Monday, November 15, 2010

DISIPLIN..

Tadi lepas kemas rumah, aku duduk depan TV. Tengok kalau2 ada siaran menarik untuk ditonton. Tapi langsung tak ada tajuk siaran yang memikat hati. Jadi aku putuskan untuk tengok drama ‘Wartawan Oh Wartawan’. Aku nampak kelibat Syanie dalam drama tu. Betul ke Syanie? Bila tengok 4, 5 kali, sah, memang Syanie. Syanie dah nampak kurus sikit berbanding dulu. Tapi macamana Syanie kuruskan badan dia? Aku rasa paling sikitpun ,Syanie dah kurang 10 kg dari berat asal. Bila tengok Syanie, aku teringat diri aku.

Dulu aku berisi jugak. Lagi2 masa di PITT. Makan 6 kali sehari. Tengah malam pun makan lagi. Berat aku naik mendadak sampai 65kg. Bayangkan dengan ketinggian 154 cm, aku terpaksa menanggung berat sedemikian rupa. Baju saiz XL. Tapi sekarang Alhamdulillah, berat aku dah turun kepada 50 kg. Dah boleh pakai baju saiz S. Berat badan aku mula turun sejak balik dari bercuti di Bandung dan Jakarta 5 bulan lepas. Mungkin kapasiti penduduk yang terlalu padat meletakkan aku dalam kondisi yang tidak selesa. Keadaan cuaca juga mungkin antara penyumbang terhadap tahap kesihatan aku. Waktu aku balik ke Malaysia, aku diserang demam dan sakit kepala. Aku batuk2 sampai keluar darah. Suara jadi serak. Selera makan hilang. Dengan penyakit usus yang sudah sedia ada, ditambah pula dengan kondisi kesihatan yang tidak berapa baik, menjadikan badan aku cukup lemah. Seingat aku, itulah permulaan pada penurunan berat badan aku. Dan sekarang, aku mula mengamalkan pemakanan seimbang. Kenapa aku ceritakan semua ini kepada para pembaca? Insyaallah, akan aku jelaskan pada perenggan seterusnya.

DISIPLIN - Itu fokus utama aku dalam entri ini. Sebenarnya hidup ini memerlukan disiplin yang tinggi dalam apa juga perkara. Semasa aku menyertai kursus ESQ di Matrade Hall di bawah kendalian Pak Ligisan Sugimin, disiplin menjadi salah satu faktor untuk mencapai kesejahteraan hidup dunia akhirat. Kenapa disiplin? Kerana disiplin mengajar seorang manusia untuk menjadi lebih bertanggungjawab. Kerana disiplin juga, umat islam mencapai kemenangan dalam peperangan bersama orang-orang kafir. Kerana disiplin jugalah, manusia tahu akan tatacara hidup dan tidak melanggar peraturan di muka bumi Allah sesuka hati. Itulah pentingnya disiplin dalam kehidupan ini.

Seperti Syanie, aku juga menggunakan kesempatan yang telah diberi oleh Allah ini untuk mendisiplinkan diri. Aku mengawal pemakanan bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Aku mempraktikkan apa yg diajar oleh ayah. Ayah pernah menyebut tentang satu kaedah syarak yang akan aku sampaikan kepada para pembaca menurut pemahaman aku sendiri.

Didalam sesuatu hadith disebut, mafhumnya ‘berhentilah makan sebelum kenyang’ . Perut yang kenyang akan membuatkan seseorang manusia malas untuk beribadah. Dan dalam mafhum hadith lain disebutkan bahawa akal yang sihat adalah dari tubuh badan yang sihat. Jadi, untuk mencapai tahap sihat itu, memerlukan disiplin. Apabila kita mengikut disiplin yang ditetapkan, badan menjadi sihat. Apabila badan sihat, kita akan rajin beribadah kepada Allah. Jadi mencari sihat itu dikira wajib. Caranya dengan mengikuti disiplin. Makanya berdisiplin itu juga dikira wajib. Itulah kaedah yang di ajar oleh ayah kepada aku. Jadi kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi Allah, disiplinkanlah diri anda walau dimana anda berada. Lakukanlah kerana Allah, demi Allah dan untuk Allah. Selamat berdisiplin.. (^_^)

0 comments:

Post a Comment