Thursday, June 28, 2012

KEHIDUPAN vs KEMATIAN..


Entah kenapa hati dihambat sayu lagi.Banyak perkara yg terlintas dibenak fikir.Tentang hidup dan kematian..

Fitrah manusia cintakan duniawi walhal ukhrawi sepatutnya diutamakan.Manusia sentiasa mengejar kesempurnaan sedangkan kesempurnaan hidup tak pernah menjanjikan syurga sebagai ganjaran.

Siang tadi lepas subuh, aku tak baca mathurat sebaliknya aku ganti mathurat dengan Surah Al Hadid.Sampai pada ayat ke20, kelopak mata mula rasa panas. ‘Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu’..

Sungguh palsu kehidupan.Busuk lagi membusukkan.Dunia penuh dengan dosa dan noda.Kadang2 jadi terfikir,untuk apa aku dilahirkan kalau akhirnya aku bakal ke neraka?Adalah sangat biadap seorang manusia hina mengutarakan soalan sejijik ini.

Hakikatnya aku takut.Takut dengan kematian.Sejak akhir2 ni, cerita kematian selalu singgah dipendengaran.Aku takut mengenang dahsyatnya neraka. Aku jadi teringat tentang cerita yang diceritakan Cik Ros petang semalam.Kata Cik Ros, dia punya pengalaman mengadap orang yang sakarat.Dia tengok betapa sakitnya jiran dia sebelum menghembuskan nafas terakhir.Menguis2 tilam sampai terkoyak.Sedang nabi yang maksum juga merasa azab yang amat saat diangkat roh keluar dari badan,apalagi kita manusia biasa ini.

Soal kematian kembali mengimbau peristiwa malam kelmarin bilamana penyakit aku menyerang kembali. Rasa perjalanan darah semacam terhenti.Terjerit2 panggil mak. Susah untuk aku gambarkan benak perasaan tiap kali penyakit ni datang. Dah 4 tahun penyakit ni duduk dibadan aku.Dulu masa di Universiti, kawan2 selalu sangka kalau aku main2. Tapi bila dah 2,3 kali tengok kejadian sama, baru meraka percaya kalau penyakit yang tidak bernama ini sememangnya wujud ditubuh aku.

Walaupun apapun,aku yakin tentang hikmah dibalik tiap ujian.Mungkin saja ini kifarah atas semua dosa yang pernah aku lakukan.Setiap sakit yg datang mengajak aku berfikir tentang singkatnya kehidupan dan harus senantiasa bersiap sedia menghadapi kematian.

Semoga Allah membari aku dan kalian kekuatan dalam menghadapi hari2 mendatang dan dalam menghadap Allah kelak.Moga saja kita ditakdirkan mati keadaan kita beriman kepada Allah, agamaNya, RasulNya, kitabNya, akhiratNya serta untung baik dan untung jahat yg telah Dia  takdirkan.Amin, amin,amin ya Rabbal alamin..


2 comments:

ADIB said...
This comment has been removed by the author.
ADIB said...

Salam sayang buat teman yang ku sayang...'Beribadatlah seperti kita akan mati keesokan hari, berkerjalah bagai kita akan hidup 1000 tahun lagi'..Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Semoga kita mati dalam sebaik-baik kematian..Selagi nyawa masih ada dikandung badan selagi itulah syiar Islam perlu diperjuangkan.Hidup bermaruah, mati kita syahid. Mulia kita kerana Islam.Bagaimana penghujung hayat kita, itu bukan urusan kita, yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa dan berusaha untuk menjadi Hamba Allah yang soleh dan diredhainya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang dicintai Allah SWT.doakn saya disini...=)

Post a Comment