Saturday, May 19, 2012

REDHA..


Banyak perkara yang berlegar dalam ruang fikir aku sekarang.Luar nampak tenang, dalamnya berkocak badai.Tak tau apa patut aku fikir dan perbuat..

Aku bukan budak kecil lagi.Sepatutnya sudah boleh menerima segalanya dengan tenang.Tapi hati dipasak ketidakredhaan. Aku tidak redha dengan siapa sebenarnya?Apa pada Allah yang mentakdirkan keadaan ini? Nauzubillah.

Zulaikha, belajar redha, sabar dan menerima tiap2 ketentuan dengan penuh keikhlasan.Dah 24 tahun bersemuka dengan dunia, bergelumang dengan agama, kenapa hati masih keras?Barangkali  ada yang tak kena dengan ibadah dan muamalah. Iman tu sifatnya kuat. Tak bisa ditembusi satu apapun. Tapi iman aku bergoyang. Apa layak cerita soal iman? Islam? Dugaan aku kuat, berat. Memang aku salah tapi desakan hati memungkinkan semua berlaku.

Aku selalu beranggapan hidup aku pendek.Boleh sirna sekelip mata.Tapi kenapa aku tak ambik iktibar dari sisa pendek ini? Sewaktu dalam janin lagi Allah telah menetapkan 3 perkara dalam hidup kita. JODOH, AJAL, REZEKI. Allah tak mintak buat apa2 malah Allah yang sediakan semua. Tak tahu nak bersyukur lagi? Ketidakpuasan hati apa yang mahu dimonologkan dengan Allah? Dasar manusia tak kenang budi. Masih nak pertikai kehendak Allah walhal Allah cuma mintak seperkara-REDHA..

Nikmat jari sudah Allah tarik.Jari kekal sakit dan bertukar warna hitam walaupun dah 2 bulan lebih berlalu. Kalau tak betul2, mungkin jari kaki ni bakal dipotong. Title cacat akan jadi milik aku. Jadi sebelum Allah tarik nikmat2 lainnya, aku akan didik hati aku sebaiknya untuk redha dan sentiasa mensyukuri.

Mohon Allah limpahkan kekuatan hati dalam menghadapi hari2 pendek ini. Mencampakkan keredhaan dalam segenap ruang. Ya Allah, lenyapkanlah perasaan ketidakredhaan dari hati hamba hina ni. Aku tak mahu mengenang perkara sudah. Realitinya hidup aku adalah hari ini. Maaf sudah dipohon. Terima atau tidak bukan soal aku lagi. Pergilah segalanya. Pergi dan jangan pernah kembali lagi.

Sunday, May 13, 2012

MASIH ADA SINAR...


Aku teringat pertemuan dengan ayah siang tadi. Hambar. Hati aku masih mendung. Mungkin ayah juga begitu. Mengenang dugaan bersama puteri yang dikasihi. Segalanya sudah diluah.Keputusan untuk bersemuka dan menyuarakan isi hati pencetus pada ‘kemendungan’ yang belum bernoktah ini..

Sepanjang ingatan 24 tahun singgah di dunia, belum pernah ada satu detik mahupun saat aku terlintas untuk ‘berbalas kata’ dengan insan bergelar ayah.Selalunya perbualan, perbincangan kami hanya sekitar perkara ilmiah tapi kali ini lebih bersifat peribadi. Aku tau sarat yg ditanggung hati ayah tapi aku juga tak mampu menyembunyikan angin debu dalam hati. Benteng pertahanan semakin lama semakin goyah.Menanti masa menyembam ke tanah..

Sekian lama aku berdiam. Cuma melihat dan terus melihat demi seorang ayah,  insan yg teramat bermakna dalam hidupku.Segunung hamparan laut pun tak mampu menzahirkan betapa dalamnya kasih sayang antara kami. Dia insan yang telah memperlihatkan aku akan syurga neraka.Tapi gejolak hati telah menghantarkan kekuatan baru dalam hidupku.Kekuatan untuk memohon pencerahan dalam kesuraman yang melanda sejak sekian lama..

Dan untuk pertama kalinya..aku telah mencalarkan kanvas hati itu.Bukan niatku tapi aku tidak punya pilihan yang lebih baik.Hari ini, senyum diwajah ayah sudah tidak kelihatan.Rajuknya belum surut. Aku sudah memohon maaf tapi maafku belum dijawab. Jujur..aku sangat meratapi kondisi sukar ini. Kalau boleh diputar masa, aku memilih untuk menarik semula kata2ku tapi apakan daya.Hidup yang berjalan mengikut sunnatullah tidak memungkinkan itu berlaku.Aku redha dengan natijahnya..

