Tuesday, January 25, 2011

HATI KE MATA.. (^_^)

Pagi tadi aku tengok TV9, rancangan Nasi Lemak Kopi O. Dalam slot bersama Dr, macam biasa diorang jemput Doktor Mahaya, sorang specialist mata (seingat aku dia ada kendalikan satu program khas di astro oasis, tajuk Dari Mata Ke Hati). Dalam slot kali ni, diorang bincangkan mengenai rabun. Topik yang sangat menarik minat aku sebab aku pun ada masalah rabun jauh. kalau orang terjumpa aku tak pakai spek mata, maknanya aku pakai contact lens lah tu. Sambil makan sarapan nasi lemak yang ayah beli kat kedai pagi tadi, mata aku ralit memerhati gelagat Dr Mahaya dengan Sharifah Shahira (pengacara yang aku kira sangat lucu dan spontan)..

Seperti yang sume orang maklum, Sharifah Shahira ni terkenal dengan loya buruk tapi sangat menghiburkan. Aku selalu tergelak kecil bila dengar dia bercakap. Yang aku nak fokuskan kat sini bukan lawak spontan Sharifah Shahira tapi cite tentang soalan yang diajukan Sharifah Shahira pada Dr Mahaya..
Dia ajukan macam2 soalan tentang rabun, sekali dengan selingan lawak dia. Apa yang menarik perhatian aku bila Dr Mahaya sebut sebaris ayat ‘rabun yang paling besar dari segala rabun dan yang paling bahaya sekali adalah rabun dunia’. Berhenti aku dari terus jamah nasik lemak tu. Pastu aku kuatkan volume tv. Dr Mahaya sambung lagi ‘orang yang rabun dunia ni dia tengok benda yang besar, nampak kecik. Sebab ape dia jadi macamtu? Sebab dia pakai kanta yang salah. Bila pakai kanta yang salah, apa yang dia tengok menyalahi hakikat sebenar. Sebabtu lah orang terlalai, sebab mata dah rabun dari nampak akhirat’. Terkedu Sharifah Shahira kat situ. Nampak jelas dari muka dia, lawak dia macam termati dengar hujah Dr Mahaya. Subhanallah! Hebatnya tahap pandang Dr Mahaya nih..

Agak2nya, apa mesej yang aku cuba sampaikan pada pembaca dalam entri ni? Yang aku cuba nak sampaikan setiap penyakit ade tanda dan ada ubatnya. Macam rabun. Tanda2 rabun, kalau pandang jauh, nampak kabur,itu namanya rabun jauh. Tanda rabun dekat, kalau pandang dekat, tak jelas. Tak nampak apa. Jadi bila dah ade tanda2 rabun tu, segeralah cari ubatnya. Rabun boleh diubati dengan pembedahan. Itu kalau rabun mata. Kalau rabun dunia macammana nak ubatkan? Balik pada allah. tu lah ubat dia. Aku bersyukur sangat2 dengan pancaindera yang aku miliki tapi kalau ditanya pancaindera mana yang lebih aku sukai, aku jawab mata. Kenapa mata? sebab tak semua orang ade mata macam aku. Maksudnya? anda cari jawapannya sendiri. Salam dari hati ke mata.. (^_^)

2 comments:

Anonymous said...

“Jika kamu memandang dengan mata, kamu hanya akan nampak apa yang ada di depan dunia. Sedang, jika kamu memandang dengan hati, kamu akan nampak apa yang ada di sebalik mati.” – HF.


Mungkin kata-kata akhi fillah Hafzi Fandani ini 'relate' dgn apa yg disampaikan oleh Dr Mahaya itu. thanks a lot. wassalam.

AHKIALUZ said...

Salam ust. Terima kasih sudi singgah dan terima kasih juga atas komentarnya. Ana masih ingat pesan ust 'Jagailah pandangan kerana pandangan mata tempat jatuhnya pandangan syaitan, sedangkan pandangan hati tempat jatuhnya pandangan Allah'. Meminjam kata2 ust sedikit masa dulu 'semoga apa yang lahir dari hati, akan sampai ke hati jua'. Mudah2an, insyaallah..

Post a Comment