Monday, June 11, 2012

BATAS SABAR..


Malam ni aku rasa down sangat.Macam2 cerita aku dengar pasal aku yang diceritakan oleh seseorang.Dia adalah manusia yang tak pernah berhenti memburukkan aku dari dulu sampai sekarang..

Aku telan semua pahit hasil dari tindakan dia yang suka menjaja keburukan aku.Belum pernah sekalipun aku menyerang secara berdepan sebab masih menjaga titah agama. Dah 9 tahun aku sabar, dari sekolah menengah tapi umpat keji dia pada aku tak pernah surut.

Dia pernah label aku playgirl, pernah label aku jahat. Sekarang? Lebih hina dari semua tu. Tolong jangan lupa kalau aku juga manusia yg punya batas sabar.Cukuplah dengan ujian2 sudah. Jangan sakitkan lagi aku yang dah sedia sakit.

Aku tak tau apa yang dia tak puas hati dengan aku sampai sanggup melempar tuduhan yang tak berasas. Kantoi rokok, judi, hampir kena buang dari melanjutkan pengajian, cerita lucah2-itu semua buruk dia yang tak pernah aku jaja pada orang.Tapi dia?! Semua orang tak betul. Yang berpurdah lagikan dihina. Yang baiknya..dia. Bila berlaku perselisihan faham antara mak dia dengan adik aku dimekah baru2 ni, baru aku tau kenapa dia sehina dan sesenteng tu.Like mother like son!

Aku dah puas tanggung sakit derita sebab orang.Ini mungkin bukan ujian tapi kifarah atas semua dosa yg pernah aku lakukan.Apapun alasannya, dia tetap tak berhak untuk jaja bukan2 tentang aku kalau sehelai rambut aku pun tak pernah terlihat dek mata dia! Sepanjang hidup, aku tak akan pernah redha atas segala umpat kejinya sebab bagi aku, cuma ada seorang saja manusia atas muka bumi ni yang berhak untuk menyalahkan aku dan yang pasti, manusia tu bukanlah dia!

Kalau orang kata aku emosi hari ni, ya!Memang aku emosi sebab maruah aku dipijak orang. Cuma perempuan yang tak bermaruah boleh terima bila maruahnya dicampak golekkan. Memang aku pernah buat salah dalam hidup kerana salah itu proses pembelajaran tapi dia yang tak pernah faham erti salah akan terus menyalahkan orang.

Kalau aku sejahat dia,dah lama aku sebarkan luaskan gambar dan nama dia dalam internet. Biar seluruh dunia tau sekeji apa dia yang berselindung di balik ketahfizannya.Tapi aku bukan serendah tu dan aku tak akan sesekali merendahkan martabat aku untuk lelaki murah macam dia.

Aku memang tak boleh jumpa semua orang untuk jelaskan kesemuanya sebab aku tak punya kemampuan untuk berbuat demikian.Tapi aku tak pernah lupa janji Allah.Mungkin dia yang terlupa bahawa kita masih punya mahkamah akhirat.Tunggu saja bila Allah tontonkan semula segala perbuatan kita didunia.Masa tu nanti..semua orang akan tau siapa sebenarnya aku dan boleh menilai apa benar aku ini perempuan hina seperti yang dia gambarkan pada semua orang.

Aku pihak yang teraniaya. Aku takkan pernah henti berdoa moga satu saat nanti bila dia sedar, dia akan bersihkan semula nama aku atau dia terpaksa melutut mohon kemaafan bagi melepaskan diri dari tambatan neraka. Pilih antara dua. Pesan  ringkas untuk dia..tunggu aku.Kita jumpa diakhirat!!

Monday, June 4, 2012

MIMPI..


Malam tadi aku mimpikan seseorang. Mimpi yang melakarkan mendung dihati aku hari ni. Menanti saat hujan membasahi hati.

Lama sudah rasanya perpisahan ini. Tapi aku masih mengenang dan terkenang.Kata sahabat aku, kalau kita mimpi atau teringatkan seseorang, tandanya tautan hati kami kuat kerana terdapat 2 kemungkinan. Pertama, dia yang sentiasa ingat dan mendoakan aku atau yang kedua, aku yang sentiasa ingat dan mendoakan dia.

Mengenang masalah yang sering singgah di kanvas hati, menjadikan aku insan yang sangat lemah. Kelemahan hati yang tak mampu disamari oleh kekuatan fizikal. Aku memendam hiba yang teramat dalam.Gambaran fizikal menuntut tafsiran bahawa aku ini sakit.Itu duga teman2.Aku tidak mengiya mahupun menidakkan.Setiap orang bebas berpandangan.

