Friday, November 12, 2010

BAHAYA KATA-KATA..

Ayah baru kol, tanya khabar. Itulah kasih seorang ayah. Pantang berjauhan dengan puteri2nya. Kalau aku kelua rumah, setiap 15 minit sekali dia akan kol. Paling kurang pun sehari sekali. Tak pernah ada hari yang ayah tak hubungi aku. Pelik kan? Sepatutnya aku yang hubungi ayah tapi yang terjadi sebaliknya. Memang sejak dulu aku rapat dengan ayah. Ikut kemana saja ayah pergi .Sebabtu masa ayah berangkat ke Jordan/Syria, aku menangis. Ayah turut bertanyakan khabar Kaklong. Alhamdulillah, Kaklong masih dengan ketabahannya.

Masa berbual tadi, aku sempat bertanyakan ayah tentang beberapa perkara. Kami berbual beberapa topik sehingga sampai pada perihal bahaya kata2. Ujar ayah, ada 3 perkara yang tidak boleh dijadikan bahan gurauan. Yang pertama, perihal hamba. Jika seseorang memiliki hamba dan kemudian dia menyebut ‘aku bebaskan kamu’, maka saat itu juga hamba tadi terlepas dari cengkaman tuannya. Yang kedua perihal murtad. Mengikut penjelasan ayah ‘jika seseorang itu menyatakan, pada tahun 2012 aku akan menukar agama dan masuk agama hindu, maka secara automatik dia telah murtad saat itu juga’. Dan perihal ketiga adalah talak. Ayah mengaitkan penjelasannya melalui contoh. Contohnya jika sepasang suami isteri berlakon dalam sebuah drama. Watak yang dipegang dalam drama tersebut adalah watak suami isteri dan kemudian suami melafazkan ‘aku ceraikan kau dengan talak satu, secara automatik jatuh talak terhadap isterinya walaupun pada hakikat mereka cuma berlakon. Persamaan diantara ke3-3 perkara ini ialah, pemutusan ketiga-tiga hal ini tidak sabit kepada niat. Walaupun niatnya hanya untuk bergurau ataupun dia dalam keadaan marah, apa2 yang telah disebutkan tetap sabit. Seperti contoh murtad, walaupun niatnya cuma untuk bergurau, maka ketika itu juga dia telah murtad tanpa mengira akan niat asalnya.

Inilah bahayanya bermain dengan kata2 yang kita sendiri tidak tahu akibatnya. Hanya kerana sebaris kata mampu memisahkan seorang suami dari isterinya, memisahkan seorang ayah dari anaknya, memisahkan seorang manusia dari agama asalnya. Kita yang harus mengatur setiap percakapan dan tindak tanduk kita. Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata?? Jangan kerana sepatah kalimah,hancur berkecai sebuah rumah!

0 comments:

Post a Comment