Friday, January 28, 2011

PELLET CHIK DALAM KENANGAN..

Alhamdulillah, Pellet Chik da selamat dikebumikan. Pellet Chik menghembuskan nafas terakhir sebelum aku dan adik aku gi Bahau untuk selesaikan beberapa urusan kelmarin. Dan kami uruskan pengkebumian Pellet Chik selepas balik dari Bahau kerana kesuntukan masa..

Pellet Chik adalah kura2 kecik kesayangan adik aku yang dia bela sejak 4 bulan lepas. Dia sayang sangat2 kat Pellet Chik tuh. Sebelum dia gi China tu pun, dia siap pesan kat aku supaya ganti air Pellet Chik tu 2 kali sehari dan jangan lupa bagi makan ari2. Tapi kan, aku tak cuci pun air dia sebab bucuk. Aku cuci betul2 sehari sebelum adik aku balik Malaysia. Hehehe. Sebenarnya aku ni penggeli + penjijik sikit. Tahap penggeli dan penjijik aku sampaikan kalau anak buah aku si Adawiyah tu be***, aku tinggalkan dia kat situ n panggil adik aku suruh basuh n bersihkan. Adik aku cakap..‘cammanolah kalau ko dah ado anak esok kakcik. Ko nak suruh sapo basuh?’ spontan aku jawab ‘tu lah guno eh suami’. Huhuhu..

Sebab tulah aku tak pernah ada binatang peliharaan. Bukan tak suka tapi kalau bab2 buang air tu, memang aku alah. Beza ngan adik aku nih, dia ni penyayang lebih. Dulu dia bela kucing, pastu ikan. sekarang dia bela kura2 sampai 2 ekor. Kura2 1 lagi nama Pellet Cha. Bayangkan, dia bela Pellet Cha tu dari sekecil duit syiling 50 sen sampai jadi sebesar kuih pau sekarang. Sebabtu masa Pellet Chik meninggal, dia menangis. Aku cite kat ayah, ayah kata ‘macammano tak nangis, anak didik dio..’ ketawa besar aku kat situ. Hahaha..

Aku ade ambik gamba saat2 akhir sebelum Pellet Chik dikebumikan. Jom tengok gamba2 kat bawah ni. Semoga Pellet Chik bahagia dengan alam barunya. Takziah untuk adik bongsu aku..

Tuesday, January 25, 2011

HATI KE MATA.. (^_^)

Pagi tadi aku tengok TV9, rancangan Nasi Lemak Kopi O. Dalam slot bersama Dr, macam biasa diorang jemput Doktor Mahaya, sorang specialist mata (seingat aku dia ada kendalikan satu program khas di astro oasis, tajuk Dari Mata Ke Hati). Dalam slot kali ni, diorang bincangkan mengenai rabun. Topik yang sangat menarik minat aku sebab aku pun ada masalah rabun jauh. kalau orang terjumpa aku tak pakai spek mata, maknanya aku pakai contact lens lah tu. Sambil makan sarapan nasi lemak yang ayah beli kat kedai pagi tadi, mata aku ralit memerhati gelagat Dr Mahaya dengan Sharifah Shahira (pengacara yang aku kira sangat lucu dan spontan)..

Seperti yang sume orang maklum, Sharifah Shahira ni terkenal dengan loya buruk tapi sangat menghiburkan. Aku selalu tergelak kecil bila dengar dia bercakap. Yang aku nak fokuskan kat sini bukan lawak spontan Sharifah Shahira tapi cite tentang soalan yang diajukan Sharifah Shahira pada Dr Mahaya..
Dia ajukan macam2 soalan tentang rabun, sekali dengan selingan lawak dia. Apa yang menarik perhatian aku bila Dr Mahaya sebut sebaris ayat ‘rabun yang paling besar dari segala rabun dan yang paling bahaya sekali adalah rabun dunia’. Berhenti aku dari terus jamah nasik lemak tu. Pastu aku kuatkan volume tv. Dr Mahaya sambung lagi ‘orang yang rabun dunia ni dia tengok benda yang besar, nampak kecik. Sebab ape dia jadi macamtu? Sebab dia pakai kanta yang salah. Bila pakai kanta yang salah, apa yang dia tengok menyalahi hakikat sebenar. Sebabtu lah orang terlalai, sebab mata dah rabun dari nampak akhirat’. Terkedu Sharifah Shahira kat situ. Nampak jelas dari muka dia, lawak dia macam termati dengar hujah Dr Mahaya. Subhanallah! Hebatnya tahap pandang Dr Mahaya nih..

