Wednesday, September 29, 2010

SYAWAL BERSAMA ADAWIYAH..

Salam Eid Mubarak buat semua umat islam di seluruh dunia. Moga dalam naungan rahmat dan kasih sayangNya. Lama tak update blog. Sudah diupdate sebenarnya kira2 sebulan lalu tapi telah didelete oleh tuan yang empunya cerita atas sebab2 tertentu. Tak mengapalah. Itu HAK. Kerana cerita itu cerita dia, jadi selaku penulis..aku akur.

Hari ini, kita masih berada dalam suasana syawal. Syawal ke 20 yang menuntut sebuah pengertian. Syawal yang penuh dengan rahsia. Dan untuk pertama kalinya syawal tahun ini disambut dengan kehadiran 2 orang baru dalam keluargaku iaitu kakak ipar kedua dan anak buah kesayanganku yang dilahirkan pada 8hb Mac 2010, empat hari selepas aku menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 22. RABIATUL ADAWIYAH. Begitulah indahnya nama yang diberi oleh abangku yang keempat kepada puteri sulungnya itu sekaligus merangkap cucu sulung dalam keluarga kami. Moga2 Rabiatul Adawiyah berjaya meneladani peribadi insan yg pernah memiliki nama itu. Itu doa makcik buat Adawiyah..

Syawal tahun ini adalah sambutan syawal yg paling meriah setelah 5 tahun berlalu .Jika diimbau kembali 5 tahun yg lalu, suasana syawal sangat hambar. Almaklum, aku sudah tiada datuk dan nenek. Baik disebelah ayah @ emak. Semuanya sudah pergi menepati janji untuk menghadap Illahi. Sepanjang tempoh 5 tahun itulah kami tidak pernah beraya di kampung. Sekira2 rumah kami itulah kampung kami sekeluarga. Abang2 ku juga masih bujang. Tapi sekarang , dalam tempoh 5 tahun, 3 orang daripada abg2ku sudah memegang title suami, manakala Atih pula bertambah satu title lagi dengan kehadiran Adawiyah. AYAH. Itu panggilan yang diwariskan oleh Atih pada puteri sulungnya itu. Kehadiran Adawiyah benar2 menceriakan suasana. Walaupun Adawiyah hanya berusia 6 bulan, tapi si kecil itu boleh dikategorikan sebagai seorang yang aktif dan agresif. Pantang diusik botol susunya, pasti kakinya akan menendang badan kita dengan sehabis daya. Dengan kudrat seberat 8 kilo dalam usia hanya 6 bulan, dapatkah anda bayangkan betapa sakitnya jika terkena tendangan si kecil itu? Selama 2 malam dalam bulan ramadhan Adawiyah tidur bersama aku. Tidur yg penuh dengan gaya. Kadang2 aku lihat si kecil itu tersenyum dalam tidur. ‘Nampak syurgo agak eh’. Begitu gurau adikku yg bongsu. Aku cuma tersenyum.

Kehadiran Adawiyah memberi impak dan makna yang cukup besar dalam keluarga kami sementelah usia perkahwinan abangku yang sulung hampir mencecah 5 tahun. 5 tahun yg dilalui dengan penuh kesabaran. Melihat Kaklong memegang dan mencium Adawiyah berulang kali pada syawal yang lalu, mengundang rasa sebak dihati. Moga Allah memberi kesabaran yg kuat pada mereka untuk terus bertahan. Moga rezeki berpihak pada mereka. InsyaAllah.

Tepi dari kiri : Bancik, Atih, Ayah, Angah, Alang. Depan : Rabiatul Adawiyah
Tiada dalam gambar : Along (beraya di rumah mertua)


Aku masih berharap untuk terus dan terus menatap Adawiyah pada syawal yang akan datang. Melihat dia membesar dengan didikan agama dan kasih sayang walaupun aku tahu syawal akan datang, aku tidak akan dapat melihat wajah si kecil yang seiras wajah ayahnya itu. Apapun, ini syawal terindah. Indah dengan kehadiran Adawiyah. Moga tahun depan, ‘ bertambah seorang lagi’ Adawiyah dalam rumah kami. Tak kiralah Adawiyah ‘siapa’. Samaada Along, Angah atau Atih sekali lagi. Untuk Adawiyah, satu saja yang ingin makcik katakan ‘KAMI SANGAT MENYAYANGI KAMU..!’ Moga berulang syawal yang indah bersama Adawiyah. InsyaAllah. Salam lebaran, Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca.. (^_^)


2 comments:

Anonymous said...

memang comel (psh4)

AHKIALUZ said...

Anonymous : mmg comel!tengoklah makciknya pulak. huhuhu.. (^_^)

Post a Comment