Monday, December 28, 2009

SERUAN AL-QARADHAWI AGAR PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI MALAYSIA TERUS DIPELIHARA


BERITA Islamonline.net di bawah tajuk: “القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi Mengajak Malaysia Agar Berpegang Dengan Jati Diri/Peribadi KeIslamannya), melaporkan, antaranya:

الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج.

Maksudnya:

Dhoha- Al-‘Allamah As-Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keIslamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.

وخلال لقائه أمس مع رئيس الوزراء الماليزي نجيب تون رزاق، دعا الشيخ القرضاوي رئيس الوزراء والعلماء للتكاتف من أجل المحافظة على الشخصية الإسلامية الماليزية "أشعرية العقيدة شافعية المذهب" لمواجهة أي تسلل فكري ومذهبي وافد من الخارج يشتت وحدتهم ويفسد عقيدتهم.


Maksudnya:

Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Syeikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keIslaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.

Kemudian disebutkan:

وعقب رئيس الوزراء الماليزي على كلام الشيخ القرضاوي، مؤكدا حرص حكومته على أن تبقى الشخصية الإسلامية الماليزية بعيداً عن الخلافات المذهبية التي تشتت ولا تجمع.

Maksudnya:

Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Syeikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawa kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keIslaman negara Malaysia agar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka.

Rujukan:

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1260258249444&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout

Thursday, December 3, 2009

“MENUJU KEBAHAGIAAN SEJATI: Koleksi Hadith Serta Sanad Riwayat al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah"


HARI ini, seruan kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith kuat kedengaran di mana-manapun ufuk bumi Tuhan. Hal ini kerana, Al-Quran dan Al-Hadith, di samping Ijma’ dan Qias, adalah sumber pegangan umat Islam. Melalui penghayatan keempat-empat sumber ini, umatnya pasti akan berjaya. Begitupun, perlu diketahui, bahawa keempat sumber pegangan Islam ini tidak akan mencapai tahap ketulenan sejati, sekiranya tidak melalui sistem bersanad. Sanad, dalam tradisi keilmuwan Islam amat penting dititikberatkan kerana sangat berkait rapat dengan hadith-hadith Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam, selain kitab-kitab warisan ilmiah Islam (turath) turut diriwayatkan secara bersanad bagi memastikan ketulenan isi kandungan kitab-kitab tersebut sama ada secara riwayah atau dirayah (kefahaman) tanpa sebarang penambahan daripada pihak ketiga.


Memiliki sanad sama ada Al-Quran, hadith dan disiplin ilmu-ilmu Islam yang lain adalah perlu bagi memastikan ketulenan dan keasliannya. Hal ini turut diperakui oleh para ulama muktabar. Ibn Abi Hatim Al-Razi meriwayatkan dengan sanadnya kepada Imam Abdullah bin 'Aun bahawasanya beliau (Imam Abdullah) berkata: "Tidak boleh diambil ilmu ini (ilmu hadith dan ilmu agama) melainkan daripada orang yang telah diakui pernah menuntut sebelum itu (pernah meriwayatkan ilmu dari gurunya secara bersanad juga).”- (Al-Jarh Wa At-Ta'dil 1/ 28). Imam Abdullah bin al-Mubarak berkata: "Isnad (sanad) menurutku adalah agama. Kalaulah tanpa sanad, sesiapa sahaja akan bercakap apa sahaja (dalam urusan agama). Jika ditanya kepadanya "siapa yang menyampaikan kepadamu (meriwayatkan kepadamu hadith-hadith dan ilmu agama), nescaya dia akan kebingungan (tidak mengerti kerana tidak pernah mempuyai sanad).”

Buku, “Menuju Kebahagiaan Sejati: Koleksi Hadith Serta Sanad Riwayat al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah bin al-Marhum Tuan Guru Hj Abdurrahman” oleh Ustaz Mohd Zaidi Abdullah adalah sebuah karya yang memaparkan kesinambungan tradisi keilmuwan dalam periwayatan ilmu hadith.

 Tuan Guru Hj. Abdullah bin Tuan Guru Hj. Abdul Rahman (1933-2008) berjaya memperoleh tauliah ijazah tadris daripada dua orang guru di Masjidil Haram, Makkah iaitu Sheikh Daud bin Sulaiman Al-Kalantani dan Sheikh Mukhtar Amfanani setelah diuji selama seminggu. Daripada dua puluh orang calon, hanya tiga orang sahaja yang lulus. Ijazah bentuk seperti ini memang berlaku sejak zaman kegemilangan ulama silam lagi. Penerima ijazah seperti ini layak mengajar apa yang dipelajari. Tuan Guru juga mengajar di Masjidil Haram Makkah selepas belajar selama lima tahun. Beliau pulang ke Malaysia pada tahun 1967 Masehi.

Dalam buku Menuju Kebahagiaan Sejati ini disebutkan tokoh-tokoh yang memberikan ijazah kepada Tuan Guru Hj. Abdullah selain dari dua orang tokoh yang baru disebutkan diterima juga sanad-sanad ilmu daripada Sheikh Al-Musnid Ad-Dunya Muhammad Yasin Al-Fadani, Sheikh Muhammad Salih Idris Al-Kalantani dan Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Mutallib Al-Mandili.

Antara keistimewaan Tuan Guru dalam bidang keilmuan adalah beliau amat rapat dengan Pak Da Eil Al-Fathani yang mengasuh ilmu ‘aqli dan ilmu alat. Hubungan yang amat rapat hingga dipelajari apa yang kurang diketahui oleh ulama Melayu lain seperti Hikmah Ishraqiyyah, yang tokoh utamanya ialah Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali diterima dalam Ahli Sunnah kerana menerima wahyu sebagai dalil. Keistimewaan dalam keilmuan beliau juga adalah berjaya menyelesaikan pengajian Sahih Al-Bukhari berdasarkan naskhah Al-Yunini (merupakan naskhah Sahih Bukhari yang paling baik kerana menghimpun pelbagai riwayatnya dengan rujukan ketelitian daripada Ibn Malik. Naskhah ini juga diakui ketelitiannya oleh Al-Amir Al-Kabir, Sheikh Muhammad Yasin Al-Fadani dan Al-Hafiz Ahmad Shakir). Pengajian ini di bawah bimbingan Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili.

Jasa Tuan Guru Hj. Abdullah diiktiraf hingga dimartabatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan. Selain itu, Tuan Guru Hj. Abdullah juga telah memberikan ijazah antaranya kepada:

1. Sheikh Al-Habib ‘Umar Al-Yamani (menerima ijazah beberapa minggu sebelum Tuan Guru meninggal).
2. Ustaz Mohd Zaidi Abdullah (penyusun buku di atas dan diamanahkan oleh Tuan Guru Abdullah untuk membuat penyelidikan bagi mengembalikan maruah tradisi pemikiran pondok).
3. Sheikh Muhammad Afifi Al-Akiti (lulusan pesantren di Jawa dan pengajian talaqqi di Maghribi - kini mengajar di Universiti Oxford).
4. Ustaz Nasuha (kini berada di Mesir).
5. Sheikh Muhammad Fuad Rembau Al-Makki (Ahli Majlis Fatwa N.9 dan Yayasan Sofa Negeri Sembilan).
6. Ustaz Rosli (Muar Johor).
7. Ustaz Hazli (mantan Setiausaha Pondok Lubok Tapah).
Pemaparan karya ini adalah bertujuan:
1. Memelihara sanad agar tidak hilang dan pupus akibat metode pengajian moden dan berusaha mencari isnad yang tinggi, iaitu yang hampir dengan Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam.
2. Menjaga ilmu warisan di pondok secara berguru (talaqqi) dengan lebih jelas kerana di dalam sanad disebut secara nyata nama-nama ulama.
3. Mengukuhkan jati diri umat Islam terutama dalam pemeliharaan Al-Quran dan Al-Hadith lebih-lebih lagi dalam era kemajuan teknologi maklumat dan kecepatan serangan globalisasi.
4. Memperoleh nikmat sebagaimana dinyatakan oleh junjungan mulia RasululLah ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Sehubungan dengan ini, Sufyan Al-Thauri berkata: “Isnad itu hiasan bagi ilmu hadith, maka sesiapa yang memperuntukkan dengannya (isnad) maka dia seorang yang berbahagia.
5. Memadukan antara ilmu naqli dan aqli. Inilah jawapn untuk kemajuan umat Islam dari segi rohani dan jasmani.
6. Memperlihatkan masih wujudnya penyelidikan sanad sekalipun penulis-penulis terkenal seperti Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan lain-lain merekodkan hadith-hadith mereka ke dalam buku-buku. Hal ini patut ditekankan kerana, mutakhir ini ada individu dan pihak tertentu yang berpendapat bahawa tiada penyelidikan sanad lagi selepas tokoh-tokoh hadith telah membukukan hadith-hadith mereka. Pembaca perlu sedar dengan insaf bahawa penyelidikan sanad masih wujud sekalipun, antaranya Imam Al-Bukhari telah membukukan hadith-hadith, ini kerana Sahih Al-Bukhari sendiri mempunyai pelbagai lafaz bagi sesebuah hadith. Atas dasar inilah taraf seseorang perawi dikaji untuk menentukan lafaz yang lebih sahih.
7. Memudahkan pembaca mengenang jasa-jasa ulama Islam yang berusaha dengan tidak kenal jerih payah membela ajaran Islam sehingga sampai kepada generasi kini. Ini berdasarkan hadith bermaksud, “Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia pasti dia tidak bersyukur kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala.”

Buku ini sesuai bagi sesiapa yang berminat dalam ilmu hadith, terutamanya bagi para guru dan pelajar yang masih dahagakan ilmu.

Terbitan Syathariyah Niagajaya Sdn. Bhd.
Tahun 1423H/2002M
Harga: RM 15.00
Untuk pesanan, sila emailkan ke alamat: fathoniebest04@yahoo.com.
http://rimbunanrindu.blogspot.com

Wednesday, November 4, 2009

BETUL..BETUL..BETUL..



‘CERAMAH TANPA TAULIAH , DR ASRI DITAHAN’ Itu tajuk muka depan akhbar Utusan hari ini. Aku sendiri tidak pasti apakah aku harus simpati atau gembira dengan berita ini. Semasa dalam perjalanan pulang dari Cemomoi tadi, aku sempat bertanyakan ayah tentang berita yang terpampang di muka depan akhbar itu, sekadar untuk melihat reaksi ayah.

Dalam kepenatan (sambil menyandarkan badan di kusyen kereta sebelah pemandu dengan mata tertutup), ayah menggagahkan diri untuk memberi respon pada pertanyaanku. Bilang ayah, ayah tak sempat baca akhbar hari ni sebab banyak urusan perlu diselesaikan di Kuantan tadi. Cuma kata ayah, ramai orang marah pada Dr Asri sebab Dr Asri sudah terlalu banyak memperlekehkan ulama’. Imam Ghazali tak betul, Imam Syafie tak betul, semua tak betul. Kalau dah semua tak betul, siapa yang betul? Dia sorang aje yang betul. Bak kata Upin dan Ipin, betul, betul, betul. Hehehe.

Ujar ayah lagi, dari sudut Islam, ceramah tanpa tauliah bagi orang yang benar ilmunya bukan 1 kesalahan tetapi dari sudut undang2 manusia, salah. Sama macam kita bawak kereta. Bawak kereta tanpa lesen bukan satu kesalahan tetapi mengikut undang2 ciptaan manusia, salah kerana melanggar peraturan jalanraya. Kalau tak jumpa dengan polis, boleh lepas, tapi kalau nasib tak baik? Kena samanlah jawabnya. Macam tulah hal yang terjadi pada Dr Asri. Kata ayah lagi, mungkin masa Dr Asri jadi mufti dulu, dia tak ambik tauliah untuk berceramah di semua negeri. Dia kan mufti kontrak, ulama’ yang paling ‘kamcing’ dengan Shahidan. Dr Asri pakar hadith. Dia memang hebat bab2 hadith ni cumanya silap dia sebab dia nak buat apa yang ada dalam hadith saja. Yang takde, tinggal. Tak bolehlah macam tu sebab dalam islam, kita ada sumber perundangan hukum Islam yang lain. Kita ada Ijmak, ada Qias. Contohnya macam lampu isyarat. Ada sebut dalam hadith? Takde. Tentang jangan bawak kereta laju2. Ade sebut dalam hadith? Takde sebab masa zaman nabi belum wujud kereta. Tapi ulama’ gunakan ijtihad berdasarkan Qias yang terdapat pada ayat ‘wa la tulku biaidikum ila tahlukah’-janganlah kamu campakkan diri kamu kearah kebinasaan. Kan bawak kereta laju2 tu boleh sebabkan kita accident? Accident tu lah yang dimaksudkan dengan ‘kebinasaan’.


