaan mak.Maka setelah digodam..tadaa..!!mak senyum lebar tengok muka dia.hehe..

Aku  bukan orang yang kreatif pada dasarnya tapi setiap perkara yang berlaku disekeliling menjadikan aku insan yang banyak berfikir untuk mengkoreksi diri bagi melakukan sesuatu yg tak pernah aku lakukan menurut kelaziman.Dan mekap adalah salah satu darinya.Awalnya aku sekadar mencuba tapi siapa sangka percubaan aku berjaya.

Mekap aku aplikasikan pada diri sebelum diaplikasikan pada orang lain.Sekadar menconteng muka orang memang mudah.Tak perlu skill tapi untuk menjadikan wajah yang telah diconteng itu cantik memerlukan kekreatifan.

Masih terngiang ditelinga aku pertanyaan dari guru SMK Dato’ Mansor sewaktu pertandingan tarian sekolah2 peringkat Negeri Sembilan. ‘Pandainya ustazah mekap.Ustazah memang mak andam ke? Berapa kena bayar 1 kepala?’Aku cuma mampu tersenyum. Aku bukan mak andam dan seperkara yang aku pasti, aku tak mungkin jadikan andaman sebagai kerjaya tambahan dimasa depan.Tapi sekiranya dijemput seperti sebelum2 ini,aku tak menolak.

Aku cuma membantu setakat termampu.Wang ringgit bukan ukuran kerana yg penting bagi aku adalah kepuasan.Walaupun aku dibayar untuk menyolekkan mereka tetapi sejujur hati, aku lebih rela melakukannya atas nama ikhlas bahkan aku telah menolak huluran wang tersebut berkali2.Tapi setelah dipujuk berulang2, tiada jalan lain selain menerima untuk menutup pujukan mereka.

Pengajaran yang boleh kita dapat hari ni, begitulah hidup.Untuk melakukan sesuatu perkara, memerlukan sokongan dari perkara yang lain kerana hidup kita dasarnya saling berkait.Berani mencuba sesuatu perkara yg positif pasti menghasilkan refleksi yg positif juga.Hidup bukan sekadar mencuba bahkan mengaplikasi.Orang yang tidak berani mencuba apa2 akan menjadi orang yang penakut sampai bila-bila.

Oklah.Jom layan gambar2 yang telah disnap di bawah…! (^_^)

Comel budak2 ni kan? Puteri n Mira (^_^)

                                                           Baru siap mekap.. (^_^)

 Barisan penari peringkat Negeri Sembilan (^_^)

 Wajah kesayangan hamba stelah di make over.haha..

Amboi mak! macam model pulak.haha.. (^_^)

Ayunya mak aku.Macam anaknya.hahaha..

    Comey seyh..! (^_^)

Saturday, July 7, 2012

FILZAH FASIHAH~WELCOME TO THE WORLD

Pergi melawat anak buah aku yang baru di Klang.Ayah ikut sama.FILZAH FASIHAH adalah nama yang aku pilih bagi puteri kecil itu untuk diamendukungnya hingga hujung nyawa.Tafsiranmakna:jiwa yang fasih..

Filzah fasihah sudah mencecah usia sebulan. Anak buah aku yang ke3 ni agak berbeza dari yang lain.Sejak dari aku datang sampailah aku nak balik,dia langsung tak menangis.Leka memerhati sekeliling.Sebak hati bila bila tengok muka dia.Aku jadi terfikir, macamanalah untuk dia membesar dalam keadaan sempurna kalau perbelanjaan harian juga kurang mencukupi.Moga jalan untuk ibu ayahnya beroleh rezeki sentiasa ada.

Kata doktor, tulang anak buah aku tu halus.Mudah patah sebab masa dalam kandungan,dia tak dapat kalsium yang mencukupi untuk bina sel-sel tulang.Diatas kekurangan tersebut,moga Allah akan membekalkan si puteri kecil ini dengan kekuatan yang luar biasa dalam meniti hari2 dewasa yang bakal dilaluinya.

Tak terlintas dek akal  apa yang akan terjadi pada masa depannya.Tapi aku berharap,andai aku dapat menjaganya satu hari nanti, aku akan mendidiknya untuk menjadi seorang muslimah yang baik dan mampu mengemudi hidup walaupun berada ditengah ombak kehidupan.

Makcik titipkan doa buat Fasihah moga apabila besar kelak, fasihah mampu menjadi muslimah yang terbaik bahkan jauh lebih baik dari segala wanita yang ada di atas muka bumi ini.FILZAH FASIHAH, selamat datang ke dunia.. 

Tuesday, July 3, 2012

BARAKALLAHHU LAKUMA..


Alhamdulillah.Setelah menempuh perjalanan selama 2 jam setengah,akhirnya aku sampai juga ke Mentakab. Memenuhi undangan walimatul urus teman yang dikenali sejak sekian lama, Shukri dan pasangannya Syaima Naqiah.

Majlis perkahwinan mereka adalah majlis yang paling menyentuh hati aku sepanjang berkawan.Kami pernah selisih faham kerana berbeza pendapat. Kami pernah terputus hubungan untuk beberapa ketika dan dia juga pernah membuat keputusan untuk kami tidak lagi berkawan tapi nyata, pengalaman sepanjang berkawan ini sangat mendewasakan dan alhamdulillah, hari ini dia sudahpun selamat bergelar suami kepada seorang doktor yang menantinya sejak sekian lama..

Aku percaya bahawa dia sangat menanti kedatangan aku kemajlisnya hari ini.Talian telefon yang tak berhenti sejak aku dari temerloh membuktikan bahawa sangkaan aku benar.Aku menanti pasangan itu sehingga jam 1 tengahari tapi kerana mengejar masa, aku merelakan diri untuk beransur dan memutuskan untuk tidak bertemu mereka.TAKDIR ALLAH..belum sempat kereta keluar dari simpang rumah tersebut, aku lihat kelibat Shukri dan Syaima didalam Honda Civic sambil melambai2 tangan menyuruh aku menunggu mereka.Kereta pantas diberhentikan dan semacam dalam drama,aku lihat Shukri dalam pakaian pengantinnya berlari anak kearah aku, meninggalkan Syaima dikereta.Beberapa minit kemudian, baru kelibat syaima kelihatan menyusuli jejak Shukri.

Dengan penuh harapan Shukri minta aku menunggu untuk beberapa ketika hingga majlisnya selesai tapi tanpa perasaan bersalah, aku menolak pelawaanya.Sungguh aku lihat raut kesal terpamer diwajah Shukri.Ya Allah, kenapalah akhlakku seburuk ini.Patutnya aku meraikan dia dihari bahagianya tapi yang terjadi adalah sebaliknya.

Dan yang lebih menyentuh hati, selepas insiden itu, dia juga lah yang mula menghantar mesej untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kehadiran kami kemajlisnya.Sungguh aku malu sendiri. Sepatutnya aku yang mesti memulakan mesej untuk mengirim jutaan kemaafan atas keterlanjuran sikapku dimajlisnya tapi seperti tadi, yang terjadi adalah sebaliknya.Kalau yang berada ditempat dia itu..aku, pasti kekecewaanku nyata mendalam..

Apapun, dia kini telah selamat bergelar suami.Semoga Allah meletakkan dia dan Syaima dalam pelayaran yang terbaik hingga sampai kedestinasi terbaik juga. Semoga Allah memberkahi rumahtangga mereka dalam iman dan kerahmatan serta mempermudahkan urusan mereka hingga saat melangkah kesyurga.Barakallahhu lakuma wa jama’a bainakuma fi khair..