Tiada sepatah kata yg keluar dari mulut ayah untuk aku hari ini. Hilang sudah sorot mata yang pernah menatap aku penuh kasih sayang. Kekecewaan ayah nyata mendalam. Siapa sangka puteri yang diberi didikan agama sepenuhnya boleh menjadi lebih ‘besar’ dari seorang ayah.  Aku berdosa. Dimana akhlakku? Dimana nilaiku? Sungguhpun aku sudah menutur maaf namun tidak semudah itu hati yg luka bisa disembuhkan. Aku memahaminya..

Ayah..walau apapun yang terjadi antara kita hari ini, kakcik tetap sayang ayah sebab ayah dunia dan akhirat kakcik. Bukan salah didikan ayah kakcik berani ‘bersuara’ tapi mungkin hati muda kakcik yang belum betul2 ikhlas menerima suratan kerana kakcik BUKAN Saidatina Fatimah. Kakcik tau jodoh,pertemuan, ajal, maut semua di tangan Allah tapi kita berhak memilih jalan untuk menentukan takdir itu..menjadi seperti apa dan bagaimana.

 Semoga Allah membuka hati ayah untuk memaafkan aku dan merapatkan kembali hubungan ayah dan puterinya. Tiada senjata paling bermakna dari doa.Moga Allah mendengar rintihan aku dan menaupkan yang retak agar kembali seperti sediakala.Moga masih ada sinar. Biiznillah,insyaAllah..


Thursday, May 10, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN AYAH..


Alhamdulillah, aku sudah beransur sembuh  tapi masih di uji dengan kesakitan jiwa. Aku sendiri tak pasti apa  patut dikongsikan disini tapi apa yg pasti, aku sentiasa mengharapkan agar segala ujian ini berakhir..

Rumah yg tersergam indah belum tentu indah didalamnya.Keluarga yang terlihat bahagia,belum tentu bahagia percaturannya.Hanya yang melalui mampu mengerti.

Aku sayang keluarga aku. Aku hargai  semua perkara yang muncul dalam hidupku.Masalah jadikan aku berfikir samaada lari atau hadapi.Orang sering melihat aku dalam posisi tabah, gagah tapi sejujurnya hati aku tidak seteguh karang.Aku belum cukup baik untuk menerima segala ketentuan takdir. Hanya airmata mengiringi..

Puas aku sabar. Letih aku bertahan. Kadangkala serasa mahu gila. Ayah sudah mengeluarkan kata. Segala terpendam diluah.Berlalu dengan seribu kekecewaan.Aku sebak.Tak mampu menutur kata. Sungguh tegar seorang ayah.Begitu hebat hasut 'orang' hingga ayah terlupa bahawa puterinya ini tidak pernah ‘mengasingkannya’ .Aku tidak salahkan ayah. Ayah orang agama.Dia lebih memahami tuntutan agamanya. Dari siang tadi aku tak henti menangis..mengenang dan terkenang kata2 akhir ayah sebelum berlalu pergi meninggalkan kami dengan penuh rasa bersalah..

Teringat semua kenangan lalu. Sungguh cepat masa berlalu.Kalau semalam kami puteri2 ayah manja bersandar dibahu ayah, hari ni semuanya tak lebih dari satu khayalan.Laju sungguh airmata menitis.Ayah sudah jauh berubah..

Esok ulangtahun kelahiran ayah. Aku tidak pasti samaada mahu mengucapnya atau tidak. Moga Allah permudah urusan kami sekeluarga, dalam menghadap kemelut  yang tak pasti bila akan  selesai..

Apapun jua, satu perkara yang aku ingin ayah tahu, aku teramat menyayangi ayah. Walau apapun katanya pada aku siang tadi, tak akan mampu mencalarkan segala jasa dan pengorbanannya padaku selama ini.Sesakit apapun menerima segala bisa kata2..aku akan cuba tabahkan hati. 

