Thursday, September 17, 2009

SELAMAT MENCARI CINTA..!



CINTA - Ungkapan yang sinonim dengan lelaki dan perempuan. Ada apa dengan cinta? Biar aku khabarkan apa yang aku faham tentang cinta. Cinta suatu perasaan yang wujud antara 2 pihak dimana di dalamnya terdapat prinsip2 yang perlu di patuhi untuk memastikan cinta itu berjalan dan berlangsung dengan sempurna hingga ke akhirnya.Tapi benarkah wujud cinta sejati sesama manusia? Kata temanku ada. Aku kembali bertanya cinta siapa? Pantas temanku menjawab ‘cinta Shah Jehan kepada Mumtaz. Sebabtu wujud Taj mahal hari ni’. Hampir tercetus tawaku saat mendengar pernyataan tersebut Tapi sengaja aku tahan sebagai menghormati pandangannya. Baru aku faham, itu definisi cinta sejati. Jadi apa tunggu lagi. Ayuh ramai2 kita bina Taj Mahal bagi membuktikan kasih dan cinta kita pada si dia. Biar ada berjuta Taj Mahal dalam dunia. Bila ada berjuta Taj Mahal dalam dunia,Taj Mahal akan menjadi Taj Murah. MURAH?! Maknanya cinta itu boleh di beli? Hehehe. Aku sekadar memberikan respon pada kata2 temanku itu. Selebihnya terpulang pada anda semua untuk membuat penilaian.

Pelik aku dengan teman2 yang sering yakin dengan cinta sebegini. Juga teman2 yang menjadikan cerita Laila Majnun sebagai inspirasi cinta. Taukah kalian akan maksud Majnun tersebut? Majnun adalah istilah arab yang boleh di terjemahkan sebagai ‘orang yang gila’. Betulkan jika aku silap. Kenapa orang seperti Qaisy dan Laila ini diagung2kan? Aku sempat melihat ending cerita klasik ini. Akhirnya Qaisy dan Laila mati di timbus pasir tanpa sempat bersatu. Mati dalam pemujaan cinta manusia. Moral yang dapat aku ambil dari cerita ini, ikutilah jejak langkah Qaisy dan Laila jika kita nak tambah lagi jumlah senarai pesakit di Tanjung Rambutan. Hehehe. Ada teman yang menimbulkan persoalan, benarkah cinta sejati hanya wujud di antara kita dan pencipta sahaja? Benarkah tidak wujud cinta sejati diantara manusia dengan manusia? Jawapannya ada. Aku melihat dari sudut seorang ‘aku’ yang memahami cinta berdasarkan apa yang pernah aku pelajari. Cinta yang aku maksudkan itu adalah cinta Rasullah S.A.W kepada umatnya. Rasulullah S.A.W tidak meninggalkan harta yang banyak untuk di pusakai, cukup hanya 2 harta yang bisa menjamin keselamatan manusia untuk selama2nya jika kita mengikutinya iaitu Al Quran dan Sunnahnya. Itu baru cinta sejati sesama manusia. Kerana terlalu sayang pada umatnya,nabi tinggalkan 2 harta tersebut sebagai bekalan untuk kita bertemu Pencipta. Tapi kita? Apa yang kita wariskan pada insan yang kita cinta? Sila sebutkan cinta sejati semurni cinta Rasulullah ini jika ada. Manalah tau kalau2 aku terlepas pandang. Aku pernah membaca novel Ayat2 Cinta, hadiah dari seorang teman ( terima kasih akhi Atiqullah ). Di dalam novel tersebut, sarat dengan perjuangan dan cinta. Soalnya, benarkah wujud cinta setulus Fahri dan Aisya pada zaman ini? Aku belum pernah ketemu. Jika ada, minta di khabarkan supaya kita dapat sama2 berkongsi. Mana tau kisahnya lebih hebat dan boleh di bukukan atau di pentaskan menerusi drama seperti novel Ayat2 Cinta.

