Friday, January 7, 2011

SAYONARA 2010..

1hb 1 2011 - Bermulalah ‘Tahun Baru Melayu’ bagi orang melayu. Tapi bagi aku yang ‘Melayu’ dan ‘Islam’ ni, tahun baru dah bermula sebelum tu lagi. AZAM? Azam aku di tahun baru 1 Muharam, sama macam azam tahun 1999 dulu. Masa tu aku baru darjah 5. Cikgu aku tanya ‘apa azam kamu tahun ni?’ Aku jawab ‘nak masuk syurga’. Cikgu gelak. Aku tanya kenapa. ‘Cikgu tanya azam kamu masa hidup, bukan azam lepas mati’.

Teringat setiap moment yang aku lalui sepanjang 2010. Kenangan yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hayat ni. Banyak sangat kisah suka duka yang aku lalui sepanjang 2010. Terutama yang berkait dengan orang lain. Dan tirai malam 2010 aku akhiri di KLIA, dengan bertemu kawan2 yang nak balik Mesir bagi meneruskan pengajian yang berbaki 2 tahun lagi. Ummu Hani dulu masa balik Malaysia sorang aje tapi sekarang balik Mesir berdua, dengan suami dia. Nakiah pun sama, balik dengan Apiz. Sedih sangat aku tengok diorang masa diorang nak pergi. Tak tahu kenapa rasa sedihnya menyengat, tak macam rasa sedih masa aku lepaskan diorang kali pertama dulu. Apapun, dah jadi lumrah, setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Sama seperti awal yang ada akhirnya. Entah kenapa semacam ada rasa menyesal dihati aku bila ingat detik2 terakhir malam 2010 tu. Tak sepatutnya aku ikut diorang pergi KLIA malam tu. Kalau tak, mungkin kesedihan aku tak terbawak2 sampai arini..

Tak lupa tentang kenangan yang sangat menyedihkan bila aku kehilangan seorang kawan, teman dan sahabat yang amat aku hormati dan sanjungi keperibadiaannya iaitu Ukhti Nazariah yang telah kembali kerahmatullah pada 28/02/2010 kerana penyakit H1N1. Pemergiannya satu kehilangan besar bagi Syu’bah Usuluddin dan para muslimah amnya. Apakan tidak, jujurnya dia bukan hanya memiliki paras wajah yang lembut, bahkan tutur katanya juga sangat sopan. Dia antara model muslimah terbaik pernah aku temui. Tetapi Allah lebih menyayangi dia. Dalam usia yang masih muda remaja, Allah telah menjemput Allahyarhamah kembali kesisiNya. Sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah menempatkan Allahyarhamah disisi orang2 yang beriman.

Apapun, 2010 turut menyimpan seribu satu kenangan terindah dalam hidup aku dan aku pasti, pembaca juga begitu. Dan 2010 mengajar aku untuk menyukai apa yang tidak pernah aku sukai. Dan 2010 lah yang mengajar aku supaya mengorbankan sesuatu demi sesuatu, pengertian yang cuma aku faham dari teori sebelum ni. Sebagai contoh, aku jenis orang yang tak suka mulakan mesej dengan siapa2. Aku lebih suka menunggu. Tapi bila dah ditegur, aku cuba berubah walaupun hakikatnya aku tak suka. Walaupun perubahan tu tak kekal lama, sekurang2nya aku dah usaha. Contoh lain, aku sebenarnya tak suka pakai pakaian warna pink. Tak kisahlah apa jenis pun, janji pink, memang aku tak suka. Tapi demi menunaikan permintaan, aku pakai jugak walhal aku memang tak suka. Aku belaja praktikkan teori tu demi kebahagiaan orang lain. Dan aku gembira bila tengok orang senyum sampai ketelinga.

Harini, tirai 2011 sudahpun bermula. Walaupun aku mulakan tirai ini dengan kesedihan tapi aku harap kesedihan ni takkan berpanjangan. Kalau dulu aku selalu motivasikan orang, kali ni giliran aku untuk motivasikan diri sendiri bagi menghadapi mood sedih ni. Aku cakap kat diri aku ‘dulu, sebelum semua ni ada, ia tak ada. Dan masa tu aku boleh cool, jalani hidup macam biasa. Bila semua benda ni ada dan aku dah sayang sangat2, terpaksa hadapi kehilangan. Kalau sebelum semua ni ada aku boleh jalani hidup macam biasa, kenapa tidak bila semua ni dah takde?’ Walaupun cara ni tak dapat ubat kesedihan sepenuhnya tapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sedih yang aku hadapi. Ibarat kata trainer ESQ aku ‘jika Allah berada di dalam hati anda semua, anda kehilangan apapun atas muka bumi ini, anda tidak akan pernah berasa sedih’.

Sayonara 2010. Tahun 2011 ni akan aku gunakan untuk bertaubat dari segala dosa2 aku yang telah aku lakukan. Terutama dosa melebihkan makhluk dari Allah. Aku nak berubah, aku nak jadi orang baik. Moga Allah melorongkan aku kearah jalan yang diredhaiNYA seterusnya meletakkan aku di kondisi yang terbaik. Dan permulaan kepada semua ini adalah menyesal, berhenti dari melakukan dosa dan berazam tidak akan mengulangi kesilapan2 lalu. Moga dosa2ku diampunkan. Amin Ya Rabb..

0 comments:

Post a Comment