Aku teringat pertemuan dengan
ayah siang tadi. Hambar. Hati aku masih mendung. Mungkin ayah juga begitu.
Mengenang dugaan bersama puteri yang dikasihi. Segalanya sudah diluah.Keputusan
untuk bersemuka dan menyuarakan isi hati pencetus pada ‘kemendungan’ yang belum
bernoktah ini..
Sepanjang ingatan 24 tahun
singgah di dunia, belum pernah ada satu detik mahupun saat aku terlintas untuk ‘berbalas
kata’ dengan insan bergelar ayah.Selalunya perbualan, perbincangan kami hanya
sekitar perkara ilmiah tapi kali ini lebih bersifat peribadi. Aku tau sarat yg
ditanggung hati ayah tapi aku juga tak mampu menyembunyikan angin debu dalam
hati. Benteng pertahanan semakin lama semakin goyah.Menanti masa menyembam ke
tanah..
Sekian lama aku berdiam. Cuma
melihat dan terus melihat demi seorang ayah,
insan yg teramat bermakna dalam hidupku.Segunung hamparan laut pun tak
mampu menzahirkan betapa dalamnya kasih sayang antara kami. Dia insan yang
telah memperlihatkan aku akan syurga neraka.Tapi gejolak hati telah
menghantarkan kekuatan baru dalam hidupku.Kekuatan untuk memohon pencerahan dalam
kesuraman yang melanda sejak sekian lama..
Dan untuk pertama kalinya..aku
telah mencalarkan kanvas hati itu.Bukan niatku tapi aku tidak punya pilihan
yang lebih baik.Hari ini, senyum diwajah ayah sudah tidak kelihatan.Rajuknya
belum surut. Aku sudah memohon maaf tapi maafku belum dijawab. Jujur..aku
sangat meratapi kondisi sukar ini. Kalau boleh diputar masa, aku memilih untuk
menarik semula kata2ku tapi apakan daya.Hidup yang berjalan mengikut
sunnatullah tidak memungkinkan itu berlaku.Aku redha dengan natijahnya..
Tiada sepatah kata yg keluar dari
mulut ayah untuk aku hari ini. Hilang sudah sorot mata yang pernah menatap aku penuh
kasih sayang. Kekecewaan ayah nyata mendalam. Siapa sangka puteri yang diberi
didikan agama sepenuhnya boleh menjadi lebih ‘besar’ dari seorang ayah. Aku berdosa. Dimana akhlakku? Dimana nilaiku?
Sungguhpun aku sudah menutur maaf namun tidak semudah itu hati yg luka bisa
disembuhkan. Aku memahaminya..
Ayah..walau apapun yang terjadi
antara kita hari ini, kakcik tetap sayang ayah sebab ayah dunia dan akhirat
kakcik. Bukan salah didikan ayah kakcik berani ‘bersuara’ tapi mungkin hati
muda kakcik yang belum betul2 ikhlas menerima suratan kerana kakcik BUKAN Saidatina
Fatimah. Kakcik tau jodoh,pertemuan, ajal, maut semua di tangan Allah tapi kita
berhak memilih jalan untuk menentukan takdir itu..menjadi seperti apa dan bagaimana.
Semoga Allah membuka hati ayah untuk memaafkan
aku dan merapatkan kembali hubungan ayah dan puterinya. Tiada senjata paling
bermakna dari doa.Moga Allah mendengar rintihan aku dan menaupkan yang retak
agar kembali seperti sediakala.Moga masih ada sinar. Biiznillah,insyaAllah..
0 comments:
Post a Comment