Sunday, April 4, 2010

Alahai MPP UDM..

Baru-baru ini telah diadakan majlis suai kenal dan ramah mesra diantara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan pelajar di Dewan Besar UDM. Selepas sesi pengenalan diri oleh MPP, para pelajar diberi ruang untuk mengemukakan pendapat atau bertanyakan soalan jika terdapat sebarang kemusykilan.

Untuk makluman pembaca, tampuk pimpinan tertinggi MPP sesi 2009/2010 dipegang oleh pelajar dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, diikuti oleh pelajar Fakulti Undang-Undang seterusnya pelajar Fakulti Pengurusan. Ruang yang ada telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dengan membangkitkan persoalan2 yang berkaitan. Antaranya mengenai solat jumaat. Pelajar menyarankan supaya mana-mana kaum muslimin yang tidak menunaikan solat jumaat dikenakan tindakan. Berikut adalah respon balas dari wakil MPP ‘Solat jumaat adalah hak individu. Nak pergi atau tak, itu depend pada diaorang. Kita tak boleh nak paksa. Dosa pahala tu, hal dia dengan Allah. Kita tak boleh ambik tindakan’. Sebahagian dari pelajar yang berada di dalam dewan kelihatan menggeleng kepala. Kemudian ada yang membangkitkan soal perjumpaan yang seringkali berlanjutan sehingga jam 12 malam. ‘Kenapa tak hadkan pertemuan sampai pukul 12 malam aje? Selalu saya tengok perjumpaan berlanjutan sampai pukul 1 pagi, 2pagi. Seronok tengok muslimah jalan tengah2 malam? Tak kesian ke pada muslimah kita? Kalau apa2 jadi pada diorang, sape nak bertanggungjawab?’ Jawapan klise wakil MPP, ‘kita tak boleh nak hadkan sebab kita tak tau perbincangan habis pukul berapa. Boleh jadi diorang nak siapkan kerja tu cepat. Jadi nak taknak, kena habiskan malam tu jugak tak kiralah sampai pukul 2 pagi ke, 3 pagi ke’. Aku tepuk dahi. Astagfirullahhalazim. Adoyai MPP. Kenapa la bengap sangat? Awat tak cari jawapan yang cerdik sikit?!

Kemudian ditimbulkan pula persoalan mengenai padang tertutup untuk riadah bagi kaum muslimah yang telah dirobohkan, kemudiannya diganti dengan padang terbuka yang diletakkan bersebelahan dengan gelanggang futsal. Soalnya, kenapa dirobohkan padang tertutup tersebut dan digantikan dengan padang terbuka bersebelahan gelanggang muslimin? ‘Antum semua suka ke bila muslimin tengok adik perempuan atau kakak antum main melompat2 nampak punggung, nampak dada? Lebih baik duit yang digunakan untuk buat bonggol kat jalan2 dalam UDM ni digunakan untuk baik pulih pagar2 kat padang tertutup tu’. Itu antara 1 lagi kenyataan pedas seorang muslimin dalam majlis tersebut . Seperti jawapan2 awal, wakil MPP melontarkan semula paku buah keras yang dilempar pada mereka kepada pelajar ‘ Ini bukan sekolah, ini universiti. Universiti terbuka. Itu hak pihak universiti. Seronok ketinggalan berbanding universiti2 yang lain? Cuba tengok universiti2 lain. Kita ni kalau nak diikutkan, dah jauh ketinggalan’. Kemudian bangun seorang lagi pelajar dari kaum muslimat untuk mempertahankan kenyataan yang dibuat oleh pelajar muslimin tadi ‘kami pilih MPP untuk perjuangkan suara pelajar. Hak pelajar.. Kalau bukan sebab kepercayaan yang kami letakkan pada antum semua, tak mungkin kami pilih antum. Yang kami perjuangkan sekarang adalah hak kami.Kalau macamni lah sikap barisan kepimpinan MPP, kami yang dah menyumbang undi takkan halalkan undi kami’. Gamam. Suasana senyap seketika. Mungkin terkejut dengan kenyataan tersebut. Kenyataan tersebut tidak dijawab sebaliknya MPP mengambil jalan dengan membuka soalan lain kepada para pelajar.

Itulah serba sedikit yang dapat aku catatkan tentang apa yang berlaku sepanjang majlis suai kenal dan ramah mesra antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UDM dengan pelajar yang berlangsung beberapa hari yang lalu. Ketika seorang teman menanyakan pendapatku tentang apa yang berlaku dalam majlis tersebut, aku hanya menjawab ringkas.. ini bukan soal siapa, kenapa, apa dan bagaimana. Soalnya, ADAKAH KAMU SEORANG ISLAM?? Jika kamu seorang Islam, maka WAJIB bagi kamu untuk ikut ISLAM. Tapi kalau kamu bukan Islam, buatlah apa sahaja yang kamu suka sebab kita TAK PERNAH PAKSA orang bukan islam untuk ikut Islam. Tapi untuk orang ISLAM, kita MEMANG PAKSA ikut islam, cara hidup islam’! Teman yang mendengar responku itu mengukir senyum. Mungkin menyetujui respon tersebut.

