Tuesday, July 3, 2012

BARAKALLAHHU LAKUMA..


Alhamdulillah.Setelah menempuh perjalanan selama 2 jam setengah,akhirnya aku sampai juga ke Mentakab. Memenuhi undangan walimatul urus teman yang dikenali sejak sekian lama, Shukri dan pasangannya Syaima Naqiah.

Majlis perkahwinan mereka adalah majlis yang paling menyentuh hati aku sepanjang berkawan.Kami pernah selisih faham kerana berbeza pendapat. Kami pernah terputus hubungan untuk beberapa ketika dan dia juga pernah membuat keputusan untuk kami tidak lagi berkawan tapi nyata, pengalaman sepanjang berkawan ini sangat mendewasakan dan alhamdulillah, hari ini dia sudahpun selamat bergelar suami kepada seorang doktor yang menantinya sejak sekian lama..

Aku percaya bahawa dia sangat menanti kedatangan aku kemajlisnya hari ini.Talian telefon yang tak berhenti sejak aku dari temerloh membuktikan bahawa sangkaan aku benar.Aku menanti pasangan itu sehingga jam 1 tengahari tapi kerana mengejar masa, aku merelakan diri untuk beransur dan memutuskan untuk tidak bertemu mereka.TAKDIR ALLAH..belum sempat kereta keluar dari simpang rumah tersebut, aku lihat kelibat Shukri dan Syaima didalam Honda Civic sambil melambai2 tangan menyuruh aku menunggu mereka.Kereta pantas diberhentikan dan semacam dalam drama,aku lihat Shukri dalam pakaian pengantinnya berlari anak kearah aku, meninggalkan Syaima dikereta.Beberapa minit kemudian, baru kelibat syaima kelihatan menyusuli jejak Shukri.

Dengan penuh harapan Shukri minta aku menunggu untuk beberapa ketika hingga majlisnya selesai tapi tanpa perasaan bersalah, aku menolak pelawaanya.Sungguh aku lihat raut kesal terpamer diwajah Shukri.Ya Allah, kenapalah akhlakku seburuk ini.Patutnya aku meraikan dia dihari bahagianya tapi yang terjadi adalah sebaliknya.

Dan yang lebih menyentuh hati, selepas insiden itu, dia juga lah yang mula menghantar mesej untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kehadiran kami kemajlisnya.Sungguh aku malu sendiri. Sepatutnya aku yang mesti memulakan mesej untuk mengirim jutaan kemaafan atas keterlanjuran sikapku dimajlisnya tapi seperti tadi, yang terjadi adalah sebaliknya.Kalau yang berada ditempat dia itu..aku, pasti kekecewaanku nyata mendalam..

Apapun, dia kini telah selamat bergelar suami.Semoga Allah meletakkan dia dan Syaima dalam pelayaran yang terbaik hingga sampai kedestinasi terbaik juga. Semoga Allah memberkahi rumahtangga mereka dalam iman dan kerahmatan serta mempermudahkan urusan mereka hingga saat melangkah kesyurga.Barakallahhu lakuma wa jama’a bainakuma fi khair..

0 comments:

Post a Comment