Thursday, September 17, 2009

PITT 2009 & KENANGAN..



PITT - Singkatan bagi Program Intensif Timur Tengah, di bawah kelolaan Sekretariat Mahasiswa/si Timur Tengah di bawah naungan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sedar tak sedar, 2 bulan sudah berlalu. Para pelajar juga sudah berangkat ke Mesir.Terlalu banyak kenangan yang tercipta sepanjang aku mengendalikan para pelajar di dalam program ini. Ada suka, ada duka. Namun aku berlapang dada. Positif dengan segala hal yang mendatang. Terimbau kembali saat aku mula-mula menjejakkan kaki ke pusat dakwah. Terasa janggal juga. Al maklumlah, aku tidak mengenali siapa-siapa di situ selain Ustaz Fidaus yang lebih selesa aku gelar sebagai Atih dan Ust Affendi yang aku gelar sebagai Usu.

Semasa aku sampai di sana, sedang berlangsung sesi pendaftaran pelajar. Aku di beritahu bahawa pelajar-pelajar yang akan aku uruskan ini terdiri dari kalangan orang yang seusia denganku bahkan ada yang lebih tua dariku. Terkedu juga mulanya tapi aku positifkan pemikiran. Aku tanamkan azam untuk memberikan yang terbaik sepanjang program ini berlangsung. Saat ini jugalah aku mengenali Ust Hatta dan Ust Uzairi atau lebih mesra dengan panggilan Ust Jai secara rasmi. Hampir tercetus ketawa ketika Ust Hatta menegur tentang mimik muka aku yang nampak ‘pahit’.Dengan slumber aku menjawab ‘senyum ana mahal ust’. Aku memang macam tu. Orang yang baru kenal aku selalu kata aku sombong. Aku bukan sombong cuma mimik muka aku memang dah macam tu. Hakikatnya, aku seorang yang murah dengan senyuman. Benar lah pepatah orang putih,don’t judge the books by its cover.Aku perhati segenap ceruk ruang yang ada dalam dewan. Hiruk pikuk dengan suara pelajar. Tiba2 mataku ternampak 2 susuk tubuh manusia yang amat aku kenali. Aku menghampiri mereka. Tatkala berada di hadapan mereka, salah seorang dari keduanya memeluk aku erat. Ya.Ummu Hani,sahabatku yang paling akrab suatu ketika dulu. Sahabat yang pernah mengikat janji untuk sama-sama meneruskan pengajian di Mesir. Aku melabelkan dia dengan gelaran sahabat dunia akhirat. Seusai berpelukan dan bertanyakan sebab aku berada di situ, pandanganku beralih pula pada gadis comel yang berdiri di sebelah Ummu Hani yang ralit memerhati tingkah kami sedari tadi. Ya,itu Naqiah,teman yang aku kenali dari darjah 1 lagi. Aku merangkul tubuh Naqiah. Erat. Siapa sangka aku dapat bertemu dengan keduanya di sini. Rupa2nya mereka juga terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir. Allahhuakbar. Maha Suci Allah yang telah mempertemukan kami dalam keadaan yang tidak pernah terjangkau dek akal.

