Thursday, September 30, 2010

MABRUK.! BARAKALLAHHU LAKUMA..

24 SEPTEMBER 2010 bersamaan 15 syawal. Dengan sekali lafaz, sah lah Saudari Ummu Hani bte Haji Ibrahim bergelar suri kepada Saudara Firdaus, iaitu lelaki yg telah berjaya mencuri hatinya kerana Allah. Pertemuan tanpa mata, juga tanpa suara itu akhirnya membawa mereka ke alam rumahtangga. Aku sudah mengetahui tentang mereka sejak setahun yang lalu. Dalam diam aku sebenarnya sangat mengagumi mereka. Cinta mereka suci. Benarkah CINTA? Sebetulnya mereka itu tidak pernah berjumpa, apatah lagi mengungkap kata2 cinta. Selama setahun khitbah berlangsung, yang aku tahu dari Ummu Hani cuma istikharah, istikharah dan istikharah. Alquran dan tasbih tak pernah lekang dari tangan. Bahkan sejak ditanah air lagi, hampir setiap malam aku lihat Ummu Hani bangun melakukan solat tahajjud dan solat2 sunat yang lain. Kesudahannya dia tidur di sejadah.


Sebetulnya perancangan untuk menikah telah dibuat setahun yang lalu tetapi ditunda kerana keberangkatan Ummu Hani ke Mesir. Lagi pula ketika itu jawapan istikharahnya masih samar. Jadi dia mengambil keputusan untuk menangguhkan sementara keinginan tersebut. Bagiku, keputusannya itu tepat. Aku sangat mengenali Ummu Hani hinggakan aku boleh membaca setiap tindak tanduknya. Kami pernah makan sepinggan,tidur sebantal, berkongsi rahsia. Mengimbau kisah 6 tahun lalu, kami pernah sama2 berjanji untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir. Tapi disebalik perancangan manusia, perancangan Allah adalah yang terbaik. Dia memilih laluan untuk menjadi seorang hafizah quran di sebuah institut tahfiz terkemuka di Negeri Sembilan manakala aku lebih betah memilih untuk mempelajari ilmu ketuhanan dan kerohanian (Usuluddin) di sebuah IPTA di pantai Timur. Disinilah bermulanya laluan hidup kami berdua. Akhirnya hanya dia seorang yang mengotakan janji untuk pergi ke sana. Aku sedikit terkilan dengan impian 6 tahun dulu tetapi secara jujurnya, aku tidak pernah menyesal dengan jalan yang aku pilih. Bagiku 6 tahun yang dilalui sangat2 mendewasakan dan mematangkan fikiran aku dalam memahami kehidupan. Aku sudah pun menjejakkan kaki di bumi anbiya’ tersebut 2tahun yang lalu. Walaupun bukan untuk melanjutkan pelajaran, itu sudah cukup memadai. Kerana itu aku tidak punya alasan untuk menyesali takdir.

Panggilan telefon dari Ummu Hani beberapa minggu sebelum dia pulang ke Malaysia aku sambut dengan penuh kesyukuran. Akhirnya sekali lagi perjalanan hidupnya dilitupi oleh bunga2 cinta. Dia sudah bersedia. Istikharahnya sudah menemui jalan. Dan akhirnya 25 syawal lalu menjadi saksi akan pertautan 2 hati dengan sekali lafaz akad oleh si jejaka. Aku menjadi teman yang terawal hadir untuk menyaksikan upacara bersejarah tersebut, di ikuti oleh Azimah, Naqiah dan juga Liyana. Teringat aku pada mesej yang dihantar oleh si comel Naqiah tempoh hari ‘ika, den tibo2 raso sodih. Kawan kito tu da kawen. Kawan kito nak bertumbuk dan bergusti dah takdo lagi. Nanti esok2 dia bertumbuk bergusti dengan laki dio yo. Kito tak boleh join lagi dah’. Begitu mesej Naqiah dalam loghat Negeri Sembilan yang pekat ‘Tu lah kiah. Den pun raso sodih sebona eh. Yola, kawan baik kito da kawen kan. Apo pun kito doakan yang terbaik tuk dio’, aku menitip mesej balasan. Aku juga rasa seperti Naqiah tapi sudah tertulis jodoh Ummu Hani secepat itu. Sebagai sahabat, kami merelakan dan mendoakan yang terbaik buat Ummu Hani dan suaminya.


‘Sahabatku yang tersayang.salam mabruk,salam keindahan, salam buat seorang isteri. Selamat merasmikan dan menjalani ibadah yang penuh dengan nikmat dan keberkatan. Mulakan langkah dengan selawat dan doa. Moga cinta yang didasarkan kepada Allah ini membenihkan zuriat yang soleh dan solehah serta kekal bertaut hingga ke syurga.Selamat melangkah ke syurga dunia. Salam sayang : Sahabatmu’. Sengaja aku menghantar mesej ini pada malam selepas majlis pernikahan mereka berlangsung. Doaku moga Ummu Hani mampu menjadi pendayung yang terbaik sepanjang melayari bahtera rumahtangga. Buat Ummu Hani, selamat melangkah ke syurga dunia.! Barakallahhulakuma.. (^_^)


بارك الله لكما

وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير

بارك الله

بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما, الله أدم حبهما

الله صلي وسلم على رسول الله

الله تب علينا, الله إرضى عنا

الله إهدي خطانا على سنة نبينا

0 comments:

Post a Comment