Wednesday, March 31, 2010

-KEPULANGAN YANG DINANTI-

'Kakcik, ayah nak berangkat dah esok. Ni ado kek soting ni. Kelua makan kali terakhir’. Sayup kedengaran suara ayah di hujung talian. Hampir menitis airmataku mendengar bait2 tersebut. Sebak. Hanya Allah yang mengetahui perasaanku. Bukan aku tidak pernah berpisah dengan ayah sebelum ini malah berkali2. Tetapi perpisahan kali ini mengundang sebak yang amat. Bukan sekali dua ayah ke luar negara tetapi aura kesedihan kali ini benar-benar memuncak. Mungkin kerana kali ini aku tidak berada disisi ayah untuk mencium pipi ayah, menyalaminya serta melambaikan tangan diiringi doa tanda perpisahan.

AYAH - insan yang amat aku sayangi, kasihi dan sanjungi keperibadiannya. Orang yang telah banyak memotivasikan aku untuk menjadi manusia seperti hari ini. Insan yang banyak berkorban demi aku, demi anak-anak yang dikasihinya. Insan yang telah mengajar aku bagaimana mengkoreksi diri bagi menjernihkan fikrah yang berkarat. Mengajar aku untuk mengenal dunia dan segala isinya. Memandikan aku dengan agama, menyarungkan aku dengan baju akidah, memakaikan aku dengan tudung sahsiah, memperjalankan aku dengan adab serta memimpin langkahku dengan ilmu. Dialah ayah yang aku sayangi. Tiada taranya walau terhenti sekalipun dunia. Cintaku pada ayah melebihi cintaku kepada diri sendiri. Pernah terjadi satu ketika seorang teman menanyakan padaku, jika disuruh memilih antara bakal suami dan juga ayah, mana satu jadi pilihan. Spontan aku menjawab, AYAH. ‘Walaupun bakal suami enti nanti seorang yang beragama, tulus budinya, mulus bicaranya, santun pekertinya?’ AYAH. Hanya itu jawapan yang aku berikan tanpa mengulas apapun pada temanku itu. Dia sepertinya faham dengan jawapanku. Aku juga tidak akan mencatatkan disini sebab kenapa dan mengapa ayah menjadi pilihanku untuk tatapan kalian. Cukuplah akal fikiran kalian itu menjadi jawapan majazi dalam mencari jawapan hakiki.

Jujur juga aku katakan, aku sanggup memilih untuk tidak menikah jika permintaan itu datang dari mulut ayah kerana ayah jauh lebih berharga dari ‘segala harta’ yang aku miliki selepas Allah dan Rasulnya. Tetapi ayah tidak pernah menyuakan aku dengan permintaan sebegitu. Berbicara tentangnya juga tidak pernah. Bahkan ayah menggalakkan lagi aku untuk menikah. Aku adalah anak yang paling akrab dengan ayah walaupun ayah selalu menegaskan bahawa tiada istilah anak emas, anak perak mahupun anak gangsa dalam kamus hidupnya. Bahkan keakraban kami membolehkan aku untuk membaca isi hatinya. Melihat keakraban ini, aku jadi teringat pada keakraban Rasululullah S.A.W dengan puteri kesayangan baginda Sayyidatina Fatimah. Moga keakraban yang terbina antara kami ini tidak akan pernah retak hingga hujung nyawa.

InsyaAllah, tepat jam 5 petang ini ayah akan berangkat ke Jordan bersama adik bongsu, along serta kaklong. Setelah sekian lama, ayah kembali menjejakkan kaki ke dataran aman itu. Semoga kunjungan kali ini memberi suntikan semangat baru buat ayah. Moga ayah selamat sampai di Jordan dan selamat kembali ketanah air dalam keadaan yang ‘lebih muda’ dari sebelumnya. Kakcik nantikan kepulangan ayah. Fi amanillah. Insyaallah. Salam sayang dari kejauhan.

-AL HAQIRAH ILALLAH-

Sunday, March 28, 2010

SEMUDAH ITU??