Aku syorkan kepada kalian semua, jika hendak menonton novel Ayat2 Cinta, ‘tontonlah’ melalui tulisan, jangan melalui filemnya kerana garapan antara kedua2 cerita ini sangat jauh berbeza. Kenapa aku katakan demikian? Kerana aku menonton melalui kedua2 saluran. Buku dan filem. Darinya aku membuat penilaian dan kesimpulan. Justeru kalian akan faham apa yang aku maksudkan jika kalian melakukan hal yang sama. Janganlah kalian mensia2kan hidup kalian kerana cinta. Rata2 dari kita pernah melalui cinta dan apa yang ditemui dari cinta hanyalah kesakitan. Kata temanku, itu kerana mereka melalui kedukaan sepanjang bercinta. Cuba tanya pada orang yang menemui kebahagiaan dalam cinta, pasti jawapannya berbeza. Iya, itu benar tetapi selama mana kebahagiaan tersebut? Ia punya had masa kerana tempoh itu terbatas. Kalau bukan berpisah hidup, akan berpisah mati. Secara jujurnya, siapa suka pada perpisahan? Kerana itu kita perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila memilih untuk bercinta. Jangan nanti, beli tali beluti, gantung diri. Menyusahkan polis, menyusahkan mak ayah, menyusahkan orang ramai.

Apabila memilih cinta sebagai perisa dalam kehidupan, maka bersedialah untuk menghadapi apa sahaja kerana perisa itu adatnya ada bermacam rasa. Ada pahit, manis, tawar, masam dan kelat. Jadi pilihlah perisa yang kita sukai. Moga perisa itu nanti tidak menjadi racun buat diri kita. Kata temanku, budi merangkak,akal menjalani, ikhtiar memilih, untung menyudahi. Pilihan di tangan kita maka kita yang berhak menentukannya. Aku tidak mahu lagi mendengar cerita Qaisy dan Laila (Laila Majnun) berulang. Pintaku pada kalian, janganlah ada antara kalian yang bercita2 untuk meneruskan kesinambungan cerita klasik ini. Tujuan aku menyatakan ini semua kerana aku sayang pada saudara seagamaku. Aku tak mahu kalian mati dalam keadaan kalian tidak mengenal siapa Pencipta kalian. Aku bimbang andai kelak, apabila kalian ditanya ‘ma rabbuka?’ anggota tubuh kalian yang menjadi saksi bagai terkunci. Tidak tahu apa yang harus di jawab lantaran semasa hidup kalian hanya mengenali nama2 seperti Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira, Abby Abadi, Fahrin, Aaron Aziz, Jehan Miskin bahkan kalian seolah2 seperti tidak pernah mendengar nama2 yang Maha indah seperti Al Basir, Al Qabidh, Al Hayyu, Al Qayyum dan nama2 lain bagi Dia, pemilik dan pentadbir seluruh alam.

Bercinta itu tidak salah tetapi menjadi salah apabila kita salah mengaturkannya. Binalah cinta yang menjadikan Allah, Rasul serta agama sebagai tiang utama. InsyaAllah cinta tersebut akan berdiri kukuh di atas paksinya dan tidak mampu goyah sekalipun ditolak oleh halilintar yang dahsyat. Aku juga punya kisah tersendiri cuma aku tidak betah untuk berkongsi .Bukan apa, kerana aku mahu membukukan kisah cintaku untuk tatapan zuriatku kelak dalam mencari cinta dilingkungan adab. Mudah2an aku dapat menyempurnakan episod2 yang seterusnya berlandaskan aturan syarak. Moga doa kalian mengiringi jejak kehidupanku atas nama cinta. InsyaAllah. Selamat mencari cinta..!


-AL HAQIRAH ILALLAH-

2 comments:

Anonymous said...

salam. bagi pendapat ana.cinta sejati dalam erti kata cinta yang diselami dengan kasih sayang, kesetiaan,kepunyaan dan keindahan. namun setakat mana cinta itu suci. cinta pada manusia ini dapat dibahagi2kan. tapi cinta pada ilahi adalah cinta yang satu. namun ana masih tertanya2 adakah kita kenal akan cinta sejati yang dicari2. adakah cinta sejati tu cinta jinjang pelamin. hanya dunia pasangan berdua sahaja. atau masih ada bahagian orang yang lain untuk dikongsi selain kita dengan pasangan kita. ana dah jumpa cinta sejati ana dan moga2 kebahgiaan itu berpihak pada kami. amin.

AHKIALUZ said...

Salam. Terima kasih atas komentar. Bagi ana mudah. Setiap orang punya perspektif yang berbeza. Apapun, ana menghormati setiap pandangan pembaca. Artikel diatas adalah pandangan ana secara peribadi kerana cinta itu terlalu subjektif untuk diperkatakan. Tahniah bagi yang sudah bertemu cinta. Cuma 1 pesanan buat semua, hubungan cinta anda dengan makhluk kepada Allah. Katakan pada pasangan anda, 'tidaklah aku mencintai kamu melainkan selepas aku mencintai Allah dan Rasulnya..'

Post a Comment