Salam mahabbah. Esok aku akan
hadapi peperiksaan. Persediaan cuma suam2 kuku.Banyak benda singgah dalam kotak
fikir.Harapnya persediaan yang sedikit mampu membantu pencernaan otak aku esok.
Bukan kuantiti yang diperlukan tapi kualiti.
Tak terlintas tentang soalan yang
bakal keluar sebab aku tak peruntukkan masa untuk meletakkan target soalan. Yang
aku tahu, baca isi penting, fahamkan dan jawab ikut pemahaman. Yang penting,isi
utama jangan tinggalkan walau cuma sepatah perkataan sebab sepatah perkataan
yang ditinggalkan, berkemungkinan akan menterbalikkan makna.
0 comments:
Post a Comment