Kata2 ayah tentang Dr Asri kembali mengingatkan aku tentang soalan yang aku ajukan padanya semasa beliau datang memberikan ceramah di Terengganu tahun lepas. Ketika itu dia masih lagi menjawat jawatan Mufti Perlis. Aku bertanyakan tentang cadangannya supaya kitab bible diterjemahkan kedalam bahasa melayu bagi membetulkan salah faham yang terdapat didalam bible itu sendiri. Laju saja mulutku menuturkan ‘kalau cadangan Dato’ disuakan pada golongan cerdik pandai Islam, saya fikir itu bukan satu masalah tetapi jika golongan sasaran Dato’ adalah mereka yang datang ke masjid dan surau, saya fikir cadangan tersebut harus dikaji semula sebelum dilaksanakan. Sedangkan Al Quran sendiri tak sempurna dipelajari oleh umat Islam, apatah lagi kita nak mengajarkan bible yang ternyata sesat dan menyesatkan. Bukan dari kalangan umat Muhammad yang tempang langkah, sumbing bicara’.
Dengan nada tegas beliau menjawab ‘mungkin saudari silap faham apa yang saya tulis. Cuba tengok Ahmad Deedad. Dia juga mengajarkan dan menterjemahkan bible bagi membetulkan salah faham yang terdapat dalam bible. Dia cuba buat perbandingan diantara Al Quran dengan bible supaya orang boleh buat penilaian dan akhirnya masuk Islam kerana mengakui kebenaran Al Quran’. Aku yang belum berpuas hati dengan responnya bangun semula dan membuat pernyataan balas ‘betul Syeikh Ahmad Deedad ajar bible tapi dia ajar kepada orang Kristian yang hari2 baca bible, yang dah tau isi kandungan bible. Bukan pada orang Islam’.


Dr Asri tetap tidak mahu mengalah. Dia masih tetap dengan pendiriannya dan hujah2nya. Bila aku ingin bangun untuk kali ketiga, teman yang duduk disebelahku segera menghalang. Katanya, bertenang. Sabar saja. Dr Asri memang tidak akan mengalah. Dengar saja apa yang ingin disampaikan. Mendengar nasihat itu, aku segera istighfar. Betul kata temanku. Tokoh’ kontroversi seperti DR. Maza itu memang tidak akan mengalah. Jadi aku diam saja sampai habis ceramah. Sebaik selesai ceramah, aku mendapat satu mesej dari nombor yang tidak aku kenali. Didalam mesej itu tertulis ‘Mafhum Hadith : Barangsiapa yang mengelakkan dirinya dari sebarang perbalahan sekalipun dia berada di pihak yang benar, maka Allah akan mengurniakannyq sebuah taman di taman syurga’. Sampai ke hari ini aku tidak tahu siapa pengirim mesej tersebut cuma aku andaikan mungkin mesej itu datangnya dari akhawat yang turut mengikuti ceramah Dr Asri. Itu tidak penting. Yang pentingnya, isi kandungan mesej itu yang mengajar aku supaya melebihkan sabar dalam apa juga perkara. Sekadar meminjam trademark Upin dan Ipin, Betul, betul, betul. Semoga Allah berikan kita hidayah dan magfirah dalam melalui hari2 didunia yang bakal ditinggalkan ini. Amin.



ANALISIS ISU PENAHANAN DR. ASRI TANPA TAULIAH



Penangkapan DR. MAZA oleh JAIS dan polis tempoh hari menimbulkan polimik yang berterusan. Timbul pelbagai pro dan kontra dalam setiap kupasan isu tersebut sama ada di media massa, eloktronik, di kalangan ilmuwan, orang awam dan sebagainya. Bagi yang bersetuju dengan DR. MAZA akan terus memberikan sokongan kepadanya dan membantah pihak JAIS. Bagi mereka DR. MAZA di pihak yang benar dan JAIS adalah pihak yang salah. Manakala, bagi pihak yang menyokong penangkapan MAZA akan terus menyokong JAIS dan terus menolak MAZA. Bagi mereka, JAIS di pihak yang benar kerana membendung fahaman yang dibawa oleh MAZA (Salafi-Wahabi).


Wajar atau tidak penangkapan DR. MAZA bukanlah isu. Praktikalnya beliau ditahan oleh JAIS adalah kerana TIDAK MEMILIKI TAULIAH dan memberikan terus ceramah di serata tempat tanpa menghiraukan enakmen undang-undang yang telah ditetapkan oleh JAIS di negeri Selangor. Undang-undang itu bukan sahaja bertujuan untuk memastikan hanya mereka yang berkelulusan dibenarkan mengajar. Ia juga bertujuan agar mereka yang tidak sesuai dan layak, dapat dihalang daripada mengajar walaupun mempunyai pelbagai kelulusan dan gelaran akademik. Jika ada yang tidak sesuai dan layak tetapi masih berdegil untuk mengajar walaupun telah diberikan amaran, maka tidak salahlah tindakan penahanan diambil jika dirasakan perlu.
Melalui seksyen 118 (3) EPAINS 2003 memperuntukkan bahawa Jawatankuasa Tauliah hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu. Peruntukan ini juga sama dengan peruntukan di negeri-negeri lain.


Selanjutnya, menurut Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, Jawatankuasa Tauliah turut mempunyai kuasa untuk menetapkan syarat atau sekatan kepada penerima tauliah.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 turut memperuntukkan penalti bagi kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa:
1. Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


Peruntukan undang-undang berkaitan dengan tauliah ini, jika dinilai secara zahirnya, seolah-olah menyekat kepada perkembangan dakwah Islam. Ia bertentangan dengan peranan agensi agama seperti MAIS dan JAIS, kerana syarat-syarat yang dikenakan terhadap penceramah mungkin mengurangkan aktiviti penyebaran syiar Islam.

Bagaimanapun, perkara ini perlu dilihat secara holistik iaitu dalam konteks menjaga agama dan akidah umat Islam. Peruntukan ini diwujudkan untuk memastikan bahawa pengajar dan pengajaran agama yang disampaikan adalah selaras dengan dasar-dasar pihak berkuasa agama dan hukum syarak serta bersumberkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Di negeri Perlis sendiri turut memperuntukkan undang-undang yang sama. Mengikut: Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 Negeri (Perlis), disebutkan pada: Bilangan: 29 Seksyen: 33- Kesalahan: MENGAJAR AGAMA TANPA KEBENARAN:- Hukuman: Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya. Bil: 30 Seksyen: 34*- MENGAJAR @ MENJALANKAN SESUATU ISTIADAT YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS Hukuman: Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya. * Boleh tangkap tanpa waran. [dinukil daripada http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm].

Di kalangan masyarakat umum, mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pula seorang seperti beliau yang memiliki PhD, apalagi sebagai mantan Mufti Perlis dikatakan tidak sesuai dan tidak layak mengajar? Bukankah PhD itu adalah bukti tidak memerlukan tauliah, seperti dakwa beliau? Jawaban pokok kepada soalan ini adalah, DR. MAZA sebenarnya mewakili dan menjuarai suatu aliran pemikiran yang tidak selari dengan fahaman Islam sebenar atau yang biasa dinamakan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Oleh kerana fahaman Islam ASWJ menjadi pegangan asas para ulama dan pihak berkuasa agama di semua negeri di Malaysia, maka DR.MAZA dalam banyak hal menjadi tokoh yang sangat kontroversial kerana beliau sering menimbulkan pandangan yang mengelirukan masyarakat dan secara langsung atau tidak, menggugat kestabilan hidup beragama di negara kita. Apalagi, daripada kebanyakan ceramah dan tulisan beliau, sering membidaahkan fahaman dan amalan agama masyarakat.

Oleh kerana beliau jelas mengambil pendekatan bertentangan dengan arus perdana Islam di Malaysia iaitu tidak mengikuti sawaid a’zham, maka tidak hairanlah beliau diminati oleh sebahagian tokoh, individu dan organisasi yang sememangnya prejudis terhadap arus perdana Islam di Malaysia. Beliau turut diminati oleh mereka yang cenderung terlebih liberalis, rasionalis dan 'pemberani' dalam soal-soal agama kerana mereka ini juga terasa terbatas dengan kuatnya arus perdana Islam ASWJ di Malaysia. DR.MAZA juga menerima dokongan atau sekurang-kurangnya simpati segelintir tokoh agama dan orang politik yang memang sealiran dengan beliau. Aliran Islam yang diperjuangkan oleh DR.MAZA boleh digelar pelbagai nama walaupun beliau sendiri cenderung menggunakan istilah yang bunyinya lebih positif seperti 'tajdid' atau 'kaum muda' atau ‘salaf” serta mengelakkan istilah yang lebih kontroversi seperti 'Wahhabi'.


Sesiapa pun yang sedia mengkaji secara tekun dan jujur segala ucapan, tulisan dan sikap DR.MAZA (yang kebanyakannya boleh didapati di laman webnya) dengan berlatarbelakangkan pertembungan aliran ASWJ dan aliran-aliran pinggiran, akan segera banyak mengesan pola-pola pemikiran yang bertentangan dengan jumhur (majoriti) umat. Taklid dan hormat kepada tokoh ulama dan mazhab ditentang hanya untuk digantikan secara halus dengan taklid kepada tokoh dan alirannya sendiri. DR.MAZA juga sering menyeru kepada minda yang terbuka tetapi pada masa yang sama sering mempermasalahkan perbezaan pandangan dalam isu-isu ranting (khilafiyah) hingga menimbulkan ketegangan sesama Islam. Pandangan mazhab dan jumhur ulama kerap digambarkan sebagai ketinggalan dan jumud sedangkan dalam pelbagai persoalan lain aliran ini jauh lebih ketat dan keras daripada pandangan jumhur ulama. Paling keras dan agresif, aliran yang sedang dikesinambungan oleh beliau itu banyak membidaah dan menyesatkan umat Islam dalam beramal menurut aliran bermazhab.


Lampiran:-
Di sini disertakan catatan perjalanan dakwah Habib Munzir Al-Musawa pada bulan November 2007 sebagai renungan:

PERLIS

PERLIS adalah salah satu wilayah gerakan wahabi terbesar di Malaysia, Mufti (ketua ulama) terpilih di wilayah tersebut adalah seorang muda yang sangat menentang salafus shalih, mencaci para wali dan memusyrikkan muslimin sebagaimana wahabi lainnya, namun ia tak ingin disebut sebagai wahabi, ia mengaku bermadzab Syafii tulen, sebagian besar masyarakat muslimin setempat adalah ahlussunnah waljamaah, namun sebagaimana di negeri kita pun demikian, bahwa muslimin muslimin tidak tanggap dalam hal-hal yang berbahaya yang dapat merusak akidah muslimin.


Acara direncanakan diadakan di surau pimpinan Assyeikh Al-Fadhil Adda’i ilallah Ustaz Yusaini, seorang ulama muda yang sangat gigih menentang ajaran wahabiy di Perlis, acara kami pun terdengar pada mufti, maka mufti (DR.MAZA) mengeluarkan larangan dan menuduh majelis yang akan diadakan ini adalah majelis orang syiah, namun kegigihan Ustaz Yusainiy memperjelas profil kami membuat tuduhan itu tak beralasan, lalu majelis difitnah pula sebagai majelis politik, namun tuduhan itu pun berhasil disanggah oleh Ustaz Yussaine, namun ketika terlihat masyarakat muslimin menyambut hangat majelis akbar ini, maka fihak mufti mempermasalahkan izin masuk dari Imigrasi Malaysia, apakah saya mempunyai izin resmi untuk berdakwah di Malaysia dari Kerajaan Malaysia?, padahal bahwa tak pernah ada undang-undang pelarangan dakwah terkecuali yang berdakwah membawa kesesatan dan menentang kerajaan Malaysia.


Akhir keputusan adalah larangan mutlak dari pihak Perlis bagi saya untuk berbicara pada acara tersebut, dan perintah penangkapan atas saya jika Ustaz Yussaine masih bersip keras mengajukan saya untuk menyampaikan taushiyah di Majelis Tablig Akbar tersebut. Maka saya berbicara dengan lembut pada Ustaz Yusainiy, saya tak risau ditangkap, karena saya akan menghubungi pihak Mabes Polri di Jakarta untuk meminta pihak Mabes Polri menjamin kebersihan dakwah saya dibawah jaminan Mabes Polri, namun tampaknya para pemuda kita di sana risau dan tak ingin sesuatu menimpa saya, maka majelis dibatalkan. Hadirin berdatangan sekitar seribu personil, mereka sudah siap untuk hadir dan mendengarkan, maka ketika diumumkan dengan lugas oleh Ustaz Yussaine bahwa pembicara dilarang berbicara oleh pihak Perlis, hadirin kecewa dan bubar, Jumaat pagi saya menuju Kuala Lumpur.
- Rujukan : MajelisRasulullah

Bagi kita sebagai khalayak yang mengikuti isu seperti ini, wajar mengambil pendekatan yang adil dan saksama dalam menilainya. Paling penting, kita tahu asal usul sesuatu isu tersebut, barulah segala penilaian yang dibuat nanti jauh daripada kesilapan, meskipun barangkali pandangan kita tidak tepat. Paling tidak pun, sesuatu isu yang kita menilai itu mestilah berasaskan ilmu yang kukuh dan utuh, di samping sentiasa merujuk kepada individu yang lebih arif dan faham hakikat sesuatu yang dibicarakan. Ini sejajar dengan firman ALLAH di dalam Al-Quran, mafhumnya: “Bertanyalah kepada ahli zikr (ahli ilmu), jika kamu tidak mengetahui.”


AL HAQIRAH ILALLAH

PORT DICKSON..


Mukaku perit yang amat. Terbakar. Hitam kemerah-merahan. Bukan setakat itu bahkan turut mengelupas. Itu penangan berendam dalam air laut sampai 3 jam. Sejak aku sakit, ayah kerap membawa kami sekeluarga pergi bercuti. Asal saja tiba hari minggu, kami akan pergi melawat tempat2 yang menarik. Hampir semua destinasi pelancongan yang ada di Malaysia telah kami lawati kecuali Sabah & Sarawak. Yang terbaru, semalam. Kami round KL dan kemudian terus ke Port Dickson untuk mandi laut.