Aku berharap dan berdoa,kira dipanjangkan umur,andai ayah sudah tidak berdaya suatu saat nanti, tangan inilah yang akan menyuapkan makanan ke mulut ayah.Tangan ini jualah yang akan membasuh segala najis2 ayah. Mulut inilah yang akan menghadiahkan doa tanpa jemu buat kesembuhan dan kesejahteraan ayah. Kerana aku cuma punya seorang ayah.Tiada galang ganti untuk selama2nya..

"SELAMAT  ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH.."  :'(

Sunday, April 15, 2012

DI BATAS WAKTU..

Allahhu Allah. Dada aku sakit lagi. Malam tadi aku tak boleh tutup mata. Mula pitam habis2an. Mak tanya samaada aku nak ke hospital semula. Aku menidakkan. Mak suruh aku tido sebelah dia, bimbang jadi apa2. Mak urut aku sambil suruh mengucap.

‘Ya Allah, janganlah KAU uji aku lagi’. Cuma tu baris ayat yg keluar dari mulut aku.Dan aku terus mengucap dan mengucap. Aku sempat cakap dengan mak ‘mak,kalau kakcik meninggal malam ni, omak tolong ampunkan segala doso kakcik dari lahir sampai arini.Mudah2an Allah permudahkan jalan kakcik kek akhirat’. Mak memberi respon dengan menyuruh aku terus mengucap sementara mak terus mengurut badan aku.

Aku capai nset. Dalam menahan sakit, aku sempat mencoret sesuatu

‘Salam dik. Dado kakcik sakit sgt2 sekarang.Payah na nak bernafas. Kalau kakcik meninggal, sampaikan ucapan maaaf kakcik kek omak, ayah dan sumo adik beradik kt. Tolong bgitau kek sumo kawan2 kakcik yang kakcik dah takdo.Kakcik mntak mf klu sepanjang berkawan, ado buek kwn2 tersinggung, teraso hati.Mintak halalkan smua yang kakcik ambik atau makan. Ni password sumo laman peribadi kakcik ********. Kalau apo2 jadi, adik bukak dan bagitau sumo kengkawan kakcik yg ado dalam nset ni dan yg ado dalam laman peribadi kakcik pasal kematian kkcik ni. Ni no pin akaun bank kakcik ******. Kalau jadi papo, ambiklah duit dalam tu. Tampung apo yang tak cukup. Adk jago diri bebaik.Tolong tengok2kan keluargo kt. Tengok2an omak dengan ayah.Kakcik sayang adik. Kakcik syg sumo.Maafkan segalo salah silap kakcik .Salam’

Terus bercucuran airmata menahan sebak. Sakit masih aku rasa sampai saat aku tulis ni. Insyaallah, panjang umur, aku dapat post entry ni di blog kejap lagi.

Pada kawan2 yang mengenali saya serta pengunjung blog yg dhaif ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan jika ada berbuat salah pada kalian sepanjang proses perkenalan atau sepanjang menulis entry2 di blog ini.Mohon dihalalkan segala2nya dunia dan akhirat.Sekiranya saya ada berhutang pada semua, mohon dituntut pada ahli waris saya jika sy telah tiada. Saya bimbang andai tidak dapat menulis lagi selepas ini. Mohon doa kalian agar saya bisa sembuh seperti sediakala. Ditangan Allahlah kunci segala penyakit dan kesembuhan .

InsyaAllah,jika panjang umur, saya akan kembali lagi kesini. Pohon kemaafan dari semua. Salam sayang dari hati yang rindu. Salam.

Saturday, April 14, 2012

~HIKMAH~

Aku baru keluar hospital. Takdir menguji lagi. Pitam dan muntah tak berhenti sepanjang jalan.Perut berdenyut yang amat. Pergi klinik swasta. Dr check dan suntik. Dah ambik ubat,terus beredar balik rumah.

Sampai rumah,aku mula sesak nafas. Anak perut rasa macam nak keluar. Kali ni terpaksa pergi hospital. Sepanjang perjalanan mak suruh aku mengucap. Ini bukan kali pertama aku sakit bahkan dah berkali2. Cuma bezanya kali ni aku tak boleh nak tarik nafas. Seluruh badan dah mula rasa sejuk. Aku peluk mak sekuat hati. Aku dah hilang kata. Yang aku fikir,mati. Sampai kat emergency, aku muntah lagi. Perut dah menyentak2. Lepastu terus jatuh menyembam kat lantai. Jururawat bertugas terus usung aku. Dr masukkan air.