Salam buat semua. Salam pertemuan, salam pengislahan. Hari ini seperti biasa, aku membaca akhbar Utusan Malaysia. Tujuanku tidak lain, untuk mengetahui perkembangan semasa dalam mahupun luar negara. Politik, Dalam Negeri, Wilayah, Parlimen, Mahkamah, Jenayah, Luar Negara-semua aku baca. Selesai membaca ruangan-ruangan tersebut, aku pergi keruangan terakhir iaitu ruangan hiburan. Ruangan yang tak pernah aku baca kecuali pada hari ahad. Kalau minggu lepas aku baca kenyataan Sharifah Sofea mengenai anjing, hari ni aku baca kenyataan Betty Benafe mengenai ‘buah tembikai’ dan ‘kuih apam’. Membaca kenyataan mereka ini, aku jadi terfikir, apakah mereka ini masih layak digelar MUSLIM? Aku tidak tahu apa erti maruah bagi manusia yang bergelar artis ini. Kenyataan Sharifah sofea mengenai anjing, cukup untuk menaikkan temperature mana-mana orang Islam yang membacanya.

‘Ye, saya memang sukakan anjing. Kenapa orang sibuk-sibuk nak pertikaikan? Saya tau pegang anjing tu haram tapi yang penting saya tau apa yang saya kena buat lepas pegang anjing-samak. Jangan ingat saya tak tahu agama..’. SEMUDAH ITU?! Nauzubillahhiminzalik! Sharifah Sofea memang mempunyai banyak rekod buruk . Kenyataan ini berasas. Dari kes berpeluk, bercium dengan teman lelaki (sekarang sudah bergelar suami), teguk arak, merokok dan bermacam kes2 lain. Jika tidak percaya, search saja nama Sharifah Sofea melalui internet di bawah tajuk ‘gambar sosial Sharifah Sofea’ maka anda akan menjumpai bukti seperti yang diperkatakan. Inilah dia manusia yang mengaku islam, yang mengaku tahu mengenai islam namun tidak mengamalkannya. Inilah dia manusia yang membuatkan Islam tampak hina dimata dunia! Yang cuba untuk mencampurkan diantara haq dan batil atas nama hadhari, kemodenan pemikiran! Inilah dia golongan2 yang menghalalkan apa yang terang2an diharamkan oleh Allah! Kalau aku jadi Sharifah Sofea, aku akan buat permohonan untuk menukar nama dan status agama aku di kad pengenalan.huh..!

Bukan hanya Sharifah Sofea, kini Betty Benafe pula bertindak berani memberi pandangan mengenai ‘buah tembikai dan kuih apam’ yang diletakkannya dihadapan umum dengan label ‘untuk tontonan umum sahaja, bukan untuk dijual’. SEMUDAH ITU?! Nauzubillah. Kalau betty jual ‘buah tembikai’ dan ‘kuih apam’ dia tu, aku rasa berlambak orang nak beli. Nak beli bukan untuk disimpan tapi untuk pakai buang. Orang nak beli untuk touch saja, lepas tu go. Memang sesuai dengan Betty. Sekejap mengaji, tutup litup. Lepastu menari, buka selungkup. Yang peliknya tu, dia dengan bangga menyatakan bahawa apa yang dilakukannya bukan satu kesalahan. Masih ISLAMkah? Mana dia ajaran Islam yang ajar buka tutup macam tu? Takkan tak ada sekelumit pun rasa malu dihati? Takkan tak fikir langsung kesannya pada anak2 yang bakal dilahirkan? Cukuplah kita sorang buat maksiat. Jangan biarkan anak2 kita yang tak berdosa terheret sama. Kalaupun tak ada rasa malu dengan manusia, sekurang2nya malu lah pada Allah!

‘Kesan keatas orang yang melakukan perkara haram dan menafikan hukum Allah S.W.T jika dia tidak bertaubat dengan serta merta, maka dia telah terkeluar daripada agama Islam dan jika dia meninggal dunia sebelum sempat bertaubat, maka matinya itu dikira sebagai seorang yang kafir’ (petikan diambil dari laman web http://www.syifa-alhidayah.com ). Aku jadi teringat pada kata2 Wardina, ‘saya takkan izinkan anak2 saya menjadikan artis sebagai idola mereka’. Syabas Wardina. Jangan kata Wardina, aku juga sanggup untuk tidak membelikan TV untuk anak2 aku dimasa depan kalau itulah yang menjadi penyebab pada mereka mendahulukan dunia dan membelakangkan akhirat. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang tersesat haluan untuk kembali kepangkal jalan. Moga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah. Salam pengislahan buat semua..

