Saturday, April 14, 2012

~HIKMAH~

Aku baru keluar hospital. Takdir menguji lagi. Pitam dan muntah tak berhenti sepanjang jalan.Perut berdenyut yang amat. Pergi klinik swasta. Dr check dan suntik. Dah ambik ubat,terus beredar balik rumah.

Sampai rumah,aku mula sesak nafas. Anak perut rasa macam nak keluar. Kali ni terpaksa pergi hospital. Sepanjang perjalanan mak suruh aku mengucap. Ini bukan kali pertama aku sakit bahkan dah berkali2. Cuma bezanya kali ni aku tak boleh nak tarik nafas. Seluruh badan dah mula rasa sejuk. Aku peluk mak sekuat hati. Aku dah hilang kata. Yang aku fikir,mati. Sampai kat emergency, aku muntah lagi. Perut dah menyentak2. Lepastu terus jatuh menyembam kat lantai. Jururawat bertugas terus usung aku. Dr masukkan air.

Lepastu ambik darah 2 kali. Check BP sampai 4 kali. Dr kata, bacaan BP aku rendah walaupun dah masuk air. Dr kata lagi kena tahan wad sebab bacaan jantung aku laju, 108,bawah paras normal 100, ditambah dengan air dalam badan yang dah kering. Aku di cas gastrik dan keracunan makanan. Doktor tanya samaada aku ada makan di luar.Betul,memang aku makan kat luar sorang2 siang tu sebab sebelum tu aku jumpa pakar tulang di hospital yang sama untuk check kaki. Belum pun hilang kesedihan terima kenyataan yang kaki aku bukanlah retak sebagaimana yang diberitahu oleh dr sebelum ni tapi patah, takdir menguji lagi dan sakit kali ni buat aku rasa..INILAH JODOH TERAKHIR AKU DENGAN DUNIA.

Tapi alhamdulillah,Allah panjangkan lagi usia aku sampai saat aku tulis entri ni.Benarlah mafhum firman Allah ‘"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Maka, apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun, dan tidak pula dapat mempercepatkannya."

Sukar untuk dipercaya, aku sakit berkali2 tapi orang yang tak sakit mendahului aku secara tiba2.Harus menjadi renungan bahawa ada perkara yang tak boleh difikir mengikut logik akal semata2 kerana akal bukan qat’ie. Ini kehebatan Allah yang tiada taranya.

Kata orang,sakit kifarah dosa.Tapi aku melihat ianya jauh lebih besar dari kifarah dan itulah HIKMAH.Hikmah untuk lebih jauh berfikir dan bermuhasabah.Kerana manusia itu sifatnya lupa.Sentiasa lupa sehingga diberi satu titik keinsafan yang boleh mengingatkannya pada pencipta.Tapi diwaktu ajal mendekat, tiada apa yang boleh ditangiskan, tiada apa yang boleh disesalkan kerana beribu sesalan tidak mampu mngembalikan hayat kita di dunia.

PESAN CINTA BUAT SEMUA : Pintu Allah itu sentiasa terbuka. Tidak pernah tertutup walaupun disaat semua insan menutup mata. Allah tidak punya batas waktu.Tetapi DIAlah yang mencipta batas waktu buat hambanya. Bertaubatlah selagi punya masa. Bermohonlah selagi mata masih terbuka. Sesungguhnya DIA maha menerima taubat hambaNYA.

0 comments:

Post a Comment