Alhamdulillah, aku sudah beransur
sembuh tapi masih di uji dengan
kesakitan jiwa. Aku sendiri tak pasti apa patut dikongsikan disini tapi apa yg pasti,
aku sentiasa mengharapkan agar segala ujian ini berakhir..
Rumah yg tersergam indah belum
tentu indah didalamnya.Keluarga yang terlihat bahagia,belum tentu bahagia
percaturannya.Hanya yang melalui mampu mengerti.
Aku sayang keluarga aku. Aku
hargai semua perkara yang muncul dalam
hidupku.Masalah jadikan aku berfikir samaada lari atau hadapi.Orang sering
melihat aku dalam posisi tabah, gagah tapi sejujurnya hati aku tidak seteguh
karang.Aku belum cukup baik untuk menerima segala ketentuan takdir. Hanya
airmata mengiringi..
Puas aku sabar. Letih aku
bertahan. Kadangkala serasa mahu gila. Ayah sudah mengeluarkan kata. Segala
terpendam diluah.Berlalu dengan seribu kekecewaan.Aku sebak.Tak mampu menutur
kata. Sungguh tegar seorang ayah.Begitu hebat hasut 'orang' hingga ayah terlupa
bahawa puterinya ini tidak pernah ‘mengasingkannya’ .Aku tidak salahkan ayah.
Ayah orang agama.Dia lebih memahami tuntutan agamanya. Dari siang tadi aku tak
henti menangis..mengenang dan terkenang kata2 akhir ayah sebelum berlalu pergi
meninggalkan kami dengan penuh rasa bersalah..
Teringat semua kenangan
lalu. Sungguh cepat masa berlalu.Kalau semalam kami puteri2 ayah manja bersandar
dibahu ayah, hari ni semuanya tak lebih dari satu khayalan.Laju sungguh airmata
menitis.Ayah sudah jauh berubah..
Esok ulangtahun kelahiran
ayah. Aku tidak pasti samaada mahu mengucapnya atau tidak. Moga Allah permudah urusan kami sekeluarga, dalam menghadap kemelut yang tak pasti bila akan selesai..
Apapun jua, satu perkara yang aku
ingin ayah tahu, aku teramat menyayangi ayah. Walau apapun katanya pada aku
siang tadi, tak akan mampu mencalarkan segala jasa dan pengorbanannya padaku
selama ini.Sesakit apapun menerima segala bisa kata2..aku akan cuba tabahkan hati.
Aku
berharap dan berdoa,kira dipanjangkan umur,andai ayah sudah tidak berdaya suatu
saat nanti, tangan inilah yang akan menyuapkan makanan ke mulut ayah.Tangan ini
jualah yang akan membasuh segala najis2 ayah. Mulut inilah yang akan
menghadiahkan doa tanpa jemu buat kesembuhan dan kesejahteraan ayah. Kerana aku
cuma punya seorang ayah.Tiada galang ganti untuk selama2nya..
"SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH.." :'(
0 comments:
Post a Comment