 Mimpi yang dialami tambah memburukkan emosi. Mengganggu siang aku hari ni.Satu persatu gamitan memori bertandang.Aku rindukan semuanya. Rindukan zaman kanak2 yang sungguh riang, rindukan zaman persekolahan yang sarat dengan pengalaman, rindukan zaman kuliah yang penuh dengan pengajaran, rindukan zaman bersama teman2..

MIMPI-ku harap kau tak akan menjelma lagi.Lenalah di alammu. Jangan datang lagi mewarnai malam suramku.Cukuplah episod2 sudah yang pernah dijalani. Jangan pernah hadir lagi. Kerana aku tidak mampu melawan suratan bahawa kita kini sudah jauh terpisah, dan akan terus terpisah untuk selamanya..

Saturday, June 2, 2012

BERINGAT DAN BERWASPADA..


Malam tadi berlaku satu peristiwa yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup. Kamar mandi aku diceroboh oleh camera enset manusia bertopengkan syaitan!

Peristiwa berlaku sekitar jam 7.40 malam tadi waktu aku tengah bersihkan diri sebelum solat maghrib. Yang aku jadi perasan kehadiran camera nset tu sebab aku terbau rokok yang sangat kuat.Secara automatik aku terpandang lubang kecil yang ada pada tirai tingkap dan ternampak camera dan mata manusia syaitan tu.Aku terus menjerit sambil berlari keluar dari bilik air,menggagahkan jari patah yang sangat sakit.Hampir nak terjatuh waktu tu sebab dah mula pitam.

Tanpa berlengah,aku kol polis.Tapi yang jadi masalah sebab polis tu tak tau kat mana rumah aku.Puas dia mencari.Lepastu dia kol, tanya KLU tentang rumah. Sampai2 aje kat rumah,polis tu terus cakap ‘kenapa tak cakap rumah Ustaz Bakhtiar? Puas sy pusing2 dok mencari rumah 210’. Lepastu polis terus pergi kat tempat kejadian.Polis tanya samaada aku ada syak sesiapa.Aku kata takde sebab aku tak bercampur dengan orang2 kat tempat aku ni.Jadi aku tak tau.Dia kata lagi, yang dia pelik macammana orang tu boleh tau masa2 aku bersihkan diri? Lepastu dia tanya spesifik tentang masa. Mak bagitau mmg rutin harian aku bersihkan diri malam hari.Polis tu mengangguk.

Sebelum beredar,polis tu pesan suruh aku datang buat report rasmi dekat balai polis arini.Polistu jugak suruh aku paku papan pada tingkap yang ternganga tu.Dia akan suruh MPV buat rondaan.Tak lama lepas polis tu balik..aku terima mesej ‘Zu, kuatkan semangat tu.baru ada keyakinan.Lain kali pastikan semua lubang yang ada ditutup untuk keselamatan. Pada pengamatan saya, orang tu mengintai sebab perwatakan zu. Zu cantik dan tutup aurat. Mungkin sebab tu orang tu nak tengok sangat. Apapun,jaga diri. Beringat untuk masa akan datang. Suruh ustaz pakukan lubang tu dengan kayu’. Aku jawab ringkas ‘Baik tuan.Terima kasih’.

Pengalaman ni tak mungkin aku lupakan sampai akhir hayat. Besar betul hikmah ADAB dalam islam. Sebab tu islam suruh tutup aurat sepanjang masa walaupun waktu kita mandi.Hikmahnya bagi mengelakkan berlaku perkara2 macam ni.

Adalah berdosa bagi aku mendoakan keburukan bagi orang lain tapi jauh disudut hati,aku lebih berharap Allah menghancurkan tangan si pelaku tu daripada beri hidayah pada dia,sebagai pengajaran pada manusia durjana lain amnya. Hati aku sakit kerana 2 perkara .Pertama maruah.kedua melibatkan jari yang patah (bukan setakat sakit,bahkan bertambah2 sakit).

Apapun,semoga Allah melindungi kami sekeluarga dari kejahatan manusia dan makhluk lainnya. Pada semua sahabat2 muslimah khususnya..pesan saya sila jaga aurat anda walau dimana saja anda berada kerana musuh tak pernah mengenal masa, tempat dan mangsa.Amalkan cara hidup islam yang sempurna.Cukuplah saya seorang melalui detik2 mencemaskan dan mencemarkan ini. Jangan pula ianya terjadi pada kalian dikemudian hari.Sentiasa beringat dan berwaspada. Semoga kalian semua terus berada didalam lindungan dan dakapan Allah.

Sunday, May 27, 2012

~PEPERIKSAAN~


Salam mahabbah. Esok aku akan hadapi peperiksaan. Persediaan cuma suam2 kuku.Banyak benda singgah dalam kotak fikir.Harapnya persediaan yang sedikit mampu membantu pencernaan otak aku esok. Bukan kuantiti yang diperlukan tapi kualiti.

