Wednesday, April 11, 2012

MENCARI SOLUSI..

Banyak masalah mendatang sejak akhir2 ni. Tak tau nak dimulakan dari mana tapi yg pasti, aku harus mencari solusi yg terbaik untuk menyelesaikannya.Ketepikan dulu soal peribadi.Sekarang kita akan bercakap sekitar soal kerja.

GURU-insan yang paling aku hormati. Dulu,kini dan tidak pasti…apakah untuk selamanya. Dulu aku berada diposisi murid. Aku memandang guru umpama malaikat yang tiada ada cacat cela.Tapi sekarang..bila tiba giliran aku berada di posisi guru, perlahan2 pegangan tersebut berubah. Aku semakin mengenali siapa sebenarnya guru. Dan sejujurnya..menurut aku sekarang, tiada ada apa yang boleh dibanggakan pada seorang guru kecuali ilmu.

Membentuk sistem kendiri saat melangkah ke alam pekerjaan cukup membuat aku teruja.Tidak pasti bagaimana halnya dengan orang lain tapi darinya, aku belajar banyak perkara. Keseronokan bergaul dengan guru2 yang pelbagai warna sangat mendewasakan. Lama kelamaan aku mulai sedar kalau warna-warna yang menyaluti tubuh guru disekelilingku mula pudar.Karat2 yang terlindung dibalik warna tersebut makin jelas kelihatan. Aduh!betapa hodohnya guru dalam karat begitu.

Dalam senyum ada iri, dalam bicara ada duri.Mungkin itu kata yang sesuai untuk menggambarkan siapa sebenarnya guru.Aku sudah lali dengan tohmahan, umpatan dan cacian guru2 yang kini bergelar kawan. (Kawankah?) Ada saja cacatnya perlakuan aku. Bercampur salah, menyendiri juga salah. Jadi apa harus aku lakukan? Mengapung diri atas langit? Kalaulah aku sehebat itu…..

Aku merotan dikata mendera, aku mendidik dikata mengherdik. Apa murid2 harus didukung, ditimang2? Itu baru nama sayang? Kalau itu nama sayang, lebih baik tutup sekolah dan buka taman asuhan. Mungkin itu lebih bertepatan. Seterusnya nanti kt lihat hasil pelajar2 yg sentiasa ditimang2 dan disayang2 24 jam ini. Apakah kita menternak orang atau beruang. Aku bukan tuhan untuk menghukum tapi janganlah kerana sikap mazmumah kebanyakan guru seperti ini, habis rosak susu sebelanga.

Kembali pada matlamat asal, apakah solusi terbaik untuk menangani guru2 seperti ini? Dengan sindirankah? Nasihatkah? Atau bagaimana? Menurut aku jelas. Pintu Allah itu ada 2. Segala pilihan terletak ditangan kita. Kalau anda tidak pandai berfikir,tidaklah anda menjadi guru. Tak begitu?

Pesan aku pada mereka yang bergelar guru : Profesion anda ini sangat mulia. Muliakanlah diri anda sebagaimana Allah mengangkat anda ditempat sekarang. Buangkan dengki,khianat,iri hati dan adu domba kerana jika anda tidak berbuat demikian, pintu neraka setia menanti kedatangan tetamu kehormat seperti anda. Salam takziah..

Wednesday, April 4, 2012

ANTARA PENJAGA, GURU & ANAK

Semalam ada sorang penjaga datang kesekolah untuk berjumpa aku. Puas dia cari dalam bilik guru tapi kelibat aku tak kelihatan. Dan sebagai ganti, dia berjumpa dengan guru panatia pendidikan Islam lain di sekolah tu.Tujuannya jelas.Kerana ANAK.