-AL HAQIRAH ILALLAH-

Sunday, March 21, 2010

~HANDPHONE@HANDSET~

Salam buat semua. Arini aku nak cite tentang handphone atau lebih dikenali sebagai ‘nset’ . Nset merupakan salah satu barang privacy dalam hidup aku. Aku tak pernah kisah kalau orang sentuh nset aku tapi aku memang kisah kalau orang baca mesej2 aku tanpa kebenaran lisan ataupun bertulis. Memang aku ‘angin’. Aku angin bukan sebab orang baca mesej2 yang terkandung dalam inbox tu tapi aku angin sebab orang yang aku anggap kawan tak jujur dengan aku sampai aku terpaksa set dalam minda aku ‘inilah orang yang tak mungkin aku percaya sampai akhir hayat’ dan lepas dari tu aku akan jadi lebih berhati2 dengan ‘dia’. ‘Dia’ yang aku maksudkan kat sini adalah para penceroboh yang munafik. Paling aku benci sekali, kalau budak2 agama yang buat camtu.

Kawan aku Bedah (bukan nama sebenar) ade cite kat aku baru2 ni tentang sorang kawan dia, Minah (bukan nama sebenar) yang sokmo bukak nset dia dan baca msg2 dalam inbox dia tu masa dia xde dalam bilik. Bedah pun ada luah kat sorang kawan dia nama Limah (bukan nama sebenar). Limah cadangkan supaya Bedah letak password kat nset dia tapi nset Bedah bukan jenis yang boleh letak password. Nak jadikan cerita, satu hari tu, Bedah bagitau Minah yang dia nak gi mandi. Si Minah ni memang tau tabiat Bedah. Bedah kalau dah kata nak gi mandi, dia takkan masuk bilik sampai sudah mandi. Jadi Minah pun apalagi, ambik kesempatan bukak nset si Bedah utk baca inbox2 dalam tu. Tengah Minah ralit baca mesej2 dalam inbox Bedah, tiba2 nset Bedah berbunyi. ‘1 Message receive-INBOX : Ali ’. Minah pun tanpa rasa bersalah bukaklah mesej tu. ‘Salam buat anda. Tazkirah ringkas: Membuka dan membaca mesej orang tanpa izin adalah berdosa. Ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan anda’. Merah padam muka Minah baca mesej Ali (bukan nama sebenar). Bedah yang perhati disebalik daun pintu puas tahan gelak. Dalam hati Bedah kata ‘ambik ko. Suka sangat baca msg orang kan’. Sebenarnya Ali ni kawan pada Limah. Limah berpakat dengan Ali dan Bedah utk kenakan si Minah. Tebal betul muka Minah masa nak mintak maaf ngan Bedah. Bedah pun cakap kat dia ‘ apapun, ko tetap kawan aku. Aku buat camni tuk kebaikan ko. Ingat, kita ni sama2 belaja agama. Tau hukum. Lain kali jangan baca msg orang tanpa kebenaran’.

Hahahaha. Aku pun tergelak sama dengar cite si Bedah. Jujur cakap, sebenarnya aku pun ada pengalaman ngan orang yang suka baca mesej orang ni. Budak agama lak tu. Kalau ikut, memang hot, nak je aku penampar muka budak tu tapi sebab ingat pesan Allah, pesan Nabi, aku tak buat macam tu. Bukan mudah sebenarnya nak kawal rasa marah. Tapi kita kena ingat, setiap sesuatu yang berlaku tu, mesti ada hikmahnya. Allah tengah ajar kita untuk jadi orang yang sabar. Sebab kejadian tu jugaklah, aku jadi lebih hati2 dengan orang sekarang ni. Dengan aku mudah jer. Aku tak usik hak orang, orang pun jangan usik hak aku. Aku tak kacau privacy orang, jangan kacau privacy aku.

