Thursday, December 30, 2010

TEMUDUGA PELIK..

Arini aku nak cerita kat para pembaca tentang temuduga pelik yang aku lalui minggu sudah di Jabatan Agama Islam N.S. Pelik?? Yap,pelik sebab itulah kali pertama selama hidup aku terpaksa jawab soalan temuduga yang langsung tak ada kaitan dengan kerja yang dipohon.

Alkisahnya begini. Seminggu sebelum temuduga tu, aku pulun abis2 ulangkaji soalan2 yang bakal ditanya. Aku tau soalan pun sebab aku tanya pada kawan2 yang dah lepas temuduga yang sama. Malam sebelum temuduga tu aku berjaga sampai pukul 4 pagi, kononnya nak study. Bagi aku temuduga ni sangat penting. Sampaikan dengar bunyi kipas pun, aku tak boleh fokus. Nak temuduga punya pasal.

Maka sampailah hari yang ditunggu. Aku dapat giliran yang ke4 akhir sebab lambat sampai kat sana. Bila nama kena panggil, aku pun masuk dalam bilik tu. Penemuduga tu nampak serius semacam. Dia mintak resume aku. Aku pun bagi. Lepas dia baca, dia tanya samaada aku boleh cakap arab atau tak. Kawan aku dah pesan, kalau kita pandai cakap arab pun, buat2 macam tak tau sebab takut dia tanya yang tinggi2 nanti. Tapi aku macam serba salah.Takkan nak kata tak tahu langsung. Tipu sangat la pulak sedangkan dalam resume tuh aku da tulis yg aku mengaji dalam bidang Usuluddin. Dengan lambat dan perlahan aku jawab ‘bolehlah sikit2’. Lepastu terus ustaz yang temuduga aku tuh suruh aku kenalkan diri dalam bahasa arab. Aku kenalkan seadanya jela.

Nak dijadikan cerita, lepas aku kenalkan diri tu, terus dia tnya tentang kos yang aku ambik masa di university. Soalan 1st dia tnya ‘syariah dengan usuluddin, mana lagi susah?’Aku pun jawab ikut pengetahuan aku. Lepastu bermulalah soalan bertubi2 tentang usuluddin.Dia tanya, apa dia yang dikatakan 'awalluddin makrifatullah?’ Kemudian dia tanya tentang konsep rukun iman, Al Quran, sifat Al Quran, adakah Al quran tu makhluk.Lepastu menyusul pulak soalan tasawwuf. Apa dia tasawwuf,ulama2 yg mempelopori tasawwuf, tariqat dan ulama’ tariqat, hukum ikut tariqat, Lepastu dia soal pulak tentang wahabi, bida’ah, siapa ulama’ yg telah membahagikan bidaah. Yang paling tak tahan tu dia boleh cakap ‘ni ustazah pakai baju kurung ni, pakai tudung bunga2 ni, bidaah ni, berdosa. Takde zaman nabi'. Aku pun jawab ‘kalau saya berdosa pakai macam ni, ustaz pun berdosa jugaklah sebab zaman nabi dulu mana ada pakai tie, pakai kot macam yg ust pakai sekarang ni’., jawab aku bersahaja. Ustaz tu gelak sambil geleng kepala.

Lepastu aku sambung lagi ‘Nabi cakap kamu lebih mengetahui tentang urusan hidup kamu. Jadi segala urusan hidup kita yang tidak bersalahan dengan syariat menjadi satu keharusan. Selagi tak bertentang dengan syariat, pakailah apapun nak pakai’. Kemudian dia tanya pulak tentang firqah2 islami, tawassul, kasyaf, karamah dan macam2 lagi. Dah lebih setengah jam duduk dalam tuh, aku pun mula ‘berangin’. Apakan tak. Duk tanya soalan tinggi2 macam tu kat aku buat ape. Macamlah aku mohon jawatan mufti. Tak berpadan langsung. Orang lain masuk temuduga 10 minit aje. Aku ni sampai setengah jam pun tak habis di interview lagi. Tu yang aku kata temuduga pelik tu. Sebab soalan pasal Usuluddin tu langsung takde kena mengena dengan jawatan yang aku mohon tu.