Kemudian dia mengadu perihal anaknya yang takut untuk datang ke sekolah kerana telah dirotan dan nama pelaku yang disebut oleh penjaga tersebut cukup jelas. Disebabkan hari nak hujan, jadi penjaga tu mintak diri lebih awal. Bila perkara ni dimaklumkan guru tersebut, terus berubah muka aku, menahan emosi yang membuak2. Sudahlah kaki menanggung sakit, sekarang hati pula berjangkit sama. Tapi dek kerana menghormati prinsip sebagai pendidik, aku simpan layang tangan. Kalau tidak, aku pun tak tau apa nasib yg bakal menimpa murid tu.

Aku flash back segala macam perkara yang berlaku semalam.Seingat aku, semalam aku langsung tak angkat rotan. Rupanya kes SALAH ORANG. Tapi main point nya kat sini..aku jadi MANGSA. Ni bukan kali pertama penjaga datang sekolah nak jumpa aku tapi dah kali ke2. Orang lain punya salah, nama aku yg dijaja.

Maka aku pun cakap word yg paling bez untuk disampaikan oleh sorang budak pada ibu bapanya. ‘Mak ayah kamu hantar kamu kat sini untuk belaja. Bila cikgu2 ajar, mak ayah kamu pulak nak ‘mengajar’ cikgu2. Cakap kat mak ayah kamu, kalau taknak kena rotan, kena cubit, kena marah, suruh mak ayah kamu buat sekolah sendiri. Biar mak ayah kamu jadi cikgu. Lagipun kamu anak VVIP. Yang duduk belaja kat sekolah ni sume anak orang bangsat. Dah biasa kena marah, kena pukul, kena rotan. Agaknya nyamuk pun takut nak dekat dengan kamu sebab takut mak kamu pukul dia sampai mati. Cakap dengan mak ayah kamu suruh hantar kamu pergi sekolah swasta. Cikgu2 kat sekolah swasta ni boleh belai2 kamu, dukung2 kamu. Untung nasib..kamu jadi orang. Malang nasib kamu jadi arang!’

Aku sebenarnya dalam tempoh bercuti selama sebulan (28hb 3 hingga 27hb 4 2012) tapi mengenangkan nasib anak murid yang akan terabai tanpa bimbingan , aku gagahkan diri untuk kesekolah. Aku gergaji sendiri simen yang dipasang oleh doktor.Tapi sayangnya jerih perih aku mengheret kaki ke hulu ke hilir demi ‘memanusiakan murid’ langsung tak dikenang!

PESAN AKU PADA SEMUA IBU BAPA/PENJAGA : Sekolah bukan penjara. Guru2 bukan penjenayah. Tak pernah lagi ada orang ditembak tanpa sebab dan tak pernah lagi ada murid dirotan tanpa alasan. Kalau benar anda sayangkan anak2, tangan2kan!

Friday, March 23, 2012

SABAR-KESEMBUHAN YANG TERINDAH

Dah sebulan berlalu, kaki masih belum elok. Jalan pun dah macam OKU. Ujian yang sangat menguji kesabaran. Mood mula temui titik perbezaan.

Susah nak digambarkan perasaan aku bila saban hari bersihkan diri guna alat bantuan dan bergerak 24 jam guna tongkat yang memang tak pernah digunakan sepanjang 24 tahun hayat ni. Apa yang lebih mencabar bila kaki aku dijadikan bahan gurauan guru2. Siap snap pict kaki aku yg bersarung plastik kedai. Tak ape. Sabarlah. Ujian ni tak lama. Langit tak selamanya diselaputi mendung.

Aku tak mintak kesembuhan dari Allah. Yang aku mintak cuma kesabaran. Kesabaran yang sentiasa membuatkan hati rasa merdeka dari sebarang ‘kecacatan’. Kerana hakikatnya aku sedang cuba memaut erat sabar agar tak terlepas dari genggaman. Aku sedang membina dinding redha konkrit agar tidak bisa ditembusi suatu apapun. Harapan teragung, moga sabar bisa menyembuhkan.

