Saturday, March 13, 2010

~FACEBOOK OH FACEBOOK~

Aku selalu menjengah facebook atau nama glamuornya fb sejak akhir2 ni. Itupun masuk melalui akaun seseorang. Pinjam fb dia untuk jejak balik kawan2 lama. Pelik kan apsal aku tak buat fb sendiri? Nnti bila ada orang tanya, baru aku jawab soalan nih. Sekarang nak fokus kat cite fb dulu. Hehehe.

Masa mula2 aku bukak fb ni kan, orang pertama yang aku jumpa, ikhwah ngan akhawat yang duk kat timur tengah sekarang. Alhamdulillah, jumpa balik jejak diorang. Tak payah susah payah duk tayang muka dalam TV3. Hehehe. Aku pun apalagi, view la profil bebudak nih. Mula2 aku view profile ikhwah. Macam2 gamba aku jumpa. Ada rambut Alleycats, rambut Akil Hayy,rambut Sammy vellu. Pendek kata, macam2 ada. Rambut Zaibo je tak jumpa. Yang rambut cam Mawi, leh bilang ngan jari. Hehehe. Pakaian pulak, tang baju, ramai bajet cam artis. Seluar? Memasing sibuk duk pakai seluar jin. Adus sayo! Sian la sikit kat jin. Da korang sume pakai seluar dia, jin nak pakai seluar apa? Takkan nak telanjang kot? Hehehe. Pakai jubah? Serban? Cuba kira jari memasing sekarang.Sebelah tangan ada bape jari? 5 kan? Dalam 5 jari tu,kalau hitung..tak sampai pun kat jari kelingking tuh. Yang paling melucukan sekali, aku pun tanpa sengaja terjumpa gak gamba beberapa ikhwah yang bergaya ala2 Jaafar Onn, Chef Wan dan Mama Juwie. Auww..! Benci i. Hahaha. Itulah style2 ikhwah yang aku ‘terjumpa’ sepanjang pengembaraan menjejak kengkawan lama kat timur tengah. Yang pakai dan bergaya camtu major ambik pengajian Islam. Hehehe.

Kemudiannya aku beralih kat profil akhawat pulak. Macam2 gamba yang aku jumpa. Memasing sibuk tayang muka, tayang body. Pakai seluar jin tu benda biasa bagi diorang kot walaupun tak pernah tengok diorang pakai masa aku sama ngan diorang kat Malaysia. Ada tayang gigi, tayang lubang idung, tayang jerawat batu. Wow..!so amazing bakal2 ustazah yang akan grad kat timur tengah. Esok2, anak murid ikut. Anak murid yang badan besar, pakai baju adik2. Yang peha macam batang pisang, pakai seluar cam balut buah nangka. Masuk kelas bukan bagi salam tapi depa cakap ‘wazzup 2 ustazah’. Hahaha..

Itu baru cerita kengkawan kat Timur tengah. Sekarang jom kita selusuri jejak kengkawan kat Malaysia lak yang satu sekolah agama ngan aku dulu. Search punya search, akhirnya jumpa gak jejak diorang. Alhamdulillah. So aku pun view la profil diorang. Lebih kurang sama jer ngan bebudak timur tengah cuma yang membezakan diorang tak sambung bidang agama pas abis belaja tingkatan 5. Tapi biasalah kan, gaya msti up to date sikit tang bebudak timur tengah nih. Yang lelaki,aku tengok biasa2 je,normal. Yang aku nak cite, bebudak pompuan. Memang hebatla. Vogue giler! Hehehe. Seronok duk tayang2 b**h d**a kat orang. Kalau dulu masa sekolah dia punya kecik cam buah langsat, arini da besa cam buah tembikai. Suntik susu appeton weight gain kot kat tempat tuh. Huhu. Tak cukup dengan tuh, ada yang bergaya nak ala2 sarah azhari (artis Indonesia tu). Cam sazzy falak kat pantai sabah pun ada gak. Sampai nampak lurah2 dendam.Huhu.Dari korang tutup separuh camtu kan, baik bukak sume terus. Baru fresh lelaki2 jamu mata. Amacam? Ok? Hehehe. Yang dulu pakai tudung sampai nak tutup sekali buku lali tu, arini da pakai selendang style Benazir Bhutto atau lebih tepat cam Siti Nurhalija. Hahaha. Kalau setakat camtu leh tahan tapi kalau yang tak pakai tudung langsung, camne lak? Pe kes? Nak tunjuk rambut afro yang da direbonding la tu. Hehehe. Yang ambik gambar ngan pkwe memasing toksah cakap. Yang tu memang berlambak. Cam muka terencat pun ada. Takpela. Yang penting, anak korang nnti jangan ikut terencat sudah. Hehe.Yang baik2? Mestila ada tapi tak ramai..

Inilah serba sedikit yang dapat aku catatkan mengenai penemuan aku sepanjang mengembara ke alam facebook. Inilah khazanah2 peninggalan ustaz2, ustazah2 serta mak ayah yang dah didik diorang dengan didikan agama dari kecik sampai saat ni. Entah dimana silapnya tapi inilah realiti.