Tapi yang paling bez sekali bila tiba soalan phsyco last yang dia tnya kat aku ‘ustazah tengok muka saya ni kan, ustazah agak2, saya boleh jadi wali tak?’ Serta merta aku jawab ‘boleh ustaz. Wali nikah!’ Hahaha. Ambik! Berbaloi akhirnya penantian setengah jam aku dalam bilik temuduga yang pelik tu. Baru aku puas hati. Dan soalan tu terus jadi penutup temuduga petang tu. Senyum lebar aku. Hahahaha =D

~CANTIK~

Lama dah tak update blog. Banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir2 ni. Ada yg baik, tak kurang juga yang tak baik. Apapun jugak,life must go on.

Entri kali ni aku nak cite tentang kisah yang berlaku masa aku hantar mak gi pasar Bahau, beli barang2 dapur. Kebetulan masa tu ayah dengan adik aku gi China. Jadi, aku pergilah pasar dengan mak. Dah ambik barang2 tu, kitaorang pun pergi kat kaunter, nak bayar. Sampai je aku kat amoi yang kira duit tu, dia pandang aku sambil senyum. Aku pun senyumlah. Almaklum,senyum kan sedekah. Sampai masa dia pulangkan duit baki kat aku, dia senyum lagi, pastu dia cakap ‘orang cantik, gigi pun cantik’. Mak pandang aku, terus mak senyum sambil tepuk bahu aku. Perlahan mak cakap ‘haiyo, cino pun boleh cakap org melayu cantik’.

CANTIK - tu subjek yang aku nak tulis arini. Aku tak cantik pun macam yang amoi tu cakap tapi yang aku nampak dekat sini, telah berlaku proses imbal balik. Bila aku balas senyum dia, dia tak ada point nak cakap. Cuma tu yang terlintas waktu tu, jadi itu jugaklah yang keluar. Tak kisah lah tu tapi yang nak difokuskan sekarang adalah soal cantik. Dalam agama pun dah digariskan tentang ciri2 perempuan yang harus dipilih sebagai isteri.Dan antara semua ciri2 tu, cantik adalah aspek yang pertama sekali. Ayah pernah cakap, cantik ni bukan mesti kulit putih, licin, kurus, tinggi, macam model. Tapi cantik ni dimata kita. Kalau kita tengok cantik dan sejuk hati, cantiklah tu biarpun orang lain kata tak cantik sebab cantik ni subjektif. Lain padang,lain belalang, lain orang, lain pandang. Teringat pulak kata2 kawan aku kat Sudan masa aku tanya kenapa dia tak kawin lagi walaupun umur dah lanjut. Dia cakap, belum ada rezeki. Aku kata memilih sangat kot. Dia jawab ‘memang ana memilih. Kalau tak pilih, macammna nak dapat yang baik’. Senyum sendiri aku.


Masa balik dari masjid, aku ambik peluang untuk berbual dengan ayah. Ayah cakap ‘kakcik, kalau kkcik pilih kecantikan orang, hidup kkcik akan merano. Bayangkan, mano yo kakcik poie, sumo orang memerhati suami kakcik. Kakcik nak buek apo pun tak tonang. Nanti kakcik pun syakwasangko dengan dio. Kito ni biar pilih yang sederhano, janji dio boleh jago kito, soal dunio dan akhirat. Boleh pimpin kito sampai kito samo2 melangkah masuk syurgo esok dengan dio. Suami kito kek dunio ni, bolum tontu suami kito kek akhirat’. Ayah betul. Kata2 ayah jadi pegangan aku sampai harini. Dan Alhamdulillah, kata2 ayah buat aku sedar bahawa bukanlah kecantikan yang aku cari atas muka bumi ni tapi ketulusan dan keluhuran sekeping hati yang mencintai aku dan Rabbi. Ibarat kata Kamil, ‘habis cantik, habis…’