Pada kengkawan yang suke sangat2 baca mesej orang tanpa kebenaran ni, aku juz nak pesan ‘Allah tu Maha Adil. Allah nak tunjuk kebenaran sekelip mata je. Ingatlah yang kita ni tak pernah lepas walau sesaat pun dari pemerhatian Allah. Jangan ceroboh hak privacy orang kalau kita tak suka orang ceroboh hak privacy kita. Dalam dunia ada hukum alam (hukum karma) . Kata pepatah orang putih ‘what goes around come around’. Nak terjemah mudahnya ‘apa yang kita buat kat orang arini, satu ari nanti akan kena kat kita balik’. Jangan sampai orang kata ‘aku tuntut kat akhirat!’ Salam kemaafan buat semua..

Saturday, March 13, 2010

~FACEBOOK OH FACEBOOK~

Aku selalu menjengah facebook atau nama glamuornya fb sejak akhir2 ni. Itupun masuk melalui akaun seseorang. Pinjam fb dia untuk jejak balik kawan2 lama. Pelik kan apsal aku tak buat fb sendiri? Nnti bila ada orang tanya, baru aku jawab soalan nih. Sekarang nak fokus kat cite fb dulu. Hehehe.

Masa mula2 aku bukak fb ni kan, orang pertama yang aku jumpa, ikhwah ngan akhawat yang duk kat timur tengah sekarang. Alhamdulillah, jumpa balik jejak diorang. Tak payah susah payah duk tayang muka dalam TV3. Hehehe. Aku pun apalagi, view la profil bebudak nih. Mula2 aku view profile ikhwah. Macam2 gamba aku jumpa. Ada rambut Alleycats, rambut Akil Hayy,rambut Sammy vellu. Pendek kata, macam2 ada. Rambut Zaibo je tak jumpa. Yang rambut cam Mawi, leh bilang ngan jari. Hehehe. Pakaian pulak, tang baju, ramai bajet cam artis. Seluar? Memasing sibuk duk pakai seluar jin. Adus sayo! Sian la sikit kat jin. Da korang sume pakai seluar dia, jin nak pakai seluar apa? Takkan nak telanjang kot? Hehehe. Pakai jubah? Serban? Cuba kira jari memasing sekarang.Sebelah tangan ada bape jari? 5 kan? Dalam 5 jari tu,kalau hitung..tak sampai pun kat jari kelingking tuh. Yang paling melucukan sekali, aku pun tanpa sengaja terjumpa gak gamba beberapa ikhwah yang bergaya ala2 Jaafar Onn, Chef Wan dan Mama Juwie. Auww..! Benci i. Hahaha. Itulah style2 ikhwah yang aku ‘terjumpa’ sepanjang pengembaraan menjejak kengkawan lama kat timur tengah. Yang pakai dan bergaya camtu major ambik pengajian Islam. Hehehe.

Kemudiannya aku beralih kat profil akhawat pulak. Macam2 gamba yang aku jumpa. Memasing sibuk tayang muka, tayang body. Pakai seluar jin tu benda biasa bagi diorang kot walaupun tak pernah tengok diorang pakai masa aku sama ngan diorang kat Malaysia. Ada tayang gigi, tayang lubang idung, tayang jerawat batu. Wow..!so amazing bakal2 ustazah yang akan grad kat timur tengah. Esok2, anak murid ikut. Anak murid yang badan besar, pakai baju adik2. Yang peha macam batang pisang, pakai seluar cam balut buah nangka. Masuk kelas bukan bagi salam tapi depa cakap ‘wazzup 2 ustazah’. Hahaha..