Aku meminta diri untuk berlalu setelah di beri isyarat oleh Atih dan Usu. Tugas pertama aku, memastikan penginapan para pelajar berjalan lancar. Kebetulan, bilik Ummu Hani dan Naqiah menghadapi masalah. Bilikku pula terlalu jauh dari bilik pelajar. Aku mengesyorkan Naqiah dan Ummu Hani untuk mencari bilik lain. Ummu Hani meminta izin untuk keluar kerana ada urusan yang hendak di selesaikan bersama keluarganya. Jadi aku menemankan Naqiah sepanjang proses pertukaran bilik. Alhamdulillah, terdapat bilik kosong di sebelah bilikku. Aku bersama2 Naqiah mengangkat barang2 ke bilik baru itu. Setelah selesai mengangkat barang, terjadi 1 lagi masalah, plug tidak berfungsi. Naqiah sedikit mengeluh. Al maklum, sudahlah penat berulang alik mengangkat barang (jauh pulak tu) tiba2 plug bilik pula bermasalah.Aku melihat jam di tangan.Masa semakin suntuk. Aku dan Naqiah belum solat asar. Kami harus menyegerakan urusan Allah. Selesai solat, kami ikhtiar mencari bilik yang lain. Ummu Hani naik ke bilik semula. Aku menceritakan pada Ummu Hani tentang masalah yang kami hadapi. Kali ini giliran aku dan Ummu Hani pula mencari bilik kosong.Terdapat 1 lagi bilik kosong yang boleh kami diami. Alhmdulillah, plug berfungsi. Setelah mencuba semua kemudahan di dalam bilik tersebut dan berpuas hati, Ummu Hani menutup pintu bilik. Takdir Allah, tombol pintu loose sebaik di tutup. Kami terkurung di dalam bilik tersebut. Mujur handset Ummu Hani masih mempunyai kredit. Aku menyuruh Ummu Hani untuk menghubungi Ust Jai. 10 minit kemudian Ust Jai datang untuk membuka pintu.Setelah puas berusaha, akhirnya pintu tersebut dapat di buka. Alhamdulillah. Aku dan Ummu Hani kembali ke bilik tadi. Sekali lagi Ummu Hani meminta diri untuk keluar. Mahu membeli kasut katanya. Aku dan Naqiah mengiakan. Masa terus berlalu. Aku duduk memikir inisiatif lain untuk mendapatkan bilik. Fikir punya fikir, akhirnya…aha! aku mendapat idea. Aku menghubungi Kak Izaty, staff PDI yang memegang semua kunci bilik asrama. Aku tanyakan kalau2 masih ada bilik kosong yang boleh menempatkan seramai 3 orang pelajar. Alhamdulillah,nasib menyebelahi. Kak Izaty datang menghantarkan kunci dan menunjukkan bilik yang di maksudkan. Sekali lagi aku dan Naqiah terpaksa berhempas pulas mengangkat barang2 ke bilik baru tersebut. Moga selamat semuanya. Begitu doaku dalam hati.

Masa terus berlalu. Azan maghrib mula berkumandang. Kami solat maghrib. Seusai solat maghrib, aku terus bergegas ke pejabat kerana aku di maklumkan bahawa kami ada perjumpaan untuk sesi ta’aruf pada malam tersebut. Tepat masa yang di janjikan, maka berlangsunglah sesi ta’aruf yang di maksudkan. Hambar .Itulah yang dapat aku tafsirkan tentang perasaan aku saat dan ketika itu. First impression menjadikan aku hilang hormat dengan pelajar-pelajar agama. Dengan penampilan yang ‘serba tidak kena’, di tambah dengan pengenalan diri yang langsung tidak mencerminkan keperibadian sebagai pelajar agama, telah mengejutkan ‘anginku’ yang sedang lena di peraduan. Selesai ta’aruf, aku telah ‘membasuh’ semua pelajar semahuku. Geram melihat tingkah mereka. Sejak saat itu aku dapat merasakan betapa meluapnya api kebencian mereka terhadapku. Tapi aku tekad. Biar seluruh dunia sekalipun membenci aku, aku tidak akan pernah takut untuk menyatakan kebenaran!Kebenaran adalah milik orang-orang yang benar.

Keesokannya harinya bermulalah tugasan aku dalam menguruskan para pelajar.2 minggu menguruskan mereka merupakan saat yang amat meletihkan bagi aku. Masakan tidak. Aku terpaksa berhadapan dengan kerenah 59 orang pelajar yang seusia, atas dan bawah dari aku. Sangat mencabar keteguhan hati. Mereka mengecam urusetia dari segala segi hinggakan ada yang sanggup mengadakan perhimpunan haram di surau untuk mengecam aku. Sekali lagi aku terpaksa menguatkan hati. Maka urusetia dan pelajar mengambil kata putus untuk bersemuka. Akhirnya, terhamburlah segala ketidak puasan hati pelajar terhadap kami. Aku cuba bersikap tenang. Tidak mahu emosi menguasai diri. Aku mengukir senyum sepanjang pertemuan tersebut. Aku tekun mencatat permasalahan yang di bangkitkan oleh para pelajar. Baru aku mengerti kenapa masalah ini timbul. Rupanya kerana salah faham. Mereka tidak mengerti dengan situasi. Setelah selesai, Usu dan Atih mentaklifkan pada aku untuk menjawab kesemua ketidakpuasan hati yang telah di lemparkan oleh para pelajar. Aku menerima tugasan tersebut dengan lapang dada.

