Saturday, April 17, 2010

ALHAMDULILLAH.AKHIRNYA....

Salam buat semua. Genap seminggu blog ini kosong tanpa sebarang entri baru. Dan Alhamdulillah, setelah seminggu ‘bercuti’ di rumah, aku kembali semula ke sini. Kembali untuk berhadapan dengan sebuah masa depan majazi yang terletak diatas sehelai kertas dan sebatang pen. Alhamdulillah, syukur juga kerana ayah beserta ahli keluargaku yang lain telah selamat kembali ke tanah air. Terima kasih Ya Allah kerana masih sudi memperkenankan doaku biarpun telah banyak dosa yang ku palitkan atas kanvas hati ini hingga mengundang kemurkaanMu. Namun benarlah bagai yang tertulis didalam mukjizat agung tentang sifat pengampunMu terhadap setiap hamba yang telah melakukan dosa dan noda. Terima kasih ya Allah.

‘Kakcik, ayah dah balik’. Sayup kedengaran suara ayah memecah keheningan pagi itu. Aku menggosok mata sambil melihat jam di handset. 2 PAGI. ‘Kakcikkk…’ kedengaran suara adik pula memanggilku. Dari jarak dekat aku lihat 2 susuk tubuh sedang berdiri dihadapan aku sambil menghulur kuntuman senyuman yang sangat manis sedang aku masih lagi berbaring sambil menggosok mata yang sedikit kabur. Sebaik kabur yang menghalang menjadi jelas, aku hampir2 menjerit. AYAH! ADIK! Ya Allah! Terus saja aku memeluk dan mencium pipi ayah. Begitu juga ayah, turut melakukan hal yang sama, adaptasi dari sebuah kerinduan. Hampir menitis airmataku ketika memeluk tubuh insan yang ku sanjung itu. Kemudian aku berkalih kearah adik bongsuku . Aku memeluk dan menciumnya berulang2 kali. Begitu juga abang sulungku yang ku panggil along beserta kakak ipar yang menjadi kesayangan keluargaku .Bagai tidak percaya, insan2 yang amat aku sayang dan rindu itu kini sudah berada dihadapanku.. malah kelihatan lebih ‘muda’ dari yang sebelumnya. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah, akhirnya……

Disini aku paparkan beberapa keping gambar ahli keluargaku sepanjang melawat tempat2 bersejarah di Jordan, Syria buat tatapan bersama..

Tepi dari kiri : Along, kaklong, adik, ayah dan Pakcik Zali.

Kaklong, Abang Baha, Pakcik Zali, Ayah dan adik bongsu penulis di bahagian utama Roman Theater..

Abang sulung penulis di tingkat atas Roman Theater..

Bersama gadis Turki di Gereja Rahib Bukhaira..

Di hadapan Gereja Rahib Bukhaira..

Di sekitar bandar Syria..

Di hadapan salah sebuah panggung wayang..

Antara jemaah yang mengikuti rombongan..

Abang penulis di hadapan pintu gerbang Hotel Al Maged..

Di Masjid Mabrak An Naka..

Tapak kaki unta Rasulullah di Masjid Mabrak An Naka..

Di makam Abdullah Ibnu Jaafar..

Di makam Saidina Bilal bin Rabah..

Di makam Salahuddin Al Ayoubi..

Di makam Nabi Ayub..

Ayahanda penulis bersama penuntut malaysia di Jordan di hadapan bangunan yang dibina oleh Salahuddin Al Ayoubi..

Ayahanda penulis di Makam Imam Nawawi..


Pemandangan Bumi Syria dari puncak Bukit Coseum..

Ayah bersama adik bongsu penulis di puncak Bukit Coseum bumi Syria..

Ayahanda penulis, Pakcik Zali dan Abang Baha di Laut Mati..

3 comments:

Anonymous said...

AYAH

Ayah!
dulu, kini dan selamanya
kau mengajarku bertatih
meskipun berkali
ku tersembam ke bumi
pecah bibir, calar siku, koyak lutut
tangis isak mengulit pilu
hatimu tak pernah mengalah
kau masih mengajarku bertatih
meskipun luka belum sembuh
tubir mata masih basah
ku bangun untuk dilatih
bertatih sesudah ditatih
aku tidak lagi bertatih.

Terima kasih ayah!
demi jiwa yang nirmala
demi jiwa yang sakinah
dan demi jiwa yang muntahi
kau pancarkan cahaya Nubuwwah
kau pahatkan amanah syuhada
kau basahkan jiwaku dengan embun hidayah

Ayah!
sungguh dikau;
penyeriku
waliku
qudwahku.
Segalanya
kau pertaruhkan untukku.

Ayah!
pimpinlah jiwaku
hingga aku teguh
dalam rahmah dan mawaddah
untuk selamanya sa’adah
beratapkan langit cerah,
berhamparkan bumi indah.

~ SZ.
Detik 7.55 malam
19hb April 2010
4 Jamadilawal 1431

[Dititipkan khas untuk ukhti Siti Zulaikha binti Bakhtiar – mengenangkan keakraban ayah dan anak, persis Sayyidah Fathimah az-Zahra dan RasululLah].

AlhamdulilLah, ayah sudah selamat pulang.

AHKIALUZ said...

Terima kasih kepada yg menitipkan sajak diatas untuk saya. Siapa anda bukanlah persoalan. Yang penting, hasil tulisan anda benar2 menyentuh nubari saya. Terima kasih.. (^_^)

Anonymous said...

Sama-sama kembali...(^_^)

~ SZ a.k.a HF.

Post a Comment