Itu baru cerita kengkawan kat Timur tengah. Sekarang jom kita selusuri jejak kengkawan kat Malaysia lak yang satu sekolah agama ngan aku dulu. Search punya search, akhirnya jumpa gak jejak diorang. Alhamdulillah. So aku pun view la profil diorang. Lebih kurang sama jer ngan bebudak timur tengah cuma yang membezakan diorang tak sambung bidang agama pas abis belaja tingkatan 5. Tapi biasalah kan, gaya msti up to date sikit tang bebudak timur tengah nih. Yang lelaki,aku tengok biasa2 je,normal. Yang aku nak cite, bebudak pompuan. Memang hebatla. Vogue giler! Hehehe. Seronok duk tayang2 b**h d**a kat orang. Kalau dulu masa sekolah dia punya kecik cam buah langsat, arini da besa cam buah tembikai. Suntik susu appeton weight gain kot kat tempat tuh. Huhu. Tak cukup dengan tuh, ada yang bergaya nak ala2 sarah azhari (artis Indonesia tu). Cam sazzy falak kat pantai sabah pun ada gak. Sampai nampak lurah2 dendam.Huhu.Dari korang tutup separuh camtu kan, baik bukak sume terus. Baru fresh lelaki2 jamu mata. Amacam? Ok? Hehehe. Yang dulu pakai tudung sampai nak tutup sekali buku lali tu, arini da pakai selendang style Benazir Bhutto atau lebih tepat cam Siti Nurhalija. Hahaha. Kalau setakat camtu leh tahan tapi kalau yang tak pakai tudung langsung, camne lak? Pe kes? Nak tunjuk rambut afro yang da direbonding la tu. Hehehe. Yang ambik gambar ngan pkwe memasing toksah cakap. Yang tu memang berlambak. Cam muka terencat pun ada. Takpela. Yang penting, anak korang nnti jangan ikut terencat sudah. Hehe.Yang baik2? Mestila ada tapi tak ramai..

Inilah serba sedikit yang dapat aku catatkan mengenai penemuan aku sepanjang mengembara ke alam facebook. Inilah khazanah2 peninggalan ustaz2, ustazah2 serta mak ayah yang dah didik diorang dengan didikan agama dari kecik sampai saat ni. Entah dimana silapnya tapi inilah realiti.

Aku still ingat lagi apa yang ayah cakap masa kitaorang dapat satu kad jemputan kawin dari orang kat tempat kitaorang tu. Kira jiran 40 buah rumah gak lah. Kat depan kad tuh ada gambar pasangan pengantin pakai baju sekolah sambil si lelaki peluk pinggang si perempuan. Mesej yang nak disampaikan melalui gambar pada kad jemputan tu mudah aje. Cinta yang dipupuk masa alam persekolahan akhirnya sampai ke jinjang pelamin.Bukti betapa kuatnya hubungan cinta yang dibina pasangan tu. Cinta sejatilah kiranya. Tapi tau tak apa yang ayah aku cakap? Ayah kata ‘Hmm..bolum nikah lagi, dah bukak aib sendiri kat orang ramai. Dahla bercinto maso zaman sekolah, poluk2 pulak’. Subhanallah. Sampai kesitu jauhnya ayah menilai sekeping gambar. Betullah kata orang, sekeping gambar boleh menceritakan segala2nya. Yang aku nak sampaikan dari kata2 ayah ni, setiap orang punya persepsi yang berbeza. Apa tanggapan kita, belum tentu akan ditanggapi dengan pandangan yang sama oleh orang lain kerana setiap manusia punya sisi pandang yang berbeza.

Pada sahabat2 yang amat aku kasihi..kalaupun korang takde rasa malu sesama manusia, malulah dengan Allah. Diri korang bukan untuk tayangan umum. Sekadar meminjam kata2 AZAM dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH (KCB), ‘aku tidak rela wajah bakal isteriku menjadi tatapan berjuta2 orang dalam dunia kerana dalam berjuta2 orang tersebut, ada yang fikirannya kotor’. Atas dasar kata2 ni jugaklah, aku tarik balik sekeping gambar yang aku letak dalam fb teman aku ni sekalipun gambar tu gambar yang lengkap berpakaian, menutup aurat dengan sempurna mengikut ajaran islam sebab aku malu dengan Allah, jugak malu dengan insan2 yang dah didik aku menjadi manusia macam sekarang. Semoga Allah menjauhkan aku dari fitnah akhir zaman nih..

Apapun,aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kat orang yang dah wujudkan facebook ni. Kalau bukan sebab facebook yang jadi wasilah pada penemuan2 ‘khazanah’ yang tak disangka ni, mungkin aku pun takkan tau dan takkan tulis entri ni hari ni. Terima kasih sebab dah dah jadi ejen menggantikan jejak kasih kat TV3 tu. Pada kawan2 sume, jujur cakap, aku memang sedih sebenarnya tengok perubahan korang tapi korang yang pilih untuk jadi macam tu. Cuma ingat seperkara, korang jugak boleh pilih untuk berubah semula dan kembali kejalan yang diredhaiNya. Masa masih ada. Berubahlah selagi nyawa masih dijasad. Kita hidup kat dunia ni tak lama. Dunia ni Allah pinjam je kat kita. Sampai masa Allah akan ambik balik. So..berubahlah. Aku sayang korang sumer..!