Tak terlintas tentang soalan yang bakal keluar sebab aku tak peruntukkan masa untuk meletakkan target soalan. Yang aku tahu, baca isi penting, fahamkan dan jawab ikut pemahaman. Yang penting,isi utama jangan tinggalkan walau cuma sepatah perkataan sebab sepatah perkataan yang ditinggalkan, berkemungkinan akan menterbalikkan makna.

Moga Allah permudahkan segalanya. Aku tak boleh lama. Harus tinggalkan medan tinta sekarang. Moga kejayaan memihak pada aku.Ditangan Allahlah kunci segala kesukaran dan kemudahan.Mohon doa semua.Rabbuna Yusahhil

Saturday, May 19, 2012

REDHA..


Banyak perkara yang berlegar dalam ruang fikir aku sekarang.Luar nampak tenang, dalamnya berkocak badai.Tak tau apa patut aku fikir dan perbuat..

Aku bukan budak kecil lagi.Sepatutnya sudah boleh menerima segalanya dengan tenang.Tapi hati dipasak ketidakredhaan. Aku tidak redha dengan siapa sebenarnya?Apa pada Allah yang mentakdirkan keadaan ini? Nauzubillah.

Zulaikha, belajar redha, sabar dan menerima tiap2 ketentuan dengan penuh keikhlasan.Dah 24 tahun bersemuka dengan dunia, bergelumang dengan agama, kenapa hati masih keras?Barangkali  ada yang tak kena dengan ibadah dan muamalah. Iman tu sifatnya kuat. Tak bisa ditembusi satu apapun. Tapi iman aku bergoyang. Apa layak cerita soal iman? Islam? Dugaan aku kuat, berat. Memang aku salah tapi desakan hati memungkinkan semua berlaku.

Aku selalu beranggapan hidup aku pendek.Boleh sirna sekelip mata.Tapi kenapa aku tak ambik iktibar dari sisa pendek ini? Sewaktu dalam janin lagi Allah telah menetapkan 3 perkara dalam hidup kita. JODOH, AJAL, REZEKI. Allah tak mintak buat apa2 malah Allah yang sediakan semua. Tak tahu nak bersyukur lagi? Ketidakpuasan hati apa yang mahu dimonologkan dengan Allah? Dasar manusia tak kenang budi. Masih nak pertikai kehendak Allah walhal Allah cuma mintak seperkara-REDHA..

Nikmat jari sudah Allah tarik.Jari kekal sakit dan bertukar warna hitam walaupun dah 2 bulan lebih berlalu. Kalau tak betul2, mungkin jari kaki ni bakal dipotong. Title cacat akan jadi milik aku. Jadi sebelum Allah tarik nikmat2 lainnya, aku akan didik hati aku sebaiknya untuk redha dan sentiasa mensyukuri.

Mohon Allah limpahkan kekuatan hati dalam menghadapi hari2 pendek ini. Mencampakkan keredhaan dalam segenap ruang. Ya Allah, lenyapkanlah perasaan ketidakredhaan dari hati hamba hina ni. Aku tak mahu mengenang perkara sudah. Realitinya hidup aku adalah hari ini. Maaf sudah dipohon. Terima atau tidak bukan soal aku lagi. Pergilah segalanya. Pergi dan jangan pernah kembali lagi.

Sunday, May 13, 2012

MASIH ADA SINAR...


Aku teringat pertemuan dengan ayah siang tadi. Hambar. Hati aku masih mendung. Mungkin ayah juga begitu. Mengenang dugaan bersama puteri yang dikasihi. Segalanya sudah diluah.Keputusan untuk bersemuka dan menyuarakan isi hati pencetus pada ‘kemendungan’ yang belum bernoktah ini..

Sepanjang ingatan 24 tahun singgah di dunia, belum pernah ada satu detik mahupun saat aku terlintas untuk ‘berbalas kata’ dengan insan bergelar ayah.Selalunya perbualan, perbincangan kami hanya sekitar perkara ilmiah tapi kali ini lebih bersifat peribadi. Aku tau sarat yg ditanggung hati ayah tapi aku juga tak mampu menyembunyikan angin debu dalam hati. Benteng pertahanan semakin lama semakin goyah.Menanti masa menyembam ke tanah..

Sekian lama aku berdiam. Cuma melihat dan terus melihat demi seorang ayah,  insan yg teramat bermakna dalam hidupku.Segunung hamparan laut pun tak mampu menzahirkan betapa dalamnya kasih sayang antara kami. Dia insan yang telah memperlihatkan aku akan syurga neraka.Tapi gejolak hati telah menghantarkan kekuatan baru dalam hidupku.Kekuatan untuk memohon pencerahan dalam kesuraman yang melanda sejak sekian lama..