Seingat aku, kali terakhir aku pergi ke Port Dickson sehari sebelum berlangsungnya pilihanraya di Bagan Pinang. Port Dickson tidak berubah wajah. Masih kekal sama seperti sebelum pilihanraya. Mungkin ada cuma aku yang tidak tahu lantaran aku bukan penduduk Port Dickson jauh sekali menetap disana. Tidak apalah. Yang penting, aku datang kesana untuk meraikan percutian bersama keluarga. 3jam berendam dalam laut merupakan 1 tempoh yang amat menyeronokkan. Seperti biasa, ayah tidak lokek mengeluarkan belanja supaya kami dapat merasai nikmat percutian yang sebenar. Kami mencuba pelbagai permainan yang disediakan disana. Baik bot, pensil, jetski, semua kami cuba. Walaupun sakit, tapi mimik kegembiraan jelas terpancar diwajah. Memang percutian ini sangat menyeronokkan. Cuma sayangnya, kami tidak mengambil gambar kenangan sebab semua ahli keluargaku turun ke laut untuk merasai dan menikmati 1lagi keindahan alam ciptaan Allah yang bernama laut ini. Penat bukan main. Almaklum, 3 jam didalam laut bukan tempoh masa yang sekejap. Cukup untuk melukakan dan menggelapkan kulit wajahku. Mata masing2 yang asalnya warna putih sudah bertukar menjadi merah. Tapi apa boleh buat. Kami yang pilih jalan ini. Jadi, harus redhalah dengan kesannya. Cuma yang aku kesalkan mengenai bilik mandi untuk mandi air bersih yang terlalu terbuka. Terbuka yang aku maksudkan ialah langsung tidak ada bilik khas untuk mandi mahupun menyalin pakaian. Yang ada cuma deretan pili air paip yang sangat perlahan alirannya. Sekalipun sesama perempuan, kita masih punya batasan aurat. Sekurang2nya sediakanlah bilik khas untuk menyalin pakaian.



Dalam kesesakan manusia membersihkan diri dalam bilik mandi, aku terdengar omelan seorang makcik yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan serta infrastruktur bilik air tersebut. Rasanya isu ini pernah dibangkitkan oleh seorang pengunjung Port Dickson dalam akhbar sedikit masa dulu tapi masih tiada tindakan diambil. Jadi Tan Sri Isa, apa tunggu lagi? Jangan janji pilihanraya jadi retorik semata2. Kalau Tan Sri boleh adakan sambutan perayaan Deepavali di Seliau dengan menjemput macam2 artis untuk merayakan orang India yang dah menangkan Tan Sri dalam pilihanraya tempohari, takkan nak buat bilik mandi khas 5, 6 buah takde duit kot? Saya dengar, orang Bagan Pinang kata Tan Sri Isa orang yang ‘pemurah’. Orang tak mintak pun, dia ‘bagi’. Jadi, ambillah tindakan segera ye Tan Sri ‘sebelum’ rakyat ambil tindakan tahun 2013 nanti. Mudah2an Tan Sri masih kekal menjadi wakil rakyat Bagan Pinang dan terus kekal dengan jolokan manusia ‘pemurah’ yang diberikan oleh orang2 ‘celik’ di Bagan Pinang.



Aku jadi teringat akan isi kandungan ceramah ayah di Masjid Kerayong baru2 ini. Kata ayah, agama ni bukan macam pilihanraya. Dalam soal agama, tak boleh undi. Siapa nak buat, buat. Siapa taknak buat, tak payah buat sebab agama bukan diukur melalui majoriti. Kalau agama ni boleh di undi, nanti orang akan undi, siapa nak buat solat jumaat dan siapa yang taknak buat solat jumaat. Dah tentu yang taknak buat lebih ramai dari yang nak buat solat jumaat. Penyudahnya, tak payah solat jumaat sebab majoriti orang dah tak sudi nak solat lagi. Kan tak boleh tu. Macam dalam pilihanraya, orang cakap ‘apa boleh buat. Rakyat yang pilih pemimpin’. Dalam hadith sebut ‘barangsiapa yang memilih seseorang sebagai pemimpin dan dia tidak redha kepada Allah (sedangkan ada yang lebih afdhal daripadanya) maka dia telah mengkhianati Allah dan rasulnya serta orang2 mukmin’.



Sebetulnya kuasa memilih terletak pada kita cuma kuasa menetapkan itu adalah hak Allah. Sama macam aku memilih untuk mandi laut. Boleh saja kalau aku duduk diam2 diatas pasir sambil memerhati telatah keluargaku yang enak mandi laut. Tapi aku yang sengaja memilih untuk mandi bersama mereka. Jadinya aku tidak boleh salahkan sesiapa atas effect yang aku terima sekarang ini kerana aku yang ‘memilih’. Begitu juga penduduk di Bagan Pinang. Mereka yang memilih pemimpin mereka. Buruk atau baiknya pemimpin tersebut, mereka yang pilih. Jadi kalau Allah tanya di akhirat nanti, pandai2lah jawab deh. Cuma sekadar nak bagi ingat, diakhirat mulut terkunci sebab dah terlalu banyak bercakap masa kat dunia. Allah nak bagi rehat pulak. Allah nak bagi anggota lain yang selama ni dah puas duduk diam untuk bersuara. Tunggulah bila belantan hinggap di jasad kalian. Baru kalian tahu betapa bernilainya agama. Berdoalah moga Allah ampunkan segala dosa yang kita lakukan kerana kita cukup lemah untuk menghadapi siksaanNya..



AL HAQIRAH ILALLAH

PENJELASAN..



‘Ustaz, ada orang kata, Allah hantar gempa bumi kat Padang sebab banyak sangat maksiat kat sana. Cara orang tu cakap seolah2 kat Malaysia ni takde maksiat. Geram pulak saya dengar’. Pernyataan pengerusi sebuah masjid di Felda Jelai memecah suasana tenang petang itu semasa aku ,ayah dan adik sedang menjamu selera setelah tamat kuliah disana. Ayah meletakkan karipap yang sudah dimakannya separuh di tepi alas cawannya. Seketika itu juga ayah menghirup air teh yang sudah hampir suam itu. Kemudian dengan tenang ayah menutur jawapan balas. Kata ayah ‘kat Malaysia ni pun banyak maksiat. Cuma mungkin Allah tak datangkan gempa bumi macam di Padang sebab Allah nak bagi ruang dan peluang pada orang2 kat Malaysia ni untuk muhasabah diri. Dengan harapan ‘la’allahum yarji’un’ –mudah2an mereka kembali pada Allah. Tapi orang kita tak ‘baca’ macam tu. Macam tsunami, siapa jangka tsunami nak hancurkan Bandar Acheh? Bandar Acheh tu ambik masa bertahun2 nak bina tapi Allah hancurkan Bandar Acheh dalam masa tidak sampai 1 jam.

Kita di Malaysia ni, tak tahu lagi apa bala yang Allah nak bagi sebab kita tak boleh fikir. Cumanya kita doa mudah2an Allah tidak murka keatas kita. Macam Nabi Nuh dulu, masa Allah turunkan hujan tanpa henti di tempat baginda dan kaumnya, Nabi Nuh ajak anak dan isteri dia untuk naik bahtera tapi anak dan isteri dia degil. Taknak ikut Nabi Nuh sebab pada anggapan mereka, kalau banjir sekalipun, mereka boleh lari ke atas bukit. Takdir Allah, bukit tu pun habis ditenggelamkan oleh air. Akhirnya matilah semua kaum Nabi Nuh kecuali orang2 yang beriman dan percaya kepada Allah yang ada dalam bahtera Nabi Nuh. Orang kita sekarang macam tulah. Dah datang Al Quran sebagai petunjuk, tak cukup dengan tu, datang pulak alim ulama’ ajar mereka tentang agama tapi orang kita taknak ikut. Sampai masa Allah turunkan azabnya, kita takkan dapat lari walaupun kita duduk kat tingkat yang ke 100 menara KLCC tu’.

Pakcik pengerusi suku abad itu kembali bertanya ‘kalau macam tu, kenapa orang yang beriman pun kene sekali ustaz?’ Ayah mengukir senyum. Tenang saja ayah menjawab ‘apabila bencana Allah menimpa orang2 yang beriman, itu namanya ujian. Kalau menimpa orang kafir, itu namanya bala’. Ujar ayah seterusnya, Allah tu Maha pengasih pada semua manusia dan Maha Penyayang hanya pada orang2 yang beriman. Sebabtulah, orang2 kafir, walaupun mereka ni tak solat, tak bayar zakat,tak buat haji, harta mereka tak berkurang bahkan ada yang kekal kaya raya sampai mati tapi mereka ini adalah orang2 yang rugi di akhirat dan ingatlah bahawa tidak ada kehidupan lagi selepas kehidupan akhirat. Kerana itu di sebut akhirat. Makna dari sudut lughahnya ‘pengakhiran bagi segala hari’.

Tanya ayah, besar sangat ke kita ni sampai taknak ikut cakap Allah? Allah tu tuan,kita ni kuli saja. Kalau rasa diri kita hebat, tak payah buat benda benda besar,cukup kalau kita buat nyamuk sebijik macam yang Allah buat. Boleh terbang dan boleh hisap darah. Kalau kumpulkan pakar seluruh dunia ni pun, belum tentu dapat buat nyamuk yang kecik tu. Tak payah kata nyamuk, cuba kira bulu roma yang ada pada anggota tubuh kita aje. Kalau bulu roma yang ada pada anggota tubuh badan kita pun kita tak mampu kira, itu menunjukkan bahawa kita ini sanagt lemah. Jadi janganlah bercita2 untuk melawan Allah. Fir’aun yang mengaku diri dia Tuhan pun akhirnya mati juga ditelan laut. Firaun kata ‘Ana rabbakumul a’la- aku adalah Tuhan kamu yang Maha Agung’. Hebatnya firaun ni sebab air sungai nil boleh ikut cakap dia. Kalau dia kata kehulu, air sungai Nil ke Hulu. Kalau dia suruh ke hilir, air sungai Nil akan ke hilir. Itu dipanggil sebagai istidraj (kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada orang2 yang ingkar untuk menambahkan lagi kesesatannya). Orang kata Firaun hebat sebab walaupun dah mati, jasad dia masih kekal sampai arini. Sebenarnya Allah dah sebut dalam Al Quran surah yunus,92 : ‘Maka pada hari ini kami selamatkan jasadmu,agar engkau menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu . Namrud yang hebat pun tewas ditangan seekor nyamuk. Nauzubillahhiminzalik.

Pernah di satu ketika yang lain, ada seorang anak murid ayah bertanyakan mengenai mafhum hadith yang berbunyi ‘Dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang mukmin’. Dia minta ayah menjelaskan tentang maksud hadith ini. Bilang ayah, apabila kita mengaku bahawa diri kita ini seorang muslim dan beriman, maka secara automatik, kita tidak lagi bebas kerana terikat dengan peraturan. Kita merasakan ‘seolah2’ seperti berada dineraka. Buat itu salah, buat ini haram. Tetapi apabila kita kafir, maka kita bebas dan boleh berbuat apa saja yang kita suka. Tidak ada manusia yang boleh menghalang atau menyekat salah laku kita. Maka bergembiralah orang2 kafir kerana dunia ini seolah2 seperti syurga bagi mereka. Titipan dari seorang ulama’ ( saya terlupa akan namanya ), ‘kebatilan walaupun nampak kuat tetapi tidak kekal dan kebenaran walaupun nampak lemah akan memperolehi kejayaan’. Firman Allah s.w.t ‘Al haqqu wazahaqal batil ’ - sesungguhnya kebenaran akan mengalahkan kebatilan. Mudah2an kita tergolong dalam golongan orang yang mencintai Allah dan dan dicintai oleh Allah. Amin.


AL HAQIRAH ILALLAH

PAPADOM vs PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN (PBS)



Aku bukan seorang pengkritik filem. Bahkan tidak arif mengenai filem. Aku duduk dalam ruang lingkup panel bebas yang memahami filem berdasarkan apa yang aku tonton. Papadom sebuah filem kekeluargaan, filem yang memaparkan kasih sayang terlampau seorang ayah pada anaknya. Filem yang sangat menyentuh hati. Secara realitinya juga, tidak ada bapa didalam dunia yang sanggup mengekori anaknya 24jam semata2 ingin memastikan keselamatan anaknya. Cuma sayangnya, filem sebaik ini dicemari dengan aksi peluk cium para pelakon yang nyata bukan mahram. Aku sendiri tidak sanggup melihat satu babak dimana Khairiyah mencium Afdlin Shauki.

Bagi orang yang pemikirannya agak ‘kelas’, itu bukan satu kesalahan sebab mereka cuma berlakon. Kalau takde adegan peluk cium, tak real lah filem tersebut. Ini bukan masalah berlakon tapi masalah pelakon. Yang jadi isunya bila pelakon filem Papadom itu semuanya adalah orang Islam. Apabila mereka mengaku mereka itu islam, maka secara automatik, mereka terikat dengan peraturan Islam. Mana dia ajaran Islam yang menganjurkan peluk cium antara orang yang bukan mahram? Tidak ada sama sekali! Jika ada orang mengatakan aku tidak tahu menilai filem, aku ingin menambah bahawa aku ini sememangnya kolot. Bukan seperti kalian yang open minded, funky, stylo. Aku masih hidup dizaman unta. Zaman unta yang mengajar aku tentang nilai agama, tentang adab, tentang batas. Kalau kalian bangga ‘bertelanjang’ sedemikian rupa dihadapan khalayak ramai, aku pula bangga dengan pakaian kurung dan jubah yang menyaluti tubuh bagi melindungi kehormatan serta maruah diriku.

