Entah kenapa hati dihambat sayu
lagi.Banyak perkara yg terlintas dibenak fikir.Tentang hidup dan kematian..
Fitrah manusia cintakan duniawi
walhal ukhrawi sepatutnya diutamakan.Manusia sentiasa mengejar kesempurnaan sedangkan
kesempurnaan hidup tak pernah menjanjikan syurga sebagai ganjaran.
Siang tadi lepas subuh, aku tak
baca mathurat sebaliknya aku ganti mathurat dengan Surah Al Hadid.Sampai pada
ayat ke20, kelopak mata mula rasa panas. ‘Dan kehidupan dunia tidak lain
hanyalah kesenangan yang menipu’..
Sungguh palsu kehidupan.Busuk
lagi membusukkan.Dunia penuh dengan dosa dan noda.Kadang2 jadi terfikir,untuk
apa aku dilahirkan kalau akhirnya aku bakal ke neraka?Adalah sangat biadap
seorang manusia hina mengutarakan soalan sejijik ini.
Hakikatnya aku takut.Takut dengan
kematian.Sejak akhir2 ni, cerita kematian selalu singgah dipendengaran.Aku
takut mengenang dahsyatnya neraka. Aku jadi teringat tentang cerita yang
diceritakan Cik Ros petang semalam.Kata Cik Ros, dia punya pengalaman mengadap
orang yang sakarat.Dia tengok betapa sakitnya jiran dia sebelum menghembuskan
nafas terakhir.Menguis2 tilam sampai terkoyak.Sedang nabi yang maksum juga
merasa azab yang amat saat diangkat roh keluar dari badan,apalagi kita manusia
biasa ini.
Soal kematian kembali mengimbau
peristiwa malam kelmarin bilamana penyakit aku menyerang kembali. Rasa
perjalanan darah semacam terhenti.Terjerit2 panggil mak. Susah untuk aku
gambarkan benak perasaan tiap kali penyakit ni datang. Dah 4 tahun penyakit ni
duduk dibadan aku.Dulu masa di Universiti, kawan2 selalu sangka kalau aku
main2. Tapi bila dah 2,3 kali tengok kejadian sama, baru meraka percaya kalau
penyakit yang tidak bernama ini sememangnya wujud ditubuh aku.
Walaupun apapun,aku yakin tentang hikmah dibalik tiap ujian.Mungkin saja ini kifarah atas semua dosa yang pernah aku lakukan.Setiap sakit yg datang mengajak aku berfikir tentang singkatnya kehidupan dan harus senantiasa bersiap sedia menghadapi kematian.
Walaupun apapun,aku yakin tentang hikmah dibalik tiap ujian.Mungkin saja ini kifarah atas semua dosa yang pernah aku lakukan.Setiap sakit yg datang mengajak aku berfikir tentang singkatnya kehidupan dan harus senantiasa bersiap sedia menghadapi kematian.
Semoga Allah membari aku dan
kalian kekuatan dalam menghadapi hari2 mendatang dan dalam menghadap Allah
kelak.Moga saja kita ditakdirkan mati keadaan kita beriman kepada Allah,
agamaNya, RasulNya, kitabNya, akhiratNya serta untung baik dan untung jahat yg
telah Dia takdirkan.Amin, amin,amin ya
Rabbal alamin..
2 comments:
Salam sayang buat teman yang ku sayang...'Beribadatlah seperti kita akan mati keesokan hari, berkerjalah bagai kita akan hidup 1000 tahun lagi'..Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Semoga kita mati dalam sebaik-baik kematian..Selagi nyawa masih ada dikandung badan selagi itulah syiar Islam perlu diperjuangkan.Hidup bermaruah, mati kita syahid. Mulia kita kerana Islam.Bagaimana penghujung hayat kita, itu bukan urusan kita, yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa dan berusaha untuk menjadi Hamba Allah yang soleh dan diredhainya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang dicintai Allah SWT.doakn saya disini...=)
Post a Comment