Lepastu ambik darah 2 kali. Check BP sampai 4 kali. Dr kata, bacaan BP aku rendah walaupun dah masuk air. Dr kata lagi kena tahan wad sebab bacaan jantung aku laju, 108,bawah paras normal 100, ditambah dengan air dalam badan yang dah kering. Aku di cas gastrik dan keracunan makanan. Doktor tanya samaada aku ada makan di luar.Betul,memang aku makan kat luar sorang2 siang tu sebab sebelum tu aku jumpa pakar tulang di hospital yang sama untuk check kaki. Belum pun hilang kesedihan terima kenyataan yang kaki aku bukanlah retak sebagaimana yang diberitahu oleh dr sebelum ni tapi patah, takdir menguji lagi dan sakit kali ni buat aku rasa..INILAH JODOH TERAKHIR AKU DENGAN DUNIA.

Tapi alhamdulillah,Allah panjangkan lagi usia aku sampai saat aku tulis entri ni.Benarlah mafhum firman Allah ‘"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Maka, apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun, dan tidak pula dapat mempercepatkannya."

Sukar untuk dipercaya, aku sakit berkali2 tapi orang yang tak sakit mendahului aku secara tiba2.Harus menjadi renungan bahawa ada perkara yang tak boleh difikir mengikut logik akal semata2 kerana akal bukan qat’ie. Ini kehebatan Allah yang tiada taranya.

Kata orang,sakit kifarah dosa.Tapi aku melihat ianya jauh lebih besar dari kifarah dan itulah HIKMAH.Hikmah untuk lebih jauh berfikir dan bermuhasabah.Kerana manusia itu sifatnya lupa.Sentiasa lupa sehingga diberi satu titik keinsafan yang boleh mengingatkannya pada pencipta.Tapi diwaktu ajal mendekat, tiada apa yang boleh ditangiskan, tiada apa yang boleh disesalkan kerana beribu sesalan tidak mampu mngembalikan hayat kita di dunia.

PESAN CINTA BUAT SEMUA : Pintu Allah itu sentiasa terbuka. Tidak pernah tertutup walaupun disaat semua insan menutup mata. Allah tidak punya batas waktu.Tetapi DIAlah yang mencipta batas waktu buat hambanya. Bertaubatlah selagi punya masa. Bermohonlah selagi mata masih terbuka. Sesungguhnya DIA maha menerima taubat hambaNYA.

Wednesday, April 11, 2012

SALAM TAKZIAH.AL FATIHAH

Sekalung takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Shahrizan Shahrin Suni yang telah kembali ke rahmatullah pada Isnin, 9hb 4 2012, jam 7 pagi. Allahyarham terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke sekolah di SMK Palong 11.

Kebetulan berita ni aku terima pada jam 6 petang kelmarin sewaktu aku ke hospital untuk urusan pemeriksaan kaki dan Allahyarham meninggal dunia dihospital yang sama. Alkisahnya jururawat yang mengenali aku bertanya kalau2 aku kenal dengan Allahyarham memandangkan Allahyarham merupakan salah seorang guru panatia Pendidikan Islam Daerah Jempol. Aku difahamkan Allahyarham baru 4 bulan mendirikan rumah tangga dan sekarang isterinya sedang mengandung. Sampai di rumah, aku cuba meng’google’ untuk mencari maklumat mengenai Allahyarham memandangkan aku punya ramai kenalan.Mana tahu kalau2 terlepas pandang.Dan aku berjaya menemui hasilnya.

Hasil carian aku menemui facebook serta blog kendaliannya. Rasanya aku pernah melihat Allahyarham tapi tidak pasti dimana. Apa yang menyentuh nubari aku bila membaca entri blognya dibawah tajuk ‘DARI HATI YANG RINDU’.

‘Lama dah aku berenti tulis blog ni.Cadangnya nak sambung tulis lepas selesai walimah aku nanti.Tapi malam ni entah kenapa , perasaan aku dihambat rindu yang semacam dengan sahabat yang seorang ni.Rindu yang amat.Minggu ni 2 kali aku mimpikan dia. Pergi jalan2 entah kemana. Mimpi yang cukup tenang dan memberikan aku perasaan istirahah yang sempurna dan bangun pagi dengan penuh segar. Rindu yang buat aku menulis lagi disini.

