Friday, November 12, 2010

MANISNYA UKHUWWAH.. (^_^)

‘Akak, mici rindu akak sangat2!’ jelas kedengaran satu suara halus di hujung talian tempohari. ‘Adikku ika, kak idah tak tau kenapa kak Idah tiba2 rindu sangat2 dengan ika’. Ini pula baris kalimah yang tertera di skrin handsetku. Benarkah begitu hebat pautan ukhuwah? Seorang nun jauh di bumi Aman, Jordan. Seorang lagi pula di bumi Kelantan. Sedang giat mencurahkan bakti buat anak2 Kelantan yang dahagakan ilmu. Ah! Terlalu indah kenangan. Terlalu berharga sebuah ukhuwah. Cuma mungkin aku yang terlalai dalam menghargainya.

Menyebut tentang ukhuwwah, pastinya akan terpapar memori2 indah sepanjang bersama teman2. Bermula dari SK Pasoh Dua, SMADHM, seterusnya ke UDM dan sekarang masih meneruskan pengembaraan ilmu yang tidak pernah berhenti. Pelbagai pahit manis berukhuwwah telah aku lalui sepanjang tempoh pengembaraan ilmu bersama teman2. Ada suka, ada duka. Dari situ aku kenal apa itu kasih,apa itu sayang, apa itu suka, apa itu benci,apa itu manis dan apa itu pahit. Semuanya aku telan demi sebuah ukhuwwah. Pengalaman dikhianati oleh insan yang kuanggap sebagai sahabat cukup memberi pengajaran berharga buat aku.Sejak hari itu, frasa ‘SAHABAT’ sudah tidak wujud untuk ‘dia’.Telah aku hilangkan dari kamus hidup aku untuk ‘dia’. Sakitnya bukan kepalang tetapi aku telan kerana kalau aku menganggap sakit itu sebagai hempedu,pasti aku tidak gamak lagi untuk terus bernafas atas muka bumi ini.

‘Tok guru sy dulu pernah kata, org yang uratnya halus ni, jiwa dia pun halus. Jiwa sensitif’. Inilah ayat yang pernah dituturkan oleh seorang doktor yang merawatku apabila mengalami kesukaran ketika ingin mengambil darahku kerana urat yang terlalu halus. Peristiwa ditikam dari belakang oleh ‘dia’ menjadikan aku lebih sensitif lagi. Walaupun begitu, aku sudahpun memaafkan dia, cuma pintaku pada ALLAH, janganlah pertemukan lagi aku dengan dia sehingga saat aku menutup mata kerana aku tidak mahu rasa sakit itu bertandang kembali. Cukup2lah aku mengenali dia pada kehidupan lalu. Kalau diberi peluang untuk mengulangi semula masa lalu, aku mohon supaya aku tidak pernah mengenali dia.

Dalam kehidupan berukhuwwah, pahit itu mungkin rasa yang terpencil di sudut hati kerana yang manis itu memonopolinya. Kenangan menimba ilmu bersama teman2 usuluddin selama 3 tahun lamanya memberi kesan yang amat mendalam . Juga betapa manisnya kesempatan yang diberi Allah untuk menimba ilmu bersama 6 kuntuman nailofar yang aku sayangi, serta manisnya kenangan mengendalikan pelajar2 PITT batch 2009 yang kini sudahpun berada di bumi Jordan,Mesir Dan Morocco.

Kepada teman2 yang ku sayangi, terima kasih atas segalanya. Kalau bukan kerana kalian, entri ini tidak akan ada disini pada hari ini. Ingin sekali aku katakan ‘kalian semua adalah insan terbaik yang pernah mewarnai hidupku. Terima kasih atas segala kenangan manis yang dilukiskan di kanvas sejarah hidupku. Moga kalian bertemu yang terbaik dalam hidup kalian untuk hari ini dan hari2 mendatang. Insyaallah.

Duduk dari kiri : Mai, Michi, Lia. Berdiri dari kiri : Didie, Dayah, Penulis & Farah.

‘Ya Allah,peliharalah sahabat-sahabatku dikala penjagaanku tidak sampai pada mereka. Sayangi mereka dikala rasa sayangku tak mampu merengkuh mereka dalam dakapan yang nyata. Muliakan mereka dikala penghargaanku tak terangkum dalam kata-kata. Kerana KAU punya apa yang diriku tak punya. Moga mereka dalam rahmatmu. Amin Ya Rabb.’.

0 comments:

Post a Comment