Tuesday, November 16, 2010

SALAM EIDUL ADHA.. (^_^)

‘Salam ustazah. Nak tanya, Malaysia raya ari Rabu ke?’Ini sebaris pertanyaan yang tertera di ym ku semalam. Soalan dari seorang student Mesir. ‘Salam ustaz.Yap. Malaysia raya ari Rabu. Kenapa?’ tanyaku. ‘Peliklah sebabnya Hari Arafah 9 Zulhijjah cuma sehari, hari ini. Mana ada Arafah lagi kat dunia ni melainkan satu sahaja di Makkah’ jawabnya memanjangkan topik perbualan. ‘Jadi..apa masalahnya?’ Aku masih samar tentang apa yang cuba disampaikan. ‘Bukan ape. Tadi ustazah kata Malaysia raya haji hari rabu. Maknanya Malaysia raya lewat 2 hari selepas hari Arafah. Jadi Malaysia sebenarnya ikut siapa?’ tanyanya cuba menjelaskan maksud sebenar. ‘Ikut Islamlah’ jawabku ringkas.

Dia melanjutkan bicara ‘Takdelah. Ustazah tak rasa pelik ke, Malaysia esok tiba2 9 zulhijjah padahal MAKKAH dah raya dan takde lagi orang berkumpul di ARAFAH’. ‘Takde ape yang nak dipelikkan sebab waktu Makkah dan Malaysia berbeza’ begitu jawabku. Aku seterusnya menyambung, ‘Ustaz, dekat Malaysia ada sistem tapisan segala macam hal yang berkaitan dengan agama. Sebabtu kerajaan wujudkan berbagai2 institusi agama bagi memastikan umat islam di Malaysia tidak menyimpang dalam hal2 agama. Orang-orang yang dipilih untuk menerajui institusi2 agama ni kebanyakannya terdiri dari golongan ulama’ serta ‘alim. Keraguan ustaz tak berasas sebab tak mungkin semua ulama’ sepakat menyembunyikan yang haq. Persoalan ini lebih kepada perbezaan masa antara 2 benua. Perbezaan waktu antara Makkah dan Malaysia adalah antara salah satu faktor kelewatan raya haji di Malaysia. Jadi tak perlulah fikirkan tentang masalah nih sampai pening kepala’. Jawabku menjelaskan. ‘Owh, macamtu. Ok2. Ana faham. Apapun ustazah, Salam Eidul Adha dari ana’. ‘Salam Eidul Adha juga dari bumi Malaysia’, jawabku ringkas.

Inilah serba sedikit ringkasan yang dapat aku titipkan disini buat tatapan pembaca. Walaupun menyedari bahawa jawapan itu sebenarnya tidak cukup lengkap, sekurang2nya dapat mengurangkan sedikit ‘beban’ yang berada di minda kawanku itu.Sengaja aku tulis entri ini kerana insyaAllah selepas maghrib nanti, aku akan pulang ke Negeri Sembilan bersama abang-abang serta kakak2 iparku dan anak buah yang dikasihi, Rabiatul Adawiyah. Jadi tak tau bila lagi masanya aku akan menghadap skrin laptop memandangkan laptopku masih dalam proses baik pulih. Apapun mohon doa daripada teman2, mudah2an kami semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Boleh jadi ini entri terakhir untuk bulan ini. Dan boleh jadi ini bakal menjadi entri terakhir sekiranya Allah mngambil semula setiap helaan nafas dan denyutan nadi yang dipinjamkan buat sementara ini.

Apapun, sebelum gerak pulang ke Negeri Sembilan, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha' kepada semua teman2 dan para pengunjung blog ini, mohon maaf Zahir dan Batin. Moga pengorbanan yang telah kita lakukan mendapat pengiktirafan disisi Allah S.W.T. Mohon maaf jika terdapat keterlanjuran kata sepanjang aku mengendalikan blog ini. Mudah2an kalian semua terus berada dalam nikmat Iman dan Islam. Salam pengorbanan dan kasih sayang buat semua.. (^_^)

Monday, November 15, 2010

DISIPLIN..