Dan untuk pertama kalinya..aku telah mencalarkan kanvas hati itu.Bukan niatku tapi aku tidak punya pilihan yang lebih baik.Hari ini, senyum diwajah ayah sudah tidak kelihatan.Rajuknya belum surut. Aku sudah memohon maaf tapi maafku belum dijawab. Jujur..aku sangat meratapi kondisi sukar ini. Kalau boleh diputar masa, aku memilih untuk menarik semula kata2ku tapi apakan daya.Hidup yang berjalan mengikut sunnatullah tidak memungkinkan itu berlaku.Aku redha dengan natijahnya..

Tiada sepatah kata yg keluar dari mulut ayah untuk aku hari ini. Hilang sudah sorot mata yang pernah menatap aku penuh kasih sayang. Kekecewaan ayah nyata mendalam. Siapa sangka puteri yang diberi didikan agama sepenuhnya boleh menjadi lebih ‘besar’ dari seorang ayah.  Aku berdosa. Dimana akhlakku? Dimana nilaiku? Sungguhpun aku sudah menutur maaf namun tidak semudah itu hati yg luka bisa disembuhkan. Aku memahaminya..

Ayah..walau apapun yang terjadi antara kita hari ini, kakcik tetap sayang ayah sebab ayah dunia dan akhirat kakcik. Bukan salah didikan ayah kakcik berani ‘bersuara’ tapi mungkin hati muda kakcik yang belum betul2 ikhlas menerima suratan kerana kakcik BUKAN Saidatina Fatimah. Kakcik tau jodoh,pertemuan, ajal, maut semua di tangan Allah tapi kita berhak memilih jalan untuk menentukan takdir itu..menjadi seperti apa dan bagaimana.

 Semoga Allah membuka hati ayah untuk memaafkan aku dan merapatkan kembali hubungan ayah dan puterinya. Tiada senjata paling bermakna dari doa.Moga Allah mendengar rintihan aku dan menaupkan yang retak agar kembali seperti sediakala.Moga masih ada sinar. Biiznillah,insyaAllah..


Thursday, May 10, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN AYAH..


Alhamdulillah, aku sudah beransur sembuh  tapi masih di uji dengan kesakitan jiwa. Aku sendiri tak pasti apa  patut dikongsikan disini tapi apa yg pasti, aku sentiasa mengharapkan agar segala ujian ini berakhir..

Rumah yg tersergam indah belum tentu indah didalamnya.Keluarga yang terlihat bahagia,belum tentu bahagia percaturannya.Hanya yang melalui mampu mengerti.

Aku sayang keluarga aku. Aku hargai  semua perkara yang muncul dalam hidupku.Masalah jadikan aku berfikir samaada lari atau hadapi.Orang sering melihat aku dalam posisi tabah, gagah tapi sejujurnya hati aku tidak seteguh karang.Aku belum cukup baik untuk menerima segala ketentuan takdir. Hanya airmata mengiringi..

Puas aku sabar. Letih aku bertahan. Kadangkala serasa mahu gila. Ayah sudah mengeluarkan kata. Segala terpendam diluah.Berlalu dengan seribu kekecewaan.Aku sebak.Tak mampu menutur kata. Sungguh tegar seorang ayah.Begitu hebat hasut 'orang' hingga ayah terlupa bahawa puterinya ini tidak pernah ‘mengasingkannya’ .Aku tidak salahkan ayah. Ayah orang agama.Dia lebih memahami tuntutan agamanya. Dari siang tadi aku tak henti menangis..mengenang dan terkenang kata2 akhir ayah sebelum berlalu pergi meninggalkan kami dengan penuh rasa bersalah..

Teringat semua kenangan lalu. Sungguh cepat masa berlalu.Kalau semalam kami puteri2 ayah manja bersandar dibahu ayah, hari ni semuanya tak lebih dari satu khayalan.Laju sungguh airmata menitis.Ayah sudah jauh berubah..

Esok ulangtahun kelahiran ayah. Aku tidak pasti samaada mahu mengucapnya atau tidak. Moga Allah permudah urusan kami sekeluarga, dalam menghadap kemelut  yang tak pasti bila akan  selesai..

Apapun jua, satu perkara yang aku ingin ayah tahu, aku teramat menyayangi ayah. Walau apapun katanya pada aku siang tadi, tak akan mampu mencalarkan segala jasa dan pengorbanannya padaku selama ini.Sesakit apapun menerima segala bisa kata2..aku akan cuba tabahkan hati. 

Aku berharap dan berdoa,kira dipanjangkan umur,andai ayah sudah tidak berdaya suatu saat nanti, tangan inilah yang akan menyuapkan makanan ke mulut ayah.Tangan ini jualah yang akan membasuh segala najis2 ayah. Mulut inilah yang akan menghadiahkan doa tanpa jemu buat kesembuhan dan kesejahteraan ayah. Kerana aku cuma punya seorang ayah.Tiada galang ganti untuk selama2nya..

"SELAMAT  ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH.."  :'(