Bagi aku, pelakon majoritinya ‘jahat’. Bukan jahat dari sudut zahiriah tetapi jahat dari sudut nilai Islam. Filem Papadom adalah sebuah filem yang baik pada pengamatanku cuma jika filem seperti ini diislamikkan, hasilnya akan lebih baik. Teringat aku pada sebuah filem Indonesia yang aku tonton awal bulan 9 lalu. Tajuknya Perempuan Berkalung Serban (PBS). Cerita ini dihadiahkan oleh seseorang kepada aku - kini sedang menuntut di Mesir ( Terima kasih Akhi Hafiz). Filem Perempuan Berkalung Serban ini adalah merupakan buah tangan ala2 islamik kedua arahan Saudara Hanung Bramantayo diolah dari karya graduan Al Azhar Indonesia dalam bentuk filem selepas novel Ayat2 Cinta.

Apa yang boleh aku katakan disini, filem PBS arahan Hanung Bramantayo ini adalah lebih baik dari filem Ayat2 Cinta arahannya yang sangat lari dari cerita asal penulis. PBS ini berkisar mengenai kisah Anisa, anak kepada kiyai sebuah pesantren (guru agama pondok) yang memberontak kerana menganggap bahawa Islam tidak adil terhadap perempuan. Dia sering mencari jalan untuk membenarkan tindakannya. Dia selalu mempersoalkan kenapa lelaki sering diberi kebebasan untuk membuat sesuatu sedangkan perempuan pula sebaliknya. Dia turut merasakan bahawa Islam itu tidak adil kerana membenarkan lelaki berkahwin sampai 4 sedangkan perempuan? Hatinya lebih kuat memberontak saat terpaksa menikah dengan lelaki yang telah ditetapkan oleh Ummi dan walidnya kerana sepanjang pernikahan tersebut, jiwanya sering terseksa. Akhirnya Anisa mengambil keputusan untuk bercerai. Setelah itu dia sering memperjuangkan hak wanita dengan berkarya melalui buku. Dia mahukan kebebasan seperti lelaki.

Aku tidak mahu bercerita lanjut tentang babak 2 dalam filem ini kerana apa yang ingin aku sampaikan adalah mengenai mesej yang terdapat didalamnya. Mesejnya cukup kuat bahawa kaum wanita telah diangkat ditempat tertinggi setelah kedatangan Islam dan Islam sama sekali tidak pernah mendiskriminasi kaum wanita. Kaum wanita adalah kaum yang lemah, kaum yang perlu dilindungi oleh lelaki. Kata ayah, Allah muliakan kaum wanita hingga ke tahap Allah menurunkan suatu surah didalam Al Quran yang dinamakan sebagai Surah An-Nisa’. Ada surah Ar Rijal? Tidak ada. Itu menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada kaum wanita. Kenapa lagi orang perempuan tidak tahu bersyukur? Lihat saja Sister In Islam (SIS). Sibuk memperjuangkan persamaan gender. Kononnya kalau lelaki boleh nikah 4,kenapa perempuan tak boleh? Sekarang ini, aku yang perempuan ini pula ingin bertanya kepada kelompok SIS ini tentang soalan yang paling ringkas, kalau si isteri uzur (didatangi haid), siapa yang ingin melayani keempat2 suami tadi? Kan masalah tu. Sedangkan kalau suami kawin 4, uzur isteri yang pertama, boleh ‘makan’ dirumah isteri kedua. Kalau isteri kedua juga uzur, datang ‘makan’ rumah isteri ketiga. Kalau isteri ketiga juga uzur, ‘jamu selera’ di rumah isteri no4. Takkanlah ke4-4 isteri uzur dalam masa yang sama? Mungkin ada berlaku uzur pada waktu yang sama tetapi dalam kategori jarang2 berlaku. Kan cantik Islam tu? Jadi munasabah atau tidak kenapa Islam tidak membenarkan perempuan kawin sampai 4? Jadi aku menyeru pada kaum perempuan, sedarlah diri. Jangan lagi asyik perjuangkan persamaan gender yang langsung tidak ada faedah.

Kesimpulannya, kedua2 filem ini (Papadom vs PBS) adalah filem yang sangat baik kerana padat dengan mesej yang sangat berguna cuma yang membezakan kedua2 filem ini adalah jalan ceritanya. Papadom cerita yang sarat dengan kasih sayang tetapi terlupa untuk mewujudkan elemen agama didalamnya sedangkan PBS pula lebih menjurus ke arah persoalan diantara wanita dan Islam. Bagi penonton yang ‘celik’, gunakanlah kecelikan anda sebaiknya supaya anda bisa peroleh yang terbaik. Selamat menonton.


AL HAQIRAH ILALLAH

MAJLIS WALIMATUL URUS



Aku baru saja mendapat panggilan telefon dari seorang teman. Teman yang ku kira ‘dekat’ denganku masa di universiti dulu. Orang Kelantan. Sengaja ku gunakan istilah dekat. Kiranya, mengikut perumpamaan, kalau tangan kananku dipegang oleh teman yang sangat akrab denganku dari Sabah, tangan kiriku pula dipegang oleh temanku yang satu ini. Dia yang senang dipanggil Kak Idah seringkali mencuit hati teman2 dengan telatahnya. Aku mengenalinya sejak di semester 1 lagi sementelah kami berada dalam kelas yang sama, juga dalam syu’bah yang sama. Aku sangat menyenanginya. Tingkahnya, bicaranya..sangat menghiburkan. Loghat kelantannya boleh dikelaskan sebagai tegar tapi masih boleh difahami. Dia seorang yang sangat bersahaja. Kak Idah satu2nya teman yang masih setia menghubungi aku hingga kini. Almaklum, aku tidak punya kakak. Dia pernah memberitahu kalau aku ini sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri. Syukur punya kakak seperti dia walaupun kami tidak lahir dari rahim yang sama. Bukan tentang dia sebenarnya yang ingin aku bicarakan cuma sekadar mengimbau kenangan bersama dia yang ku panggil teman. Fokus aku adalah pada butir bicara Kak Idah tadi. Dia bertanyakan kalau2 aku sudah mendapat jemputan walimatul urus dari beberapa orang teman syu’bah kami yang akan melangsungkan pernikahan hujung tahun ini.

Setakat ini, aku belum menerima sebarang jemputan selain dari jemputan walimatus urus Akhi Lukman. Berita ini ku sambut dengan penuh kesyukuran. Laju saja meluncur di mulutku ucapan ALHAMDULILLAH. Sejujurnya aku sangat teruja dengan apa yang baru aku dengari..bahawa teman2ku bakal menamatkan zaman bujang mereka sedikit masa lagi. Rata2 mereka lebih memilih untuk bernikah daripada meneruskan pengajian. Bagiku ini bukan satu kesalahan bahkan aku bangga dengan mereka kerana aku yakin bahawa saat mereka membuat keputusan ini, mereka telah nekad, telah menetapkan haluan mereka sama ada mahu ke syurga atau neraka. Menikah dalam usia muda bukan isu baru. Malah semasa menuntut di universiti, ramai teman2 seusiaku menggunakan kesempatan cuti semester untuk melangsungkan pernikahan.

Masih jelas dalam ruang ingatanku, bagaimana seorang teman syu’bah menghulurkan kad walimatul urusnya padaku di dewan peperiksaan betul2 selepas tamatnya imtihan terakhir untuk diploma semester 6. Aku sikitpun tidak terkejut kerana bernikah saat dan ketika itu, dalam usia yang kukira masih muda seolah2 sudah menjadi fenomena biasa. Seorang teman pernah menanyakan bila saatnya aku akan menikah? Ini saja yang dapat ku hidangkan padanya sebagai jawapan. ‘Hukum nikah ada 5. Wajib, haram, harus, makruh, sunat. Jadi nilailah diri kita berada di tahap mana. Apa yang pasti, ana belum sampai tahap wajib. InsyaAllah, tiba saat ana nak berumahtangga nanti, ana akan maklumkan’. Balasku dengan senyuman.

Aku jadi teringat pada seorang teman yang pernah melewati kamar hidupku. Sudah dewasa rupanya dia dan seperti teman2 lain, dia juga bakal melangsungkan pernikahannya pada hujung tahun ini. Baguslah. Tahniah buat semua. Kalian masing2 bakal melengkapi sebahagian dari agama kalian. Dalam kegembiraan menyambut berita pernikahan teman2, entah kenapa hatiku tiba2 diusik hiba. Aku bagaimana? Aku masih disini dan kekal begini, tetap dengan sebuah harapan dan impian yang aku sendiri tidak pasti bila akan terlaksana. Apa yang pasti, bukan sekarang. Mungkin 4 atau 5 tahun lagi atau mungkin lebih dari itu. Atau siapa tahu mungkin saja ajal mendahului aku sebelum lafaz ijab dan kabul sempat dizahirkan. Wallahhualam.

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat teman2 yang bakal melangsungkan pernikahan tidak berapa lama lagi. Buat Akhi Hafiz Sabarani dan Akhi Lukman Taifor, selamat berbahagia bersama gadis pilihan. Pesanku pada kalian, jagalah ‘rusuk kiri’ kalian itu dengan sebaik2nya. Janganlah terlalu keras saat meluruskan kerana dikhuatiri rusuk yang bengkok itu akan patah dan janganlah terlalu lembut hingga rusuk yang bengkok terus kekal bengkok. Berhati2lah saat meluruskannya. Juga titipan khas buat Ukhti Basyirah dan Ukhti Anis yang akan membina masjid tidak berapa lama lagi, tahniah juga ku ucapkan buat kalian. Pesanku, jadilah isteri solehah, isteri yang terbaik dalam melewati hari2 bersama suami kalian. Taatilah suami selagimana suami tidak menyuruh berbuat kemungkaran. Isteri adalah hamparan dunia sedang suami adalah langit penaungnya. Peganglah pepatah kegunung sama didaki, ke lurah sama dituruni,hati nyamuk sama di lapah, hati kuman sama dicicah, yang berat sama di pikul,yang ringan sama di jinjing. Mudah2an, dengan memahami pepatah melayu ini dengan ‘ sebenar2 faham’ , kalian bisa beriringan dengan suami kalian saat menjejakkan kaki ke syurga jannah. InsyaAllah. Selamat melangkah ke syurga dunia :-)


AL HAQIRAH ILALLAH

AYAH DAN ILMU



Hari ni aku ikut ayah pergi kuliah di Felda Tembangau Satu Pahang. Walaupun aku kerap diserang sakit kepala sejak akhir2 ini, aku rasa rugi kiranya terlepas walaupun 1 kuliah ayah. Semasa dalam perjalanan ke tempat ceramah tadi, aku mintak ayah berhenti di stesen minyak untuk beli panadol. Ayah tanya juga kenapa kerap sangat aku telan panadol sekarang? Sehari sampai 2 kali aku telan activefast. Sukar untukku jawab kerana aku sendiri tidak tahu punca aku diserang sakit kepala. Cumanya activefast itu ku jadikan sebagai ikhtiar untuk melegakan sakit kepala yang ku alami. Sudahlah sakit ususku masih ‘aktif’, kini Allah ‘hadiahkan’ sakit kepala pula. Ya Allah, jika sakit ini boleh mengurangkan beban dosaku ,maka aku mohon padaMu Ya Allah, tambahkanlah lagi kadar masa sakit ini supaya terhapus juga dosa2ku yang lain. Aku tidak mahu bercerita lanjut tentang kesihatanku kerana apa yang ingin aku ceritakan disini adalah isi kandungan kuliah ayah tadi. Cukup menyengat. Aku dapat merasakan kehebatan aura ayah dalam menyampaikan kuliahnya. Seperti yang pernah ku nyatakan sebelum ini, ayah orang yang sarat dengan falsafah. Dia melihat apa yang tidak aku lihat. Akal fikirnya sangat tinggi. Sejujurnya aku sangat mengagumi ilmu yang ‘dihadiahkan’ oleh Allah pada ayah.

Ayuh kita sama2 nikmati ‘juadah enak’ yang disediakan oleh ayah sebentar tadi. Tajuk kuliah pada malam ni ialah ‘KEPENTINGAN ILMU’. Tajuknya nampak biasa kerana ini frasa yang kerapkali diulang sebut oleh para penceramah, bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Rata2 umat Islam maklum mengenainya cuma cara ayah menyampaikannya agak berbeza hingga menjadikan pendengar tidak mahu berganjak walaupun sekadar untuk membuang air kecil yang memakan masa tidak sampai 5 minit. Sekalipun tajuk kuliah berkisar tentang kepentingan ilmu tetapi ayah lebih suka merangkumkan kesemua isu yang berkaitan (dalam bentuk cerita) dalam kuliahnya. Kuliah yang sangat bersahaja pada pengamatanku. Disini aku catatkan tentang isi kandungan kuliah ayah dengan harapan mudah2an kita akan beroleh ilmu (walaupun sedikit) dan moga kita dapat sama2 muhasabah diri serta berusaha memaknakan diri kita kearah makna yang sebenar. InsyaAllah.

