Tuesday, July 17, 2012

TABAHLAH WAHAI HATI..

Hampir seminggu blog tak berjenguk.Dan selama seminggu ni jugaklah aku tak nampak wajah ayah. Aku tahu ayah ‘sibuk’. Jujurnya aku teramat rindukan ayah. Rindukan saat2 indah yang pernah menghiasi hidup kami adik beradik.

Kadang-kadang ada perkara yang sukar diungkap dengan perkataan kerana perkataan tak mampu menterjemahkan sebenar2 emosi. Apa yg perlu kita lakukan, pasrah dan redha dengan setiap ketentuan. Mengungkap redha itu mudah tapi untuk melaksanakannya amat payah. Apapun ini takdir yang telah ditetapkan buat aku dan keluarga. Ikhlas menerima beerti iman kita separa sempurna.Ya Allah, berikan aku keikhalasan kerana Engkau Maha Mengetahui sebesar apa ikhlasku dalam menerima ujianMu ini..

Tiap orang berbeza ujian. Aku, kamu dan kita. Allah Maha tahu sejauh mana kekuatan kita dalam menghadapi tiap kekalutan.Kalau perasan, kebanyakan entry yang dipublishkan disini lebih terarah pada sorot duka. Kalau diimbau semula tujuan asal aku mewujudkan blog ini, seolah2 maksud asalnya SEDIKIT terkehel. Laman untuk perkongsian ilmu & pandangan ini telah menjadi satu laman peribadi untuk meluahkan tiap2 bait perasaan. Apapun perlu diingat, tidak selamanya manusia berada dalam keadaan seimbang kerana hidup penuh ujian. Kalau tak berat, mungkin kurang..

Mungkin bagi sesetengah orang, kisah peribadi cuma untuk simpanan bukan tatapan tapi bagi aku, sesuatu 'makanan' yang disimpan terlalu lama tanpa 'dihidangkan', akan mengundang 'kebasian'.Bukan itu saja bahkan orang tidak dapat merasai dan menikmatinya bersama2 kita. Ini bukan soal peribadi @ simpanan tetapi soal sejauh mana kita mengaplikasi bahasa agar sesuatu keadaan itu dapat disamarkan dan tidak nampak terlalu ‘memenatkan’.

Aku dengan ujian perasaan.Kalian? Tiap ujian ada jalan penyudah. Jambatannya ialah sabar. Seperti anak sungai yang punya awalan dan pengakhiran. Moga Allah campakkan kekuatan dan kesabaran –satu2nya doa yang tak pernah terhenti dari dulu hingga sekarang kerana Allah Maha tahu bahawa aku tidak cukup kuat dan tidak cukup sabar hingga bisa ‘menghentikan pendarahan’. Ibarat kata kawan aku ‘ika penyabar tapi pendendam’. Moga saja kata2nya itu tidak menjadi doa yang makbul buat aku kerana aku tak perlukan doa2 semacam itu..

Mohon doa dari kalian agar dipermudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga. Dihidupkan dan dimatikan kami dalam iman.Tabahlah hati.Sesungguhnya jalan masih terbuka..

2 comments:

Anonymous said...

salam shat ke?ingt lg tak skyshark_01@yahoo.com nnt pm sy ye..

AHKIALUZ said...

Waalaikumussalam.InsyaAllah,ingat.Terima kasih sudi berkunjung ke laman ni..

Post a Comment