Aku still ingat lagi apa yang ayah cakap masa kitaorang dapat satu kad jemputan kawin dari orang kat tempat kitaorang tu. Kira jiran 40 buah rumah gak lah. Kat depan kad tuh ada gambar pasangan pengantin pakai baju sekolah sambil si lelaki peluk pinggang si perempuan. Mesej yang nak disampaikan melalui gambar pada kad jemputan tu mudah aje. Cinta yang dipupuk masa alam persekolahan akhirnya sampai ke jinjang pelamin.Bukti betapa kuatnya hubungan cinta yang dibina pasangan tu. Cinta sejatilah kiranya. Tapi tau tak apa yang ayah aku cakap? Ayah kata ‘Hmm..bolum nikah lagi, dah bukak aib sendiri kat orang ramai. Dahla bercinto maso zaman sekolah, poluk2 pulak’. Subhanallah. Sampai kesitu jauhnya ayah menilai sekeping gambar. Betullah kata orang, sekeping gambar boleh menceritakan segala2nya. Yang aku nak sampaikan dari kata2 ayah ni, setiap orang punya persepsi yang berbeza. Apa tanggapan kita, belum tentu akan ditanggapi dengan pandangan yang sama oleh orang lain kerana setiap manusia punya sisi pandang yang berbeza.

Pada sahabat2 yang amat aku kasihi..kalaupun korang takde rasa malu sesama manusia, malulah dengan Allah. Diri korang bukan untuk tayangan umum. Sekadar meminjam kata2 AZAM dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH (KCB), ‘aku tidak rela wajah bakal isteriku menjadi tatapan berjuta2 orang dalam dunia kerana dalam berjuta2 orang tersebut, ada yang fikirannya kotor’. Atas dasar kata2 ni jugaklah, aku tarik balik sekeping gambar yang aku letak dalam fb teman aku ni sekalipun gambar tu gambar yang lengkap berpakaian, menutup aurat dengan sempurna mengikut ajaran islam sebab aku malu dengan Allah, jugak malu dengan insan2 yang dah didik aku menjadi manusia macam sekarang. Semoga Allah menjauhkan aku dari fitnah akhir zaman nih..

Apapun,aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kat orang yang dah wujudkan facebook ni. Kalau bukan sebab facebook yang jadi wasilah pada penemuan2 ‘khazanah’ yang tak disangka ni, mungkin aku pun takkan tau dan takkan tulis entri ni hari ni. Terima kasih sebab dah dah jadi ejen menggantikan jejak kasih kat TV3 tu. Pada kawan2 sume, jujur cakap, aku memang sedih sebenarnya tengok perubahan korang tapi korang yang pilih untuk jadi macam tu. Cuma ingat seperkara, korang jugak boleh pilih untuk berubah semula dan kembali kejalan yang diredhaiNya. Masa masih ada. Berubahlah selagi nyawa masih dijasad. Kita hidup kat dunia ni tak lama. Dunia ni Allah pinjam je kat kita. Sampai masa Allah akan ambik balik. So..berubahlah. Aku sayang korang sumer..!

-AL HAQIRAH ILALLAH-

7 comments:

Anonymous said...

salam..yup,rata2 pelajar timur tengah mmg r pakai seluar jin. budaya kat cni..seluar jeans kira sama taraf ngan seluar select,seluar biasa..klu kat mesia lak,lain..kat cni klu pegi keje mana2 pun,xde mslh pki seluar jeans..ok.jgn risau la,kbykkn student timur tengah ni,bila hbs pengajian,sluar2jeans semua tgl kat cni..duk bg kengkawan ke..ok..salam.

AHKIALUZ said...

Salam. Tksih atas respon. Jawapan anda sy terima dgn senang hati. Allah sendiri tak pernah menilai manusia dari pakaian sebaliknya yang dinilai adalah takwa. Tapi..sekadar memetik kata2 muallim saya, org yg belaja dalam bidang agama dan faham agama, kalau dia pakai seluar jin, satu 'KECACATAN' bagi dia. Jadi, janganlah tunjukkan 'keterencatan' diri kita supaya org yg belaja agama nih boleh dihormati sesuai dgn ilmu yg dia miliki. Slm hormat buat semua..

LuKLuK BaiDoa said...

betul3...hehehe

Anonymous said...

rujuk pndgn yang lebih ilmiah tntang pro cons fb..skdr pndgn..

AHKIALUZ said...

Kepada anonymous, trima kasih atas ingatan. Cuma suka diingatkan bahawa apa yang ditulis didalam entri 'facebook oh facebook' ini adalah pandangan penulis secara peribadi. FB ini ada pro dan kontranya. Penulis menulis dari sudut pandang negatif sekadar untuk diambil ingatan serta iktibar sesama muslim. Jangan kerana seorang muslim yang membuat kerosakan, habis buruk kesemua muslim yang lain. Salam ilmiah..

juriah said...

sayu nyer..mmg sdey.

AHKIALUZ said...

To Juriah : Iye..sedih dan menyedihkan..

Post a Comment