Muqadimah kuliah ini, ayah mulakan dengan menyebut mengenai ilmu dan kepentingannya. Kemudian baru masuk bab2 ilmu dalam bentuk penceritaan. Ayah menitip akan perihal qada’ dan qadar. Kata ayah, qada’ dan qadar ini ada dua. 1 yang boleh berubah mengikut usaha, 1 lagi yang telah ditetapkan sejak azali. Kata ayah lagi, orang melayu ada banyak ‘hadis’. Antara ‘hadis’ orang melayu yang agak popular dikalangan kita ‘rezeki secupak takkan jadi segantang’. Mafhum firman Allah S.W.T pula menyatakan “Tidaklah diberikan rezeki melainkan mengikut kadar usaha yang kamu lakukan”. Maknanya? Rezeki yang secupak boleh jadi segantang kiranya kita usaha untuk mendapatkannya. Kata ayah lagi, cuba kita duduk bawah lori trailer kemudian kita kata ‘ kalau dah ajal, matilah. Kalau bolum sampai ajal, lori traller ni gilis pun, tak mati do’. Cuba buat, tengok. Mati tak mati digilis dek trailer tu. Ni cerita orang Negeri Sembilan ni tuan2, cuba dengar bunyi cakap dia tu.’ Kuliah mula disulami dengan tawa orang ramai. Ayah terus menyambung ‘Orang Negeri Sembilan ni banyak yang degil2. Pernah ada orang cakap dengan saya ‘kau sembahyang tu bolum tontu masuk syurgo laie do’. Saya jawab ‘botul tu bang tapi kau yang tak sembahyang tu, dah tontu masuk nerako’. Orang ramai ketawa lagi ‘Cubo dengar Allah sobut dalam Quran, dalam surah Al Mudatsir – ‘Ma salakakum fi saqar?’ -apa yang menyebabkan kamu berada dalam neraka saqar? Qolu - mereka menjawab ‘lam naku minal musollin’- kami termasuk dalam golongan orang2 yang tidak mengerjakan solat’. Ade pulak jenis yang loya buruk dia cakap ‘apa nak takut masuk neraka ustaz. Kalau masuk neraka bukan sorang2, ramai2. MasyaAllah. Inilah realiti masyarakat kita harini. Ada pulak orang yang keje dia asyik tangkap jin, hantar kat Gunung Ledang. Saya cakap ‘bang, daripado kau tangkap jin hantar kek Gunung Ledang, lebih baik kau tangkap penagih dadah, campak dalam laut’. Ketawa hadirin yang hadir terburai lagi.

Ayah kata, inilah dia orang yang tak belajar. Sudahlah jahil, taknak pulak pergi belaja. Ayah kata dalam dunia ni ada sunnatullah, peraturan alam. Nak kenyang, kena makan, nak ilmu kena belaja, nak duit kena cari. Orang kata Nabi tak pernah pergi belaja. Tak pernah pergi berguru. Sape kata nabi tak pernah berguru? Jibril tu guru Nabi lah. Dia yang ajar Nabi membaca. Ayah kata lagi, yang paling popular sekarang, ibadah guna niat. Orang kata ‘Apo susah2 sembahyang. Tak payah sembahyang do. Niat yo cukup’. Kalau macam tu, mudahlah. Tuan2 taknak ke smbahyang guna niat aje? Kan mudah tu. Saya cakap pada orang tu ‘kau bawak Quran kau sini, bawak tok guru kau sini, duduk ajar se. Lopehtu poie dakwah kek masjid2 bahawo smbahyang, ibadah ni cumo guno niat yo. MasyaAllah. Cuba dengar apa yang nabi kata ‘Iza sajada abdu ,sajada ma’ahu sab’atu arabin’. Maksudnya : Apabila sujud seorang hamba, maka sujud bersamanya 7 anggota. Maknanya dalam sembahyang, ada rukun. Rukun yang dimaksudkan dalam kata2 Nabi ni adalah rukun fi’li (perbuatan). Macammana orang boleh kata sembahyang ni pakai niat aje? Tu pun ade juga orang yang percaya’. Sambung ayah lagi ada 1 lagi fahaman yang juga agak popular sekarang ni. Orang2 ni kata ‘ yang kito belaja ni, isi. Yang diaorang belaja kek masjid dan surau tu, kulit yo’. MasyaAllah. Diaorang nak belaja usul aje. Tuan2, cuba dengar. Dalam ilmu Usuluddin kata ‘Al hakikatu bila syari’atin, batilatun’. Maksudnya : Hakikat tanpa syariat, terbatal. Cuba rambutan tu cuma ada isi aje, takde kulit, macammana? Macammana nak jaga isi rambutan tu kalau tak dilindung oleh kulit?’ Sambung ayah lagi ‘Dalam Al Quran diajar dari sekecil2 perkara sampai sebesar2 perkara. Dari nak masuk jamban sampailah nak jumpa Allah, semua ada di ajar dalam Al Quran. Apa lagi yang tak cukup sampai kita taknak ikut Quran? Allah suruh tutup aurat, pakai tudung..tu pun ramai lagi yang tak bertudung. Berat sangat ke tudung ni? Kalau timbang tudung tu, saya rasa tak sampai sekilo. Dah tu kenapa masih ada yang taknak bertudung? Orang zaman sekarang macam2 perangai. Sikit masa dulu, ada 2 buah kedai makan di Batu Kikir. Kedai yang pertama maju, ramai orang datang makan kat kedai tu. Kedai sebelah pulak, takde orang datang makan. Lama2 kelamaan, sebab hasad, orang kat kedai nombor dua tu fitnah kedai yang pertama. Dia kata, ramai orang datang makan kat kedai pertama tu sebab tuan kedai rendam underware dalam sup dia. Sebab termakan fitnah ni, akhirnya takde lagi orang datang makan kat kedai pertama tu. Kes ni jadi kes polis dan kedua2 kedai tadi tutup terus. MasyaAllah. Ini bahana fitnah. Yang sebenarnya tuan2, sup kat kedai pertama tadi laku sebab tukang masak dia memang pandai masak. Memang betullah dia rendam underwear hari2 tapi bukan rendam dalam sup tu. Takkan kita pakai underwear kita tak basuh kan? Tu pun ade jugak orang yang termakan fitnah macam tu.

Sambung ayah lagi ‘orang yang hidup dia penuh dengan hasad dengki ni ada falsafah. Falsafah dia, dia senang hati bila tengok orang susah dan dia susah hati bila tengok orang senang. Baru2 ni saya makan dengan anak dara saya di sebuah gerai di Pahang. Tempat dia saya tak sebutlah. Saya nampak dia tulis beberapa perkataan kat dinding kedai tu. Sekerat dalam bahasa jawi dan sekerat lagi simbol yang saya sendiri tak pernah tengok. Saya tanya kat tuan kedai tu ‘apa ni kak?’ tuan kedai tu jawab ‘pelaris’. MasyaAllah. Tuan2, buat ape kita buat benda2 syirik macam ni? Kan tak boleh tu. Kita ni, kalau nak lariskan jualan kita, mudah aje. Kedai mesti bersih, makanan yang di masak mesti sedap, layanan mesti bagus. Itulah pelaris. Betul tak saya cakap ni?’ Aku lihat orang ramai mengangguk, membenarkan kata2 ayah. ‘Tuan2 janganlah buat macam ni. Saya teringat satu kisah tentang orang kat tempat saya. Nama dia saya tak sebutlah.Takut ade pulak saudara mara dia kat sini kang’ kata ayah berseloroh. ‘Dia nak bersalin. Dah 2 hari sakit nak bersalin tapi anak dalam perut dia tak kelua2 jugak. Sudahnya, suami perempuan ni pun jumpa bidan. Bidan tu kata ‘kau poie langkah porut isteri kau 3 kali. Kelua lah anak tu kang’. Jadi, si suami ni tadi pun ikutlah cakap mak bidan tu. Dia pun langkahlah perut isteri dia tu sampai 3 kali tapi anak tu tak kelua2 jugak. Suami tadi pergilah jumpa mak bidan tu lagi, bagitau yang dia dah langkah perut isteri dia tapi anak tu masih tak kelua. Fikir punya fikir, mak bidan tu pun suruh jumpa saya, mintak tawarkan air. Jadi suami ni tadi bawaklah sebotol kecik air, mintak saya tawarkan. Saya kata, nak tawar apa sebab air ni memang dah tawar’. Terburai lagi ketawa orang ramai.

Sambung ayah seterusnya ‘ untuk tidak menghampakan permintaan suami tadi, saya tawarkanlah air tu. Saya cuma baca Fatihah aje kemudian saya doa ‘Ya Allah, aku dan air ni sama2 takde kuasa kerana hanya KAU yang memiliki kuasa. Jadi aku mohon, dengan pertolonganMU ya Allah, permudahkanlah urusan si isteri yang nak bersalin ni’. Selesai doa, saya pun cakap pada suami tadi ‘balik nanti, sapu air ni sikit kek porut isteri abang dan bagi dio minum air ni’. Lepas aje isteri lelaki ni minum air yang saya tawarkan tadi, terus kelua anak tu. Esoknya kecoh satu kampung tentang perkara ni. Lepas tu, asal ade je orang nak bersalin, datang jumpa saya. Kacau betul’. Surau sekali lagi di penuhi hilai tawa orang ramai. Setelah tawa redha, ayah kembali menyambung ‘ Tuan2, yang sebenarnya, bukan air yang saya tawarkan yang menyebabkan anak dalam kandungan si isteri tadi keluar tapi ketika air tu sampai ke mulut isteri tadi, sudah ditakdirkan oleh Allah bahawa itulah saatnya anak tu nak keluar dari perut ibunya. Boleh faham ye? Jadi lepas ni, kalau isteri kita nak bersalin, kita je tawarkan air sendiri. Tak payah pergi jumpa dukun, jumpa bomoh. Jangan buat kerja2 syirik ni. Semua dosa akan diampunkan Allah dengan bertaubat kecuali 1 dosa iaitu dosa syirik. Pernah saya tanya sorang perempuan ‘kenapa tambang air kat kubur ni kak?’ Dia kata ‘supaya anak ni lupa kat arwah mak dia’. Lailahhaillallah. Tuan2, kita memang nak suruh anak kita ingat kat kita. Kalau anak lupa pada mak ayah, cuba bagitau saya, sapa yang nak doakan kita dalam kubur nanti? Nabi kata, apabila mati seorang anak adam, maka terputus darinya semua amalan kecuali 3 perkara. Apa 3 perkara ni tuan2? Ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa anak yang soleh. Allah sebut dalam firmanNya tentang perumpamaan orang2 yang syirik adalah seperti orang yang jatuh dari langit. Kemudian di sambar oleh burung dan dibuang ke tempat yang jauh dan dalam. Jadi jangan sekali2 kita buat benda syirik ni. Yang buat macam ni adalah orang yang tak belaja’. Begitu ayah menitip pesan pada semua hadirin yang begitu tekun mendengar kuliah yang disampaikan.

Ayah cuba membawa hadirin yang hadir untuk memahami realiti yang berlaku dalam masyarakat hari ni dengan penuh bersahaja tetapi padat dengan mesej yang sangat berguna. Sesuai dengan tajuk kuliah malam ini iaitu kepentingan ilmu. ‘Tuan2 suka tak dapat duit? Kalau pejabat bagitau harini gaji kelua pukul 2.30 petang, saya rasa pukul 1.30 petang dah penuh orang depan pejabat tu. Kita kena yakin bahawa setiap amal baik yang kita buat dalam dunia ni juga, semua di bayar oleh Allah. Cuma Allah tak bayar guna duit macam yang kita dapat di dunia. Duit yang Allah maksudkan adalah ‘pahala’ yang akan kita pakai di akhirat. Tuan2 taknak ke pahala? Kalau nak pahala, kena buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Katalah kita ada duit RM 35 dalam bank. Pergi kedai kereta, tengok kereta Toyota wish. Tak malu ke? Nak beli apa 35 ringgit? Beli moto pun tak lepas, ada hati nak beli Toyota wish. Macam tu lah jugak hidup kita atas dunia ni. Dahlah sembahyang malas, menuntut ilmu pun malas, boleh pulak doa ‘Ya Allah ya Tuhanku, masukkanlah aku dalam syurga firdaus’. Tak malu ke?’ Ketawa hadirin yang hadir terhambur lagi. Kali ini lebih kuat. Terasa bergema seluruh surau. Memang falsafah ayah sangat menghiburkan.

Ayah juga turut menyentuh mengenai perbezaan ulama’ dengan artis. Tutur ayah, zaman sekarang ulama’ sudah tidak ada nilai ‘Kalau Jamal Abdillah menyanyi, orang bayar sampai 5ribu untuk 1 lagu. Tapi kalau ulama’ datang bagi ceramah, AJK masjid buat mesyuarat ‘berapa nak bagi ni?’ yang lain kata ‘bagi 50 ringgit dahlah’. Padahal tuan2, yang datang menyanyi tu, bekas penagih. Itulah nilainya ulama’ zaman sekarang’. Satu lagi kata ayah, orang zaman sekarang suka mengukur sesuatu mengikut kacamata melayu. Bagi orang melayu, tak salah bersalaman dengan abg ipar, kakak ipar atau adik ipar ‘Alah,apa salahnya, adik ipar kita. Kalau tak salam kang, dia kata kita sombong pulak’. MasyaAllah. Tak boleh tu tuan2. Kan berdosa tu. Sekalipun dia tu adik ipar kita, tetapi dia bukan mahram kita. Maksud mahram ni adalah orang yang haram kita nikahi dan kita pun tak batal air sembahyang dengan dia. Boleh faham tak saya cakap ni?’ Ujar ayah serius. Itulah ayah. Insan yang sangat aku kagumi, yang banyak mengajar aku tentang hidup dan kehidupan. Yang mengajari aku bagaimana hidup beragama.

