Wednesday, April 11, 2012

SALAM TAKZIAH.AL FATIHAH

Sekalung takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Shahrizan Shahrin Suni yang telah kembali ke rahmatullah pada Isnin, 9hb 4 2012, jam 7 pagi. Allahyarham terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke sekolah di SMK Palong 11.

Kebetulan berita ni aku terima pada jam 6 petang kelmarin sewaktu aku ke hospital untuk urusan pemeriksaan kaki dan Allahyarham meninggal dunia dihospital yang sama. Alkisahnya jururawat yang mengenali aku bertanya kalau2 aku kenal dengan Allahyarham memandangkan Allahyarham merupakan salah seorang guru panatia Pendidikan Islam Daerah Jempol. Aku difahamkan Allahyarham baru 4 bulan mendirikan rumah tangga dan sekarang isterinya sedang mengandung. Sampai di rumah, aku cuba meng’google’ untuk mencari maklumat mengenai Allahyarham memandangkan aku punya ramai kenalan.Mana tahu kalau2 terlepas pandang.Dan aku berjaya menemui hasilnya.

Hasil carian aku menemui facebook serta blog kendaliannya. Rasanya aku pernah melihat Allahyarham tapi tidak pasti dimana. Apa yang menyentuh nubari aku bila membaca entri blognya dibawah tajuk ‘DARI HATI YANG RINDU’.

‘Lama dah aku berenti tulis blog ni.Cadangnya nak sambung tulis lepas selesai walimah aku nanti.Tapi malam ni entah kenapa , perasaan aku dihambat rindu yang semacam dengan sahabat yang seorang ni.Rindu yang amat.Minggu ni 2 kali aku mimpikan dia. Pergi jalan2 entah kemana. Mimpi yang cukup tenang dan memberikan aku perasaan istirahah yang sempurna dan bangun pagi dengan penuh segar. Rindu yang buat aku menulis lagi disini.

(Sumber dipetik dari :- http://cikgukampongan.blogspot.com/2011/11/dari-hati-yang-rindu.html

Allahyarham mimpikan sahabatnya yang telah mendahului beliau.Rupanya mimpi yang dialami 4 bulan lalu membawa petanda kalau Allahyarham juga bakal mengikuti jejak langkah sahabat baiknya itu. Jujurnya aku sangat kagum dengan Allahyarham biarpun tidak mengenali allahyarham secara peribadi.Semangat Allahyarham yang begitu kuat dalam menegakkan syiar islam sukar untuk ditandingi oleh siapa2.Keteguhan hati beliau dapat aku rasai ketika membaca entri2 kendaliannya.

Doaku moga Allahyarham ditempatkan ditempat yang selayaknya, bersama para solihin dan syuhada’.Moga zuriat yang bakal lahir dari permaisuri hati yang dinikahi 4 bulan lalu bakal mewarisi keteguhan dan darah pejuang yang mengalir dalam tubuh Allahyarham abinya. Semoga isteri tercinta serta keluarga Allahyarham diberi kekuatan hati untuk menempuh ujian ini. Jadikan pemergian ini sebagai titik muhasabah buat kita semua agar sentiasa bersiap siaga dalam menanti waktu yang tidak tahu bila kunjungnya. Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Shahrizan Shahrin Suni.

2 comments:

Ismail Zain said...

Semoga arwah ustaz ditempatkan dalam kalangan para solihin.. Amin..

Sukar mencari pejuang islam sejati seperti Allahyarham..sedih rasanya hati warga smkpse ketika mendengar khabar ini..tidak menyangka selepas ini tidak dapat bertemu, mendengar suara pejuang sejati berjuang, dan mendengar bacaan ayat alQuran arwah yang cukup lunak.. Rasanya belum sempat lagi kami mengorek ilmu daripada arwah..

AHKIALUZ said...

Saudara Ismail Zain, setiap yang bernyawa, pasti akan menemui mati.Itu janji Allah sejak azali.Sudah tertulis jodoh Almarhum Ustaz Syahrizan dengan dunia sekadar itu.Kita yg hidup, harus teruskan hidup bagi menghormati nafas yg dipinjamkan ini. Akan sampai masa kita menyusuli mereka.Sehingga sampai saat itu, beramallah dan satukan diri dengan kebaikan. Moga syurga menanti kita disana.Al Fatihah..

Post a Comment