Monday, June 4, 2012

MIMPI..


Malam tadi aku mimpikan seseorang. Mimpi yang melakarkan mendung dihati aku hari ni. Menanti saat hujan membasahi hati.

Lama sudah rasanya perpisahan ini. Tapi aku masih mengenang dan terkenang.Kata sahabat aku, kalau kita mimpi atau teringatkan seseorang, tandanya tautan hati kami kuat kerana terdapat 2 kemungkinan. Pertama, dia yang sentiasa ingat dan mendoakan aku atau yang kedua, aku yang sentiasa ingat dan mendoakan dia.

Mengenang masalah yang sering singgah di kanvas hati, menjadikan aku insan yang sangat lemah. Kelemahan hati yang tak mampu disamari oleh kekuatan fizikal. Aku memendam hiba yang teramat dalam.Gambaran fizikal menuntut tafsiran bahawa aku ini sakit.Itu duga teman2.Aku tidak mengiya mahupun menidakkan.Setiap orang bebas berpandangan.

 Mimpi yang dialami tambah memburukkan emosi. Mengganggu siang aku hari ni.Satu persatu gamitan memori bertandang.Aku rindukan semuanya. Rindukan zaman kanak2 yang sungguh riang, rindukan zaman persekolahan yang sarat dengan pengalaman, rindukan zaman kuliah yang penuh dengan pengajaran, rindukan zaman bersama teman2..

MIMPI-ku harap kau tak akan menjelma lagi.Lenalah di alammu. Jangan datang lagi mewarnai malam suramku.Cukuplah episod2 sudah yang pernah dijalani. Jangan pernah hadir lagi. Kerana aku tidak mampu melawan suratan bahawa kita kini sudah jauh terpisah, dan akan terus terpisah untuk selamanya..

0 comments:

Post a Comment