Tuesday, November 16, 2010

SALAM EIDUL ADHA.. (^_^)

‘Salam ustazah. Nak tanya, Malaysia raya ari Rabu ke?’Ini sebaris pertanyaan yang tertera di ym ku semalam. Soalan dari seorang student Mesir. ‘Salam ustaz.Yap. Malaysia raya ari Rabu. Kenapa?’ tanyaku. Peliklah sebabnya Hari Arafah 9 Zulhijjah cuma sehari, hari ini. Mana ada Arafah lagi kat dunia ni melainkan satu sahaja di Makkah’ jawabnya memanjangkan topik perbualan. ‘Jadi..apa masalahnya?’ Aku masih samar tentang apa yang cuba disampaikan. ‘Bukan ape. Tadi ustazah kata Malaysia raya haji hari rabu. Maknanya Malaysia raya lewat 2 hari selepas hari Arafah. Jadi Malaysia sebenarnya ikut siapa?’ tanyanya cuba menjelaskan maksud sebenar. ‘Ikut Islamlah’ jawabku ringkas.

Dia melanjutkan bicara ‘Takdelah. Ustazah tak rasa pelik ke, Malaysia esok tiba2 9 zulhijjah padahal MAKKAH dah raya dan takde lagi orang berkumpul di ARAFAH’. ‘Takde ape yang nak dipelikkan sebab waktu Makkah dan Malaysia berbeza’ begitu jawabku. Aku seterusnya menyambung, ‘Ustaz, dekat Malaysia ada sistem tapisan segala macam hal yang berkaitan dengan agama. Sebabtu kerajaan wujudkan berbagai2 institusi agama bagi memastikan umat islam di Malaysia tidak menyimpang dalam hal2 agama. Orang-orang yang dipilih untuk menerajui institusi2 agama ni kebanyakannya terdiri dari golongan ulama’ serta ‘alim. Keraguan ustaz tak berasas sebab tak mungkin semua ulama’ sepakat menyembunyikan yang haq. Persoalan ini lebih kepada perbezaan masa antara 2 benua. Perbezaan waktu antara Makkah dan Malaysia adalah antara salah satu faktor kelewatan raya haji di Malaysia. Jadi tak perlulah fikirkan tentang masalah nih sampai pening kepala’. Jawabku menjelaskan. ‘Owh, macamtu. Ok2. Ana faham. Apapun ustazah, Salam Eidul Adha dari ana’. ‘Salam Eidul Adha juga dari bumi Malaysia’, jawabku ringkas.

Inilah serba sedikit ringkasan yang dapat aku titipkan disini buat tatapan pembaca. Walaupun menyedari bahawa jawapan itu sebenarnya tidak cukup lengkap, sekurang2nya dapat mengurangkan sedikit ‘beban’ yang berada di minda kawanku itu.Sengaja aku tulis entri ini kerana insyaAllah selepas maghrib nanti, aku akan pulang ke Negeri Sembilan bersama abang-abang serta kakak2 iparku dan anak buah yang dikasihi, Rabiatul Adawiyah. Jadi tak tau bila lagi masanya aku akan menghadap skrin laptop memandangkan laptopku masih dalam proses baik pulih. Apapun mohon doa daripada teman2, mudah2an kami semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Boleh jadi ini entri terakhir untuk bulan ini. Dan boleh jadi ini bakal menjadi entri terakhir sekiranya Allah mngambil semula setiap helaan nafas dan denyutan nadi yang dipinjamkan buat sementara ini.

Apapun, sebelum gerak pulang ke Negeri Sembilan, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha' kepada semua teman2 dan para pengunjung blog ini, mohon maaf Zahir dan Batin. Moga pengorbanan yang telah kita lakukan mendapat pengiktirafan disisi Allah S.W.T. Mohon maaf jika terdapat keterlanjuran kata sepanjang aku mengendalikan blog ini. Mudah2an kalian semua terus berada dalam nikmat Iman dan Islam. Salam pengorbanan dan kasih sayang buat semua.. (^_^)

0 comments:

Post a Comment