Tadi lepas kemas rumah, aku duduk depan TV. Tengok kalau2 ada siaran menarik untuk ditonton. Tapi langsung tak ada tajuk siaran yang memikat hati. Jadi aku putuskan untuk tengok drama ‘Wartawan Oh Wartawan’. Aku nampak kelibat Syanie dalam drama tu. Betul ke Syanie? Bila tengok 4, 5 kali, sah, memang Syanie. Syanie dah nampak kurus sikit berbanding dulu. Tapi macamana Syanie kuruskan badan dia? Aku rasa paling sikitpun ,Syanie dah kurang 10 kg dari berat asal. Bila tengok Syanie, aku teringat diri aku.

Dulu aku berisi jugak. Lagi2 masa di PITT. Makan 6 kali sehari. Tengah malam pun makan lagi. Berat aku naik mendadak sampai 65kg. Bayangkan dengan ketinggian 154 cm, aku terpaksa menanggung berat sedemikian rupa. Baju saiz XL. Tapi sekarang Alhamdulillah, berat aku dah turun kepada 50 kg. Dah boleh pakai baju saiz S. Berat badan aku mula turun sejak balik dari bercuti di Bandung dan Jakarta 5 bulan lepas. Mungkin kapasiti penduduk yang terlalu padat meletakkan aku dalam kondisi yang tidak selesa. Keadaan cuaca juga mungkin antara penyumbang terhadap tahap kesihatan aku. Waktu aku balik ke Malaysia, aku diserang demam dan sakit kepala. Aku batuk2 sampai keluar darah. Suara jadi serak. Selera makan hilang. Dengan penyakit usus yang sudah sedia ada, ditambah pula dengan kondisi kesihatan yang tidak berapa baik, menjadikan badan aku cukup lemah. Seingat aku, itulah permulaan pada penurunan berat badan aku. Dan sekarang, aku mula mengamalkan pemakanan seimbang. Kenapa aku ceritakan semua ini kepada para pembaca? Insyaallah, akan aku jelaskan pada perenggan seterusnya.

DISIPLIN - Itu fokus utama aku dalam entri ini. Sebenarnya hidup ini memerlukan disiplin yang tinggi dalam apa juga perkara. Semasa aku menyertai kursus ESQ di Matrade Hall di bawah kendalian Pak Ligisan Sugimin, disiplin menjadi salah satu faktor untuk mencapai kesejahteraan hidup dunia akhirat. Kenapa disiplin? Kerana disiplin mengajar seorang manusia untuk menjadi lebih bertanggungjawab. Kerana disiplin juga, umat islam mencapai kemenangan dalam peperangan bersama orang-orang kafir. Kerana disiplin jugalah, manusia tahu akan tatacara hidup dan tidak melanggar peraturan di muka bumi Allah sesuka hati. Itulah pentingnya disiplin dalam kehidupan ini.

Seperti Syanie, aku juga menggunakan kesempatan yang telah diberi oleh Allah ini untuk mendisiplinkan diri. Aku mengawal pemakanan bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Aku mempraktikkan apa yg diajar oleh ayah. Ayah pernah menyebut tentang satu kaedah syarak yang akan aku sampaikan kepada para pembaca menurut pemahaman aku sendiri.

