Malam tadi aku mimpikan
seseorang. Mimpi yang melakarkan mendung dihati aku hari ni. Menanti saat hujan
membasahi hati.
Lama sudah rasanya perpisahan ini.
Tapi aku masih mengenang dan terkenang.Kata sahabat aku, kalau kita mimpi atau
teringatkan seseorang, tandanya tautan hati kami kuat kerana terdapat 2
kemungkinan. Pertama, dia yang sentiasa ingat dan mendoakan aku atau yang kedua,
aku yang sentiasa ingat dan mendoakan dia.
Mengenang masalah yang sering
singgah di kanvas hati, menjadikan aku insan yang sangat lemah. Kelemahan hati yang
tak mampu disamari oleh kekuatan fizikal. Aku memendam hiba yang teramat dalam.Gambaran
fizikal menuntut tafsiran bahawa aku ini sakit.Itu duga teman2.Aku tidak mengiya
mahupun menidakkan.Setiap orang bebas berpandangan.
Mimpi yang dialami tambah memburukkan emosi.
Mengganggu siang aku hari ni.Satu persatu gamitan memori bertandang.Aku
rindukan semuanya. Rindukan zaman kanak2 yang sungguh riang, rindukan zaman
persekolahan yang sarat dengan pengalaman, rindukan zaman kuliah yang penuh dengan
pengajaran, rindukan zaman bersama teman2..
MIMPI-ku harap kau tak akan
menjelma lagi.Lenalah di alammu. Jangan datang lagi mewarnai malam suramku.Cukuplah
episod2 sudah yang pernah dijalani. Jangan pernah hadir lagi. Kerana aku tidak
mampu melawan suratan bahawa kita kini sudah jauh terpisah, dan akan terus
terpisah untuk selamanya..
0 comments:
Post a Comment