Malam ni aku rasa down
sangat.Macam2 cerita aku dengar pasal aku yang diceritakan oleh seseorang.Dia
adalah manusia yang tak pernah berhenti memburukkan aku dari dulu sampai
sekarang..
Aku telan semua pahit hasil dari
tindakan dia yang suka menjaja keburukan aku.Belum pernah sekalipun aku menyerang
secara berdepan sebab masih menjaga titah agama. Dah 9 tahun aku sabar, dari
sekolah menengah tapi umpat keji dia pada aku tak pernah surut.
Dia pernah label aku playgirl,
pernah label aku jahat. Sekarang? Lebih hina dari semua tu. Tolong jangan lupa
kalau aku juga manusia yg punya batas sabar.Cukuplah dengan ujian2 sudah. Jangan
sakitkan lagi aku yang dah sedia sakit.
Aku tak tau apa yang dia tak puas hati dengan aku sampai sanggup melempar tuduhan yang tak berasas. Kantoi rokok, judi, hampir kena buang dari melanjutkan pengajian,
cerita lucah2-itu semua buruk dia yang tak pernah aku jaja pada orang.Tapi
dia?! Semua orang tak betul. Yang berpurdah lagikan dihina. Yang baiknya..dia.
Bila berlaku perselisihan faham antara mak dia dengan adik aku dimekah baru2
ni, baru aku tau kenapa dia sehina dan sesenteng tu.Like mother like son!
Aku dah puas tanggung sakit
derita sebab orang.Ini mungkin bukan ujian tapi kifarah atas semua dosa yg
pernah aku lakukan.Apapun alasannya, dia tetap tak berhak untuk jaja bukan2
tentang aku kalau sehelai rambut aku pun tak pernah terlihat dek mata dia! Sepanjang
hidup, aku tak akan pernah redha atas segala umpat kejinya sebab bagi aku, cuma
ada seorang saja manusia atas muka bumi ni yang berhak untuk menyalahkan aku
dan yang pasti, manusia tu bukanlah dia!
Kalau orang kata aku emosi hari
ni, ya!Memang aku emosi sebab maruah aku dipijak orang. Cuma perempuan yang tak
bermaruah boleh terima bila maruahnya dicampak golekkan. Memang aku pernah buat
salah dalam hidup kerana salah itu proses pembelajaran tapi dia yang tak pernah
faham erti salah akan terus menyalahkan orang.
Kalau aku sejahat dia,dah lama
aku sebarkan luaskan gambar dan nama dia dalam internet. Biar seluruh dunia tau
sekeji apa dia yang berselindung di balik ketahfizannya.Tapi aku bukan serendah
tu dan aku tak akan sesekali merendahkan martabat aku untuk lelaki murah macam
dia.
Aku memang tak boleh jumpa semua
orang untuk jelaskan kesemuanya sebab aku tak punya kemampuan untuk berbuat
demikian.Tapi aku tak pernah lupa janji Allah.Mungkin dia yang terlupa bahawa
kita masih punya mahkamah akhirat.Tunggu saja bila Allah tontonkan semula
segala perbuatan kita didunia.Masa tu nanti..semua orang akan tau siapa
sebenarnya aku dan boleh menilai apa benar aku ini perempuan hina seperti yang
dia gambarkan pada semua orang.
Aku pihak yang teraniaya. Aku
takkan pernah henti berdoa moga satu saat nanti bila dia sedar, dia akan
bersihkan semula nama aku atau dia terpaksa melutut mohon kemaafan bagi melepaskan
diri dari tambatan neraka. Pilih antara dua. Pesan ringkas untuk dia..tunggu aku.Kita jumpa
diakhirat!!
0 comments:
Post a Comment