Sekarang aku faham kenapa ramai orang bunuh diri bila terlibat dalam kecacatan yang tak disangka2. Ada yang hilang tangan, hilang kaki, hilang jari dan seumpamanya. Kata orang, mereka bunuh diri kerana kecewa. Insiden ni benar2 menginsafkan. Yang menginsafkan bukanlah kecacatan sedikit dan sementara ini tapi yang menginsafkan adalah kisah mereka yang bunuh diri kerana kecewa dengan fizikal yang telah diambil semula oleh TUAN yang empunya.

Kenapa mesti insaf dengan kisah mereka? Kerana menurut aku, mereka yang membunuh diri itu bukanlah membunuh diri kerana kecacatan fizikal yang dialami sebaliknya mereka itu membunuh diri kerana kecacatan hati yang tak pernah belajar untuk mensyukuri!

Pesan kasih sayang-jangan kesalkan kecacatan fizikal kerana kecacatan fizikal tidak mampu membunuh anda. Tapi kesalkan kecacatan hati kerana kecacatan hati adalah maut yang anda jemput sendiri! Salam kesabaran dan keredhaan..

Sunday, March 4, 2012

HADIAH DARI ALLAH.. (^_^)

Alhamdulillah, selamat bertemu kembali. Setelah kian lama menyepi..akhirnya arini 4hb 3, aku kembali lagi kesini. Seiring dengan pertambahan usia,aku menyemat azam untuk menjadi insan yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Biiznillah. Insyaallah..

4hb 3 2012 Selamat datang kedunia untuk kali yang ke 24 zulaikha! Bezday kali ni adalah bezday yg paling istimewa & bermakna buat aku.kenapa? 1) Sebab dah takde lagi deringan fon jam 12 tengah malam macam tahun2 sebelum ni. 2) Dah takde lagi ucapan selamat hari lahir dari teman2 rapat kecuali mary anne (insan yg aku syg sangat2-dulu,kini& selamanya) 3) Bezday kali ni aku lalui dengan kaki bersimen! hehehe.

Entah kenapa aku rasa hepi sangat arini. Walaupun doktor sahkan tulang kaki aku retak dan terpaksa disimen, Allah masih bagi aku kesempatan untuk menghela nafas sampai saat aku tulis entri ni. Terima kasih Allah! (^_^)

“Salam yang. Sanah helwah ya jamilah. Sanah helwah ya jamilah. Sanah helwah ya jamilah. Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan semoga sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah. Amin. Yang, maaf awal wish. Aku maw tdo suda yang. Esok aku ada kuliah. Miss n love u so much yang. Doakan persahabatan kita diberkati Allah yang. Sekali lagi, sanah helwah yang.. “

Terima kasih pada sayangku Mary anne. InsyaAllah, kasih dan sayang kita ini untuk selamanya. Berkasih hingga ke syurga. Amin, amin, amin ya Rabbal Alamin..

Tidak lupa ucapan terima kasih buat insan2 yang mengirim ucapan selamat hari lahir pada aku. Syukran kasir. Juga pada 'dia', insan yang banyak mendukung kehidupan aku dari dulu hingga sekarang. ‘Saya sayang kalian!’

Kat bawah ni aku selitkan sekeping dua gambar hadiah dari Allah sempena sambutan hari jadi aku tahun ni. Bangga sangat! Orang lain tak dapat hadiah camni dari Allah tapi aku dapat. Jangan jelez! Hehehe. Jom layan..! (^_^)





(Syukran pada kakngah yang snap gambar ni.. =)

Monday, November 14, 2011

~MATANG~

Semalam aku gi melawat pakcik aku di Hospital Kajang. Excident. Sorang kawan dia meninggal sebab badan kawan dia2 masuk tengah2 pengapit divider. Disebabkan sampai 2 jam awal,aku kena ikut peraturan hospital yg cuma membenarkan pelawat msuk pada waktu melawat.