Sambil di saksikan oleh Atih,Usu, Ust Hatta,Ust Jai Dan Ust Amir yang menjadi pemerhati di belakang, aku menjawab dengan begitu tenang sekali kerana aku percaya, kebenaran itu adalah milik orang2 yang benar. Dan alhamdulillah, segala kekusutan dan permasalahan terungkai jua akhirnya. Syukur pada Allah. 2 bulan lamanya mengendalikan program ini, satu tempoh masa yang sangat menguji keimanan dan kesabaran. Aku tidak pernah membayangkan bahawa aku bakal mengalirkan airmata sepanjang mengendalikan program ini tapi siapalah aku untuk menidakkan serta menyekat perasaan aku sendiri. Di akhir2 program ini, aku kerapkali menangis. Antara saat2 yang tidak mungkin aku lupakan sepajang hayatku, bila mana mataku bengkak menangis kerana Ust Amir. Aku rasa sakit sebenarnya tapi hikmah yang mungkin tidak aku lihat ketika itu, betapa kesakitan sebenarnya mengajar erti kesabaran.Terima kasih ust kerana telah mengajar ana erti sabar secara tidak langsung. Belajarlah memahami - itu lebih baik sebenarnya. Sentiasalah muhasabah diri, baru akan terlihat akan kekurangan diri yang lompong di sana sini. Apapun aku bersyukur dapat merasai pengalaman bekerja dengan seorang hafiz quran yang pernah menuntut di Mesir seperti Ust Amir. Bukan mudah untuk mendapat peluang bekerja dengan orang hebat seperti Ust Amir. Terima kasih ust.

2 bulan aku duduk disini tanpa pernah sekali pulang ke rumah. Aku mengabdikan diri siang dan malam untuk berbakti kepada para pelajar. Di sebabkan terlalu rindu, ayah sendiri datang menjenguk aku di sini. Sampai pernah satu ketika ayah menelefon dan bertanya ‘kakcik takde cuti2 langsung ke?’ Hinggakan hari Sabtu dan Ahad juga aku masih setia bekerja - menghantar pelajar keluar membeli barang-barang keperluan, menghantar pelajar ke klinik dan menghantar pelajar keluar untuk urusan2 lain. Para pelajar beruntung kerana berpeluang untuk bertemu dengan keluarga setiap hujung minggu tapi aku? Sepanjang duduk di pusat dakwah, baru 2 kali ayah datang melawat aku. Itupun tidak sampai 10 minit kerana ayah harus berkejar ke tempat lain. Aku faham kerana ayah seorang yang sangat sibuk. Bagiku, 2 kali sepanjang 2 bulan adalah rekod pencapaian yang baik. Kerana apa? Kerana ayah sangat sibuk dengan tugasan dakwah. Tidak ada rehat. Belum habis satu undangan, terpaksa memenuhi undangan yang lain. Jika di hitung, sebenarnya ayah memang tidak ada masa untuk menjenguk aku di sini kerana aku amat mengerti akan rutin harian ayah. Lagi pula perjalanan dari tempatku ke pusat dakwah mengambil masa 1 jam suku. Tetapi kerana sayang dan rindu, ayah ‘adakan’ juga waktu untuk melawat aku.

Ayah tau hatiku kuat sendirian tapi sekuat manapun hati seorang anak, dia masih perlukan keluarga sebagai penguat dalam meneruskan perjuangan. Dari sudut fizikal, aku boleh di kategorikan sebagai seorang yang kuat. Aku jarang sekali menangis bahkan aku tidak suka menangis. Bagi aku, menangis itu lemah. Aku orang berjuang. Orang berjuang harus kuat dan berjiwa besar. Menangis tidak mampu merubah apa2.Sekadar melegakan rasa di jiwa. Tapi walau apapun,aku juga manusia. Airmata itu adalah adptasi dari perasaan. Aku tidak boleh menafikannya. Mungkin kerana itu, akhirnya aku menangis di sini. Aku juga tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen kerana ketika majlis konvokesyen berlangsung, kebetulan aku sedang menguruskan satu program perbahasan untuk para pelajar. Kalau aku mahu, boleh saja aku tinggalkan program tersebut dan menghadiri konvokesyen tetapi aku nekad memilih untuk berada bersama2 pelajar kerana aku lebih sayangkan para pelajar berbanding konvokesyen tersebut. Lagi pula, perbahasan tersebut terletak di bawah kendalian aku. Aku tidak boleh meninggalkan tugasanku begitu saja untuk kepentingan lainnya. Itu prinsip aku.