Agak2nya, apa mesej yang aku cuba sampaikan pada pembaca dalam entri ni? Yang aku cuba nak sampaikan setiap penyakit ade tanda dan ada ubatnya. Macam rabun. Tanda2 rabun, kalau pandang jauh, nampak kabur,itu namanya rabun jauh. Tanda rabun dekat, kalau pandang dekat, tak jelas. Tak nampak apa. Jadi bila dah ade tanda2 rabun tu, segeralah cari ubatnya. Rabun boleh diubati dengan pembedahan. Itu kalau rabun mata. Kalau rabun dunia macammana nak ubatkan? Balik pada allah. tu lah ubat dia. Aku bersyukur sangat2 dengan pancaindera yang aku miliki tapi kalau ditanya pancaindera mana yang lebih aku sukai, aku jawab mata. Kenapa mata? sebab tak semua orang ade mata macam aku. Maksudnya? anda cari jawapannya sendiri. Salam dari hati ke mata.. (^_^)

Friday, January 21, 2011

HARUSSANI VS ANWAR..

Tadi masa otw gi ceramah, aku ambik peluang berbual ngan ayah pasal Anwar ngan Dato’ Harussani. Aku cakap kat ayah, aku baca utusan semalam, Dato’ Harussani suruh Anwar bertaubat. Pastu aku cite detail kata ayah apa yang Dato’ Harussani cakap dalam wawancara tuh. Dato Harussani kata, kenyataan Anwar yang mengatakan sume agama ni sama boleh bawak pada murtad. Ayah sambut ‘tu yang mahal tu..’ Aku senyum jer dengar respon spontan ayah..

(Aku sambung) Dato Harussani kata lagi, Anwar la ni dah berubah 360 darjah. Tak macam yang Dato Harussani kenal masa awal penubuhan ABIM dulu. Hebatnya pengaruh Anwar sampai boleh ubah gaya pemakaian mahasiswi dari skirt kepada baju kurung. Aku cakap kat ayah lagi, Dato’ Harussani kata Anwar sanggup menghalalkan apa jugak cara untuk capai matlamat dia, boleh pulak halalkan pluralisme sedangkan dah terang2 bahawa pluralisme bercanggah dengan islam. Pastu perlahan aku dengar ayah cakap ‘Ado tak Harussani cakap yang umno pun sosek (sesat) sobab amalkan sekularisme (pisahkan agama dari politik)? Dah kono boli jugak dio ni..’ Aku senyum lagi. Huhuhu. Kenapa aku senyum? Anda cari jawapannya sendiri.. (^_^)

Friday, January 7, 2011

SAYONARA 2010..

1hb 1 2011 - Bermulalah ‘Tahun Baru Melayu’ bagi orang melayu. Tapi bagi aku yang ‘Melayu’ dan ‘Islam’ ni, tahun baru dah bermula sebelum tu lagi. AZAM? Azam aku di tahun baru 1 Muharam, sama macam azam tahun 1999 dulu. Masa tu aku baru darjah 5. Cikgu aku tanya ‘apa azam kamu tahun ni?’ Aku jawab ‘nak masuk syurga’. Cikgu gelak. Aku tanya kenapa. ‘Cikgu tanya azam kamu masa hidup, bukan azam lepas mati’.

Teringat setiap moment yang aku lalui sepanjang 2010. Kenangan yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hayat ni. Banyak sangat kisah suka duka yang aku lalui sepanjang 2010. Terutama yang berkait dengan orang lain. Dan tirai malam 2010 aku akhiri di KLIA, dengan bertemu kawan2 yang nak balik Mesir bagi meneruskan pengajian yang berbaki 2 tahun lagi. Ummu Hani dulu masa balik Malaysia sorang aje tapi sekarang balik Mesir berdua, dengan suami dia. Nakiah pun sama, balik dengan Apiz. Sedih sangat aku tengok diorang masa diorang nak pergi. Tak tahu kenapa rasa sedihnya menyengat, tak macam rasa sedih masa aku lepaskan diorang kali pertama dulu. Apapun, dah jadi lumrah, setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Sama seperti awal yang ada akhirnya. Entah kenapa semacam ada rasa menyesal dihati aku bila ingat detik2 terakhir malam 2010 tu. Tak sepatutnya aku ikut diorang pergi KLIA malam tu. Kalau tak, mungkin kesedihan aku tak terbawak2 sampai arini..

