Saturday, April 24, 2010

EMAK..

‘Saya nak tanya sikit. Jangan marah ea. Selalu saya tengok awak cerita pasal ayah aje. Jarang cerita pasal emak. Kenapa ea?’ Itulah persoalan yang yang terpacul dari mulut seorang teman padaku beberapa minit yang lalu. Aku sendiri tidak tahu jawapan apa yang paling pantas untuk diberikan kepada temanku itu. Sememangnya keraguan temanku itu berasas. Memang aku jarang bercerita tentang emak. Sebabnya? InsyaAllah, akan aku jelaskan dalam entri ini supaya terungkai segala persoalan yang bermain difikiran teman2.

Aku dan emak sangat rapat atau dalam erti kata lain..akrab. Aku selalu berkongsi cerita dan masalah dengan emak. Bagi aku,emak seorang pendengar dan penasihat yang baik. Bila emak nasihatkan aku tentang satu2 perkara dan aku tidak bersetuju..emak menitip kata ‘kakcik, tak ado omak yang nak rosakkan anak2 dio. Semuo omak dalam dunio ni nak yang terbaik untuk anak2’. Mendengar kata2 emak ini, aku sedar sendiri. Emak betul. Tidak ada seorang ibu pun yang mahu merosak dan menghancurkan hidup anak2nya. Aku bersyukur dikurniakan emak seperti emakku. Walaupun adakala kata2nya agak ‘bisa’ dan mampu membuat hati tersinggung tapi aku sangat menyayanginya.


Inilah wajah bonda penulis yang tercinta.. (^_^)


Aku selalu pakai barang2 emak tapi emak tak pernah marah. Aku pakai kasut emak, beg tangan emak, perfume emak. Nakal betul. Kadang2 kalau emak bising, aku terus cium pipi dia. Lepastu emak senyumlah. Hehehe. Apa yang paling aku suka, bila emak masak. Bagi aku, banyak2 masakan dalam dunia nih, tak boleh tanding masakan emak. Emak kalau masak memang ada ummph..! Hehehe. Aku jarang makan sampai habis kalau makan kat kedai. Sampai pernah satu hari, aku kena sound dekat isteri ustaz aku sebab makan tak habis. Tiga hari jugak dia perhati aku makan. Sampai dia tanya ‘ayah ika tak pernah tegur ke ika makan tak habis??’ Nadanya agak keras. Lepastu terus dapat ‘ceramah free’ kat dia. Seriously, aku memang terasa dengan ‘ceramah free’ tu. Aku terasa sebab pertanyaan dia yang awal sekali ‘ayah ika tak pernah tegur ke ika makan tak habis?’ Jujur cakap, aku memang sensitif bab2 macam ni. Biar sentuh peribadi aku tapi jangan sentuh peribadi keluarga aku. Bagi aku, mereka dah bagi didikan yang cukup sempurna. Kalau aku masih buat salah, salah tu datang dari aku. Bukan kerana kecacatan didikan mereka. Memang dah jadi kebiasaan, aku jarang habiskan makanan kecuali kalau betul2 kena dengan selera aku. Tapi kalau makanan tu emak yang masak..tambah sampai 4 kali pun aku mampu habiskan. Kantung perut aku sentiasa terbuka kalau emak yang masak. Itulah hebatnya emak sampai boleh ikat selera aku. Emak memang banyak kelebihan. Kalau nak diceritakan, memang tak cukup satu page ni. Tapi aku ringkaskan aje supaya padat dan sampai maksudnya.

Sekarang aku akan jelaskan kenapa aku jarang cerita tentang emak pada teman2. Sebabnya cerita tentang emak selalu diceritakan oleh anak2 lelaki kerana mereka lebih ‘memiliki’ emak berbanding aku dan adik perempuanku. Sedang aku dan adik perempuanku selalu bercerita tentang ayah kerana aku dan adik lebih ‘memiliki’ ayah berbanding abang2 dan adik lelakiku. Adil kan? Harapnya selepas ini tidak ada lagi teman2 yang bertanyakan soalan yang sama. Sebagai kesimpulannya, ayah dan emak..kedua2nya adalah anugerah sangat berharga dan tidak ternilai dalam hidupku. Moga Allah panjangkan umur mereka, berikan mereka kesihatan tubuh badan serta mempermudahkan segala urusan mereka dunia akhirat. Moga syurga menjadi tempat kerehatan mereka yang kekal abadi. Amin Ya Rabb..!

3 comments:

Anonymous said...

tau esei tu :-)

QuLMinD said...

ika sayang...nnt kinsalam rindu kt mak yee..
-salam sayang dari bumi berdebu.

AHKIALUZ said...

Anon : tau xpe.. =) Hunny : InsyaAllah sahabatku. Nanti ana sampaikan ye.. =)

Post a Comment