Monday, March 14, 2011

BLOG DI UPDATE..

Lama aku tak update blog. Dah banyak artikel yang ditulis tapi tak punya kesempatan untuk post di blog kesayangan ni. Ade juga permintaan kawan2 yang belum ditunaikan..yang meminta supaya aku menulis tentang tarikat serta mazhab syiah imamiyah. Pada kawan2 yang telah menyuakan permintaan, aku sisipkan ucapan maaf disini kerana isu tarikat juga mazhab itu masih dalam rujukan dan penelitian. Aku juga masih berkira2 samaada mahu menyiarkan entri tersebut di blog ini selepas selesai ditulis nanti atau tidak berikutan nasihat yang telah diberikan oleh ayahanda tercinta tentang pro dan kontra isu ini. Tambahan pula, aku bukanlah ‘ahlinya’. Apapun jua, harap bersabar. Insyaallah, penulis akan cuba memberikan yang terbaik untuk perkongsian ilmu kita bersama. Insyaallah..

PRK tenang, Polemik Mesir, Ust amirul, Aduhai iman, Semanis Kurma, Siapa Dalang- ini antara tajuk2 artikel yang telah aku siapkan tetapi setelah diteliti, aku rasa biarlah artikel2 ini menjadi simpanan peribadi kerana mengelak musibah itu sebenarnya lebih baik dari mencari masalah.

Sememangnya aku agak sibuk kebelakangan ini, almaklum banyak perkara yang perlu dilakukan setelah masuk ke alam pekerjaan. Tambahan pula, keluarga aku bakal menyambut 3 menantu baru pada pertengahan bulan 6 nanti. Dan insyaAllah pada hari sabtu ni (12hb 3 2011) aku sekeluarga akan ke Selangor bagi menghantar rombongan merisik dan bertunang adik lelaki aku. Selepas itu aku akan menunaikan umrah sekali lagi bersama keluarga pada 22hb 3 2011 dan akan pulang ke tanah air pada 6 hb 4 2011. Dan selepas pulang dari mengerjakan umrah, aku dan keluarga sekali lagi akan menghantar rombongan merisik sekaligus bertunang di Melaka bagi pihak seorang lagi abang aku. Pada 14 dan 15hb 5 kami akan ke Selangor sekali lagi untuk urusan perkahwinan adik lelaki aku. Minggu depannya pula 20 dan 21hb kami akan ke Perak untuk urusan perkahwinan abang aku yang ketiga. Dan minggu depan satu lagi, kami akan ke Melaka pula, juga atas urusan perkahwinan abangku yang seorang lagi. Dan minggu depan yang terakhirnya, kenduri menyambut menantu dirumah aku. Kiranya sebulan berturut2 majlis perkahwinan adik beradik lelakiku. Memang kami kesuntukan masa. Apapun jua, harapan aku agar semuanya akan berjalan lancar.

Mohon doa dari teman2 agar perjalanan kami sekeluarga samaada untuk menghantar rombongan merisik, bertunang mahupun perjalanan menuju kerumah Allah mendapat perlindungan dan keberkatan dari Allah S.W.T. Semoga segala niat dan pekerjaan yang baik akan mendapat balasan yang baik juga. Amin Ya Rabb..

0 comments:

Post a Comment