Didalam sesuatu hadith disebut, mafhumnya ‘berhentilah makan sebelum kenyang’ . Perut yang kenyang akan membuatkan seseorang manusia malas untuk beribadah. Dan dalam mafhum hadith lain disebutkan bahawa akal yang sihat adalah dari tubuh badan yang sihat. Jadi, untuk mencapai tahap sihat itu, memerlukan disiplin. Apabila kita mengikut disiplin yang ditetapkan, badan menjadi sihat. Apabila badan sihat, kita akan rajin beribadah kepada Allah. Jadi mencari sihat itu dikira wajib. Caranya dengan mengikuti disiplin. Makanya berdisiplin itu juga dikira wajib. Itulah kaedah yang di ajar oleh ayah kepada aku. Jadi kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi Allah, disiplinkanlah diri anda walau dimana anda berada. Lakukanlah kerana Allah, demi Allah dan untuk Allah. Selamat berdisiplin.. (^_^)

Friday, November 12, 2010

MANISNYA UKHUWWAH.. (^_^)

‘Akak, mici rindu akak sangat2!’ jelas kedengaran satu suara halus di hujung talian tempohari. ‘Adikku ika, kak idah tak tau kenapa kak Idah tiba2 rindu sangat2 dengan ika’. Ini pula baris kalimah yang tertera di skrin handsetku. Benarkah begitu hebat pautan ukhuwah? Seorang nun jauh di bumi Aman, Jordan. Seorang lagi pula di bumi Kelantan. Sedang giat mencurahkan bakti buat anak2 Kelantan yang dahagakan ilmu. Ah! Terlalu indah kenangan. Terlalu berharga sebuah ukhuwah. Cuma mungkin aku yang terlalai dalam menghargainya.

Menyebut tentang ukhuwwah, pastinya akan terpapar memori2 indah sepanjang bersama teman2. Bermula dari SK Pasoh Dua, SMADHM, seterusnya ke UDM dan sekarang masih meneruskan pengembaraan ilmu yang tidak pernah berhenti. Pelbagai pahit manis berukhuwwah telah aku lalui sepanjang tempoh pengembaraan ilmu bersama teman2. Ada suka, ada duka. Dari situ aku kenal apa itu kasih,apa itu sayang, apa itu suka, apa itu benci,apa itu manis dan apa itu pahit. Semuanya aku telan demi sebuah ukhuwwah. Pengalaman dikhianati oleh insan yang kuanggap sebagai sahabat cukup memberi pengajaran berharga buat aku.Sejak hari itu, frasa ‘SAHABAT’ sudah tidak wujud untuk ‘dia’.Telah aku hilangkan dari kamus hidup aku untuk ‘dia’. Sakitnya bukan kepalang tetapi aku telan kerana kalau aku menganggap sakit itu sebagai hempedu,pasti aku tidak gamak lagi untuk terus bernafas atas muka bumi ini.

‘Tok guru sy dulu pernah kata, org yang uratnya halus ni, jiwa dia pun halus. Jiwa sensitif’. Inilah ayat yang pernah dituturkan oleh seorang doktor yang merawatku apabila mengalami kesukaran ketika ingin mengambil darahku kerana urat yang terlalu halus. Peristiwa ditikam dari belakang oleh ‘dia’ menjadikan aku lebih sensitif lagi. Walaupun begitu, aku sudahpun memaafkan dia, cuma pintaku pada ALLAH, janganlah pertemukan lagi aku dengan dia sehingga saat aku menutup mata kerana aku tidak mahu rasa sakit itu bertandang kembali. Cukup2lah aku mengenali dia pada kehidupan lalu. Kalau diberi peluang untuk mengulangi semula masa lalu, aku mohon supaya aku tidak pernah mengenali dia.

Dalam kehidupan berukhuwwah, pahit itu mungkin rasa yang terpencil di sudut hati kerana yang manis itu memonopolinya. Kenangan menimba ilmu bersama teman2 usuluddin selama 3 tahun lamanya memberi kesan yang amat mendalam . Juga betapa manisnya kesempatan yang diberi Allah untuk menimba ilmu bersama 6 kuntuman nailofar yang aku sayangi, serta manisnya kenangan mengendalikan pelajar2 PITT batch 2009 yang kini sudahpun berada di bumi Jordan,Mesir Dan Morocco.

