Malam tadi berlaku satu peristiwa
yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup. Kamar mandi aku diceroboh oleh
camera enset manusia bertopengkan syaitan!
Peristiwa berlaku sekitar jam 7.40
malam tadi waktu aku tengah bersihkan diri sebelum solat maghrib. Yang aku jadi
perasan kehadiran camera nset tu sebab aku terbau rokok yang sangat kuat.Secara
automatik aku terpandang lubang kecil yang ada pada tirai tingkap dan ternampak
camera dan mata manusia syaitan tu.Aku terus menjerit sambil berlari keluar
dari bilik air,menggagahkan jari patah yang sangat sakit.Hampir nak terjatuh waktu
tu sebab dah mula pitam.
Tanpa berlengah,aku kol polis.Tapi
yang jadi masalah sebab polis tu tak tau kat mana rumah aku.Puas dia
mencari.Lepastu dia kol, tanya KLU tentang rumah. Sampai2 aje kat rumah,polis tu
terus cakap ‘kenapa tak cakap rumah Ustaz Bakhtiar? Puas sy pusing2 dok mencari
rumah 210’. Lepastu polis terus pergi kat tempat kejadian.Polis tanya samaada
aku ada syak sesiapa.Aku kata takde sebab aku tak bercampur dengan orang2 kat
tempat aku ni.Jadi aku tak tau.Dia kata lagi, yang dia pelik macammana orang tu
boleh tau masa2 aku bersihkan diri? Lepastu dia tanya spesifik tentang masa. Mak
bagitau mmg rutin harian aku bersihkan diri malam hari.Polis tu mengangguk.
Sebelum beredar,polis tu pesan
suruh aku datang buat report rasmi dekat balai polis arini.Polistu jugak suruh
aku paku papan pada tingkap yang ternganga tu.Dia akan suruh MPV buat
rondaan.Tak lama lepas polis tu balik..aku terima mesej ‘Zu, kuatkan semangat
tu.baru ada keyakinan.Lain kali pastikan semua lubang yang ada ditutup untuk
keselamatan. Pada pengamatan saya, orang tu mengintai sebab perwatakan zu. Zu
cantik dan tutup aurat. Mungkin sebab tu orang tu nak tengok sangat. Apapun,jaga
diri. Beringat untuk masa akan datang. Suruh ustaz pakukan lubang tu dengan
kayu’. Aku jawab ringkas ‘Baik tuan.Terima kasih’.
Pengalaman ni tak mungkin aku
lupakan sampai akhir hayat. Besar betul hikmah ADAB dalam islam. Sebab tu islam
suruh tutup aurat sepanjang masa walaupun waktu kita mandi.Hikmahnya bagi
mengelakkan berlaku perkara2 macam ni.
Adalah berdosa bagi aku mendoakan
keburukan bagi orang lain tapi jauh disudut hati,aku lebih berharap Allah
menghancurkan tangan si pelaku tu daripada beri hidayah pada dia,sebagai
pengajaran pada manusia durjana lain amnya. Hati aku sakit kerana 2 perkara
.Pertama maruah.kedua melibatkan jari yang patah (bukan setakat sakit,bahkan
bertambah2 sakit).
Apapun,semoga Allah melindungi
kami sekeluarga dari kejahatan manusia dan makhluk lainnya. Pada semua sahabat2
muslimah khususnya..pesan saya sila jaga aurat anda walau dimana saja anda
berada kerana musuh tak pernah mengenal masa, tempat dan mangsa.Amalkan cara
hidup islam yang sempurna.Cukuplah saya seorang melalui detik2 mencemaskan dan
mencemarkan ini. Jangan pula ianya terjadi pada kalian dikemudian hari.Sentiasa beringat dan berwaspada. Semoga
kalian semua terus berada didalam lindungan dan dakapan Allah.
0 comments:
Post a Comment