Sementara tunggu waktu melawat,pakcik2 aku yang lain ajak pergi minum kat kantin hospital.Sampai kantin, aku nampak sepupu aku (anak pakcik aku yang excident tu) tengah ambik makanan. Dah bertahun kitaorang tak jumpa. Bujang dah dia. Masuk 19 tahun umur dia tahun ni.

Dah ambik makanan,kitaorang sume duduk semeja. Sepupu aku ni duduk depan aku.Sambil tu kami berbual. Banyak perkara yg disentuh sepanjang perbualan tu. MATANG. Cuma itu 1-1nya perkataan yg dapat aku simpulkan tentang dia. Pergolakan keluarga yg berlaku masa dia dalam peringkat tumbesaran betul2 jadikan dia berubah 90 darjah.Dia belajar untuk lebih memahami dan memaafkan. Konflik bermula bila pakcik aku memilih untuk kahwin lagi.Sejak tu, bermacam2 tekanan dihadapi oleh sepupu aku.Hari2 dia terpaksa menghadap perkara yang sama, cuma mampu melihat pergolakan yg berlaku dalam rumahtangga mak ayah dia. Kemuncak pergolakan ni adalah selepas makcik aku dimasukkan kehospital. Keadaan makcik mula kritikal sampai masuk wad icu. Dan pakcik menjadi saksi pemergian seorang insan yang sangat disayangi dalam keluarga besar kami.

Sejak tu, mak mertua pakcik tak habis2 menyalahkan pakcik.Dia kata pakcik penyebab anak dia meninggal. Sepupu aku mula trauma. Dia hilang mak sekelip mata, tempat dia berpaut segala kasih sayang. Dalam keadaan macam tu, dia terpaksa pulak terima kehadiran mak baru,org yang pernah menyakiti mak dia masa mak dia masih hidup. Nenek dia pulak berkeras untuk tuntut semua cucu2 dia yang ade dengan pakcik tapi pakcik tak bagi. Tekanan sepupu aku bertambah kuat. Dan atas kerelaan hati, sepupu aku mintak izin pakcik untuk duduk dengan nenek dia. Ingatkan duduk dengan nenek masalah dah selesai tapi lagi bertambah.Hari2 nenek dia marah2,cakap macam2 pasal pakcik.Nak taknak, sepupu aku telan aje. Sepupu aku cakap SEMUA YANG BERLAKU NI ADA HIKMAHNYA.

Dia melihat kebesaran HIKMAH dari segala perkara yang Allah takdirkan terjadi dalam hidup dia.Bila mak dia meninggal, dia berhenti merokok, lupa soal couple sebab tanggungjawab pada ayah, adik2&nenek dia. Dia lupakan hasrat untuk bekerja sebab nak jaga nenek yang dah mula uzur. Berak,kencing,mandi, makan pakai nenek dia semua dia yang uruskan. Dia kata lagi, dia tak pernah dendam dengan mak tiri dia walaupun mak tiri dia punca pergolakan rumahtangga mak ayah dia. Secara rasional dia mengajak aku berfikir, kalaulah ayah dia kawin dengan orang lain dulu,mungkin adik2 dia takkan membesar dengan sihat macam arini. Sepanjang ayah dia kawin dengan mak tiri dia ,belum pernah dia tengok ade kesan2 lebam dekat badan adik2 dia.Dari umur adik bongsu dia 3minggu sampai dah umur 6 tahun sekarang,adik2 dia terjaga elok.Makan minum,pakaian,langsung takde beza dengan anak2 mak tiri dia. Semua dilayan sama rata.