Ayah juga turut menyentuh mengenai peristiwa yang berlaku semasa dia menjadi ahli majlis fatwa Negeri Sembilan. Bilang ayah ‘Masa saya jadi ahli majlis fatwa Negeri Sembilan, disyorkan supaya diwujudkan surah2 pilihan. Dalam semua ahli jawatankuasa, cuma saya sorang saja yang bantah. Saya kata, semua surah2 dalam Al Quran adalah surah2 pilihan. Ayat dalam Al Quran merupakan ayat2 pilihan Allah. Jadi buat apa nak dikelaskan surah2 pilihan lagi? Kesimpulannya tuntutlah ilmu walau di mana saja kita berada kerana menuntut ilmu ini adalah wajib bagi umat Islam. Di dalam satu hadith disebut ‘Man aradaddunya fa’alaihi bil ilm, wa man aradal akhirat fa’alaihi bil ilm, wa man aradahuma ma’an, fa’alaihi bil ilm’. Maksudnya : ‘Barangsiapa yang berkehendakkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa berkehendakkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa berkehendakkan kedua2nya, maka hendaklah dengan ilmu’.

Sememangnya pemikiran ayah sarat dengan ilmu dan faham. Terasa kerdilnya diri bila ilmu & buah fikir ayah dilontarkan. Pernah 1 ketika, semasa dalam perjalanan pulang dari ceramah di Palong, aku menyatakan betapa aku teruja dengan ilmu yang ayah miliki. Tau apa yang di jawab oleh ayah? Ujarnya ringkas ‘semua ilmu ni kepunyaan Allah. ‘Wama utitul minnal ilmi illa qalila’. Maksudnya : Tidaklah diberikan ilmu kepada kamu melainkan sedikit. Banyak lagi sebenarnya yang disebutkan oleh ayah dalam kuliahnya tetapi masa aku agak terhad untuk mencatatkan kesemuanya disini. Diharap semoga kita dapat beroleh manfaat sedikit sebanyak dari kuliah yang disampaikan ini. Sebelum terlupa, aku ingin berkongsi tentang satu kisah yang berlaku pertengahan Mei lalu semasa aku duduk berbincang dengan beberapa orang akhawat dari Mesir tentang kisah yang diceritakan oleh ayah mengenai perempuan pertama yang masuk kedalam syurga. Ayah menamakan perempuan tersebut sebagai Leha. Bila aku ceritakan pada akhawat yang merupakan graduan dari Mesir ini, serta merta mereka menyatakan bahawa nama perempuan tersebut sebenarnya adalah Muti’ah, bukan Leha seperti yang diberitahu oleh ayah. Bila aku sampaikan perkara ini pada ayah, ayah terus tersenyum lantas menutur jawapan balas ‘Kakcik, macammano kawan kakcik ni. Dah graduate dari Mosir tapi bondo macam ni pun tak pas. Susahlah nak berdakwah. Muti’ah tu namo gelaran sajo. Maksud eh, perempuan yang taat. Namo sebona eh, tak disobut dalam Quran. Ayah sobut Leha untuk memudahkan jalan penceritaan supayo orang mudah faham. Samo macam Masyitahlah. Masyitah tu gelaran sajo. Masyitatu binti Firaun. Maksud eh, tukang sikat anak perempuan Firaun. Bukan namo botul dio’. Ayah masih kekal tersenyum seusai memberi penerangan.

Sengaja aku buka kisah ini di akhir coretan supaya orang yang merasakan dirinya hebat sedar diri dan berpijak dibumi yang nyata. Bak kata Ust Azman yang aku kenali semasa mengendalikan program PITT (juga graduan dari Mesir) ‘budak2 Mesir sekarang ni berlagak aje lebih. Tak payah tanya benda usul lah, benda furu’ pun belum tentu lepas. Setakat lulus atas kertas’. Aku tidak mahu mengiakan mahupun menidakkan apa yang diperkatakan oleh Ustaz Azman. Cukup sekadar mengangguk tanda memahami apa yang dimaksudkan. Moga kita sama2 beroleh manfaat. InsyaAllah..

AL HAQIRAH ILALLAH

Thursday, October 22, 2009

CERITA BAGAN PINANG..



GOL...!! 1 frasa yang sedang hangat dinantikan oleh 2 seteru dalam arena politik tanah air. Perlawanan 2 penjuru sudah bermula. UMNO serta konco2nya sudah mula turun padang dengan membawa dacing yang digunakan sebagai penimbang keadilan dan kesamarataan. Begitu juga PAS, turun bersama bulan penuh dan bulan separa serta roket yang akan berangkat ke angkasa lepas pada tahun 2012 jika tiada sebarang halangan.

Hari ini hari kelima aku berada di Bagan Pinang. Walaupun diri dibelenggu dengan masalah kesihatan yang semakin meruncing, aku tetap gagahkan diri untuk kesini sebagai pemerhati bagi sebuah percaturan politik. Yang sebetulnya aku ke sini kerana rasa prihatin serta tanggungjawab sebagai seorang Islam sekaligus sebagai seorang rakyat yang inginkan demokrasi dan keadilan dalam sebuah negara yang bernama Malaysia ini. Pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang kali ini benar2 memperlihatkan kebodohan dan ‘kebangangan’ pihak polis (sebahagiannya) dalam mengurusi rakyat. Tiada niat untuk memperlekehkan pihak polis (apalagi abang dan pakcikku juga merupakan anggota polis). Cuma aku ingin melahirkan rasa kesal dan kecewa atas tindakan sebahagian daripada mereka. Aku fikirkan pihak polis datang untuk menghapuskan ‘lanun2’ serta ‘samseng2’ yang asyik membuat kacau dalam pilihanraya kecil ini, rupanya2 kehadiran mereka tidak lain sekadar untuk ‘membunuh’ sebuah demokrasi.

Bunuh demokrasi bererti bunuh rakyat kerana yang menganjurkan demokrasi itu adalah rakyat! Aku tidak menyalahkan pihak polis diatas ‘kebangangan’ mereka kerana aku tahu mereka berbuat demikian kerana mengikut arahan dari tuan kepada tuan kepada tuan mereka (sengaja aku menyebutnya berulang kali). Cuma yang aku kesalkan mengenai kuasa yang disalah guna oleh mereka. Aku yakin,jika pihak polis bersatu hati menentang ‘kemungkaran’ yang sudah lama berleluasa ini,pasti negara kita akan menjadi lebih tenang dan tenteram.Tapi macammana diaorang nak jadi telus kalau ketua sendiri pun terlibat dengan kumpulan samseng? Bagi lesen besar untuk buka pusat judi, arak dan pelacuran? Ibarat kata orang ‘bapak borek anak rintik’.Nak salahkan siapa?

Malam tadi aku lihat dengan mata kepalaku sendiri, anggota polis memecut trak mereka selaju2nya sambil membunyikan hon di tempat orang awam sedang berkumpul bagi mendengar ceramah pilihanraya. Tergamam aku kerana kejadian berlaku di depan mata. Mujur aku sempat mengelak. Kalau tak, pasti aku dah mati dilenyek oleh trak tersebut. Memang menyirap darahku saat itu. Mujur aku masih punya iman. Kalau tak, taulah nasib anggota2 polis tu. Jangan pandang aku sebelah mata hanya kerana aku seorang perempuan. Aku bila dah menggila, memang hilang batas kewarasan. Tapi aku ingat pesan ayah. Ayah kata, bila tiba pilihnraya macam ni,memang kita kene banyak sabar sebab ada pihak akan cetuskan provokasi supaya kita memberontak. Bila kita memberontak, semua tu akan dirakam dan disiarkan. Akhirnya kita dicop sebagai pengganas dan jadi orang buruan.Bila dapat tangkap, masuk dalam ISA, pukul sampai mati. Lepastu upah doktor siapkan laporan dan buat kenyataan bahawa tahanan mati kerana penyakit. Abis cerita. Kalau letup macam Altantuya, meleret2 pulak episodnya nanti. Mengalahkan episod gerak khas yang diiktiraf sebagai drama yang paling lama disiarkan. Lagi susah nak menjawab.

Sekalipun aku cuma sekadar pemerhati bagi persaingan 2 hala ini, tapi aku juga punya hak untuk bersuara sebagai seorang yang bebas. Kalau pihak berkuasa fikir bahawa hanya mereka yang punya kuasa untuk ‘mematikan’ rakyat dengan ‘pelbagai senjata’, jangan lupa bahawa rakyat juga punya ‘pelbagai senjata’ untuk ‘mematikan’ mereka. Kalau tak percaya, kita tunggu tahun 2012. Diseberang sana (kawasan yang berhampiran tempat ceramah malam tadi), orang sibuk bercerita bahawa orang UMNO sedang mengamuk. Aku turut menerima sms mengenainya. Orang UMNO mengamuk? Aku dengar juga ada orang PAS yang di tetak. Biar betul? Takkan orang UMNO pimpinan Dato’ Najib sanggup buat perkara kejam macam tu? Tak mungkinlah. Dato’ Najib orang baik. Kalau Dato’ Najib baik, anak2 buahnya pun mesti baik2. Aku tak percaya semua ni. Kalau Dato’ Najib jahat, dah lama dia upah orang bunuh semua orang kuat parti pembangkang. Bukan susah pun. Upah pembunuh langgar aje orang2 kuat parti pembangkang ni. Lepastu buat laporan polis. Polis pun pura2 mencari. Jawapan akhir suspek tidak ditemui. Kacang aje nak buat drama ni. Macam drama Nasib Si Altantuya dan Si Malang Teoh Beng Hock . Mau ada wang juga, kata Samy Vellu. Hehehe.

Apapun aku tetap yakin bahawa Dato’ Najib bukan orang jahat. Beliau mangsa keadaan. Masa anwar dalam penjara, kenapa Dato’ Najib tak pakat aje dengan Paklah untuk bunuh anwar? Sekadar racun aje? Maknanya Dato’ Najib orang baik. Ada hati perut. Jangan ada siapa2 berani samakan Dato’ Najib dengan Israel kalau taknak kena letup dengan bom. Duduk diam2 tengok drama ni sampai abis sudah. Panggilan yang aku terima dari ustazku pagi tadi telah menjelaskan tentang apa yang sebenarnya terjadi di ‘seberang’ sana. Aku fikirkan Dato Najib saja yang menjadi mangsa keadaan tapi ustazku juga mengalami nasib yang sama. Cuma bezanya, mereka berdua datang dari haluan yang berbeza.Ustazku telah dipukul manakala kawannya pula ditetak. Aku sedih yang amat. Kalau Dato’ Najib yang masuk hospital, aku boleh tahan sebak lagi sebab dia ada kuasa, ada harta. Boleh dapatkan rawatan pada doktor pakar yang paling hebat dalam dunia. Kalau mati pun, dia tinggalkan harta yang melimpah ruah untuk keluarga dan keturunan dia. Tapi ustaz aku? Kalau dia mati siapa nak sara isteri dan anak2 dia yang masih kecil? 1 aje yang aku bimbang. Bimbang kalau2 dendam dah bertukar jadi api yang marak menyala, akan lahir sorang lagi Nordin Mat Top di negara yang namanya Malaysia ni.

Melihat situasi di Bagan Pinang, aku meramalkan bahawa UMNO masih akan mengekalkan kedudukannya. Negeri Sembilan merupakan negeri yang sangat sukar ditakluki politiknya oleh pakatan rakyat. Sudah 21 tahun aku lahir dan membesar di Negeri Sembilan. Belum pernah sekalipun tercatat dalam sejarah Negeri Sembilan pemerintahan berpindah tangan kepada pembangkang. Cuma baru sekali ini PAS memenangi 1 kerusi di Negeri Sembilan dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Ini satu permulaan yang baik. Mudah2an selepas ini akan banyak lagi kerusi yang dapat direbut oleh pembangkang. Sekarang ini aku cuma mahu melihat dari jauh dan senyum sahaja kerana hari ini bukan hari aku. Aku masih perlukan masa sebelum turun berperang. Aku perlukan kemahiran dan latihan yang mantap. Dalam usia aku yang dah mencecah angka 21 tahun ni, aku harus ‘pelajari’ sesuatu yang ‘baru’ untuk hasilkan sesuatu yang lebih ‘besar’. Aku sudah memikirkannya. Tunggulah aku menghamburkan kegilaanku atas nama jihad. Biar gempar ‘ 1 MALAYSIA’. Allahhuakbar..!

*Untuk makluman : Artikel ni ditulis sebelum PRK Bagan Pinang berlangsung tapi disebabkan masalah kesihatan, aku terlewat post artikel ni..

AL HAQIRAH ILALLAH

MANISNYA UJIAN



Aku baru saja balik dari klinik. Tangan kiriku masih lagi berbalut dengan kapas. Sakit disebabkan suntikan di lengan kanan bagi tujuan pengambilan darah tadi sudah beransur kebah. UJIAN.

Sakit yang kusangkakan sudah sembuh 2 tahun lalu kembali bertandang.Lebih teruk dari yang pernah ku alami sebelum ini. Semalam, sehari suntuk aku tidak dapat melelapkan mata. Aku langsung tidak menjamah sebarang makanan.Tekakku tawar. Melihat makanan, tekakku menjadi loya. Lagi2 ayam. Aku cuma baring sahaja. Bangun pun sekadar untuk solat & mandi kemudian baring semula sehingga malam walaupun mata terus kekal berjaga menahan kesakitan. Aku mengerling jam di dinding. Jarum menunjukkan angka 2 pagi. Perlahan2 aku bangkit mengagahkan diri untuk pergi ke bilik emak. Langsung tidak terlintas untuk mengetuk pintu. Sakitku membantutkan hasratku untuk berbuat begitu. Aku lihat emak sedang lena di peraduan. Aku amati seraut wajah tua itu. Emak langsung tidak menyedari akan kehadiranku. Mungkin kerana kepenatan mngerjakan tanaman yang di tanamnya di belakang rumah siang tadi. Aku jadi serba salah. Niatku untuk mengejutkan emak segera termati sedangkan perutku benar2 mencucuk. Bisa.

