'Kakcik, ayah nak berangkat dah esok. Ni ado kek soting ni. Kelua makan kali terakhir’. Sayup kedengaran suara ayah di hujung talian. Hampir menitis airmataku mendengar bait2 tersebut. Sebak. Hanya Allah yang mengetahui perasaanku. Bukan aku tidak pernah berpisah dengan ayah sebelum ini malah berkali2. Tetapi perpisahan kali ini mengundang sebak yang amat. Bukan sekali dua ayah ke luar negara tetapi aura kesedihan kali ini benar-benar memuncak. Mungkin kerana kali ini aku tidak berada disisi ayah untuk mencium pipi ayah, menyalaminya serta melambaikan tangan diiringi doa tanda perpisahan.
AYAH - insan yang amat aku sayangi, kasihi dan sanjungi keperibadiannya. Orang yang telah banyak memotivasikan aku untuk menjadi manusia seperti hari ini. Insan yang banyak berkorban demi aku, demi anak-anak yang dikasihinya. Insan yang telah mengajar aku bagaimana mengkoreksi diri bagi menjernihkan fikrah yang berkarat. Mengajar aku untuk mengenal dunia dan segala isinya. Memandikan aku dengan agama, menyarungkan aku dengan baju akidah, memakaikan aku dengan tudung sahsiah, memperjalankan aku dengan adab serta memimpin langkahku dengan ilmu. Dialah ayah yang aku sayangi. Tiada taranya walau terhenti sekalipun dunia. Cintaku pada ayah melebihi cintaku kepada diri sendiri. Pernah terjadi satu ketika seorang teman menanyakan padaku, jika disuruh memilih antara bakal suami dan juga ayah, mana satu jadi pilihan. Spontan aku menjawab, AYAH. ‘Walaupun bakal suami enti nanti seorang yang beragama, tulus budinya, mulus bicaranya, santun pekertinya?’ AYAH. Hanya itu jawapan yang aku berikan tanpa mengulas apapun pada temanku itu. Dia sepertinya faham dengan jawapanku. Aku juga tidak akan mencatatkan disini sebab kenapa dan mengapa ayah menjadi pilihanku untuk tatapan kalian. Cukuplah akal fikiran kalian itu menjadi jawapan majazi dalam mencari jawapan hakiki.
Jujur juga aku katakan, aku sanggup memilih untuk tidak menikah jika permintaan itu datang dari mulut ayah kerana ayah jauh lebih berharga dari ‘segala harta’ yang aku miliki selepas Allah dan Rasulnya. Tetapi ayah tidak pernah menyuakan aku dengan permintaan sebegitu. Berbicara tentangnya juga tidak pernah. Bahkan ayah menggalakkan lagi aku untuk menikah. Aku adalah anak yang paling akrab dengan ayah walaupun ayah selalu menegaskan bahawa tiada istilah anak emas, anak perak mahupun anak gangsa dalam kamus hidupnya. Bahkan keakraban kami membolehkan aku untuk membaca isi hatinya. Melihat keakraban ini, aku jadi teringat pada keakraban Rasululullah S.A.W dengan puteri kesayangan baginda Sayyidatina Fatimah. Moga keakraban yang terbina antara kami ini tidak akan pernah retak hingga hujung nyawa.
InsyaAllah, tepat jam 5 petang ini ayah akan berangkat ke Jordan bersama adik bongsu, along serta kaklong. Setelah sekian lama, ayah kembali menjejakkan kaki ke dataran aman itu. Semoga kunjungan kali ini memberi suntikan semangat baru buat ayah. Moga ayah selamat sampai di Jordan dan selamat kembali ketanah air dalam keadaan yang ‘lebih muda’ dari sebelumnya. Kakcik nantikan kepulangan ayah. Fi amanillah. Insyaallah. Salam sayang dari kejauhan.
-AL HAQIRAH ILALLAH-

2 comments:
Moga ALLAH memberkati usia ayah...beruntung seorang ayah dikurniakan anak gadis seteguh Sayyidah Fatimah az-Zahra...beruntung siapa yang beristerikan anak gadis ini...bahagia di hati ayah yang berwalikan muslimah harapan agama.Tersenyum Baginda, zuriat umat lahir dari zuriat perempuan solehah. Amin Ya Rabbal 'alamin.
“Sesiapa yang diberikan rezeki oleh ALLAH seorang isteri yang solehah, sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya. Dan hendaklah dia bertakwa kepada ALLAH pada separuhnya lagi….” - Mafhum hadith. Beruntunglah sesiapa yang memiliki srikandi hati seperti itu. ~
~ SZ ~
Terlalu besar pengikirafan yg diberi kerana pada hakikatnya, ana langsung tidak layak menerima pengiktirafan tersebut. Apapun jua, segala pujian hanya untuk Allah, kepada Allah dan demi Allah..
Post a Comment