Friday, March 5, 2010

'KULLU NAFSIN ZAIKATUL MAUT' (Ukhti Nazariah dalam kenangan)



28 FEBRUARY 2010 – Pulangnya seorang serikandi agama kerahmatullah. Serikandi yg amat aku hormati serta kagumi keperibadiannya, yang mengajar aku erti sabar dan redha. Pemergiannya benar2 mengejutkan. Rasa bagi terhenti degupan jantungku saat membaca isi kandungan mesej yang dihantar melalui nombornya semalam. ‘Salam. Tlg bagitau pada kawan2, Naza baru pulang kerahmatullah pukul 11.40 sakni. Maafkan semua salah silap dia, doakan moga Allah tempatkan dia di syurga. Amin’. Bagai tidak percaya, aku menghubungi teman2 lain utk kepastian. Dan benar bagai yang tertera di skrin handsetku bahawa Ukhti Nazariah sudah tiada. Sudah pergi menempati hukumnya utk bertemu dengan Allah S.W.T. Sedih usah dikira tetapi aku redha dengan berita pemergian temanku itu. 3tahun menimba ilmu bersama dalam syu’bah usuluddin merupakan saat manis yg tak mungkin aku lupakan sampai bila2. Cuma sedikit terkilan kerana tidak sempat menunaikan permintaan terakhirnya yang meminta aku utk mengedit gambar-gambarnya. Hingga ke saat dia menghembuskan nafas terakhir pun,aku belum sempat menunaikan hasrat tersebut.


Kini dia sudah tiada. Pemergian yang membawa seribu kenangan dan keinsafan pada diriku. Jika diimbau kembali keperibadiannya, jujur saja aku katakan bahawa dia memiliki keperibadian yang sangat halus. Tutur katanya juga cukup lembut dan tersusun. Dan satu bonus untuk wanita sesolehah dia, Allah mengurniakan padanya kelembutan wajah yang bisa menarik mata mana2 insan utk memandangnya. Sungguh dia antara ciptaan Allah yang indah dimuka bumi ini yg pernah aku temui. Subhanallah. Tetapi Allah lebih menyayanginya. Pertemuan dengan Ukhti Asma’ pagi tadi menambahkan lagi sebak hatiku. Saat dia berbicara tentang Ukhti Nazariah, jelas aku lihat airmatanya bertakung. Dari sedikit akhirnya memenuhi kelopak mata dan setitik demi setitik air suci itu jatuh ke pipi tanpa dapat lagi diseka. Aku menahan hiba sungguhpun hatiku pada saat itu sudah dihujani tangis duka. Ukhti Asma’ memegang tanganku lantas merangkul tubuhku erat. Ya Allah, sungguh tak tertanggung keperitan menerima berita pemergian teman kami itu. Dengan perlahan aku bisikkan ketelinga Ukhti Asma’ ‘Sabarlah. Dah sampai hukum Ukhti Nazariah. Kita doakan yg terbaik utk dia. Moga Allah tempatkan dia dikalangan orang2 yang beriman’. Benarlah seperti mafhum firman Allah S.W.T dalam surah Al A’raf, ayat 34, : ‘Setiap umat mempunyai batas waktu (ajal). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun’. Kullu nafsin zaikatul maut.


Pada teman2 yang mengenali Allahyarhamah Ukhti Nazariah, sekiranya dia pernah berbuat silap pada kalian semasa hayatnya, mohon dimaafkan seikhlas hati serta dihalalkan segala-galanya. Ukhti Nazariah, setiap saat bersamamu akan terpahat kekal di ingatan. Aku akan menyusuli jejakmu selepas ini. Hanya menanti saat dan ketika. Moga ruang yang masih ada ini dapatku manfaatkan dengan sebaiknya sebelum bertemu dengan yang Maha Esa. Semoga Allahyarhamah Ukhti Nazariah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah.


~KAU SAHABAT KAU TEMAN~

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati..


-AL HAQIRAH ILALLAH-

2 comments:

Anonymous said...

manusia bukan makhluk yang kekal. makhluk yang dimamah usia. siapa tahu mungkin sampai waktu kita pula sampai apabila Allah sudah terlalu sayang pada kita. manusia yang berjuang mencari ilmu tiba2 kembali pada yang Esa pastinya akan ditempatkan bersama2 dengan para pejuang shahid yang dijanjikan syurga untuknya. amin ya rabb. buat penulis serta pembaca blog ini. saya bersimpati atas pemergian seorang gadis yang masih belajar dan muda ini kembali ke pangkuan tuhannya. percayalah Allah lebih menyayangi arwah lebih dari makhluknya sendiri.

AHKIALUZ said...

To Anonymous : Alfu syukran. Benar bagai dikata bahawa Allah menyayangi allahyarhamah lebih daripada makhluknya sendiri. Kerana itu Allah mengambil semula Allahyarhamah sesuai mengikut perjanjian yang tertulis sejak di Loh mahfuz. Moga Allahyarhamah di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Amin Ya Rabb..

Post a Comment