Wednesday, November 10, 2010

ALAHAI USTAZAH..!

Lama tak update blog. Sebetulnya tak punya kesempatan. Tambah pulak laptop dah rosak hampir 2bulan. Hantar baiki masa bulan puasa. Sampai habis bulan raya pun, tak sudah lagi orang kedai tuh baiki. Tapi tak apelah. Dah kebetulan aku ada kat rumah kaklong ni, jadi aku gunakan kesempatan yang ada untuk update blog kesayangan ni .InsyaAllah, aku akan stay kat sini sampai raya haji.

Hari ni aku nak tulis tentang seorang pendakwah yang tak asing lagi dalam dunia dakwah Malaysia. Bagi mereka yang selalu menonton kaca televisyen dalam rancangan2 yang berunsur islamik, pasti tidak asing dengan wajah ustazah yang seorang ini .Melihat rancangan Halaqah di TV9 tempohari, langsung menggerakkan anginku untuk menulis artikel ini.

Alkisah mengenai seorang ustazah, juga sekaligus seorang hafizah quran yang tampil dengan gaya yang aku kira tidak sesuai bagi seorang pendakwah. Penampilannya boleh dikategorikan sebagai 'tabarruj' (bersolek dan berdandan secara berlebihan). Kerana penampilan yang agak berlebihan dan tidak bersesuaian, aku mengambil keputusan untuk menukar siaran. Apa yang perlu difahami oleh pembaca, aku menukar siaran bukan kerana aku tidak menyukai dia tetapi aku tidak menyetujui penampilan yang sedemikian rupa. Tabarrujnya tak ubah seperti artis2 yang ada di Malaysia. Dengan blusher merah di pipi, eye shadow, concealer, lipstick dan mekap lainnya menjadikan aku tidak keruan untuk menatapnya berlama2. Sejujurnya, aku sangat menghormati serta menghargai ilmunya apatah lagi dengan gelaran hafizah quran yang dipegangnya. Kerana aku tidak mahu menambah dosa yang telah bertimbun,maka aku mengambil jalan untuk menukar siaran televisyen. Aku tidak mahu berdosa kerana dia.

Aku pernah melihat wajahnya dengan solekan tipis. Hanya mengenakan foundation dan pelembap bibir sahaja tetapi jauh lebih cantik dari mekap tebal seperti sekarang ini. Islam tidak pernah menghalang perempuan2 islam untuk berhias tetapi biarlah berhias secara adil dalam erti kata meletakkan sesuatu pada tempatnya. Aku bukan mahu mempertikaikan kredibilitinya sebagai seorang pendakwah sekaligus hafizah quran tetapi penampilannya itu memberi mesej yang berbeza terhadap orang yang melihatnya. Jika sekiranya penonton itu adalah aku, sangkaan buruk yang terlintas ‘ustazah yang berdakwah kepada orang itu sendiri tidak mampu mempertahankan diri daripada diconteng mukanya dengan berbagai2 warna oleh insan yang bernama jurumekap, bagaimana dia boleh terfikir untuk menyeru para muslimah diluar sana supaya menghentikan perbuatan tabarruj?’ Bukan hanya aku, rasanya ada lagi manusia lain yang turut mempunyai sangkaan buruk seperti itu.

Kepada para pembaca, anda buatlah penilaian sendiri. Jangan pegang apa yang ditulis ini kerana ini cuma luahan hati berdasarkan ilmu serta hukum yang pernah dipelajari sebelum ini. Jika kenyataan aku ini salah, aku dengan penuh rasa rendah diri dan rasa bersalah ingin memohon maaf kerana telah 'mencemarkan' rekod bersih seorang pendakwah yang sangat kalian hormati. Tetapi jika kalian sependapat dengan aku dan melihat melalui kacamata yang sama serta mengenali individu yang aku maksudkan, mohon disampaikan luahan hati aku ini supaya perubahan dapat dilakukan dengan kadar segera. Aku tidak berniat untuk mengaibkan siapa2 cuma cukuplah ini menjadi peringatan kita bersama. Satu pesanku kepada pembaca ‘JANGAN BIARKAN ORANG LAIN BERDOSA KERANA KITA..!’ Wallahhualam.

0 comments:

Post a Comment