-AL HAQIRAH ILALLAH-

-ORANG KITA-

Salam buat semua. Lama aku tak update blog ni. Tak update bukan sebb takde cite baru nak dipost tapi sebab mood nak menulis tu takde. Kalau ikutkan, hari2 aku nak menulis sebab setiap hari bagi aku adalah sebuah cerita. Dan hari ni pertama kali dalam sejarah penulisan hidup aku, aku tulis artikel dalam bahasa yang tak formal. Bila tulis artikel camni, rasa macam janggal sikit. Almaklumlah..kalau dah hari2 ikut jalan dekat gi kuliah, tiba2 satu ari tu kena ikut jalan jauh, rasa camner? Camtulah aku rasa sekarang ni. Tapi takpelah.Mula2 kan..biasalah.lama2 nnti bila dah biasa,tak jadi masalah dah. Macamanalah aku tiba2 terfikir nak tulis entri dalam bahasa tak formal camni kan? Teringat aku kata2 seorang kawan dalam laman web World Of islam bulan lepas mengenai pandangan yang aku utarakan dalam ruangan diskusi dibawah tajuk ‘apakah hukum menonton wayang’. Dia kata ‘kita kena ada pendirian sendiri Zulaikha’. Entah kenapa entah aku rasa lucu sangat2 dengan ayat tu. Yang kelakanya…dia cakap macam tu sebab aku kata aku setuju dengan pandangan seorang lagi pengkritik yang mengguna pakai pandangan Dr yusuf Qardhawi dalam isu menonton wayang. Yang lagi melucukan,dia kritik aku sebab dia dengan pengkritik yang bagi komentar tu ‘tak sebulu’. Hahaha. Makanya aku cakap balik kat dia, aku bukan setuju dengan cakap pengkritik tu tapi aku setuju dengan pandangan Dr Yusuf Qardhawi yang diutarakan oleh pengkritik tu. Takkan aku nak tulis balik apa yang orang lain dah tulis? Benda yang sama lak tu. Tak membazir namanya tu? Huhu. Tu lah sikap manusia kan? Baca aje tapi tak faham apa yang dia baca kemudiannya sibuk mengkritik, label orang itu dan ini.


ORANG KITA - Aku cakap pasal reliti ‘orang kita’ sekarang ni. Realiti tentang sikap manusia kat sekeliling kita ni. Aku orang yang ada pendirian. Aku ulang, ADA PENDIRIAN. Bagi aku, pendirian cermin keperibadian. Cuma orang yang kenal aku tau sape aku, macamana pendirian aku, pegangan aku dalam satu2 perkara. Aku pegang pada Al Quran dan Hadith, aku pegang pada ijma’ ulama, qias serta sume sumber2 hukum islam yang lain. Aku tak keluarkan pendapat ikut suka2 ati aku sebab aku hidup bertuhan. Ulama’ tu antara wasilah yang menyambungkan aku dengan Allah. Jadi..mana mungkin aku membelakangkan ulama’ dalam menyatakan sesuatu hukum sebab aku bukan mujtahid dan mustahil sampai ketahap tu. So..faham sendirilah deh. Lain kali, (pesan aku untuk ‘orang2 kita’) kalau nak kritik orang pun,biar berasas. Faham betul2 dulu sesuatu kenyataan tu . Catat fakta2 penting, kemudian baru boleh bidas. Kalau rasa tak tau benda2 camni, aku syorkan supaya rajin2kanlah diri ikut debat kat parlimen. Tengok cara orang lawan hujah. Fakta mesti lawan dengan fakta,selitkan dengan analogi yang ada perkaitan. Baru kemenangan berpihak pada kita. Bukan menang kalah jadi ukuran tapi kebenaran pada apa yang kita perkatakan, fakta serta bukti yang kita kemukakan. Cakap bukan main lentung lentang, bila tanya ambik dari mana, siapa perawinya, macamana riwayat hidup dia, mata pun mula terkebil2 sebab hakikatnya memang tak tau. Taklid buta aje. Bila orang bagitau satu2 benda, ‘orang kita’ suka cakap benda tu tak pernah sebut dalam kitab, tak pernah jumpa dalam hadis. Bagi ‘orang2 kita’ yang macam ni, aku cuma nak cakap satu je ‘tak jumpa bukan beerti tak ada..!!

