Friday, March 23, 2012

SABAR-KESEMBUHAN YANG TERINDAH

Dah sebulan berlalu, kaki masih belum elok. Jalan pun dah macam OKU. Ujian yang sangat menguji kesabaran. Mood mula temui titik perbezaan.

Susah nak digambarkan perasaan aku bila saban hari bersihkan diri guna alat bantuan dan bergerak 24 jam guna tongkat yang memang tak pernah digunakan sepanjang 24 tahun hayat ni. Apa yang lebih mencabar bila kaki aku dijadikan bahan gurauan guru2. Siap snap pict kaki aku yg bersarung plastik kedai. Tak ape. Sabarlah. Ujian ni tak lama. Langit tak selamanya diselaputi mendung.

Aku tak mintak kesembuhan dari Allah. Yang aku mintak cuma kesabaran. Kesabaran yang sentiasa membuatkan hati rasa merdeka dari sebarang ‘kecacatan’. Kerana hakikatnya aku sedang cuba memaut erat sabar agar tak terlepas dari genggaman. Aku sedang membina dinding redha konkrit agar tidak bisa ditembusi suatu apapun. Harapan teragung, moga sabar bisa menyembuhkan.

Sekarang aku faham kenapa ramai orang bunuh diri bila terlibat dalam kecacatan yang tak disangka2. Ada yang hilang tangan, hilang kaki, hilang jari dan seumpamanya. Kata orang, mereka bunuh diri kerana kecewa. Insiden ni benar2 menginsafkan. Yang menginsafkan bukanlah kecacatan sedikit dan sementara ini tapi yang menginsafkan adalah kisah mereka yang bunuh diri kerana kecewa dengan fizikal yang telah diambil semula oleh TUAN yang empunya.

Kenapa mesti insaf dengan kisah mereka? Kerana menurut aku, mereka yang membunuh diri itu bukanlah membunuh diri kerana kecacatan fizikal yang dialami sebaliknya mereka itu membunuh diri kerana kecacatan hati yang tak pernah belajar untuk mensyukuri!

Pesan kasih sayang-jangan kesalkan kecacatan fizikal kerana kecacatan fizikal tidak mampu membunuh anda. Tapi kesalkan kecacatan hati kerana kecacatan hati adalah maut yang anda jemput sendiri! Salam kesabaran dan keredhaan..

0 comments:

Post a Comment