Kepada teman2 yang ku sayangi, terima kasih atas segalanya. Kalau bukan kerana kalian, entri ini tidak akan ada disini pada hari ini. Ingin sekali aku katakan ‘kalian semua adalah insan terbaik yang pernah mewarnai hidupku. Terima kasih atas segala kenangan manis yang dilukiskan di kanvas sejarah hidupku. Moga kalian bertemu yang terbaik dalam hidup kalian untuk hari ini dan hari2 mendatang. Insyaallah.

Duduk dari kiri : Mai, Michi, Lia. Berdiri dari kiri : Didie, Dayah, Penulis & Farah.

‘Ya Allah,peliharalah sahabat-sahabatku dikala penjagaanku tidak sampai pada mereka. Sayangi mereka dikala rasa sayangku tak mampu merengkuh mereka dalam dakapan yang nyata. Muliakan mereka dikala penghargaanku tak terangkum dalam kata-kata. Kerana KAU punya apa yang diriku tak punya. Moga mereka dalam rahmatmu. Amin Ya Rabb.’.

BAHAYA KATA-KATA..

Ayah baru kol, tanya khabar. Itulah kasih seorang ayah. Pantang berjauhan dengan puteri2nya. Kalau aku kelua rumah, setiap 15 minit sekali dia akan kol. Paling kurang pun sehari sekali. Tak pernah ada hari yang ayah tak hubungi aku. Pelik kan? Sepatutnya aku yang hubungi ayah tapi yang terjadi sebaliknya. Memang sejak dulu aku rapat dengan ayah. Ikut kemana saja ayah pergi .Sebabtu masa ayah berangkat ke Jordan/Syria, aku menangis. Ayah turut bertanyakan khabar Kaklong. Alhamdulillah, Kaklong masih dengan ketabahannya.

Masa berbual tadi, aku sempat bertanyakan ayah tentang beberapa perkara. Kami berbual beberapa topik sehingga sampai pada perihal bahaya kata2. Ujar ayah, ada 3 perkara yang tidak boleh dijadikan bahan gurauan. Yang pertama, perihal hamba. Jika seseorang memiliki hamba dan kemudian dia menyebut ‘aku bebaskan kamu’, maka saat itu juga hamba tadi terlepas dari cengkaman tuannya. Yang kedua perihal murtad. Mengikut penjelasan ayah ‘jika seseorang itu menyatakan, pada tahun 2012 aku akan menukar agama dan masuk agama hindu, maka secara automatik dia telah murtad saat itu juga’. Dan perihal ketiga adalah talak. Ayah mengaitkan penjelasannya melalui contoh. Contohnya jika sepasang suami isteri berlakon dalam sebuah drama. Watak yang dipegang dalam drama tersebut adalah watak suami isteri dan kemudian suami melafazkan ‘aku ceraikan kau dengan talak satu, secara automatik jatuh talak terhadap isterinya walaupun pada hakikat mereka cuma berlakon. Persamaan diantara ke3-3 perkara ini ialah, pemutusan ketiga-tiga hal ini tidak sabit kepada niat. Walaupun niatnya hanya untuk bergurau ataupun dia dalam keadaan marah, apa2 yang telah disebutkan tetap sabit. Seperti contoh murtad, walaupun niatnya cuma untuk bergurau, maka ketika itu juga dia telah murtad tanpa mengira akan niat asalnya.

Inilah bahayanya bermain dengan kata2 yang kita sendiri tidak tahu akibatnya. Hanya kerana sebaris kata mampu memisahkan seorang suami dari isterinya, memisahkan seorang ayah dari anaknya, memisahkan seorang manusia dari agama asalnya. Kita yang harus mengatur setiap percakapan dan tindak tanduk kita. Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata?? Jangan kerana sepatah kalimah,hancur berkecai sebuah rumah!

Wednesday, November 10, 2010

MENANTI SINAR..

Anak adalah anugerah Allah yang sangat tidak ternilai diatas muka bumi.Pentingnya anak sehinggakan disebut didalam hadith bahawa antara salah satu dari 3perkara yang boleh membantu kita setelah mati adalah doa dari anak yang soleh. Hebatnya penangan kehadiran seorang anak sehingga bisa menjadi asbab pada kekuatan mahupun keretakan sesebuah rumahtangga.