Aku terduduk di situ. Mataku melilau mencari sweater dan stoking. Alhamdulillah, barang2 yang ku perlukan itu berada di rak pakaian bilik emak. Segera aku menyarung sweater dan memakai stoking bagi menormalkan suhu badanku. Sakitku kini naik ke kepala. Aku menahan dengan sepenuh kudrat yang ada. Makin ku tahan, makin seksa. Baru 2minit berlalu, sayup2 mutiara jernih turun dari pipiku. Dari perlahan akhirnya esakku memecah hening suasana. Spontan emak terjaga dari lena. Emak istighfar beberapa kali dan memandang kearahku lalu bertanya, kenapa? Soalan emak hanya ku jawab dengan tangisan sambil memegang perut yang kian mencucuk2. Segera emak memapah aku balik ke bilikku. Kemudian emak keluar dari bilikku. Mungkin mencari sebarang ubat yang boleh melegakan sakitku itu. Tidak berapa lama kemudian, emak masuk semula. Di kedua belah tangannya tergenggam minyak panas , bawang putih (yang telah di ketuk menggunakan lesung batu), panadol serta air suam. Sambil melumur minyak panas di perutku, emak membaca beberapa ayat dari surah2 yang terdapat dalam Al Quran. Kemudiannya emak lumurkan pula bawang putih di sekitar perut dan pinggangku. Mulutnya masih terkumat kamit seperti tadi membaca ayat2 suci Al Quran. Walaupun perlahan tetapi jelas di pendengaranku. Emak meminta aku supaya turut membaca selawat, surah Al Fatihah, Surah 3 Qul serta ayat Kursi. Tangisanku terus berlagu ( adaptasi perasaan yang tidak aku gemari sebenarnya). Tapi apakan daya, aku tidak kuat untuk menanggungnya .Ku biarkan saja airmata mengalir. Melihat keadaan itu, emak segera mengusap airmataku. Kata emak ‘mak hidup lagi nak bela kakcik’. Mendengar kalimah tulus dan telus yang terucap dari mulut seorang emak itu, hatiku dipaut pilu. Betapa besar pengorbanan seorang emak. Teringat aku akan kata2 yang sering emak ungkapkan yang telah ku dengar sejak sekian lama. Kata emak ‘seorang ibu boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu’.

Mak, kakcik janji selagi denyut nadi kakcik belum berhenti, selagi hayat masih dikandung badan, kakcik tak akan pernah mensia2 siakan hidup mak. Kakcik akan jaga mak dan ayah hingga ke hembusan nafas kakcik yang terakhir. Ini janji kakcik’. Begitu hebat jiwa seorang ibu dalam menjaga anak2nya. Melihat kekuatan emak berbicara seperti itu, terasa menyelinap 1 kekuatan lain dijiwaku. Segera ku kesat airmata yang mengalir kerana aku tahu kesedihanku hanya akan membuatkan hati emak duka. Aku rela menyembunyikan kesakitan jika itu dapat membahagiakan insan yang ku panggil emak itu. Aku tak mahu emak berduka melihat kesakitanku seperti 2 tahun dulu. Aku sudah biasa dengan sakit. Aku juga sudah biasa dengan jarum. Ibarat kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Hatta kepalaku terkena kipas (kulit kepalaku koyak) dan menerima 11 jahitan dulu pun, aku langsung tidak menangis malah aku boleh tersenyum saat doktor menjahit kulit kepalaku.

Teringat aku akan firman Allah s.w.t yang bermaksud ‘jika Allah menyayangi seseorang, maka dia akan mendatangkan 1 kesedihan dalam hatinya dan jika Allah membenci seseorang,maka DIA akan mendatangkan 1 kemudahan kepadanya’.Ini bermakna aku ini insan bertuah yang dipilih Allah untuk menghadapi ujianNya. Kata2 doktor tentang perutku memang sudah ku jangka sedari awal lagi. Katanya keadaan ususku semakin teruk. Jika tidak menjalani rawatan mengikut waktu yang di tetapkan, keadaanku akan menjalani lebih serius. Doktor bertanya bagaimana aku menjalani hidupku selama 2 tahun dalam keadaan ususku begitu.Kataku pada doktor, tidak ada manusia yang tidak punya masalah di dalam dunia tetapi aku jalani hidup dengan penuh kebahagiaan. Aku sering tersenyum dan ketawa hingga lupa tentang sakitku.

Selama 2 tahun aku tidak pernah menjalani rawatan susulan walaupun doktor di Terengganu telah memberikan surat supaya aku terus menjalani rawatan di hospital setelah pulang ke Negeri Sembilan. Aku jarang sekali bercerita tentang penyakitku pada siapa2. Hanya orang yang rapat denganku dan kawan2 di universiti saja yang tau. Masa di universiti, jadual kuliahku kerapkali terganggu kerana terpaksa mendapatkan rawatan saban minggu di hospital hingga menjejaskan tumpuanku pada pelajaran. Masakan tidak.Waktu untuk mendapatkan rawatan langsung tidak munasabah. Aku di beri surat temu janji betul2 pada masa kuliah. Jururawat tidak boleh meminda tarikh itu kerana katanya, ramai lagi pesakit yang perlu diubati. Jadi aku terpaksa mengikut jadual doktor. Bagaimana dengan jadual aku? Mujur pensyarah tidak merungut memandangkan mereka sudah di maklumkan tentang sakitku. Kadang2 pihak hospital menelefonku ketika aku sedang kuliah. Akhirnya, aku memutuskan untuk menukar nombor telefon supaya pihak hospital tidak dapat menghubungiku lagi. Usahaku berhasil. Sejak itu aku jalani hidup tanpa bergantung pada ubat yang di berikan. Sepanjang tempoh itu aku tidak pernah lagi jatuh sakit.

Syukur padamu ya Allah. Setelah 2 tahun, untuk pertama kalinya sakitku menyerang semula setelah para pelajar yang berada di bawah jagaanku dalam program PITT berangkat ke Mesir dan Jordan. Tidak tahu kenapa tetapi aku benar2 terasa kehilangan hingga menjejaskan kesihatanku. Aku ceritakan semua ini pada doktor yang merawatku tadi. Kata doktor ‘mungkin you tak boleh pressure. Sebelum perut you sakit semalam, you ada fikir tentang apa2 masalah?’. Aku terdiam. Ya. Sememangnya perasaanku sedikit tercalar dengan sebuah ‘kejujuran’ kelmarin. Kejujuran yang menyesakkan nafasku. Namun untuk menulisnya disini, kurasakan tidak perlu. Biarlah calaran yang mengguris hati kerana sebuah ‘kejujuran’ itu sembuh beriringan dengan masa. Riak wajah doktor muda yang masih menantikan jawapan itu sedikit berkerut. Aku segera menggeleng. Sejujurnya aku tidak betah untuk menceritakan tentang masalahku. Bukan niat untuk berlaku tidak jujur tetapi itu adalah privasiku yang tak mungkin aku kongsikan dengan siapa2. Biarlah aku dan Allah yang mengetahui. Cuma yang menjadi persoalan, apa kaitannya di antara pressure yang ku alami dengan penyakitku ini? Belum sempat untuk bertanya, doktor mematikan persoalan yang bermain di fikiranku dengan menyatakan bahawa aku perlu berjumpa doktor pakar kerana penyakit ususku semakin teruk. Doktor menyerahkan surat temu janji untuk berjumpa doktor pakar di Hospital Seremban. Aku menyambut surat temu janji tersebut dengan tenang sambil mengucapkan terima kasih. Kalau saja sudah ditakdirkan aku bakal ‘pergi’ kerana penyakit ini, aku harap aku dapat menyempurnakan hari2ku dengan ibadah serta bakti kepada keluarga serta insan2 yang amat aku sayangi dalam hidupku juga untuk perjuanganku didalam agama Islam yang amat aku cintai ini. Moga kepergianku suatu masa nanti diiringi dengan kalungan doa dari keluarga dan teman2.

Aku tidak pernah gusar memikirkan kematian kerana apapun nanti, hidupku tetap akan berakhir dengan kematian.Cuma cepat atau lambat sahaja. Kata ayah, tua itu tidak wajib tetapi mati itu wajib. ‘Kullu nafsin zaikatul maut’. Alangkah manisnya ujian. Allah datangkan di saat aku sedang menghirup udara manis dunia. Datanglah lagi ujian. Moga aku lebih bersemangat untuk menghadapinya. Kata trainer ku dari Indonesia, Pak Ligisan Sugimin semasa aku mengikuti kursus ESQ ( Emotional, Spritual & Quotient) di Dewan Matrade Kuala Lumpur yang lalu ‘Jika Allah berada dalam hati anda semua, anda kehilangan apapun didalam dunia ini, anda tidak akan pernah berasa sedih’. Al Fatihah buat orang2 Islam yang telah mendahului kita… J

(*Sepatutnya aku post artikel ni pada 27 hb 9 yang lalu tapi disebabkan masalah kesihatan yang tidak mengizinkan, aku lewat untuk post artikel ni..)

AL HAQIRAH ILALLAH

Tuesday, September 29, 2009

ALAHAI BUDAK-BUDAK...!




BUDAK-BUDAK. Rasanya frasa ini tepat untuk dijadikan sebagai bahan penulisan. Aku menyukainya kerana aku pernah bergelar budak. Barangkali kalian pelik kenapa aku tidak menggunakan istilah kanak2 supaya nampak lebih signifikan dengan tulisan ini bukan? Sengaja aku memilih istilah budak2. Aku tidak mahu menspesifikasikan tulisanku pada umur-umur tertentu sebab aku ingin menyentuh segalanya tentang budak2 selagi mereka belum masuk ke era dewasa.

1 yang aku pasti tentang diriku, aku selesa digelar kakak pada siapapun. Bagiku itu satu penghargaan. Bererti mereka itu satu amanah kepada diriku yang perlu aku corakkan dengan sebaik2nya. Aku lebih selesa berdamping dengan budak2 berbanding berdamping dengan orang yang seusia mahupun lebih tua dariku. Bagiku, budak2 mempunyai 1 garapan emosi yang mampu menyentuh nubari siapapun yang cuba untuk memahaminya. Budak2 suka pada kelembutan, kasih sayang dan seumpamanya. Aku pula seorang yang agak garang pada pengamatan mereka tetapi penuh dengan kasih sayang. Itu respon yang aku terima dari para pelajar semasa aku mengendalikan program Kem Ibadah Tarbiah Jiwa bersama mereka.

Aku senyum sendirian saat teringat akan pernyataan tersebut. Masakan tidak. Mukaku yang sarat dengan emosi ini seringkali berubah tiba2 hinggakan orang sering tertanya-tanya apakah aku sedang marah, suka, sedih, serius dan seumpamanya. Malah adik2 yang mengikuti program yang kami jalankan pernah memberitahu kalau mereka itu keliru dengan personaliti diriku. Aku ini garang, baik atau apa. Pernah terjadi suatu ketika, semasa mengendalikan program di Pusat Dakwah, aku memarahi para pelajar kerana terlalu bising hingga terkejut makcik cleaner yang kerapkali ku sapa bila terjumpa di mana2. Katanya “ terkejut makcik tengok ustazah marah budak2 ni. Makcik ingatkan ustazah ni lembut, tak sangka pulak ustazah garang ye. Selama ni makcik tengok senyum aje”. Aku memandang wajah makcik tersebut sambil menitipkan senyuman lantas menutur jawapan balas “ garang mendidik tak apa makcik, jangan garang mengherdik ”. Makcik itu tersenyum, mungkin menyenangi jawapanku. Itulah aku.

Susah untuk aku jelaskan mengenai diriku pada orang lain. Aku ini seorang yang sangat suka tersenyum sebenarnya kerana aku merasa senang dan bahagia apabila menghantarkan kebahagiaan pada orang lain. Cuma ada masa, aku terjerat dengan emosi yang aku ciptakan sendiri kerana aku juga seperti kalian. Bukan sepanjang masa menemui kebahagiaan. Kata teman debatku di universiti, ‘kalau ingin bahagia sentiasa tuan yang dipertua, maka duduklah di syurga’. Hehehe. Biarlah orang mentafsirkan apapun tentang diriku yang penting, aku tau siapa aku.