Pesanan khas buat barisan kepimpinan MPP, berubahlah. Jangan biarkan sikap dan mentaliti anda menenggelamkan title ISLAM yang ada pada anda. Jangan biarkan diri menjadi BARUA orang yang tidak amanah kepada ALLAH dan ISLAM. Ini bukan soal jumud atau moden, bukan juga soal siapa berkuasa atau siapa yang tidak berkuasa tetapi ini soal ISLAM, soal maruah kita sebagai orang ISLAM. Jangan hanya ISLAM pada nama. Kata ayah, orang barat pegang satu falsafah yang berbunyi ‘Kalau nak tebang pokok, mesti gunakan kapak. Kapak tak boleh tebang pokok melainkan disambung dengan hulu kayu’. Maknanya disini, nak hancurkan umat islam, mestilah melalui umat islam sendiri. Sekadar memetik kata2 tuan guru saya Al Fadhil Ust Norazman Mohammad ‘kalau kamu tak mampu membina sebuah rumah, janganlah kamu menjadi orang yang berpaut (bergayut) pada rumah tersebut’. Moga umat Islam di Malaysia tidak hancur sepertimana hancurnya kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki. Nauzubillahhiminzalik. Salam aspirasi buat semua.

P/S : Jawapan diatas adalah pandangan penulis secara peribadi. Mohon maaf jika terdapat sebarang kekhilafan mahupun kesilapan dalam entri ini. Harap maklum.

-AL HAQIRAH ILALLAH-

8 comments:

Lukluk Baidoa said...

pandangan mant0p

AHKIALUZ said...

Terima kasih dik.. (^_^)

Anonymous said...

Salam,

PERINGATAN BAGI SESIAPA YANG MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT.

Al-Hakim dan Ibn Majah telah mentakhrijkan sebuah hadith daripada Sayyidina Jabir, bahawa RasululLah ShallalLahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali tanpa ada sesuatu halangan, maka ALLAH akan menutup pintu hatinya."

Sa'id bin Mansur juga telah mentakhrijkan hadith daripada Sayyidina Abu Hurairah, katanya: "Sesiapa yang meninggalkan tiga kali sembahyang Jumaat [berturut-turut] tanpa sesuatu sebab [yang dibolehkan syara'], maka ALLAH akan menutup pintu hatinya dan dia akan menjadi seorang munafiq."

Rasanya, dua hadith ini sudah cukup untuk menggerunkan hati-hati yang masih ada secebis iman. Moga ia menjadi tauladan yang berguna bagi orang-orang yang 'faham'dan masih waras. ALLAHUMMAHDINA ILA SAWA-IS SABIL. AMIIN.

~SZ.

AHKIALUZ said...

Kepada anonymous: syukran kasir atas makluman hadith2 tersebut. Moga diambil peringatan dan pelajaran bersama..

Anonymous said...

tak sepatutnya seorang pemimpin cakap begitu. sepatutnya dia berkata kami akan usulkan dalam mesyuarat tertinggi dan bincangkan. bukan terus jawab macam tue. bagi saya memang kita ada kebebasan hak asasi manusia kita sendiri. 'we have our own freedom'tapi kalau takde tindakan bagi mengatasi masalah pelajar muslim ini maka tidak pergi ke masjid utk solat jumaat akan menjadi barah pelajar muslim UDM. dahla tidak pergi solat berjemaah di masjid. Yang penting sekali sebagai pendakwah ialah dengan berkawan dengan mereka yang tidak pergi solat supaya apabila kita ajak mereka utk solat jumaat rase segan bila nak tolak ajakan. bila kita asyik ajak je. maka akhirnya mereka akan ikut kite jugak ke masjid. berkawanlah dengan semua orang islam kerana kite semua bersaudara. dari hamba yang hina.salam rin..

AHKIALUZ said...

Kepada anonymous:Terima kasih atas pandangan yang diberikan.Bernas dan berguna untuk semua terutama pelajar-pelajar UDM. Moga ada perubahan.InsyaAllah..

AHKIALUZ said...
This comment has been removed by the author.
AHKIALUZ said...

orang2 yang bertakwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas(dosa-dosa) mereka ; tetapi (berkewajiban)mengingatkan agar mereka(juga) bertakwa...ayat 69,surah al an'am

Post a Comment