Satu-satunya permata hati keluarga kami yang dilahirkan pada 8hb 3 2010 yang lalu menjadi pengikat kasih sayang antara abangku yang keempat dengan isteri yang dikasihinya. Kini puteri kecil yang bernama Rabiatul Adawiyah itu sudahpun berusia 8bulan. Sejak seminggu lalu, airmata aku terlalu mudah membasahi pipi. Melirik kepada Adawiyah memberi gambaran perasaan yang sukar dimengertikan. Aku memahami gelodak hati seorang insan bernama kakak yang amat aku kasihi. Walaupun dia hanya seorang kakak ipar, tapi jiwaku dan jiwanya bagaikan sudah sebati. Hampir 5tahun berlalu, dia masih belum dikurniakan cahaya mata. Itu bukan pintanya.

Masih terngiang2 di telingaku akan kata2 melankolik yang dituturkan sewaktu mencium Adawiyah tempohari ‘mungkin Maklong tak dapat tengok adik membesar lepasni’. Dengan tidak disangka, airmatanya terus gugur membasahi pipi. Hari ini, kalimah yang dituturkan itu benar2 menghantarnya kepada sebuah kenyataan. Aku menangis hiba. Tempoh 2hari yang aku lalui dalam seminggu yang lalu telah membuat aku demam dan sakit kepala. Aku menitip pesan supaya dia bersabar dan terus bersabar menghadapi ujian dariNYA. Kerana itu jugalah aku berada di sini. Mudah2an kehadiran aku mampu mengurangkan kesakitan yang di alaminya.

Aku tahu bukan mudah untuk dia mengharungi dugaan ini apatah lagi kala ini dia bersendirian. Dia pernah memberitahu pada aku kalau dia itu sangat senang dapat berbicara dengan aku tentang masalah ini. Katanya walaupun usia aku baru 22 tahun tahun, tetapi kerelevanan aku dalam melontarkan nasihat atau pandangan melangkaui kadar usia . Aku memberi nasihat cuma sekadar yang termampu kerana aku sendiri belum melalui fasa rumahtangga. Cuma mungkin pengalaman bercampur dengan bermacam2 manusia menjadikan aku lebih memahami hidup. Pernah aku katakan pada abang sulungku ‘Kalaupun Along memilih untuk membeli tanah yang baru dan membaja di situ, belum tentu akan membuahkan hasil kerana rezki bukan mengikut pandangan atau pendapat menusia tetapi mengikut ketetapan dari Allah. Jadi jangan terlalu mengikut desakan nafsu. Peringkat doa itu ada 3, yang segera kabulnya, yang ditangguhkan untuk beberapa ketika dan ditangguhkan untuk diberi di akhirat. Semua bergantung pada kesabaran diri masing2’. Walaupun lontaran kata2ku secara berkias, aku yakin Along memahaminya.

Apapun, aku doakan semoga kesulitan ini berakhir dengan segera. Mereka sudah sama2 mencuba, sudah sama2 berikhtiar tetapi belum rezeki. Diharapkan mereka dapat sama2 bersabar sehingga sampai kepada mereka rezeki yang diharapkan. Kepada Along dan Kaklong, walaupun Adawiyah itu hanya seorang anak buah, dia adalah anak kita bersama. Anak angah dan Kakngah,anak Alang, anak Atih dan Kaktih, anak Kakcik, anak Bancik dan anak Adik. Yakinlah bahawa Allah akan memberi yang terbaik pada masa yang terbaik.

Ya Allah, titipkan kesabaran dan hembuskan kekuatan dalam jiwa mereka berdua kerana aku terlalu menyayangi mereka. Ini ujianMu. Maka redhakanlah hati mereka. Semoga esok masih ada untuk mereka berdua. Amin Ya Rabb..