Antara peristiwa lain yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hayatku adalah ‘penghargaan’ yang di berikan oleh beberapa orang pelajar Ma’ahad, lelaki dan perempuan terhadap aku pada hari terakhir mereka mengikuti kursus PITT 2009 ini. Sungguh aku ‘terharu’ dengan ‘penghargaan’ tersebut. Aku memandang wajah mereka satu persatu . Bermula dari safuan, ‘ust’ bermata sepet tersebut tunduk membisu, bagai mengerti akan kepayahan yang sedang aku hadapi. Mataku beralih ke arah Hafiz, insan yang paling akrab dan dekat denganku saat itu. Dia juga begitu. Tidak betah mengangkat muka untuk melihat aku saat airmataku bertakung menahan kepedihan yang sedang mencucuk2 di hati sanubari. Serasa bagai mahu menjerit ketika itu tapi kudratku tidak mampu untuk menzahirkannya. Spiritualku semakin lemah. Tapi aku kuatkan juga hati berhadapan dengan situasi tersebut. Mujur airmataku tidak tumpah. Aku lihat riak wajah pelajar2 medic. Mereka bagai menghulurkan simpati terhadapku. Aku gagahkan diri untuk terus berbicara. Aku terpaksa menerima bahawa setiap manusia itu tidak sempurna. Walau sebaik mana pun khidmat yang aku berikan, rupanya masih belum cukup untuk menempatkan aku dalam hati mereka. Tak mengapalah. Aku redha seredhanya. Buat adik-adikku - maafkan kakak kerana tidak dapat memberikan yang terbaik kepada kalian hingga menimbulkan rasa benci kalian terhadap kakak. Terima kasih juga kerana telah meninggalkan kenangan ‘paling indah’ di hati kakak pada hari terakhir adik2 semua berada di sini. Setelah 2 bulan berlalu, baru kakak tahu kebenarannya. Terima kasih. Kakak tidak akan pernah sekali2 melupakan kalian. Apapun, maafkan kakak atas kekurangan serta kelemahan diri kakak ini. Adik-adik yang amat kakak kasihi dan sayangi, kakak sudahpun memaafkan keterlanjuran kata2 kalian sekalipun ia memang di sengajakan. Cumanya ‘kalau boleh’ kakak tidak mahu ketemu kalian lagi secara zahir buat selamanya. Ketika aku meluahkan kata2 ini kepada seorang teman, lantas dia bertanya pada aku ‘jika benar sudah memaafkan, kenapa tidak mahu ketemu lagi? Itu bukan kemaafan sebaliknya kemarahan yang terpendam’. Aku menjawab, ‘memaafkan tanpa ketemu lagi adalah lebih baik daripada memaafkan, bertemu dan kemudian timbul semula ‘perasaan’ di sebabkan kisah silam’. Perlu di ingat bahawa kita manusia biasa. Rasa hati manusia saling berbeza. Semoga Allah memberi kalian peluang untuk turut merasai apa yang aku rasai ketika kalian menuturkan kata2 ‘penghargaan’ tersebut terhadapku. Moga di saat itu nanti, kalian sedar betapa kerdilnya diri kalian dalam mensyukuri sesuatu dan betapa hebatnya kekuasaan Allah dalam mengaturkan sunnahNya di atas muka bumi ini. Kata pepatah inggeris, what goes around come around. Moga kalian tabah saat menghadapinya nanti. