Banyak perkara yang berlegar
dalam ruang fikir aku sekarang.Luar nampak tenang, dalamnya berkocak badai.Tak
tau apa patut aku fikir dan perbuat..
Aku bukan budak kecil
lagi.Sepatutnya sudah boleh menerima segalanya dengan tenang.Tapi hati dipasak
ketidakredhaan. Aku tidak redha dengan siapa sebenarnya?Apa pada Allah yang
mentakdirkan keadaan ini? Nauzubillah.
Zulaikha, belajar redha, sabar
dan menerima tiap2 ketentuan dengan penuh keikhlasan.Dah 24 tahun bersemuka
dengan dunia, bergelumang dengan agama, kenapa hati masih keras?Barangkali ada yang tak kena dengan ibadah dan muamalah.
Iman tu sifatnya kuat. Tak bisa ditembusi satu apapun. Tapi iman aku bergoyang.
Apa layak cerita soal iman? Islam? Dugaan aku kuat, berat. Memang aku salah
tapi desakan hati memungkinkan semua berlaku.
Aku selalu beranggapan hidup aku pendek.Boleh
sirna sekelip mata.Tapi kenapa aku tak ambik iktibar dari sisa pendek ini?
Sewaktu dalam janin lagi Allah telah menetapkan 3 perkara dalam hidup kita.
JODOH, AJAL, REZEKI. Allah tak mintak buat apa2 malah Allah yang sediakan
semua. Tak tahu nak bersyukur lagi? Ketidakpuasan hati apa yang mahu
dimonologkan dengan Allah? Dasar manusia tak kenang budi. Masih nak pertikai
kehendak Allah walhal Allah cuma mintak seperkara-REDHA..
Nikmat jari sudah Allah
tarik.Jari kekal sakit dan bertukar warna hitam walaupun dah 2 bulan lebih
berlalu. Kalau tak betul2, mungkin jari kaki ni bakal dipotong. Title cacat
akan jadi milik aku. Jadi sebelum Allah tarik nikmat2 lainnya, aku akan didik
hati aku sebaiknya untuk redha dan sentiasa mensyukuri.
Mohon Allah limpahkan kekuatan
hati dalam menghadapi hari2 pendek ini. Mencampakkan keredhaan dalam segenap
ruang. Ya Allah, lenyapkanlah perasaan ketidakredhaan dari hati hamba hina ni.
Aku tak mahu mengenang perkara sudah. Realitinya hidup aku adalah hari ini.
Maaf sudah dipohon. Terima atau tidak bukan soal aku lagi. Pergilah segalanya.
Pergi dan jangan pernah kembali lagi.
0 comments:
Post a Comment