Dengan nenek dia pulak, dia cakap ‘Nek, sejak mak meninggal sampai hari ni,nenek tak habis2 salahkan ayah. Kalau nenek marah ayah sampai akhir hayat pun,bukannya mak boleh bangun dari kubur. Cuba nenek fikir, kalau ayah dapat perempuan yang jahat dulu, macamna dengan adik2 zi? Kalau nak ikutkan,zi yang patut marah tpi sebab makcik ni dah tunaikan amanah tuk jaga adik zi elok2, jadi dah takde sebab nak marah dengan dia. Sepatutnya kita berterima ksih sebab dia sanggup jaga anak2 tiri dia macam anak sendiri. Apa yg boleh kita buat sekarang, JAGA HUBUNGAN selagi hidup.Perbaiki mana yang kurang. Kita tak boleh hidup dengan menyalahkan orang lain sebab itu salah’.

Aku tabik spring dengan sepupu aku ni sebab boleh berfikir sampai tahap tu.Orang selalu kata,umur matang lelaki lepas 40tahun tapi dia dah buktikan bahawa anggapan orang salah. Kematangan seseorang sebenarnya bergantung pada cara dia berfikir dan mengaplikasikan apa yang ada dalam fikiran dia. Moga Allah beri aku kekuatan, melebihi kekuatan& ketabahan yang ada dalam diri sepupu aku kerana aku belum cukup baik untuk menerima suratan takdir dengan penuh keihlasan. Apapun jua, aku masih dan masih berdoa untuk miliki kekuatan seperti dia. Alfatihah untuk Allahyarhamah makcik Monaliza..

Tuesday, October 25, 2011

SELAMAT JALAN MUAMMAR GADDAFI..

Era pemerintahan Muammar Gaddafi telah berakhir buat selama-lamanya. Sepanjang pemerintahan beliau, Libya telah membangun dengan jayanya. Banyak kejayaan yg diraih Libya dibawah pimpinan Gaddafi sehingga Libya tersenarai antara negara pengeluar minyak ke9 terbesar didunia & antara negara yang bebas hutang. Namun kekayaan dan kemewahan yang dimiliki serta tekanan dari pihak barat telah merubah segala2nya. Beliau yg dulunya disifatkan sangat prihatin terhadap rakyat bertukar menjadi musuh utama yang amat didendami. Gaddafi menjadi sasaran kemarahan rakyat atas kezalimannya membunuh beratus2 nyawa yg tidak berdosa. Sesiapa saja yg didapati menentang beliau, akan dibunuh tanpa belas kasihan.

Aku teringat video yang aku tonton,detik2 akhir sebelum kematian gaddafi. Beliau merayu dengan penuh harapan agar tidak dibunuh. Beliau diseret ditengah khalayak bagai binatang. Dalam kondisi parah, darah membasahi tubuh, beliau masih cuba meraih simpati rakyat namun tidak diendahkan. Beliau telah ditembak tanpa rasa kasihan oleh rakyatnya sendiri. Kemarahan rakyat tidak hanya berakhir pada sebutir peluru yang telah menumbangkan gaddafi tapi turut dibawa selepas kematiannya. Mayat gaddafi diletakkan ditengah pasar untuk tontonan rakyat Libya.Begitu hinanya gaddafi sehingga diperlakukan sebegitu rupa walaupun sudah tidak bernyawa. Bagi rakyat, tiada lagi maaf untuk Gaddafi. Mereka mahu gaddafi membalas nyawa yg telah dikorbankan sepanjang pemerintahannya. Mereka mahu gaddafi merasakan penderitaan rakyat yg pernah dizalimi, yang mohon dikasihani dan dibebaskan tetapi rayuan mereka dijawab dengan tembakan.Kini,dendam mereka terbalas!Hati rakyat Libya puas dengan kematian pemimpin yg disifatkan diktator itu.

Begitupun jua,secara jujur aku tidak menyetujui tindakan pemberontak Libya yang menembak mati gaddafi.Menurut aku, bukan begitu caranya untuk membalas kezaliman. Aku tau hati rakyat sakit, jiwa rakyat menderita tapi kalau dengan cara memperlakukan seorang manusia seperti binatang, maka tidak ada beza diantara rakyat dengan gaddafi. Dunia punya undang2. Heret saja beliau kemuka pengadilan dunia seperti saddam. Sejahat apapun gaddafi, tak kan tak ada langsung sumbangan beliau kepada rakyat sepanjang tempoh pemerintahannya? Bukan bermaksud menyokong tapi pandangan aku jelas. Tidak kira siapa pun yang memimpin, hakikatnya kita tidak akan pernah mampu memuaskan hati semua orang.