Bercerita tentang ‘budak2’, aku ada 1 pengalaman yang ingin aku kongsikan bersama kalian. Pernah semasa di universiti, ketika berada di semester 2 (aku ketika itu berusia 18 tahun), seorang pensyarah Bahasa Arab menggelar aku sebagai ‘budak pelik’. Katanya, selama bertahun dia mengajar disitu, itulah kali pertama dia bertemu pelajar sepertiku. Katanya lagi, aku ini lain dari yang lain. Otakku pyramid terbalik. Cara aku menutur sesuatu tidak sesuai dengan usiaku. Baginya aku agresif, pantang dicabar, berani melawan arus, kuat memberontak dan merupakan pelajar pertama yang berani ‘melawan’ kata2nya. Itu yang dia beritahu pada aku. PELIK. Sepatutnya aku yang pelik dengan kenyataan jujur tersebut. Kerana itu dia sering mengenakan aku didalam kelas. Kata2nya cukup ‘bisa’. Siapa terkena, pasti terduduk & menangis. Boleh dikatakan, hampir dalam setiap sesi pengajarannya dia akan mengenakan aku. Antara kata2 yang sering terpacul dimulutnya adalah ‘bodoh’. Perkataan itu seolah2 sudah menjadi hiasan mulutnya. ‘Bodoh’ itu adalah perkataan ‘paling sopan’ yang pernah dia tuturkan kerana banyak lagi perkataannya yang jauh lebih bisa dari itu. Tapi kata2 ‘bisa’ itulah yang menjadi sumber kekuatanku. Sengaja aku provok pensyarah suku abad itu untuk melihat ketangkasannya ‘bermain’ dengan seorang budak yang dianggapnya sebagai pelik.

Ayuh kita rungkaikan segala ‘kepelikan’ ini agar kita dapat sama2 mengadili apakah aku sememangnya seorang yang pelik seperti yang diperkatakan. USIA. Kata pensyarahku, bicara aku melebihi usia. Kalaulah kerana usia aku tidak layak untuk memperkatakan sesuatu yang lebih jauh melangkaui usiaku, maka ketahuilah bahawa tidak mungkin cucu Saidina Ali boleh menegur Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang memegang takhta khalifah ketika itu (dalam istilah sekarang disebut sebagai perdana menteri) supaya tidak menghalangnya dari bercakap kerana jika usia yang jadi ukuran, ketahuilah bahawa ramai lagi orang yang ‘lebih tua’ dan lebih layak dari Umar bin Abdul Aziz untuk memegang jawatan khalifah tersebut. Kata pensyarahku lagi, aku seorang yang agresif. Cuba datangkan pula persoalan, kenapa? Mana mungkin tebuan menyerang tiba2 jika sarangnya atau dirinya tidak diusik. Pernyataan pantang di cabar, aku bukan pantang dicabar dalam semua perkara. Hanya dalam hal2 yang melibatkan haq dan batil sahaja. Aku melawan arus kerana aku mahukan perubahan dalam cara yang berlainan. Dulu kulit tembikai warna hijau, isinya warna merah. Sekarang sudah ada tembikai kulit hijau, isinya warna kuning. Tak mustahil satu masa nanti akan terhasil tembikai berkulit kuning dan isinya berwarna hijau. Thomas Addison mencipta mentol sebanyak 99 kali dan hanya berjaya mencipta mentol pada kali yang ke 100. Orang kata dia dah buat silap tapi apa yang dijawab oleh Thomas Addison? Katanya ‘jangan kata saya buat silap tapi saya sebenarnya sedang belajar sebanyak 99 cara bagaimana untuk membuat mentol dengan cara yang salah’.

Silapnya kita sebab tak mahu membuka minda untuk melihat perkara ini dari sudut yang berbeza. Kita lebih betah mengikut dari membuat pembaharuan melalui cara yang bertentangan. Bagaimana untuk mendapat hasilnya? Aku berfikiran jauh kerana yang dekat dapat aku lihat sedang yang jauh? Terlindung dari pandangan zahir. Di Checnya, ramai yang kebuluran.Perang meletus dimana2. Sebab itu kita mesti berfikiran jauh, menyiapkan stategi dan melaksanakan tindakan jika tak mahu negara yang kita cintai dan kasihi ini mengikut jejak langkah Checnya. Jika hanya duduk berfikir semata2, aku yakin barat sempat mencipta satu racun yang boleh membunuh umat islam di seluruh dunia dalam masa 1saat.

Benarkah aku seorang yang kuat memberontak? Rasanya2 kalau ibu atau kakak anda diragut dihadapan mata sedangkan anda melihatnya, apakah yang akan anda lakukan? Apakah anda hanya akan berdiam diri? Apakah anda fikir seluruh dunia akan bertepuk tangan memuji ‘kebaculan’ anda? Tepuk dada, tanya diri. Tentang ‘melawan’, aku bukan ‘melawan’ sebenarnya tetapi lebih kepada memberikan respon. Frasa melawan itu sinonim dengan keganasan sedangkan semasa aku memberikan responku, aku mulakan dengan kalimah bismillah dan disertai ungkapan maaf berkali2. Aku bukan bawak pisau, bukan bawak parang untuk berperang sebaliknya aku cuma bawa ‘mulut’ dan ilmu. Salah aku kah? Jika responku dikatakan sebagai melawan, makanya ramailah pengganas dalam Malaysia ni. Elok tambah lagi banduan dalam ISA. Baru meriah penjara Malaysia.

‘Seteruk2’ aku, insyaAllah setakat ini aku masih menjaga adab apabila berbicara dengan guru kerana guru merupakan antara insan yang amat aku hormati dan sanjungi. Jadi tidak adil kiranya frasa melawan itu dilabelkan ke atas diriku. Daripada jawapan2ku ini, sekarang, terpulang pada anda untuk membuat penilaian. Apakah benar aku ini seorang yang PELIK seperti yang diperkatakan atau aku dilihat pelik kerana persekitaran yang diciptakan. Itulah aku yang sering dianggap sebagai budak2 oleh cerdik pandai di sekelilingku hanya kerana perbezaan usia.

Pendapat budak seringkali dipandang sepi. Apakah mereka yang menganggap diri ‘terlalu dewasa’ ini lupa bahawa budak2 juga punya suara hati yang ingin didengari? Sebab itulah aku sangat menyayangi dan menyenangi budak2. Bagiku, budak2 penuh dengan kejujuran. Keadaan yang membentuk mereka untuk berfikir dan menjadi seperti apa. Mereka akan mencipta watak masing2 mengikut asuhan sekeliling. Aku sangat suka menyelami hati budak2 bahkan aku boleh duduk berjam2 dengan budak2 semata2 untuk mendengar luahan hati mereka. Mujur juga aku sempat belajar tentang psikologi budak2. Mengendalikan budak2 banyak membuat aku berfikir. Apakah setelah dewasa ini, aku masih bisa ‘jujur’ seperti mereka?





-AL HAQIRAH ILALLAH-

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT MENCARI CINTA..!



CINTA - Ungkapan yang sinonim dengan lelaki dan perempuan. Ada apa dengan cinta? Biar aku khabarkan apa yang aku faham tentang cinta. Cinta suatu perasaan yang wujud antara 2 pihak dimana di dalamnya terdapat prinsip2 yang perlu di patuhi untuk memastikan cinta itu berjalan dan berlangsung dengan sempurna hingga ke akhirnya.Tapi benarkah wujud cinta sejati sesama manusia? Kata temanku ada. Aku kembali bertanya cinta siapa? Pantas temanku menjawab ‘cinta Shah Jehan kepada Mumtaz. Sebabtu wujud Taj mahal hari ni’. Hampir tercetus tawaku saat mendengar pernyataan tersebut Tapi sengaja aku tahan sebagai menghormati pandangannya. Baru aku faham, itu definisi cinta sejati. Jadi apa tunggu lagi. Ayuh ramai2 kita bina Taj Mahal bagi membuktikan kasih dan cinta kita pada si dia. Biar ada berjuta Taj Mahal dalam dunia. Bila ada berjuta Taj Mahal dalam dunia,Taj Mahal akan menjadi Taj Murah. MURAH?! Maknanya cinta itu boleh di beli? Hehehe. Aku sekadar memberikan respon pada kata2 temanku itu. Selebihnya terpulang pada anda semua untuk membuat penilaian.

Pelik aku dengan teman2 yang sering yakin dengan cinta sebegini. Juga teman2 yang menjadikan cerita Laila Majnun sebagai inspirasi cinta. Taukah kalian akan maksud Majnun tersebut? Majnun adalah istilah arab yang boleh di terjemahkan sebagai ‘orang yang gila’. Betulkan jika aku silap. Kenapa orang seperti Qaisy dan Laila ini diagung2kan? Aku sempat melihat ending cerita klasik ini. Akhirnya Qaisy dan Laila mati di timbus pasir tanpa sempat bersatu. Mati dalam pemujaan cinta manusia. Moral yang dapat aku ambil dari cerita ini, ikutilah jejak langkah Qaisy dan Laila jika kita nak tambah lagi jumlah senarai pesakit di Tanjung Rambutan. Hehehe. Ada teman yang menimbulkan persoalan, benarkah cinta sejati hanya wujud di antara kita dan pencipta sahaja? Benarkah tidak wujud cinta sejati diantara manusia dengan manusia? Jawapannya ada. Aku melihat dari sudut seorang ‘aku’ yang memahami cinta berdasarkan apa yang pernah aku pelajari. Cinta yang aku maksudkan itu adalah cinta Rasullah S.A.W kepada umatnya. Rasulullah S.A.W tidak meninggalkan harta yang banyak untuk di pusakai, cukup hanya 2 harta yang bisa menjamin keselamatan manusia untuk selama2nya jika kita mengikutinya iaitu Al Quran dan Sunnahnya. Itu baru cinta sejati sesama manusia. Kerana terlalu sayang pada umatnya,nabi tinggalkan 2 harta tersebut sebagai bekalan untuk kita bertemu Pencipta. Tapi kita? Apa yang kita wariskan pada insan yang kita cinta? Sila sebutkan cinta sejati semurni cinta Rasulullah ini jika ada. Manalah tau kalau2 aku terlepas pandang. Aku pernah membaca novel Ayat2 Cinta, hadiah dari seorang teman ( terima kasih akhi Atiqullah ). Di dalam novel tersebut, sarat dengan perjuangan dan cinta. Soalnya, benarkah wujud cinta setulus Fahri dan Aisya pada zaman ini? Aku belum pernah ketemu. Jika ada, minta di khabarkan supaya kita dapat sama2 berkongsi. Mana tau kisahnya lebih hebat dan boleh di bukukan atau di pentaskan menerusi drama seperti novel Ayat2 Cinta.

Aku syorkan kepada kalian semua, jika hendak menonton novel Ayat2 Cinta, ‘tontonlah’ melalui tulisan, jangan melalui filemnya kerana garapan antara kedua2 cerita ini sangat jauh berbeza. Kenapa aku katakan demikian? Kerana aku menonton melalui kedua2 saluran. Buku dan filem. Darinya aku membuat penilaian dan kesimpulan. Justeru kalian akan faham apa yang aku maksudkan jika kalian melakukan hal yang sama. Janganlah kalian mensia2kan hidup kalian kerana cinta. Rata2 dari kita pernah melalui cinta dan apa yang ditemui dari cinta hanyalah kesakitan. Kata temanku, itu kerana mereka melalui kedukaan sepanjang bercinta. Cuba tanya pada orang yang menemui kebahagiaan dalam cinta, pasti jawapannya berbeza. Iya, itu benar tetapi selama mana kebahagiaan tersebut? Ia punya had masa kerana tempoh itu terbatas. Kalau bukan berpisah hidup, akan berpisah mati. Secara jujurnya, siapa suka pada perpisahan? Kerana itu kita perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila memilih untuk bercinta. Jangan nanti, beli tali beluti, gantung diri. Menyusahkan polis, menyusahkan mak ayah, menyusahkan orang ramai.

Apabila memilih cinta sebagai perisa dalam kehidupan, maka bersedialah untuk menghadapi apa sahaja kerana perisa itu adatnya ada bermacam rasa. Ada pahit, manis, tawar, masam dan kelat. Jadi pilihlah perisa yang kita sukai. Moga perisa itu nanti tidak menjadi racun buat diri kita. Kata temanku, budi merangkak,akal menjalani, ikhtiar memilih, untung menyudahi. Pilihan di tangan kita maka kita yang berhak menentukannya. Aku tidak mahu lagi mendengar cerita Qaisy dan Laila (Laila Majnun) berulang. Pintaku pada kalian, janganlah ada antara kalian yang bercita2 untuk meneruskan kesinambungan cerita klasik ini. Tujuan aku menyatakan ini semua kerana aku sayang pada saudara seagamaku. Aku tak mahu kalian mati dalam keadaan kalian tidak mengenal siapa Pencipta kalian. Aku bimbang andai kelak, apabila kalian ditanya ‘ma rabbuka?’ anggota tubuh kalian yang menjadi saksi bagai terkunci. Tidak tahu apa yang harus di jawab lantaran semasa hidup kalian hanya mengenali nama2 seperti Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira, Abby Abadi, Fahrin, Aaron Aziz, Jehan Miskin bahkan kalian seolah2 seperti tidak pernah mendengar nama2 yang Maha indah seperti Al Basir, Al Qabidh, Al Hayyu, Al Qayyum dan nama2 lain bagi Dia, pemilik dan pentadbir seluruh alam.

Bercinta itu tidak salah tetapi menjadi salah apabila kita salah mengaturkannya. Binalah cinta yang menjadikan Allah, Rasul serta agama sebagai tiang utama. InsyaAllah cinta tersebut akan berdiri kukuh di atas paksinya dan tidak mampu goyah sekalipun ditolak oleh halilintar yang dahsyat. Aku juga punya kisah tersendiri cuma aku tidak betah untuk berkongsi .Bukan apa, kerana aku mahu membukukan kisah cintaku untuk tatapan zuriatku kelak dalam mencari cinta dilingkungan adab. Mudah2an aku dapat menyempurnakan episod2 yang seterusnya berlandaskan aturan syarak. Moga doa kalian mengiringi jejak kehidupanku atas nama cinta. InsyaAllah. Selamat mencari cinta..!


-AL HAQIRAH ILALLAH-