-AL HAQIRAH ILALLAH-

Friday, March 5, 2010

'KULLU NAFSIN ZAIKATUL MAUT' (Ukhti Nazariah dalam kenangan)



28 FEBRUARY 2010 – Pulangnya seorang serikandi agama kerahmatullah. Serikandi yg amat aku hormati serta kagumi keperibadiannya, yang mengajar aku erti sabar dan redha. Pemergiannya benar2 mengejutkan. Rasa bagi terhenti degupan jantungku saat membaca isi kandungan mesej yang dihantar melalui nombornya semalam. ‘Salam. Tlg bagitau pada kawan2, Naza baru pulang kerahmatullah pukul 11.40 sakni. Maafkan semua salah silap dia, doakan moga Allah tempatkan dia di syurga. Amin’. Bagai tidak percaya, aku menghubungi teman2 lain utk kepastian. Dan benar bagai yang tertera di skrin handsetku bahawa Ukhti Nazariah sudah tiada. Sudah pergi menempati hukumnya utk bertemu dengan Allah S.W.T. Sedih usah dikira tetapi aku redha dengan berita pemergian temanku itu. 3tahun menimba ilmu bersama dalam syu’bah usuluddin merupakan saat manis yg tak mungkin aku lupakan sampai bila2. Cuma sedikit terkilan kerana tidak sempat menunaikan permintaan terakhirnya yang meminta aku utk mengedit gambar-gambarnya. Hingga ke saat dia menghembuskan nafas terakhir pun,aku belum sempat menunaikan hasrat tersebut.


Kini dia sudah tiada. Pemergian yang membawa seribu kenangan dan keinsafan pada diriku. Jika diimbau kembali keperibadiannya, jujur saja aku katakan bahawa dia memiliki keperibadian yang sangat halus. Tutur katanya juga cukup lembut dan tersusun. Dan satu bonus untuk wanita sesolehah dia, Allah mengurniakan padanya kelembutan wajah yang bisa menarik mata mana2 insan utk memandangnya. Sungguh dia antara ciptaan Allah yang indah dimuka bumi ini yg pernah aku temui. Subhanallah. Tetapi Allah lebih menyayanginya. Pertemuan dengan Ukhti Asma’ pagi tadi menambahkan lagi sebak hatiku. Saat dia berbicara tentang Ukhti Nazariah, jelas aku lihat airmatanya bertakung. Dari sedikit akhirnya memenuhi kelopak mata dan setitik demi setitik air suci itu jatuh ke pipi tanpa dapat lagi diseka. Aku menahan hiba sungguhpun hatiku pada saat itu sudah dihujani tangis duka. Ukhti Asma’ memegang tanganku lantas merangkul tubuhku erat. Ya Allah, sungguh tak tertanggung keperitan menerima berita pemergian teman kami itu. Dengan perlahan aku bisikkan ketelinga Ukhti Asma’ ‘Sabarlah. Dah sampai hukum Ukhti Nazariah. Kita doakan yg terbaik utk dia. Moga Allah tempatkan dia dikalangan orang2 yang beriman’. Benarlah seperti mafhum firman Allah S.W.T dalam surah Al A’raf, ayat 34, : ‘Setiap umat mempunyai batas waktu (ajal). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun’. Kullu nafsin zaikatul maut.


Pada teman2 yang mengenali Allahyarhamah Ukhti Nazariah, sekiranya dia pernah berbuat silap pada kalian semasa hayatnya, mohon dimaafkan seikhlas hati serta dihalalkan segala-galanya. Ukhti Nazariah, setiap saat bersamamu akan terpahat kekal di ingatan. Aku akan menyusuli jejakmu selepas ini. Hanya menanti saat dan ketika. Moga ruang yang masih ada ini dapatku manfaatkan dengan sebaiknya sebelum bertemu dengan yang Maha Esa. Semoga Allahyarhamah Ukhti Nazariah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah.


~KAU SAHABAT KAU TEMAN~

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati..


-AL HAQIRAH ILALLAH-