Satu perkara yg harus difahami oleh seluruh umat Islam didunia, jika dengan menyeksa seorang pemimpin sehina itu dan menyebabkan kematiannya, telah melangsaikan semua penderitaan yang ditanggung rakyat,anda silap! Kerana siapa juga yang jadi pemimpin selepas itu, TIDAK MUSTAHIL menjadi gaddafi di pertengahan jalannya.Siapa tau?!Sejarah mungkin berulang. Selamat jalan Gaddafi..

Friday, October 21, 2011

PERKONGSIAN BARU..

Salam buat semua. Lama betul aku tak update blog. Bukan taknak update tapi setiap kali nak menulis, ada je keje lain memanggil. Tapi Alhamdulillah, disubuh jumaat yg dingin dan tenang ni, aku dapat raikan kembali kerinduan aku pada penulisan. Alhamdulillah..syukur pada Allah yg masih sudi memberi ruang dan kesempatan pada aku..

Sekian lama menyepi, banyak perkara yg nak dikongsikan tapi masa aku terbatas. Jadi, aku cuma akan menulis mengikut peruntukan waktu yang ada. In’Allah, perkongsian yang bermanfaat aku kira untuk semua.

Baru2 ni aku dapat SMS dari kawan sekolah menengah aku dulu.Dia tanya 3 soalan pada aku dan mohon aku jawab dengan jawapan yang ringkas, padat dan boleh memberi kefahaman yg kompleks. Disini aku catatkan butir soalan yang dihantar pada aku.

1) Bagaimana pandangan aku pada orang yg solat tapi tak bertudung?

2) Bagaimana pandangan aku pada orang yang mengatakan tak semua perempuan bertudung itu baik?

3) Apa pandangan aku pada drama bermesej baik yang menampilkan pelakon2 islam yang berpegangan tangan dan berpelukan diantara bukan muhrim? Adakah berdosa kita tengok drama2 macam tu?

Inilah soalan2 yang ditanya pada aku. Aku ada 2 fokus sebelum menjawab soalan2 ni. Pertama, kawan aku ni perlukan jawapan yang ringkas, padat&kompleks. Kedua, dia bertanyakan pandangan aku, bukan pandangan para ulama’ mahupun fuqaha’. Jadi jawapan yang aku berikan cuma mengikut pandangan aku semata2. Harap tidak disalahtafsir oleh mana2 pembaca. Jika sekiranya jawapan aku ini tidak menepati kehendak soalan, pesalahnya adalah aku seorang.

1) Berkenaan org yang solat tapi tak bertudung-itu yang dinamakan minyak babi cap unta.

2) Berkenaan pandangan tak semua orang bertudung itu baik - Setuju 100% tapi orang yang tak bertudung, tak menutup aurat dah CONFIRM2 tak baik.

3) Tentang berdosa @tidak menonton drama yang menyampaikan mesej baik tapi pelakon2 yang semuanya beragama islam bebas berpegangan tangan &berpelukan antara 1 sama lain dalam drama tu-Yang halal tu JELAS, yg haram pun JELAS. Antara keduanya ada perkara2 yang meragukan. Mafhum sebuah hadith, Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Kita yang menonton tidak berdosa tapi mereka yang berlakon, secara JELASNYA BERDOSA.

Alhamdulillah, ternyata kawan aku berpuas hati dgn jawapan2 yang aku berikan. Sengaja aku tak huraikan panjang lebar kerana aku sekadar memenuhi permintaan kawan aku yang cuma mahukan jawapan yang ringkas, padat& kompleks! (^_^)