Sunday, March 21, 2010

~HANDPHONE@HANDSET~

Salam buat semua. Arini aku nak cite tentang handphone atau lebih dikenali sebagai ‘nset’ . Nset merupakan salah satu barang privacy dalam hidup aku. Aku tak pernah kisah kalau orang sentuh nset aku tapi aku memang kisah kalau orang baca mesej2 aku tanpa kebenaran lisan ataupun bertulis. Memang aku ‘angin’. Aku angin bukan sebab orang baca mesej2 yang terkandung dalam inbox tu tapi aku angin sebab orang yang aku anggap kawan tak jujur dengan aku sampai aku terpaksa set dalam minda aku ‘inilah orang yang tak mungkin aku percaya sampai akhir hayat’ dan lepas dari tu aku akan jadi lebih berhati2 dengan ‘dia’. ‘Dia’ yang aku maksudkan kat sini adalah para penceroboh yang munafik. Paling aku benci sekali, kalau budak2 agama yang buat camtu.

Kawan aku Bedah (bukan nama sebenar) ade cite kat aku baru2 ni tentang sorang kawan dia, Minah (bukan nama sebenar) yang sokmo bukak nset dia dan baca msg2 dalam inbox dia tu masa dia xde dalam bilik. Bedah pun ada luah kat sorang kawan dia nama Limah (bukan nama sebenar). Limah cadangkan supaya Bedah letak password kat nset dia tapi nset Bedah bukan jenis yang boleh letak password. Nak jadikan cerita, satu hari tu, Bedah bagitau Minah yang dia nak gi mandi. Si Minah ni memang tau tabiat Bedah. Bedah kalau dah kata nak gi mandi, dia takkan masuk bilik sampai sudah mandi. Jadi Minah pun apalagi, ambik kesempatan bukak nset si Bedah utk baca inbox2 dalam tu. Tengah Minah ralit baca mesej2 dalam inbox Bedah, tiba2 nset Bedah berbunyi. ‘1 Message receive-INBOX : Ali ’. Minah pun tanpa rasa bersalah bukaklah mesej tu. ‘Salam buat anda. Tazkirah ringkas: Membuka dan membaca mesej orang tanpa izin adalah berdosa. Ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan anda’. Merah padam muka Minah baca mesej Ali (bukan nama sebenar). Bedah yang perhati disebalik daun pintu puas tahan gelak. Dalam hati Bedah kata ‘ambik ko. Suka sangat baca msg orang kan’. Sebenarnya Ali ni kawan pada Limah. Limah berpakat dengan Ali dan Bedah utk kenakan si Minah. Tebal betul muka Minah masa nak mintak maaf ngan Bedah. Bedah pun cakap kat dia ‘ apapun, ko tetap kawan aku. Aku buat camni tuk kebaikan ko. Ingat, kita ni sama2 belaja agama. Tau hukum. Lain kali jangan baca msg orang tanpa kebenaran’.

Hahahaha. Aku pun tergelak sama dengar cite si Bedah. Jujur cakap, sebenarnya aku pun ada pengalaman ngan orang yang suka baca mesej orang ni. Budak agama lak tu. Kalau ikut, memang hot, nak je aku penampar muka budak tu tapi sebab ingat pesan Allah, pesan Nabi, aku tak buat macam tu. Bukan mudah sebenarnya nak kawal rasa marah. Tapi kita kena ingat, setiap sesuatu yang berlaku tu, mesti ada hikmahnya. Allah tengah ajar kita untuk jadi orang yang sabar. Sebab kejadian tu jugaklah, aku jadi lebih hati2 dengan orang sekarang ni. Dengan aku mudah jer. Aku tak usik hak orang, orang pun jangan usik hak aku. Aku tak kacau privacy orang, jangan kacau privacy aku.

Pada kengkawan yang suke sangat2 baca mesej orang tanpa kebenaran ni, aku juz nak pesan ‘Allah tu Maha Adil. Allah nak tunjuk kebenaran sekelip mata je. Ingatlah yang kita ni tak pernah lepas walau sesaat pun dari pemerhatian Allah. Jangan ceroboh hak privacy orang kalau kita tak suka orang ceroboh hak privacy kita. Dalam dunia ada hukum alam (hukum karma) . Kata pepatah orang putih ‘what goes around come around’. Nak terjemah mudahnya ‘apa yang kita buat kat orang arini, satu ari nanti akan kena kat kita balik’. Jangan sampai orang kata ‘aku tuntut kat akhirat!’ Salam kemaafan buat semua..

5 comments:

Anonymous said...

ha...ha...tabiat buka mesej nie memang satu masalah yang serius. ini berkaitan dengan peribadi dan maruah seseorang. setiap orang ada rahsianya tersendiri. namun rahsia itu hanya orang yang tertentu je yang boleh campur dan boleh kongsi. itupun hanya dengan kebenaran pemiliknya. sepatutnya perkara ini tidak patut terjadi pada orang yang berilmu. mereka mesti matang dan waras. bagi saya mesti ada sesuatu yang dia cemburu pada kawan awak atau ada sesuatu perkara yang penting mesti diketahui olehnya sehingga memaksa dia untuk berkelakuan seperti itu. cuba bayangkan jika mesej itu ada unsur yang boleh menjatuhkan maruah pemilik mesej bagaimana? tindakan itu akan menyebabkan berlakunya putus ikatan persaudaraan atau silaturrahim. perkara yang tidak patut dilakukan oleh umat Islam walaupun dia belajar bukan bidang agama. this is commence sense. seperti arwah grandfather i said," BAD HABIT DIE HEART". renung-renungkanlah wahai saudaraku seagama yang aku sayang.thanks albinadak

AHKIALUZ said...

Salam. Terima kasih pada yang memberikan respon.Perkongsian yang sangat berguna dan bermanfaat untuk semua.'BAD HABIT DIE HEART' Moga kata2 ini menjadi panduan kita dlm proses pengislahan diri kearah yang lebih baik.Insyaallah..

Anonymous said...

Ada yang memang jenis pukimak kerana kuasa pangkat,mungkin bapak dia ngajo.baru nak jadi ketua lah pengaruh takde perangai macam sundal ceroboh akaun orang.

Anonymous said...

Dah lah muka macam sundal perangai macam pukimak,i ada ati nak jadi ketua!ketua penyundal lagi baik orang-orang macamni!tak menyusahkan keluarga orang lain.agama kepala otak banggang dia macamtu.ceroboh suka ati dia je.

Anonymous said...

Kita dlam islam xle guna istilah hukum karma(karma based on agama budha),dlam islam kita ada kafarah..buat baik akan dibalas..buat jahat akan dibalas..certain2 thing yg kita rasa biasa tapi actually bole merosakkan akidah kita..betulkan yang biasa dan biasakanlah yang betul

Post a Comment