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik2 medic yang telah berusaha mengembalikan semula senyumanku. Teringat aku akan kata-kata Khuzairin pada malam terakhir program tersebut. Katanya ‘kak, kami mintak maaf sebab tak bangun back up akak tadi. Kami tak bangun sebab kami hormat pada Ust Uzairi. Tapi sejujurnya kami cakap, bagi kami apa yang di perkatakan oleh mereka tadi, semuanya salah 100%. Kami sokong akak’. Untuk kesekian kali airmataku tumpah lagi di hadapan pelajar2 medic. Betapa mereka sangat menyayangi aku. Mereka bukan sahaja menghadiahkan patung mickey mouse pada aku malah turut memberi gambar dan surat kepada aku sebagai kenangan terakhir dari mereka. Mereka telah mengubat kepedihan hatiku siang tadi. Terima kasih banyak dik. Buat Khuzairin (adik yang amat aku hormati serta kagumi akan keperibadiannya), Ameerul Aiman (si kiut chicken little yang sering membuatkan aku tersenyum dengan sikap dan tingkahnya), Ihsannuddin (si manis yang lucu dan di gilai oleh pelajar perempuan), Iskandar Afiq Razali (si manis yang ‘sangat’ murah dengan senyuman), Syafiq Hamdan (jejaka yang terkenal dengan ‘kecantikan’ paras serta kecerdikan akal), juga Akmal Hakim (si comel yang sangat berdedikasi dan sangat menghormati orang lain) -Thanks 4 everything yeah. Lot of love from me to all of you. Allah yubarik fikum. InsyaAllah.Tidak lupa kepada adik2 muslimin serta ikhwah lain yang telah memberikan kerjasama sepanjang 2 bulan PITT berlangsung ( terutama teman2 ITQAN )- Hafiz Yusof, Safuan, Shukri, Esa, Khairul Firdaus, Hafiz Halil, Saufi, Rodhi dan Syahid. Juga adik2 Ma’ahad, SMKA Pedas, SMKA SHAMS, SMAT Kelana Petra Ma’amor yang tidak dapat kakak sebutkan namanya 1 persatu disini. Moga Allah mengganjari kalian dengan kebaikan. Juga setinggi2 penghargaan buat adik2 muslimat yang telah banyak membantu sepanjang kakak bertugas di sini terutama Annimah yang telah banyak berkongsi cerita suka duka bersama kakak, memberikan nasihat serta kata2 semangat kepada kakak, mengajar kakak tentang hidup dan kehidupan, Humaira, Rehan, Aisyah, Ain Karim, Suahadah, Fatin Izzati, Ain Syafiqah, Aini, Izaty, Naeila, Amrah, Hidayah, Sakinah, Zurin serta Zaiha -terima kasih semua. Kakak sangat menyayangi kalian. Juga teristimewa buat sahabat kesayanganku si manis Ummu Hani, yang telah mengusap airmataku serta setia memeluk aku seeratnya di saat hati merasa tiada lagi tempat pergantungan terhadap manusia, juga buat sahabat yang amat aku kasihi dan cintai sepenuh hati, si comel Naqiah yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar pada aku supaya sentiasa positif dalam kehidupan. Kata Naqiah ‘jangan sedih apabila orang membenci kita.Nabi sendiri, manusia paling sempurna atas muka bumi ni pun turut di benci. Kalau semua orang suka dan cinta pada Nabi, maka tak adalah orang kafir atas muka bumi ni. Cuba kita tengok Islam. Nabi kata Islam agama yang syumul, melengkapi segenap aspek kehidupan. Tapi kenapa orang kafir tetap taknak pada Islam? Memuaskan hati semua orang adalah mustahil. Tapi berusahalah untuk memuaskan hati pencipta kita kerana DIAlah yang akan menentukan kesudahan hidup kita, ke syurga atau neraka’. Terima kasih Naqiah.Kau kawan, teman dan sahabat. Jika di ikutkan banyak lagi sebenarnya perkara2 yang terlakar dalam diari kehidupanku , suka dan duka sepanjang mengendalikan program ini tetapi aku tidak dapat mencoretkan kesemuanya di sini kerana di himpit keterbatasan waktu. ’Al wajibat aksaru minal auqat’. Rasanya cukup setakat ini coretan pada kali ini. InsyaAllah jika punya kesempatan waktu, aku akan menulis lagi dan post di blog ini. Salam ukhuwwah buat semua pengunjung blog ini.. J






-AL HAQIRAH ILALLAH-

0 comments:

Post a Comment