Tak lupa tentang kenangan yang sangat menyedihkan bila aku kehilangan seorang kawan, teman dan sahabat yang amat aku hormati dan sanjungi keperibadiaannya iaitu Ukhti Nazariah yang telah kembali kerahmatullah pada 28/02/2010 kerana penyakit H1N1. Pemergiannya satu kehilangan besar bagi Syu’bah Usuluddin dan para muslimah amnya. Apakan tidak, jujurnya dia bukan hanya memiliki paras wajah yang lembut, bahkan tutur katanya juga sangat sopan. Dia antara model muslimah terbaik pernah aku temui. Tetapi Allah lebih menyayangi dia. Dalam usia yang masih muda remaja, Allah telah menjemput Allahyarhamah kembali kesisiNya. Sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah menempatkan Allahyarhamah disisi orang2 yang beriman.

Apapun, 2010 turut menyimpan seribu satu kenangan terindah dalam hidup aku dan aku pasti, pembaca juga begitu. Dan 2010 mengajar aku untuk menyukai apa yang tidak pernah aku sukai. Dan 2010 lah yang mengajar aku supaya mengorbankan sesuatu demi sesuatu, pengertian yang cuma aku faham dari teori sebelum ni. Sebagai contoh, aku jenis orang yang tak suka mulakan mesej dengan siapa2. Aku lebih suka menunggu. Tapi bila dah ditegur, aku cuba berubah walaupun hakikatnya aku tak suka. Walaupun perubahan tu tak kekal lama, sekurang2nya aku dah usaha. Contoh lain, aku sebenarnya tak suka pakai pakaian warna pink. Tak kisahlah apa jenis pun, janji pink, memang aku tak suka. Tapi demi menunaikan permintaan, aku pakai jugak walhal aku memang tak suka. Aku belaja praktikkan teori tu demi kebahagiaan orang lain. Dan aku gembira bila tengok orang senyum sampai ketelinga.

Harini, tirai 2011 sudahpun bermula. Walaupun aku mulakan tirai ini dengan kesedihan tapi aku harap kesedihan ni takkan berpanjangan. Kalau dulu aku selalu motivasikan orang, kali ni giliran aku untuk motivasikan diri sendiri bagi menghadapi mood sedih ni. Aku cakap kat diri aku ‘dulu, sebelum semua ni ada, ia tak ada. Dan masa tu aku boleh cool, jalani hidup macam biasa. Bila semua benda ni ada dan aku dah sayang sangat2, terpaksa hadapi kehilangan. Kalau sebelum semua ni ada aku boleh jalani hidup macam biasa, kenapa tidak bila semua ni dah takde?’ Walaupun cara ni tak dapat ubat kesedihan sepenuhnya tapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sedih yang aku hadapi. Ibarat kata trainer ESQ aku ‘jika Allah berada di dalam hati anda semua, anda kehilangan apapun atas muka bumi ini, anda tidak akan pernah berasa sedih’.

Sayonara 2010. Tahun 2011 ni akan aku gunakan untuk bertaubat dari segala dosa2 aku yang telah aku lakukan. Terutama dosa melebihkan makhluk dari Allah. Aku nak berubah, aku nak jadi orang baik. Moga Allah melorongkan aku kearah jalan yang diredhaiNYA seterusnya meletakkan aku di kondisi yang terbaik. Dan permulaan kepada semua ini adalah menyesal, berhenti dari melakukan dosa dan berazam tidak akan mengulangi kesilapan2 lalu. Moga dosa2ku diampunkan. Amin Ya Rabb..

BERCUTI DI BEIJING..

Sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya, ayah, adik dan sepupu aku pergi bercuti kat China. Yang seronok sangat tu sebab masa tu musim salji. Akulah yang tolong teman adik aku shopping baju n kasut sebelum pergi sana. Asalnya ayah dah offer aku untuk ikut sekali tapi aku tolak. Almaklum, aku alah dengan cuaca luar. Setiap kali aku balik dari luar negara, mesti demam, batuk sampai berdarah,bibir pecah. Hidung pun berdarah sama. Kulit muka pulak habis menggelupas. Mungkin kulit aku ni kulit khatulistiwa kot.Hahaha..
Entri kali ni tak ade apa yang nak diceritakan sebab aku tak pergi China. Cuma dengar cerita dari ayah dan adik aku je. Jadi, pembaca layan jelah gambar2 kat bawah ni untuk tatapan bersama.Layaaaaaaaaaann…..!