Monday, March 14, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA..

Malam tadi aku berpeluang menonton sebuah cerita sejarah ‘Hikayat Merong Mahawangsa’. Cerita yang mula ditayangkan pada 10 Mac kelmarin. Kalau ada 5 bintang, 4bintang aku bagi pada filem ni.Kenapa? Anda akan tau sebabnya selepas ini.

Ada yang mengatakan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa cuma suatu mitos. Ada juga yang menyangkal dakwaan tersebut berdasarkan bukti2 sejarah yang ditemui. Samaada hikayat ini mitos@ suatu kebenaran, bukanlah persoalan yang ingin aku tekankan didalam entri ini. Tapi aku ingin membawa pembaca untuk memahami unsur pengajaran dan nilai2 murni yang diselitkan dalam filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta ini.

Aku seorang yang suka mencari nilai dari sebuah filem mahupun drama yang telah ditonton.Bagi aku, kalau filem mahupun drama punya nilai, itu baru hebat dan layak diangkat. Tapi kalau filem mahupun drama cuma dihiasi lawak2 yang menjelikkan tanpa ada mesej yang hendak disampaikan kepada penonton, ianya tak lebih dari sekadar sampah yang menyakitkan mata yang memandang.

Kenapa filem Merong Mahawangsa ini layak diberikan pujian? Kerana ia bukan sebuah filem yang mengangkat cinta sebagai tema utama. Tetapi lebih menjurus pada perpaduan, sikap kerjasama dan kasih sayang diantara sesama insan tanpa mengira bangsa, negara, darjat mahupun warna kulit. Filem ini menerapkan dan membakar semangat patriotisme didalam jiwa setiap kita yang menekuni filem ini sedari awal tayangan bermula.

Filem ini juga mempunyai tagline iaitu pantun. Pantun 4 rangkap yang menjadi adat dan budaya masyarakat Malaysia. Inilah keunikan yang dimiliki oleh bangsa melayu yang tidak ada pada bangsa lain. Walaupun Malaysia belum wujud sewaktu hikayat ini tercipta, tetapi ini menggambarkan budaya masyarakat Melayu pada waktu itu.

Sewaktu pantun ini didendangkan oleh bonda Merong Mahawangsa (Umie Aida), persepsi awal aku ialah cinta kerana Merong sedari awal tidak mempercayai cinta dan membenci perempuan. 2 rangkap terakhir ‘bila 2 jasad bersatu, hidup mati jadi bersama’ asyik diulang sehingga akhir filem. Dan diakhir filem ini baru aku tau bahawa kata2 yang diungkap oleh almarhumah bonda Merong Mahawangsa itu sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang hanya dapat difahami diakhir cerita. Ianya bukan gurindam cinta tapi amanah pengorbanan bagi seorang manusia yang bergelar raja. Ini juga suatu pengajaran bagi kita. Kenapa? Kadang2 kata2 yang diulang ucap berkali2 boleh disalah tafsir akan maksudnya. Bila sudah disalah tafsir, akan menimbulkan pelbagai persepsi, negatif mahupun positif. Bila terbit persepsi, maka akan tercipta reaksi. Reaksi ini yang akan menentukan perpaduan mahupun perpecahan. Dari satu sudut lain, sesuatu perkara itu hanya akan difahami setelah tiba waktunya. Jadi, hindari dari membuat sebarang tanggapan negatif terhadap sesuatu perkara kerana boleh jadi tanggapan itu menyalahi hakikat sebenar.

Tidak dapat dinafikan, majoriti dari filem yang diterbitkan di Malaysia ini tak terlepas dari adegan2 lucah. Begitu juga filem Hikayat Merong Mahawangsa. Aku katakan lucah disini bukan kerana adegannya tapi kerana pelakonnya adalah orang islam yang tak segan silu melakonkan babak2 lucah tersebut. Walaupun begitu, aku puji ketelitian pengarah dan penulis skrip ini yang menggunakan bahasa yang lebih beralas sebagai menghormati adab, adat dan tatasusila masyarakat melayu. Mungkin juga penulis dan pengarah tidak mahu kalau2 ada babak2 yang dipotong oleh LPFM. Kalau ada babak yang dipotong dalam filem ini, maka sedikit sebanyak akan mencacatkan keseluruhan filem tersebut. Sebagai contoh, aku petik kata2 Khir Rahman semasa hendak melepaskan serakahnya ‘menghisap madu’ puteri dinasti China ‘kalau empangan sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya’. Ini kata2 yang aku kira beralas, hanya difahami oleh remaja yang berumur 18 tahun dan keatas. Filem ini juga telah menjadikan bahasa persuratan lama melayu sebagai bahasa perantaraan utama sekalipun ada 5 bahasa lain yang dipertuturkan didalam filem ini iaitu bahasa India, Rom, Inggeris, Cina dan Melayu. Jadi..tahniah disini.

Sekarang fahamlah kalian kenapa dalam 5bintang tersebut, 4bintang yang aku berikan untuk filem ini. Apapun tahniah buat semua krew dari KRU, penulis skrip, pengarah serta pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem ini. Tak sia2 masa 2tahun yang diperuntukkan untuk membaiki serta menambah baik filem ini menjadi satu filem fiksyen sejarah yang berkualiti. Kesan khas komputer yang digunakan juga sememangnya yang terbaik, standing dengan kesan khas grafik filem2 perang dari luar negara. Sekalung tahniah juga buat Kementerian Pembangunan Sains Dan Inovasi yang terlibat secara langsung dalam menjayakan filem ini. Moga dengan adanya cerita seperti ini, dapat membuka mata para penggiat filem tanah air untuk menghasilkan filem yang punya nilai dan kualiti. Tahniah untuk kesekian kali!

0 comments:

Post a Comment