(Sumber dipetik dari :- http://cikgukampongan.blogspot.com/2011/11/dari-hati-yang-rindu.html

Allahyarham mimpikan sahabatnya yang telah mendahului beliau.Rupanya mimpi yang dialami 4 bulan lalu membawa petanda kalau Allahyarham juga bakal mengikuti jejak langkah sahabat baiknya itu. Jujurnya aku sangat kagum dengan Allahyarham biarpun tidak mengenali allahyarham secara peribadi.Semangat Allahyarham yang begitu kuat dalam menegakkan syiar islam sukar untuk ditandingi oleh siapa2.Keteguhan hati beliau dapat aku rasai ketika membaca entri2 kendaliannya.

Doaku moga Allahyarham ditempatkan ditempat yang selayaknya, bersama para solihin dan syuhada’.Moga zuriat yang bakal lahir dari permaisuri hati yang dinikahi 4 bulan lalu bakal mewarisi keteguhan dan darah pejuang yang mengalir dalam tubuh Allahyarham abinya. Semoga isteri tercinta serta keluarga Allahyarham diberi kekuatan hati untuk menempuh ujian ini. Jadikan pemergian ini sebagai titik muhasabah buat kita semua agar sentiasa bersiap siaga dalam menanti waktu yang tidak tahu bila kunjungnya. Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Shahrizan Shahrin Suni.

MENCARI SOLUSI..

Banyak masalah mendatang sejak akhir2 ni. Tak tau nak dimulakan dari mana tapi yg pasti, aku harus mencari solusi yg terbaik untuk menyelesaikannya.Ketepikan dulu soal peribadi.Sekarang kita akan bercakap sekitar soal kerja.

GURU-insan yang paling aku hormati. Dulu,kini dan tidak pasti…apakah untuk selamanya. Dulu aku berada diposisi murid. Aku memandang guru umpama malaikat yang tiada ada cacat cela.Tapi sekarang..bila tiba giliran aku berada di posisi guru, perlahan2 pegangan tersebut berubah. Aku semakin mengenali siapa sebenarnya guru. Dan sejujurnya..menurut aku sekarang, tiada ada apa yang boleh dibanggakan pada seorang guru kecuali ilmu.

Membentuk sistem kendiri saat melangkah ke alam pekerjaan cukup membuat aku teruja.Tidak pasti bagaimana halnya dengan orang lain tapi darinya, aku belajar banyak perkara. Keseronokan bergaul dengan guru2 yang pelbagai warna sangat mendewasakan. Lama kelamaan aku mulai sedar kalau warna-warna yang menyaluti tubuh guru disekelilingku mula pudar.Karat2 yang terlindung dibalik warna tersebut makin jelas kelihatan. Aduh!betapa hodohnya guru dalam karat begitu.

Dalam senyum ada iri, dalam bicara ada duri.Mungkin itu kata yang sesuai untuk menggambarkan siapa sebenarnya guru.Aku sudah lali dengan tohmahan, umpatan dan cacian guru2 yang kini bergelar kawan. (Kawankah?) Ada saja cacatnya perlakuan aku. Bercampur salah, menyendiri juga salah. Jadi apa harus aku lakukan? Mengapung diri atas langit? Kalaulah aku sehebat itu…..

Aku merotan dikata mendera, aku mendidik dikata mengherdik. Apa murid2 harus didukung, ditimang2? Itu baru nama sayang? Kalau itu nama sayang, lebih baik tutup sekolah dan buka taman asuhan. Mungkin itu lebih bertepatan. Seterusnya nanti kt lihat hasil pelajar2 yg sentiasa ditimang2 dan disayang2 24 jam ini. Apakah kita menternak orang atau beruang. Aku bukan tuhan untuk menghukum tapi janganlah kerana sikap mazmumah kebanyakan guru seperti ini, habis rosak susu sebelanga.

Kembali pada matlamat asal, apakah solusi terbaik untuk menangani guru2 seperti ini? Dengan sindirankah? Nasihatkah? Atau bagaimana? Menurut aku jelas. Pintu Allah itu ada 2. Segala pilihan terletak ditangan kita. Kalau anda tidak pandai berfikir,tidaklah anda menjadi guru. Tak begitu?

Pesan aku pada mereka yang bergelar guru : Profesion anda ini sangat mulia. Muliakanlah diri anda sebagaimana Allah mengangkat anda ditempat sekarang. Buangkan dengki,khianat,iri hati dan adu domba kerana jika anda tidak berbuat demikian, pintu neraka setia menanti kedatangan tetamu kehormat seperti anda. Salam takziah..